Nuffnang

Pengikut

Sabtu, 11 April 2009

CHESAPEAKE BAY





Pernah dengar nama Chesapeake Bay ?. Chespeake Bay terbentuk 10,000 tahun dahulu. Merupakan muara/kuala terbesar dibenua Amerika. Mengunjur 320 km meter dari selatan Virginia sehingga ke utara Maryland. Merupakan teluk yang cetek dan tempat pasang-surut air tawar dan air masin.

Kaya dengan hasil laut seperti kepah, ketam dan tiram. Terdapat 16 juta penduduk disini. Pertambahan penduduk telah mencemar teluk sterusnya mengancam kehidupan laut. Namun ia masih menjadi tempat pelancongan popular kerana panorama yang indah dan suasana yang mendamaikan.


Antara tempat yang menarik di Chesapeake bay ialah Cockrell creek. Kebanyakan penduduk disini merupakan nelayan. Suasana perkampungan tradisional yang tenang dan damai melatari Cockrell Creek.

Bertemu lagi dengan tempat-tempat menarik di seluruh dunia. Semoga ilmu dan pengetahuan kita semakin bertambah. Kalau ada rezeki satu hari mungkin kita boleh ke sini.

Kalau ketawa kena makan.


Cerita ni sebuah cerita yang selalu diceritakan dalam seminar motivasi. Azman Ching pun ada menulis cerita ni di dalam bukunya Khazanah Inspirasi. Mungkin pembaca blog pun pernah mendengarnya. Aku cukup suka cerita ni sebab banyak pengajarannya.

Ceritanya begini. Dua orang pemburu telah sesat ke dalam hutan. Pusing-pusing mereka masih beredar di tampat yang sama. Akhirnya mereka mengambil keputusan untuk berehat sambil makan bekalan yang di bawa. Akhirnya mereka tertidur.

Namun tidak berapa lama mereka terjaga kerana bunyi bising. Pemburu pertama menjerit kegembiraan kerana menyangkakan mereka sudah selamat. Rupa-rupanya mereka ditangkap oleh sekumpulan manusia yang tegap dan besar atau lebih tepat orang makan orang.

Dua orang pemburu itu di bawa ke kampung orang makan orang dan dipersembahkkan kepada penghulu kampung. Keeseokan paginnya penghulu kampung mewarwarkan akan diadakan kenduri lauk orang. Kedua-dua pemburu merayu agar mereka dilepaskan.

Penghulu kata boleh dengan satu syarat. "Kamu mesti mencari sembilan biji buah yang sama......."Belum pun habis penghulu memberikan arahan kedua-dua pemburu berlari sekuat hati ke dalam hutan. "Mesti cari buah yang elok-elok untuk dipersembahkan kepada penghulu" Bisik hati kedua-dua pemburu.

Selang sejam pemburu yang pertama tiba ngan sembilan biji buah anggur yag manis dan lazat. "Aku belum habis cakap kamu dah lari. Sekarang aku mau kamu masukan anggur itu ke dalam perut kamu melalui lubang dubur. Tak boleh ketawa, kalau ketawa kami makan" Kata penghulu itu.

Dengan susah payah pemburu itu memasukkan sebiji demi sebiji buah anggur melalui lubang duburnya. Sedang dia memasukkan anggur yang terakhir dia ketawa berdekah-dekah kerana melihat pemburu yang kedua datang berlari-lari dengan gembira dan penuh confiden membawa sembilan biji buah durian. Apa jadi selepas itu anda boleh menafsirkan sendiri.

Moralnya Dengar sesuatu arahan jelas dan tanya apabila tak paham. Kalau tidak jadilah pemburu yang kedua tu. Ha Ha Ha

Belacan


"Cikgu ni macam beruk la". Tiba-tiba je pelajar ni bersuara.Aku pun tergamam. Mula -mula rasa nak marah juga. Rupa-rupanya pelajar ni bertanyakan gambar yang dalam buku tu. Buku tu pulak diletakknya di bawah meja. Ini antara gelagat pelajar-pelajar yang lemah. Kadang-kadang apa yang mereka cakap tu terus je sedangkan dia ada maksud lain. Kalau salah faham boleh naik angin.

Macam biasa aku ada seorang pelajar memang bermasalah. Membaca boleh menulis boleh. Namun dia masih tergolong dalam kategori pelajar yang lemah. Daripada pemerhatian aku dia ni ada kecelaruan jiwa yang kuat. Kadang-kadang aku cakap ngan dia. Dia boleh tengok ke tempat lain.

