Nuffnang

Pengikut

Ahad, 5 September 2010

SMILES


Perubahan kecil membawa makna besar 7

Pulang ke rumah selepas seharian bekerja adalah saat yang sangat membahagiakan. Dalam perjalanan pulang kita sudah dapat membayangkan keadaan rumah, air sejuk di dalam peti ais, wajah anak-anak dan isteri tersayang .

Bayangan itu sangat mendamai dan mengasyikkan. Benarlah rumah itu adalah syurga (Baiti jannati). Bagi yang masih belum mendirikan rumah tangga rumah mungkin sekadar tempat berehat atau berlindung. Bagi yang sudah berumahtangga ada banyak perkara yang menarik tentang rumah. Pelbagai rahsia tekandung di dalamnya. Tidak kurang juga peristiwa suka-duka, nostalgia dan kenangan yang banyak tersimpan dalam kamus hidup sepanjang tinggal di situ.

Harapan untuk pulang ke rumah dengan perasaan gembira, senang hati, bahagia dan damai adalah merupakan harapan bagi setiap suami. Walaupun ditempat kerja jiwa sentiasa kacau dengan kerenah bos, rakan sekerja dan pelbagai faktor lain namun apabila pulang ke rumah seorang suami amat menggharapkan suasana yang aman dan tenteram.

Apabila tiba dipintu rumah suami amat mengharapkan keadaan rumah yang aman damai, anak-anak yang ceria dan sambutan mesra seorang isteri. Yang aku maksudkan sambutan mesra ialah SENYUMAN ikhlas. Dengan hanya senyuman hati suami akan berasa sangat bahagia. Seolah-olah semua beban kerja hilang sekelip mata.

Anda cuba bayangkan keadaan sebaliknya berlaku. Apabila suami berada di pintu rumah pulang daripada tempat kerja muka isterinya masam mencuka dengan muncung panjang yang boleh disangkut penyangkut baju. Apa perasaan suaminya yang seharian penat bekerja. Rasanya bertambah terbeban jiwa dan raga serta seluruh saki baki emosi ceria dan bahagia hilang serta merta. Level energy juga terus menurun.

Kalau aku aku akan merasakan lemah seluruh anggota badan. hilang semua mood. Mood makan, mood bercakap dan segala macam mood disedut keluar semuanya dari jiwa dan raga. Oleh itu para isteri menyambut kepulangan suami daripada tempat kerja ataupun apabila suami pulang daripada sebarang urusan diluar cubalah belajar SENYUM. Kalau biarlah senyuman itu melebar sehingga ke telinga. Sedikit sahaja yang diminta iaitu SENYUM.

Mana-mana isteri yang jarang menyambut kepulangan suaminya denga senyuman cubalah belajar senyum. Bukannya susah sangat dan berita baiknya anda tidak perlu membayar harga yang tinggi unutk melakukan senyuman. Lakukanlah sedikit perubahan yang akan membawa makna yang besar kepada kebahagian keluarga anda.

Senyum itu sedekah. Di dalam senyuman ada energy positif yang sangat kuat. Setiap energy positif yang anda keluarkan dan berikan kepada orang lain energy tersebut akan datang semula kepada anda. Anda akan terasa lebih sihat, ceria ,bahagia serta kaya dan berjaya........

2 ulasan:

Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...