Nuffnang

Pengikut

Jumaat, 13 Mac 2009

Strategi tidurkan anak


MENYUNTIKKAN sedikit perubahan ringkas pada rutin waktu tidur boleh menyumbangkan kepada malam-malam yang lebih tenang.Tidur dan mood yang baik saling bergantungan baik untuk ibu bapa mahupun si anak. Namun begitu, tidur berkualiti yang amat diperlukan oleh ibu bapa sering diganggu oleh anak kecil. Situasi inilah yang paling kerap menimbulkan rasa geram dalam kalangan 25 peratus daripada ibu bapa yang ditemubual. Untuk melakukan perubahan dari segi pola tidur, anda mungkin perlu:


*Tetapkan satu waktu dan rutin tidur*Perlukan banyak kesabaran*Dapatkan sokongan daripada orang sekeliling*Jika boleh, bekerjasama bertukar ganti tugasan menguruskan rutin waktu tidurMengapa anak tidak dapat tidur?Seorang anak mungkin keletihan tetapi masih merajuk untuk terus berjaga. Situasi ini mungkin disebabkan naluri kanak-kanak yang ingin terus terjaga. Ia mungkin disebabkan naluri anak yang sentiasa ingin meneroka dan tidak berhasrat ketinggalan dalam segala hal.Dalam aspek ini, ibu bapa boleh menentukan masa yang sesuai untuk anak masuk tidur. Malah, keperluan amaun tidur yang diperlukan setiap orang adalah berbeza.


Misalnya, seorang anak berusia lima tahun mungkin memerlukan 11 jam untuk tidur setiap malam.Penyediaan jadual waktu tidur yang praktikal boleh dilaksanakan dengan memastikan anak masuk tidur selepas 11 jam bangun pagi pada setiap hari.Rutin waktu tidur yang tetap dan berulang setiap malam amatlah penting untuk mewujudkan satu tabiat tidur yang baik. Ingatan' waktu tidurSebagai sebahagian daripada rutin anda, adalah baik jika anda memberi petanda vokal kepada anak bagi mengingatkannya tentang waktu tidur yang sudah tiba. Gunakan kata-kata pujukan seperti 'Nak, sudah tiba masa tidur' atau 'Selamat malam' atau ayat pujukan lain yang boleh membantu.


Tiada sebarang rayuan diperlukan kerana perbincangan yang meleret-leret hanya akan mengurangkan peluang anak untuk tidur.Selesanya katilLetakkan anak di tempat yang selesa baginya setiap malam. Tindakan ringkas ini sebenarnya mampu mewujudkan satu hubungan antara anak dan katilnya serta persekitaran dalam bilik tidurnya.Jika anak enggan tidur di katilnya sendiri, ini mungkin satu cabaran besar bagi anda dan pasangan. Penolakan itu mungkin kerana takut dengan perubahan pada rutin yang sudah biasa diamalkannya. Namun, anda usah berputus asa kerana anda akan melihat hasilnya nanti.SEORANG anak berusia lima tahun mungkin memerlukan 11 jam untuk tidur setiap malam. Elakkan membiarkan anak tertidur ketika menonton televisyen atau DVD di atas katil.


Jika perlu, pindahkan pemain DVD dan TV dari bilik tidur.Tip-tip penting*Sebaik sahaja anda berada di atas katil, jangan sesekali memberinya peluang menggunakan sebarang alasan untuk turun dari katilnya. Pastikan juga bilik tidurnya dilengkapi air minuman dan kemudahan tandas.*Jika anak bertekad untuk mendapatkan anda dan pasangan agar terus bermanja dengannya, gunakan semula kata-kata pujukan tadi. Elakkan meninggikan suara anda. Sebaliknya, bercakap dengan baik dan cuba yakinkan anak bahawa sekarang adalah masanya untuk tidur.*Jika anda belum ada peluang berjumpa dengan anak sehari suntuk, mungkin ada baiknya anda meluangkan sedikit masa bermanja dengannya.


Antara aktiviti menarik yang boleh dikongsi bersama ialah membaca buku cerita, permainan jigsaw atau 'menidurkan' anak-anak patung di katil.*Wujudkan larangan anak daripada bermain permainan komputer atau video pada sebelah petang kerana ini akan menyukarkan mereka untuk terlelap.*Luangkan seberapa banyak waktu berkualiti dengan anak apabila dia terjaga dari tidur. Kebanyakan kanak-kanak terjaga untuk menghabiskan waktu bermain yang telah 'ditinggalkan' apabila terjaga sebelum ini.


Dengan berbekalkan tip ini, penyelarasan waktu tidur untuk si kecil yang baik mungkin mengambil sedikit masa tetapi yang penting, ia memuaskan hati setiap orang.paling senang strategi nak tidurkan si bapa....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...