Dalam beg dia masih ada kereta mainan yang kecik-kecik. Kalau dia rasa nak main. Dia akan keluarkan kereta tu dan mula lah dia main kereta-kereta kecil tu atas meja sambil tu macam-macam bunyi keluar.

Daripada apa yang aku tau keluarganya ada masalah. Ayahnya pun kadang-kadang tak stabil maklumlah ada dua cawangan yang rasmi. Daripada gossip-gossip setempat yang tak rasmi pun ada juga. Kadang-kadang aku kesian tengok dia ni. Selalu juga pelajar-pelajar lain ambik kesempatan.

Dia ni ada nama glamournya BELACAN. Mula-mula aku heran jugak ngapa nama belacan. Kata kawan rapatnya cuba cikgu duduk kat dia. Memang betul ada satu bau yang kurang menyenangkan. Memang bau belacan. Cuma aku nasihatkan budak lain jangan la kutuk dia ngan nama tu. Kesian dia.

Ada sekali tu dia menangis teresak-resak macam budak kecik kat hujung tangga sekolah. Jenuh aku tanya dia tak jawab. Aku cakap dah habih nangis jumpa aku. Sepuluh minit kemudian dia datang jumpa aku. Aku tanya sebab apa. Dia kata ada pelajar pukul dia.

Ada sekali tu pulak dia kena tangkap ngan guru disiplin pasal bawak rokok. Yang aku tak tahan jawapannya bila guru disiplin tanya ngapa bawak rokok. Dia jawab sebab nampak handsome cikgu. Aku rasa jawapan tu jawaran yang jujur.

Dan dia bawak rokok pun bukan sebab macam budak lain. Aku rasa dia memang nak kena tangkap ngan guru disiplin. Sebab kalau budak lain dia akan sorok-sorok rokok tu. Yang dia ni siap tayang kat orang lain. Dan rasa seronok bila ada pelajar lain report dia bawak rokok.

Sebab mungkin bagi dia kalau kena tangkap tu nampak hebat macam pelajar lain. Tu yang dia boleh jawab Nampak Handsome Cikgu. Belacan....Belacan.....

Khamis, 9 April 2009

NAJIB NEW CABINET


Prime Minister
Najib Abdul Razak (Umno)

Deputy Prime Minister
Muhyiddin Yassin (Umno)

Ministers in the Prime Minister's Department
Koh Tsu Koon - Unity Affairs & Performance Management (Gerakan)
Nazri Abdul Aziz - Minister in charge of Law and Parliament (Umno)
Nor Mohamed Yaakop - Economic Planning Unit (Umno)
Major Gen Jamil Khir Baharom - Islamic Affairs (Umno)
DeputiesLiew Vui Keong (LDP)
Mashitah Ibrahim (senator, Umno)
SK Devamany (MIC)
Ahmad Maslan (Umno)
T Murugiah (senator, PPP)
Finance MinistryNajib Abdul Razak (1) (Umno)
Ahmad Husni Hanadzlan (2) (Umno)
DeputiesChor Chee Heong (MCA)
Awang Adek Hussien (senator, Umno)
Education MinistryMuhyiddin Yassin (Umno)
DeputiesWee Ka Siong (MCA)
Puad Zarkashi (Umno)
Transport MinistryOng Tee Keat (MCA)
DeputiesAbdul Rahim Bakri (Umno)
Robert Lau Hoi Chew (Supp-Sarawak)

Agricultural Development and Commodities Bernard Dompok (Upko-Sabah)
DeputyHamzah Zainuddin (Umno)
Home AffairsHishammuddin Hussien (Umno)
DeputiesAbu Seman Yusop (Umno)
Jelaing Mersat (SPDP-Sarawak)
Information, Communication, Arts and CultureRais Yatim (Umno)
DeputiesJoseph Salang Gandum (PRS-Sarawak)
Heng Seai Kie (senator, MCA)
Energy, Green Technology and Water Peter Chin Fah Kui (Supp-Sarawak)
DeputyNoriah Kasnon (Umno)

Rural Development and Territories Shafie Apdal (Umno)
DeputiesHassan Malek (Umno)
Joseph Entulu Belaun (PRS-Sarawak)
Higher Education Khaled Nordin (Umno)
DeputiesHou Kok Chung (MCA)
Saifuddin Abdullah (Umno)
International Trade and IndustryMustapa Mohamad (Umno)
DeputiesMukhriz Mahathir (Umno)
Jacob Dungau Sagan (SPDP-Sarawak)

Science, Technology and InnovationDr Maximus Ongkili (PBS-Sabah)
DeputyFadillah Yusof (PPB-Sarawak)
Natural Resources and Environment Douglas Uggah Embas (PPB-Sarawak)
DeputyJoseph Kurup (PBRS-Sabah)

