Nuffnang

Pengikut

Isnin, 24 Mei 2010

Anakanda dan ayahanda


Seperti biasa apabila aku mengajar di dalam kelas pelbagai teknik PnP aku gunakan bagi menarik perhatian pelajar dan menjadikan pelajar lebih seronok belajar. Setakat hari ini kebanyakan teknik yang aku gunakan memang terbukti berjaya.


Umpamanya teknik Peta minda + Akronim sangat memudahkan pelajar mengingati semua fakta dan dapat mengeluarkannya pada bila-bila masa dan yang bestnya kesemua fakta tersebut dapat dikeluarkan mengikut susunannya. Penggunaan warna dan gambar dalam peta minda amat disukai oleh pelajar kerana segala fakta yang rumit dapat diingati hanya menggunakan gambar.


Mulanya aku sangkakan hanya pelajar yang pandai sahaja boleh mengaplikasikan teknik ini. Rupa-rupanya pelajar yang lemah juga mampu mengingati fakta yang telah aku tukar dalam bentuk peta minda (contoh peta minda). Apabila menggunakan peta minda kedua-dua otak kiri dan kanan pelajar dirangsang secara serentak. Dengan menambah teknik Akronim ingatan itu terpasak dengan begitu kuat di dalam memori jangka panjang pelajar.


Hari ini aku menggunakan teknik imaginasi yang aku kutip daripada pakar NLP tekenal Anthony Robin. Perkara yang perlu diingati oleh pelajar yang lemah ialah Anakanda berharap agar ayahanda dan bonda dalam sihat sejahtera. Walaupun ayat ini nampak mudah untuk diingati oleh pelajar biasa namun bagi pelajar lemah kalau menggunakan cara biasa amat sukar bagi mereka untuk mengingatinya. Cara mengingatinya ialah aku minta pelajar memajamkan matanya dan bayangkan kamu berada di tepi pantai yang anginnya sepoi-sepoi bahasa dan desiran ombak yang menghempas pantai.


Dihadapan kamu ada orang yang sedang mandi-manda sambil bermain jetski. Ayahanda dan bonda ada bersama-sama kamu di pantai tersebut. Pada masa yang sama 9 perkataan tadi berada di awang-awangan dan ingin menghampiri kamu.


Kemudian perkataan pertama Anakanda menuju laju ke arah kamu dan masuk ke dalam diri kamu. Perkataan kedua berharap juga meluru laju ke arah kamu dan masuk ke dalam diri kamu. Begitu juga perkataan seterusnya agar masuk ke dalam diri kamu. Perkataan ayahanda dan bonda masuk ke dalam diri ayahanda dan bonda kamu. Ayahanda dan bonda kamu berpegang tangan. Tangan yang berpegangan itu ada perkataan dan. Ayahanda dan bonda meluru ke arah kamu untuk memeluk dan mencium kamu kerana mereka terlampau sayangkan kamu. Sudah lama mereka tidak memeluk dan mencium kamu (ada pelajar yang dah menunjukkan reaksi sedih).


Kemudian perkatan dalam meluru laju ke arah kamu. Sihat dan Sejahtera dua perkataan akhir yang datang beriringan berebut-rebut hendak masuk ke dalam tubuh kamu. Apabila semua perkataan tersebut sudah ada di dalam diri kamu maka berakhirlah percutian kamu di pantai. Dan kamu boleh balik semula ke kelas dan kamu boleh buka mata.


Tergambar dimuka mereka wajah kegembiraan dan keceriaan.Ada juga pelajar yang menunjukkan reaksi sedih. Apabila aku menyuruh mereka menyebutkan perkataan-perkataan tersebut segalanya mampu dikeluarkan dengan lancar. Sekali lagi otak iri dan kanan digunakan semaksimum mungkin.


Ada seorang pelajar ni apabila aku tanya kamu nampak apa kat pantai. "Cikgu saya nampak ada ramai perempuan bakai baju mandi sedang mandi dan lalu di depan saya, lawa cikgu...". Sambil di sambut dengan gelak ketawa oleh pelajar-pelajar lain...... Kalau aku pun rasanya macam-macam benda yang aku nampak lagi... ha ha ha....

2 ulasan:

  1. Bagus teknik nie.. ini namanya teknik visualisasi minda.. mmg visualisasi nie memudahkan pelajar mengingat dan memahami.. bab nampak org mandi tuh yg nak tergelak heheheh ;)

    BalasPadam
  2. iina saya suka teknik ni kerana otak kiri dan kanan pelajar dapat dirangsang serentak. Teknik ini salah satu teknik yang saya ajar kepada student dalam kem sejarah saya

    BalasPadam

Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...