Nuffnang

Pengikut

Rabu, 4 Mac 2009

Teori Moral Humanisme

Gambaran artis revolusi Perancis
Wajah-wajah yang sebenar mereka yang mati dipenggal dengan guillotine

Freemason hari ini terdapat di seluruh negara di seluruh dunia tanpa kita sedari. Mereka memperkenalkan diri mereka kepada seluruh dunia menggunakan persidangan-persidangan akhbar, laman-laman internet, iklan dan kenyatan akhbar yang menggambarkan mereka diri mereka sebagai organisasi yang hanya berbakti untuk kebajikan masayarakat.

Rotary dan Lion Kelab menjadi versi bersih idea-idea Freemason. Semua organisasi ini menegaskan mereka bekerja untuk kebajikan dan kebaikan rakyat. Usaha ini bukannya tidak baik tetapi meksud tersirat yang kita kena fahami ialah mereka ingin menyatakan dengan terang bahawa mereka boleh menjadi orang yang bermoral tanpa manganut sebarang agama. Inilah sebenarnya idea utama yang hendak disebarkan kepada masayarakat.

Dalam sebuah artikel Freemason menyatakan bahawa "Moral Freemason adalah berasaskan kecintaan kepada manusia. Ia sama sekali menolak berbuat baik untuk mengharapkan sesuatudi masa hadapan, faedah, ganjaran dan syurga; Tidak kerana takutkan sesiapa, satu agama atau institusi politik, kuasa-kuasa ghaib yng tidak diketahui (tuhan)..... ia hanya menyokong dan menyanjung berbuat baik kerana cinta kepada keluarga,negara,manusia dan kemanusiaan" Freemason juga telah menyebarkan prinsip kebebasan, persamaan,persaudaran, cintakan kerja, keamanan,demokrasi dan lain-lain.

Inilah yang sering kita dengar dalam ucapan presiden Amerika dan lain-lain pemerintah dunia. Konsepnya betul dan boleh diterima tetapi yang tersirat disebaliknya itu manusia boleh menjadi baik tanpa agama. Namun begitu sejarah telah membuktikan teori itu palsu dan salah sama sekali apabila masyarakat yang tidak kuat pegangan agama akan menjadi kucar-kacir.

Umpamanya Revolusi Perancis 1789 Fremason telah mencetuskan revolusi ini dengan mengemukakan idea-idea moral seperti kebebasan,persamaan dan kasih sayang. Tetapi hasilnya berpuluh-puluh ribu orang yang tidak bersalah telah dipenggal dan negara itu dipenuhi darah. Sehinggakan ketua revolusi sendiri tidak dapat melarikan diri daripada kekejaman malah dipenggal seorang demi seorang. Esok kita akan melihat lahirnya idea sosialis daripada idea moral tanpa agama ini......



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...