TourismNg Yen Yen (MCA)
DeputySulaiman Abdul Rahman Abdul Taib (PBB-Sarawak)
AgricultureNoh Omar (Umno)
DeputiesJohari Baharom (Umno)
Rohani Abdul Karim (PBB-Sarawak)

Defence Ahmad Zahid Hamidi (Umno)
DeputyAbdul Latif Ahmad (Umno)
Works Shaziman Abu Mansor (Umno)
DeputyYong Khoon Seng (Supp-Sarawak)
HealthLiow Tiong Lai (MCA)
DeputyRosnah Rashid Shilin (Umno)
Youth and Sports Ahmad Shabery Cheek (Umno)
DeputiesRazali Ibrahim (Umno)
Wee Jeck Seng (MCA)
Human ResourceDr S Subramaniam (MIC)
DeputyMaznah Mazlan (Umno)
Domestic Trade and Consumer AffairsIsmail Sabri Yaakob (Umno)
DeputyTan Lian Hoe (Gerakan)
Housing and Local GovernmentKong Cho Ha (MCA)
DeputyLajim Ukin (Umno)

Women, Family and Society DevelopmentSharizat Abdul Jalil (senator, Umno)
DeputyChew Mei Fun (senator, MCA)
Foreign Anifah Aman (Umno)
DeputiesA Kohilan Pillay (senator, Gerakan),
Lee Chee Leong (senator, MCA)

Federal Territories Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin (Umno)
DeputyM Saravanan (MIC)

KOD E (Kod Khinzir pada makanan)


Artikel ni aku perolehi semasa seminar Herba. Dalam Internet dah banyak artikel ni tersebar. Namun terpulang kepada kita nak percaya atau tidak. Dengan senario terkini industri makanan negara rasanya tulisan artikel ni tepat. 

Macam artikel yang dikeluarkan oleh persatuan pengguna Pulau Pinang ramai yang tak yakin atau buat-buat tak nampak. Sedangkan tulisannya itu fakta dan tidak pernah disangkal oleh mana-mana syarikat yang disebut dalam tulisannya.

Rahsia besar ini didedahkan oleh seorang pegawai Badan Pengawasan Ubat dan Pemakanan (POM) di pegal Perancis. Tugasnya mencatat semua kandungan ubat dan makanan yang dikeluarkan secara detail.Prosedur seumpama ini memang ditekankan oleh semua negara Eropah bagi menjamin rakyatnya makan benda yang selamat dan tidak mengancam nyawa.

Ia satu prosedur yang perlu dipatuhi oleh semua pengeluar ubatan dan makanan. Mereka mesti mengishytiharkan semua kandungan makanan dan menjadi kesalahan sekiranya ia disembunyikan daripa pengetahuan umum.

Hampir seluruh negara barat dan Eropah memilih pilihan utama untuk daging ialah daging babi. Di Perancis sahaja terdapat 42,000 penternak. Jumlah kandungan lemak dalam babi sangat tinggi. Namun orang Eropah sendiri menghindari lemak tersebut. Sekitar 60 tahun dahulu lemak-lemak ini dibakar dan dibuang. 

Lemak babi tidak dapat dieksport ke negara-negara  Asia kerana ramainya umat Islam yang sememangnya apa sahaja produk berkaitan babi haram untuk umat Islam. Pada masa dahulu lemak babi pernah disalut kepada peluru-peluru untuk mengelakkan perluru itu berkarat. Apabila diketahui oleh orang-orang Islam produk mereka telah di boikot dan menyebabkan perniagaan mereka terjejas.

Demi melihat betapa banyaknya keuntungan yang boleh diperolehi sekiranya produk hasil lebihan babi ini dapat diproses ke bentuk lain (Hasil Deriavtif) dan menjadi salah satu bahan kandungan dalam barang-barang tertentu usaha telah digerakkan ke arah itu.

Satu pemasalahan lagi yang dihadapi oleh syarikat-syarikat besar barat dan Eropah ialah kalau kandungan sesuatu produk  itu ditulis dengan kandungan sebenar sudah tentu produk tersebut tidak boleh masuk ke nagara Islam yang merupakan pasaran terbesar.Sekitar 1970-an penulisan lemak babi pada kandungan produk diganti dengan  lemak haiwan. Namun helah ini masih menimbulkan syak dan wasangka kepada pengguna Islam.


