Nuffnang

Pengikut

Rabu, 1 September 2010

Bukang kelah bawoh Setarang


Perubahan kecil membawa makna besar 3

Ada palbagai cara digunakan oleh orang atasan atau bos apabila hendak mengarahkan atau menyuruh orang bawahan melakukan sesuatu pekerjaan. Ada bos yang memberi memo. Ada yang menyampaikan arahan dalam nada yang keras. Ada yang menyampaikannya dalam bentuk paksaan dan tak kurang juga menyampaikannya dalam bentuk yang sangat berhikmah. Yang paling aku marah apabila di sampaikan dalam bentuk ugutan.

Inilah antara pengalaman yang aku alami dengan seorang ketua bidang di sekolah lama aku. Pada masa itu aku baru posting ke sebuah sekolah menengah dalam sebuah banda di Perak. Memang sudah menjadi lumrah selepas mengadakan ujian lisan Bahasa Melayu untuk tingkatan 3, cikgu kelas masing-masing akan memasukkan markah tersebut ke dalam sijil.

Aku sebenarnya tidak berkira dalam soal mengisi markah tersebut. Kalau diminta untuk mengisi bagi ke semua kelas pun tiada masalah rasanya kalau kena caranya. Sebelum itupun aku tidak pernah berkira menjalankan ujian lisan untuk hampir 200 pelajar secara one man show.

Hari pertama memang ada empat orang pemeriksa. Hari kedua sehingga hari keempat aku sorang-sorang mengendalikannya. Bermula pada waktu persekolahan 7.30 pagi hingga balik pukul 1.10 tengah hari aku tidak bergerak-gerak dari bangku pemeriksa demi menghabiskan ujian tersebut.

Selepas itu aku diminta pula untuk mengisi keseluruhan markah tersebut ke dalam sijil. Sebenarnya aku tak kisah sangat, aku boleh buat kerana aku mengambil sikap selagi aku boleh buat aku akan buat kerja tersebut dan dalam pemikiran aku hari ini aku bertolak ansur dengan orang, pada masa depan mugkin orang boleh bertolak ansur dengan aku.

Tetapi ternyata anggapan aku itu meleset apabila seorang ketua bidang mengugut aku dengan ayat yang sangat aku rasa terhina dan mencalar emosi aku. Ayatnya berbunyi begini "Cikgu kena masuk semua markah ni, cikgu ni cikgu baru cikgu, cikgu kena buat benda ni, kalau tidak cikgu tak confirm".

Seluruh badan aku rasa menggeletar menahan kemaharahan yang teramat sangat. Seolah-olah aku ni bodoh sangat, seolah-olah aku ni bangang dan seolah-olah begitu mudah kepala aku boleh dipijak.... piiiraahhhhhh..... Secara spontan aku balas "Cikgu ambil balik sijil ni cikgu isi sendiri, saya tak mau buat.... tak confirm pun tak pa" aku terus belah meninggalkan ketua bidaang tersebut terpinga-pinga.

Kerana pada sangkaannya dengan bercakap begitu mungkin aku akan berasa takut dan patuh dengan arahannya. Minta maaf. aku tidaklah sebodoh itu dan dalam bahasa kasarnya tidaklah sebarua itu.

Pada aku tiada salahnya kalau cakap elok-elok. Aku akan tolong. Tetapi apabila dia mengugut menyebabkan aku benar-benar rasa tecabar. Aku nekad apa nak jadi-jadilah. Macam aku ni bodoh sangat. Bukan dia yang menetukan confirmation aku.

Sebaliknya bekas bos aku seorang penyelia petang ni amat kontras dengan ketua bidang tadi. Apabila hendak mengarahkan cikgu dibawahnya melakukan sesuatu pekerjaan dia akan datang bersemuka dan memulakan arahannya dengan ayat "Cikgu minta tolong sikit, nak minta tolong cikgu isikan data murid".

Selalunya arahan dalam bentuk pertolongan ini jarang ditolak oleh cikgu-cikgu dibawahnya. Hati pun sedingin salju rasanya apabila orang atas bercakap seperti itu kepada kita. Berbeza dengan arahan dalam bentuk ugutan. Inilah yang aku katakan perubahan kecil membawa makna yang sangat besar...

2 ulasan:

  1. salam anjang weii.

    aku tgk material ko dah belanar ni...camna ngan idea aku ckp dulu...semasa jumpa di PWTC....raya nanti boleh jumpa diskas...kena rebut sementara peluang masih ada...

    BalasPadam

Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...