Nuffnang

Pengikut

Rabu, 8 Julai 2009

UPSI,UKM DAN UM


Semalam aku ke UKM dan UM menemani isteri aku yang nak cari bahan master. Ibarat sirih pulang ke gagang aku mengimbau banyak kenangan lama sepanjang hampir 5 tahun aku di sana. Kenangan-kenangan itu akan aku ceritakan demikian.

Kebetulan pelajar baru, pelajar lama dan postgraduate baru mendaftar. Memang meriah la suasananya. Namun ada sesuatu yang aku rasa kan di UKM dan UM suasana dan environment universiti sangat terasa. Aku pun teruja macam nak belajo balik. Nak jadi MahasiTua.

Ini yang membezakan suasananya ngan UPSI. Di UPSI aku tak rasa suasana ke Universitiannya. Tetapi bila aku tengok suasana UKM dan UM baru aku terasa balik suasana dan environment sebuah Universiti. Satu lagi pernah aku masuk library UPSI. Dalam komputer ada buku tu bila cari kat rak tak de dan sesetengah rak bukunya bersepah tidak di susun. Pelajar pun tak berapa ramai di dalamnya.

Daripada sumber risikan FBI dan Mosad rupa-rupanya ada sesetengah pelajar menyorok buku tertentu. Apa tujuannya aku pun tak tau. Banyak lagi cerita-cerita yang tak meyenangkan tentang UPSI. Kalau aku bongkarkan ramai yang panas punggung cukuplah sikit-sikit.

Apa pun bagi aku UM masih the best. Umpamanya aku sangat teruja dengan pekan buku atau lebih tepat koperasi buku UM. Bukunya lengkap, update dan terkini. Sehinggakan buku yang belum ada di pasaran pun di UM dah ada. Gila, gila dan gila aku tengok bukunya. Rasa macam semua nak beli.


Bab kedai buku UKM memang tertinggal jauh ke belakang. UPSI lagi jauh kedai buku macam koperasi sekolah je. Daripada segi pembudayaan ilmu dan kelayakan pensyarah rasanya UM dan UKM jauh ke depan. Maka tak hairanlah ramai member aku yang mementingkan kualiti dan kepuasan belajar memilih UM atau UKM. Kalau UPSI shushah nak cakap sendiri mau ingat la.......

5 ulasan:

  1. ye..saya sokong!!UM memang best..meskipun bukan universiti APEX.. saya berbangga menjadi salah seorang warga UM.. haha!

    BalasPadam
  2. aku suka pekan buku um, best gilak

    BalasPadam
  3. memang la..UPSI drpd maktab yg akhirnya dinaik taraf jd universiti...mana blh samakan dgn UM & UKM yg dh mmg u unggul dr dulu lg..

    BalasPadam
  4. dah setahun setengah kat um, pekan buku tempat ppaling best nak beli brg..

    BalasPadam
  5. betul tu zul 100% agreed with you

    BalasPadam

Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...