Bahasa mulut boleh menipu tetapi bahasa badan tidak akan akan boleh mebohongi kita. Teringat bait-bait lagu daripada Crisye yang bertajuk ketika tangan dan kaki berbicara "Akan datang hari, mulut dikunci, kata tak ada lagi" "Akan tiba masa tak ada suara dari mulut kita" "Berkata tangan kita tentang apa yang dilakukan" "Berkata kaki kita ke mana saja dia melangkahnya".
Sebenarnya lagu ini menceritakan tentang apa yang berlaku semasa kita disoal jawab oleh Allah. Mulut akan terkunci sebaliknya semua anggota badan lain akan memberi keterangan tentang apa yang telah dilakukannya di atas dunia. Body language dan lain-lain anggota badan terutamanya mata amat sukar untuk berbohong. Umpamanya di dalam NLP dengan melihat pergerakan mata hitam sahaja kita sudah boleh membongkar corak pemikiran seseorang.
Selain itu NLP juga menyarankan kepada kita untuk menjadi insan yang hebat dalam bidang yang diingini maka tirulah 100% fizikal dan emosi insan yang hebat dalam bidang tersebut. Inilah yang dilakukan oleh Trainer NLP tersohor dunia Anthony Robin apabila berjaya melahirkan penembak tepat dalam masa 45 minit sahaja. Sedangkan melalui proses biasa seorang penembak tepat mengambil masa selama 4-5 tahun untuk menjadi seorang penembak tepat yang mahir atau disebut sharp shooter.
Apa yang dilakukannya hanya dengan meniru seratus peratus apa yang dilakukan oleh penembak tepat sebenar. Gaya badan, tenungan mata dan pernafasan. Ternyata apabila 100% perlakuan fizikal dan emosi ditiru maka yang meniru akan menjadi seperti yang ditiru. Hebatkan. Begitu juga untuk mempengaruhi seseorang kita hanya perlu meniru apa yang dilakukannya pada ketika kita berbual dengannya.
Cara bercakap, cara duduk, intonasi suara dan pernafasan ditiru 100%. Dengan cara tersebut kita akan mampu mempengaruhi mereka yang berada di hadapan kita. Bagi mereka yang sering membuat sales dan inginkan closing sales yang positif cubalah cara NLP ini. Insyaallah berkesan.
Mungkin juga anda mempunyai pengalaman apabila kedatangan anda untuk berjumpa dengan orang tentu bagi menceritakan peluang perniagaan sebenarnya tidak disenangi oleh orang tersebut. Penolakan akan berlaku melalui bahasa badan apabila badannya kelihatan bergerak-gerak ke kiri dan ke kanan. Mata pula melilau ke merata tempat dan ekspresi muka mungkin hanya tersenyum hambar tanpa minat yang bersungguh. atau lebih teruk lagi mata akan berulang-ulang melihat skrin handphone. Ini menjelaskan kepada kita bahawa sebenarnya kedatangan kita amat tidak disenangi.
Oleh itu apa yang anda perlu lakukan belajarlah memahami bahasa badan. Insyaalah anda akan menang dalam setiap pertempuran....
Salam,
BalasPadamBetoi tu Tuan. 70% bahasa/mesej dpt dibaca dari body langauge/facial expression. Sonok kalau kita suka tengok perangai manusia, dapat tau apa yg dia fikir melalui bukan yg diperkatakan tapi apa yang tak diluahkan. Menarik!
ya memang best... saya dah mula suka tengok mata hitam orang sebagai latihan untuk mengenal karektor manusia....
BalasPadam