Nuffnang

Pengikut

Selasa, 6 Julai 2010

Channel Siam vs Astro

Memang best apabila menonoton bola beramai-ramai di kedai mamak. Feel dia memang sukar hendak diungkap dengan kata-kata, tak sama macam menonton di rumah. Setiap kali bola miss ataupun tepat ke sasaran maka setiap kali itulah bergemuruh sorakan satu kedai mamak. Rasa macam kat stadium pulak rasanya....

Yang bestnya kedai mamak ni semua bangsa ada kat sini berbanding kedai tomyam yang rata-ratanya orang melayu sahaja yang menjadi penontonnya. Kat kedai mamak macam-macam jenis orang ada India, melayu cina dan orang asli. Memang betul-betul one malaysia. Semuanya boleh bersembang, bersorak dan bermesra tanpa ada rasa curiga.

Pelbagai peringkat umur yang menyaksikan perlawanan bolesepak ini daripada peringkat kanak-kanan hinggalah ke peringkat veteran. Cuma ada satu sahaja masalahnya dengan kedai mamak tempat aku menonton siaran bolasepak piala dunia ni.

Kedai ini ada 4 tv dan satu skrin besar. 2 TV dan 1 skrin besar menggunakan channel Astro. 2 TV lagi menggunakan channel siam ala-ala Astro. Yang tak bestnya tu channel siam ni lambat 10 saat. Kebetulan sebanyak 2 kali aku terpaksa duduk di tempat channel siam ni.


Anda cuba banyangkan setiap kali mereka yang duduk di channel Astro bersorak, channel siam masih belum bersorak. 10 saat lepas tu barulah channel siam akan bersorak meraikan gol. Alamak macam siaran tertunda la pulak. Memang boring lambat merasa kegembiraan dan keriangan.

Walaupun 10 saat tetapi terasa amat lama. Mula-mula rasa nak marah jugak, tetapi lama-kelamaan dah jadi biasa dan disebabkan lambat bersorak maka perkara tersebut terasa amat menggelikan hati. Setiap kali bersorak akan disusuli dengan gelak ketawa dan suka ria. Memang Happening.

Semasa perlawanan Brazil vs Belanda restoran memang sendat sesendatnya. Duduk pun rapat-rapat. Tak kira dah melayu, cina dan India. Sehinggakan malam tu restoran mamak tu tak cukup gelas untuk buat teh tarik. Cuba anda bayangkan betapa meriahnya suasana. Semuanya satu matlamat menyaksikan perlawanan bolasepak piala dunia dalam keadaan gembira dan harmoni... Kalaulah boleh diterjemahkan dalam kehidupan relaiti yang sebenar kan best...

3 ulasan:

  1. apa-apa pun tetap suka kedai siam

    .
    .


    sbb sy penggemar tomyam.. hihihi

    err.. mmg jarang ke kedai mamak.. ;D

    BalasPadam
  2. hahaha.salim bidor ye cikgu?tv dalam delay.lepas luar dah bersorak dalam baru terkial2 nak bersorak :D

    BalasPadam
  3. Saya dua-dua ok je, sebab dua jenis kedai tomyam atau mamak ada menu yang sihat untuk di makan..

    Azhan

    Betul tu azhan kat salem, Memang gerammm je , lambat rasanya. Lambat kita dapat bersorak...

    BalasPadam

Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...