"Jepun pandang ke barat untuk kemajuan, Apa nak jadi dengan Malaysia" "Pandangannya ke mana di mara arah mu" begitu antara bait lagu orang timur nyanyian kumpulan SYJ. Lagu ni memang lagu favourite setiap kali group aku jamming kat Man Black Studio Kampar.
Selalunya sehari sebelum jamming kami akan praktis dulu kat kolam ikan Wak Mingan atau kat rumah Atan (Lead Guitar). Aku seperti biasa akan bertindak sebagai vokalis. Deris bertindak sebagai Drummer dan adik Atan Zai sebagai Bassist. Selain lagu kumpulan SYJ lagu kumpulan MAY turut menjadi pilihan seperti lagi Pelayaran, Grafiti dan Sendiri dan banyak lagi.
Pada hari Jamming selalunya kami akan berkongsi duit menyewa kereta dan kadang kala kami beramai-ramai naik bas tinjat. Demi semangat Rock yang membara apa pun sanggup dilakukan. Setiba di Man Black Studio selalunya kami terpaksa meenunggu giliran memandangkan banyak kumpulan lain yang datang lebih awal.
Sambil lepak-lepak di ruang tamu Studio Man Black kami juga mengambil kesempatan mencuri dengar muzik yang dimainkan oleh kumpulan lain. Rata-ratanya amat berbakat dan boleh bermain secara live. Inilah kelebihan kumpulan rock zaman rock kapak. Banyak kumpulan yang boleh perform secara live.
Apabila tiba giliran kumpulan aku jamming selalunya Man Black akan masuk sekali untuk memerhatikan permainan kumpulan aku. Selesai tuning dilakukan maka bermulalah saat yang dinanti-nanti. Lets Rockin..... Bergegar beb studio... semangat lamina pun naik tiba-tiba..
Dengan hentakan double paddle Drum Deris yang amat padu dan skill permainan lead gitar Atan yang mantap menyebabkan semakin ramai yang masuk ke studio untuk melihat kumpulan aku jamming. Tambahan pila apabila lagi pelayaran dimainkan huuu memang energy level meningkat naik 110%. Apabila atan menggoreng lagu-lagu berirama Heavy Metal seperti 2 minit 2 midnigth (lagu Iron Maiden) dan lagu Heavy Chain (Loudness) selalunya studio akan bertambah gamat.
Atan memang seorang pemain gitar yang berbakat. Pernah beberapa kali bermain dengan kumpulan Handy Black dan beberapa kumpulan yang lain. Daripada Atanlah aku belajar bermain gitar namun tidaklah sehandal Atan. Itulah pegalaman zaman remaja aku semasa aktif dengan aktiviti jamming menjamming. Pantang ada studio baru maka aku dan Atan pasti akan mencubanya. Zaman Rock kapak memang best dan antara kenangan terindah yang tidak dapat dilupakan.... Hidup Rock Kapak....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan