Apabila minda diprogramkan dengan perkataan susah segalanya akan jadi susah. Namun apabila minda diprogramkan dengan perkataan senang segalanya akan jadi senang. Banyak perkara yang kita fikirkan bermula diminda. Banyak juga tindakan yang kita buat berdasarkan apa kata minda.
Sedari kecil sebenarnya ada pelbagai perkara negatif yang telah diprogramkan ke dalam minda kita. Semua perkara negatif ini meresap masuk kebawah minda separa sedar dan akhirnya mempengruhi sistem kepercayaan kita (Believe System). Semasa kita kecil kita bebas bermain, bebas memanjat pokot dan bebas mandi sungai tanpa ada rasa takut. Semuanya bebas dilakukan. Sebabnya minda kita pada ketika itu masih jernih,tiada halangan dan belum lagi diprogramkan.
Semakin kita membesar kita mula diprogramkan oleh orang terdekat dengan kita dengan perkataan-perkataan yang negatif contohnya "Nak jangan panjat pokok nanti jatuh patah kaki" "Nak jangan mandi sungai nanti lemas" dan yang lebih teruk lagi "nak jangan main dalam semak atau hutan nanti kena tangkap dengan hantu".
Memang tidak dapat dinafikan larangan tersebut ada kebaikannya. Namun dalam jangka masa yang panjang perkataan seumpama ini mula menghehadkan kebolehan dan potensi sebenar kita. Program seumpama ini terus diasak ke dalam minda bawah sedar sehingga melahirkan sistem kepercayaan yang menjadikan kita seorang yang negatif.
Biasa tak kita mendengar nasihat-nasihat seumpama ini. "Mad metamatik ni payah, aku dulu belajor pun jenuh belajor tapi tak mau dapat-dapat". "Tak payah le belajor rajin-rajin , keturunan kita ni keturunan otak berkarat". "Mad bahasa Inggeris ni susah le". Sebelum mencuba lagi sistem kepercayaan seseorang pelajar itu sudah dihadkan potensinya. Belum lagi belajar bersusngguh-sungguh atau mencuba mindanya telah meletakkan satu halangan yang besar melalui saranan-saranan negatif orang disekelilingnya.
Sebenarnya inilah senario yang menimpa kebanyakan pelajar kita terutamanya pelajar-pelajar luar bandar. Minda kita telah disalah program. Minda kita telah telah di salah upload dan minda kita telah dijangkiti virus.
Perkara-perkara negatif akan terus subur dan membesar dalam diri seseorang sehinggalah dia akan mengatakan tidak tahu,tidak pandai, malu, dan menganggap dirinya tiada bakat, memang dilahirkan lemah dalam pelajaran, tidak mahu membaca, tidak mahu menulis mengakibatkan dia langsung tidak mahu mencuba.
Lebih malang lagi apabila bisikan dalaman juga terus membisikkan perkara-perkara yang negatif. Apabila ada sedikit kemahuan untuk berubah maka bisikan dalaman mula membisikkan "Tak payah le belajar hari ini, tengok tv dulu" atau pun "Ye ke nak berubah ni, nanti apa orang kata" ataupun "Mad kamu nak jadi orang baik, nanti kawan-kawan kamu gelak". Sekali lagi diri akan tertewas dengan bisikan dalaman.
Akhirnya jadilah kita manusia yang mati sebelum mati ataupun jadilah manusia yang sudah dikebumikan sebelum dikebumikan. Kekallah kita menjadi manusia yang sentiasa negatif, mencari kesalahan orang lain, hanya tahu melihat sudut yang negatif, suka mendengar perkara yang negatif dan kita tidak dapat lagi melihat kebaikan kerana yang kita nampak hanya negatif....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan