Nuffnang

Pengikut

Sabtu, 4 September 2010

Thingking Feeling Action and Result


Perubahan kecil membawa makna besar 5


Telah banyak rasanya buku-buku motivasi dan transformasi diri yang aku baca sama ada penulis luar atau dalam negeri. Begitu juga dengan seminar-seminar motivasi, tranformasi, minda dan seumpamanya yang aku hadiri. Ada yang mengenakan yuran yang sangat murah dan ada juga yang mengenakan yuran yang sangat tinggi. Demi ilmu aku sanggup berhabisan untuk itu.


Kadang-kadang apabila bercerita kepada teman-teman dengan niat untuk berkongsi ada yang memberi reaksi positif dan ramai juga yang memberi reaksi negatif. Yang negatif sudah pasti lebih ramai daripada yang positif. Perkara seumpama ini memang merupakan resmi alam. Perkara yang negatif memang mudah menarik minat insan yang bernama maknusia berbanding perkara yang positif.


Berita rogol, bunuh, buang bayi, sumbang mahram dan seumpamanya begitu mudah menarik minat masyarakat dan semudah itu juga dihazamkan dalam pemikiran mereka. Sebenarnya semua persoalan negatif menjadi barah yang meracuni pemikiran bawah sedar kita sedikit demi sedikit tanpa kita sedari. Sekiranya minda bawah sedar didedahkan dengan berita dan perkhabaran negatif seumpama ini dan akhirnya yang negatif akan terpahat dengan kukuh di dalam minda bawah sedar.


Akhirnya sedikit sebanyak akan mempengaruhi sudut pandang dan mempengaruhi sebarang keputusan yang dibuat dalam kehidupan seharian kita. Sikap tidak yakin, gagal mencuba sebelum mencuba, tidak yakin, rasa rendah diri dan sering menyalahkan orang lain serta suka kepada cerita gossip adalah menifestasi daripada perkara-perkara yang negatif yang masuk ke dalam minda bawah sedar.


Masalahnya minda sedar boleh dikontrol. Minda bawah sedar tidak boleh dikontrol dan mengambil masa yang lama untuk mengubah tabiat yang sudah menjadi sikap dan pegangan hidup. Minda kelas satu, minda juara dan minda global sukar dicapai sekiranya saban hari minda kita di programkan dengan perkara-perkara yang positif.


Anda perhatikan kepada mereka yang mencapai kejayaan luarbiasa dalam hidup semuanya mempunyai sikap yang hampir serupa iaitu berlapang dada, menerima setiap sesuatu yang terjadi mempunyai hikmat yang tersirat, melihat sesuatu yang orang lain tak nampak, yakin diri, kerja amal, bersedekah dan banyak lagi sikap yang baik. Kesimpulanya terkandung dalam satu frasa iaitu Positif thinking.


Kebanyakan buku dan seminar yang aku hadiri mempunyai kesimpulan dan formula yang sama untuk mencapai kejayaan luar biasa dalam hidup iaitu Thingking, Feeling and Action. Apabila ketiga-tiga langkah telah dilakukan akhirnya kita akan mendapat hasiln atau pun result yang baik. Hasil yang baik mesti bermula dengan fikiran yang baik. Hasil yang tidak baik bermula dengan fikiran yag tidak baik.


Fikran terletak di dalam minda. Kalau betul diprogramkan pemikiran akan menghasilkan result yang baik. Anda cuba bayangkan apabila saban hari minda kita disogokkan dengan perkara-perkara yang negatif maka apakah hasil atau result yang bakal anda perolehi?


Orang lain sibuk mencipta kejayaan demi kejayaan tetapi kita terus hanyut di pulau alasan. Bangsa lain gah mencipta kejayaan raksaksa dalam pelbagai bidang sebalinya bangsa kita masih bercakaran dalam soal-soal dalam kain sendiri dan kain orang lain. Sebenarnya bukanlah susah untuk menukar segalanya menjadi cemerlang, gemilang dan terbilang.


Apa yang penting kita perlu menukar mind set iaitu pemikiran. Apabila pemikiran sudah betul dan sentiasa disemai dengan pemikiran positif langkah seterusnya ialah kita perlu merasai setiap rasa yang telah wujud dalam pemikiran. Cium dan hayati rasa itu agar menyelinap semua rasa itu ke seluruh sistem badan dan berdenyut ke dalam seluruh urat nadi.


Bayangan-bayangan kejayaan perlu terus dimainkan dalam minda. Seterusnya barulah anda memulakan tindakan untuk menggapai apa yang anda cita-citakan. Kadang-kadang dengan hanya gambaran keinginan untuk berjaya sudah dapat memberi ilham dalam rasa. Rasa akan membuka cara bagaimana sesuatu matlamat itu boleh tercapai. Tuhan akan memberi hambanya idea atau jalan tentang bagaimana impian hambanya itu boleh dicapai.


Sebenarnya bukti keajaiban minda membuka jalan untuk menjadi kaya-raya dan berjaya dalam hidup sudah acap kali aku dengar dalam seminar atau buku-buku yang aku baca. Umpamanya dalam seminar Intensif Mentor Kekayaan dan Kejayaan kendalian Doktor Azizan Osman aku bertemu sendiri dengan bukti hidup secara bersemuka mereka yang berjaya mencapai kejayaan yang tidak disangka-sangka setelah mengubah minda miskin kepada minda kaya.


Sebenarnya apa yang perlu ditukar tidaklah banyak. Sekiranya pemikiran negatif ditukar kepada pemikiran positif maka kita akan dapat menjana hasil yang positif juga. Sekali lagi perubahan kecil membawa makna yang besar.....Wallah hu alam.....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...