Nuffnang

Pengikut

Ahad, 22 Mac 2009

Selamat pengantin baru 2 : Kg. Jambai Tapah, Perak













Hari sabtu lepas berlangsung lagi majlis perkahwinan di Kampung Jambai Tapah. Perak. Kali ini walimatul urus bapa saudara aku Sulaiman Nordin yang juga merupakan ketua kampong Jambai dan Rebai. Dah tentu lah ramai orang dan meriah kerana bapa saudara aku ni oarang yang berpengaruh jugak.

Majlis diadakan secara gotong-royong oleh semua penduduk kampung. Preparation bermula dari hari jumaat sehingga lah keesokannya. Yang menariknya setiap kali kenduri bapa saudara aku ini pasti menyedikan ulam-ulam kampung yang segar. Dicicah dengan sambal belacan. Perghhhhhhhhh. Naler ke.

Dari pukul 11.00 pagi sehingga pukul 2 petang orang tak renti-renti sehinggakan ada lauk yang dah habih stok. Namun kecekapan penanggah dan semua yang terlibat segalanya berjalan lancar. Wakil rakyat pun ada menjengukkan muka. Walaupun penat tetapi semua yang terlibat tersenyum puas. Arios Amigos.....

1 ulasan:

  1. Terima Kasih Adilla kerana sudi pamerkan gambar kahwin kak Nani dalam blog ni ...dlm masa yang sama ko dah berjaya mempromosi kampung jambai ke mata dunia...hu hu...Kak Nani doakan Dilla akan berjaya dlm pelajaran dan kerjaya yang akn diceburi padamasa hadapan nanti...Keep it Up Girl!!!!!

    BalasPadam

Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...