CHICAGO 24 Feb. - Marah dan tekanan emosi yang tidak dapat dibendung berpotensi besar bagi seseorang manusia mengalami serangan jantung yang boleh membawa maut, kata para penyelidik Amerika Syarikat (AS) semalam.
Hasil kajian juga mendapati kejadian gempa bumi, peperangan atau kekalahan pasukan dalam satu-satu perlawanan bola sepak Piala Dunia juga turut meningkatkan kadar kematian akibat injap jantung terhenti secara tiba-tiba apabila saluran darah terhenti.
"Ia berlaku dan dapat dilihat pada keadaan dan situasi berbeza bila anda lihat kematian mengejut meningkat ke atas penduduk yang tertekan," kata Dr. Rachel Lampert dari Universiti Yale di New Haven dalam kajiannya yang diterbitkan dalam Journal of the American College of Cardiology.
"Kajian kami bermula dengan melihat bagaimana sistem elektrik benar-benar memberi kesan ke atas jantung," kata Lampert.
Dia bersama kumpulannya mengkaji 62 pesakit jantung dan masalah kegagalan implan jantung atau ICD akan memberi impak bahaya terhadap denyutan jantung serta kehadiran renjatan elektrik boleh mengembalikan denyutan kepada normal.
"Semua ini sudah pun diketahui umum dan sudah ada alat pengesannya," kata Lampert.
Pesakit dalam kajian tersebut diletakkan dalam satu sesi di mana episod kemarahan mereka dirakamkan ketika pasukan Lampert melakukan ujian yang dipanggil T-Wave Alternans yang mengukur ketidakstabilan elektrik pada bahagian jantung.
Lampert menjelaskan, anggota pasukannya akan bertanya soalan bagi meredakan kemarahan responden.
"Berdasarkan keputusan yang diperoleh, kami mendapati bahawa kemarahan meningkatkan ketidakstabilan elektrik pada hati pesakit," katanya lagi. - REUTERS
P/S: Jangan marah2 sangat, Tak baik untuk kesihatan...
Daripada orang biasa, untuk orang biasa. Pesan orang biasa "Biasa-biasakanlah yang biasa"
Nuffnang
Pengikut
Isnin, 2 Mac 2009
Mati Cepat
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan