Nuffnang

Pengikut

Isnin, 27 September 2010

The power of Merungut


Merungut adalah penyakit manusia yang tiada kesudahannya. Agak sukar untuk mengubati penyakit merungut, tidak puas hati dan selalu bersangka yang tidak baik. Resam manusia dalam dunia ni memang begitu agaknya. Namun sedarkah kita sebanarnya masalah inilah yang menyebabkan kita tidak boleh maju ke hadapan. Merungut akan melahirkan satu lagi penyakit iaitu sering mencari alasan untuk tidak melakukan sesuatu.


Di sekeliling kita memang ramai orang yang sentiasa merungut. Bagi mereka yang bekerja ada sahaja perkara yang dirungutkan. Kadang-kadang kesian juga aku tengok mereka yang jadi bos. Buatlah macam mana pun tetap akan menjadi rungutan orang bawah. Kadang-kadang aku amat rungsing dengan situasi ini. Seolah-olah nilai syukur sudah hilang daripada jiwa.


Di dalam ilmu kejiwaan, roh jiwa ataupun minda bawah sedar antara perkara yang menghalang kejayaan seseorang ialah kerap merungut. Biasanya selepas merungut kita akan melontarkan banyak perkara yang negatif yang tak sanggup aku nukilkan di sini. Apabila di tegur selalunya mereka ini akan melenting.


Di dalam konsep Law cause of effect ada menyatakan Setiap tindakan akan melahirkan kesan positif atau negatif. Apabila yang dilontarkan negatif maka kita akan menerima kembali menerima dan menyerap energy negatif tersebut. Apabila energy negatif ini masuk ke dalam badan dia akan mengganggu sistem pertahanan badan. Sekiranya terus diamalkan dalam jangka panjang ia boleh mendatangkan masalah kesihatan yang serius.


Sekiranya kata-kata yang keluar adalah positif maka kita akan menerima semula energy positif tersebut yang akan membuka cakra tenaga yang sangat baik kepada tubuh badan. Energy positif ini akan membuka banyak jalur tenaga di dalam badan dan seterusnya memberi signal yang baik kepada minda. Seterusnya minda bawah sedar akan menerima semua saranan yang positif dengan baik dan akan melaksanakannya.


Sekiranya kita menyarankan untuk kesenangan maka minda bawah sedar akan berusaha untuk mencari jalan bagaimana kita akan menjadi senang. Ilham-ilham, idea dan peluang yang baik akan datang dalam hidup kita. Inilah yang selalu kita lihat dalam hidup mereka yang kaya-raya dan superich. Rata-ratanya mereka ini mempunyai mindset yang betul. Banyak perkara yang baik yang datang dalam hidup. Yang kaya bertambah kaya... yang miskin bertambah miskin.


Anda bayangkan kalau setiap hari kita merungut agak-agaknya apa yang datang dalam hidup. "Aku bodoh" "Bos tu tak de hati perut" "Mamak ni macam hara& @#$%^&" dan macam -macam lagi rungutan yang negatif. Lama- kelamaan apa yang datang hidup anda?. Merungut tentang susah agak-agaknya apa yang datang hidup anda?.. Merungut tak de duit agak-agaknya apa yang datang dalam hidup anda?.Marilah kita membudayakan diri dengan Minda kelas pertama...... Be positif

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...