Nuffnang

Pengikut

Selasa, 7 September 2010

Seperti Curut dan arwah opah

Rendang ayam merupakan antara favourite dish aku. Sedari dulu makan lemang tanpa rendang ayam memang terasa tak sempurna hari raya beb. Kecintaan aku terhadap lemang dan rendang ayam memang tidak berbelah bagi. Lemang dan rendang ayam ini bagai aur dengan tebing, bagai isi dengan kuku dan mungkin juga seperti India dan Taj Mahal atau seperti curut dan arwah opah aku (Penggemar curut tegar) yang memang tak boleh dipisahkan.


Setiap kali menyambut hari raya arwah emak aku memang tidakak miss akan masak rendang ayam istimewa untuk aku. Sehinggakan aku dapat menghafal resepi masakan rendang emak aku hingga kini. Kalau digerak secara mengejut waktu tengah malampun nescaya aku akan dapat menyebut senarai bahan-bahan untuk membuat rendang satu persatu.


Setiap tahun sekiranya beraya dirumah Ayah aku, aku pasti akan membuat rendang ayam persis seperti rendang ayam arwah emak. Namun sudah pastilah tidak sama seratus-peratus seperti rendang arwah emak aku. Yang tak bestnya tu setiap kali nak makan rendang ayam ni setiap kali itu perasaan hiba yang bercampur baur mengenangkan arwah emak aku bertalu-talu hadir dalam kotak fikiranku.


Kadang-kadang secara tidak sedar dan tidak dapat di kawal air mata berjurai dari pipi ibarat seperti butir-butir permata jatuh setitis demi setitis. Aku dapat membayangkan betapa sibuknya arwah ibu pada setiap hari raya menyediakan rendang kegemaran aku. Aku juga tidak ketinggalan membantunya menghiris serai, bawang dan menghiris daun kunyit halus-halus.


Setelah semua bahan disiapkan kadang-kadang aku diberi peranan untuk menumis bahan-bahan yang telah dihiris dan di blander halus. Apabila semua bahan telah pecah minyak santan akan dimasukkan. Setelah santan pecah minyak dan mengelegak barulah ayam dimasukkan. Satu demi satu bayangan saat-saat indah bersama arwah ibu datang menjelma setiap kali hendak menyambut syawal.


Terdengar sahaja takbir raya jiwa ini lebih meruntun. Semasa inilah terasa jauh hati ini, sayu hati ini dan terasa kehilangan yang amat sangat. Selalu aku ibaratkan diri ini umpama buih-buih halus yang hanyut semakin jauh dan semakin jauh ke muara sungai. Pandangan terhadap buih hilang sedikit demi sedikit dari pandangan.


Kadang-kadang hati ini terasa seperti puing-puing kaca halus tatkala terhempas ke lantai. Betapa remuk dan redamnya hati ini melihat orang lain yang masih dapat menagih kasih ibu dipagi aidilfitri. Melihat mereka mengucup tangan ibu.Yang paling memilukan aku apabila melihat cucu-cucu mencium tangan opah masing-masing.


Anak-anakku tidak lagi dapat merasa lagi nikmat kasih dan sayang seorang opah seperti cucu-cucu opah yang lain. Hanya seketika mereka bersama opahnya. Itupun tatkala mereka terlalu kecil untuk memahami apa yang dimaksudkan nikmat kasih sayang seorang insan bernama Opah. Rasanya opahnya juga belum merasa puas merasa nikmat mempunyai insan-insan yang bernama cucu. Segalanya berlalu terlalu pantas. Dalam keadaan tidak disangka-sangka dia pergi menymbut seruan ilahi.


Bagi diriku yang ada hanyalah kenangan yang aku ulang-ulang dalam kotak pemikiran. Sedikitpun tidak pernah jemu aku mengulanginya. Kalau boleh biarlah kenangan itu terus mekar sehingga ke akhir hayatku. Sesungguhnya aku amat menyayangi arwah ibu....Minta maaf tak boleh nak sambung dah..... deraian air mata menyekat jari-jemari daripada mengetuk papan keyboard ini..

2 ulasan:

  1. terlebih dahulu t kasih atas komen yg serba sedikit menyuntik semangat untuk terus menulis. Tp aku mcm serba salah sikit. Aku mcm minta simpati ke? Hihihihi..yg aku tau aku cuma meluahkan apa yg terlintas waktu menulis Monolog tu. Hantu betui la..Catatan nko yg ini pulak menyambung sayu aku sewaktu menulis catatan ttg pemergian emak aku.. Kehilangan ibu rupanya terlalu pahit utk diterima.

    BalasPadam
  2. betui mad tahap satu memang kita sekadar menulis. Tahap kedua kita memang ada rasa inginkan tulisan kita itu dibaca oleh orang lain. tahap ketiga dia berbalik kepada tahap pertama tulis kerana ingin menulis. Sebenarnya mad ramai pembaca senyap yang membaca tulisan kita. Contohnya apabila berjumpa rakan lama, rakan sekerja serta anak murid mereka akan mula bercerita dengan kita tentang cerita yang kita tulis...Masa tu baru terasa kepuasan dalam menulis. Terasa sangat dihargai,mendapat perhatian dan menjadikan kita lebih bersemangat, bermotivasi, berinspirasi serta berkobar-kobar untuk kita terus menulis..

    Mad hanya mereka yang kehilangan ibu dapat merasakannya.... Rasanya engko dapat merasakan apa yang aku rasa...

    BalasPadam

Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...