Mereka cuba pula menjadikan produk babi kepada bentuk lain (Hasil Deriavatif) Umpamanya produk berasas tulang dijadikan kalsium. fosforus,emulsifier, pensatabil makanan dan gelatin. Bila bertukar bentuk dan nama lain orang sudah tidak bertanya kalsium tu dariapada apa. Emulsifier daripada apa. Darah dijadikan vaksin. Orang juga tidak lagi bertanya vaksin apa. Lemak babi dijadikan shortening, perasa dan pewarna tambahan. Orang juga tidak bertanya Shortening tu daripada apa?.

Namun usaha itu tidak juga berjaya spenuhnya apabila lama-kelamaan helah tersebut berjaya juga dikesan. Syarikat Multibillionare Eropah dan Barat mula memikirkan bagaimana menjadikan kandungan sesuatu produk tidak dipertikaikan. Maka mereka memutuskan untuk membuat kod-kod tertentu ke atas kandungan sesuatu produk yang hanya diketahui oleh Badan Pengawas Makanan dan ubat tanpa diketahui oleh orang ramai.

Kod tersebut diawalkan dengan E-Kod dan E Ingredients yang banyak terdapat dalam ubat gigi,coklat, kek, gula-gula, biskut, makanan dalam tin, buah-buahan dalam tin,multi vitamin dan ubat-ubatan. Antara kod E dalam sesuatu produk yang disahkan mengandungi unsur babi ialah :

E100, E110, E120, E 140, E141, E153, E210, E213, E214, E216, E234, E252,E270, E280, E325, E326, E327, E334, E335, E336, E337, E422, E430, E431, E432, E433, E434, E435, E436, E440, E470, E471, E472, E473, E474, E475,E476, E477, E478, E481, E482, E483, E491, E492, E493, E494, E495, E542,E570, E572, E631, E635, E904.

Kalau tak silap aku persatuan pengguna Islam ada menyedikan perkhidmatan SMS untuk bertanya tentang E-Kod ini. Tepuk dada tanya selera. Kalau masih sangsi print kod E ini. Anda tengok dahulu pada kandungan jajan atau makanan ringan yang anak anda beli. Namun bukan semua kod E tak boleh dimakan. Ada juga yang boleh di makan selain kod diatas. Jenama makanan ringan yang terkenal banyak menggunakan E kod di atas walaupun didepannya ada logo halal Jakim.

Mengapa terjadi begini kerana kerana E kod ini adalah produk Deriavatif yang bukan dalam bentuk asal dan sudah dinamakan dengan pelbagai nama lain. Sudah tentu perkara ini sukar dipantau dan ditentukan halal dan haramnya. Apa yang kita boleh buat jadilah penapis diri sendiri untuk kesejahteraan keluarga dan umat islam yang lain. Wallahu alam.....


Khinzir dan Keturunannya

Gelatin Keluaran HalalGel

Seorang Cina pernah cakap kat aku. Naseli ah awak tau ka. "Sampai tua olang melayu sudah makan 3 ekor babi ohhh". Aku agak marah dengan kenyataan tu. Aku pun tanya "apa pasat ha". "semua makanan atak campur babi oh you tak pecaya ka". Aku termenung. 10 tahun dulu cina ni cakap kat aku. Masih terngiang-ngiang. Cina ni pulak memang baik ngan aku. Aku tak tau kat mana dia sekarang.


Bila aku terlibat dalam pemasaran produk herba satu ketika dulu memang banyak pendedahan eksklusif yang membenarkan pernyataan di atas. Untuk bahagian pertama ni aku cerita Khinzir dan produk hiliran yang kadang-kadang kita sendiri ada gunakannya.


Khinzir ni macam pokok kelapa semua bahagiannya boleh digunakan. Bulunya digunakan untuk membuat berus gigi, berus biskut, berus lukisan,tepung berprotein tinggi dan jekat bulu. Kulitnya boleh dibuat beg tangan,dompet,kasut dan jaket kulit. Kulitnya juga boleh menghasilkan kolagen elok untuk kulit. Awas banyak produk kosmetik di pasaran menggunakan kolagen. Pastikan sumber kolagen yang halal.


Tulangnya boleh menghasilkan Kalsium dan Fosforus yang digunakan dalam industri Ubat Gigi dan susu. Ingat tak jenama ubat gigi yang terkenal betapa susah nak dapat logo Halal Jakim. sebab apa? Sendiri mau ingat la.


Tulangnya juga boleh menghasilkan gelatin yang murah. Berhati-hati dengan jellly, agar-agar dan kek yang bukan keluaran orang Islam. Kek buatan orang Islam pun kadang-kadang menggunakan bahan yang sama sebab dia tak tau. Gunakan Gelatin Halal Gel confirm Halal. Tulangnya juga boleh mnghasilkan Emulsifier yang banyak digunakan dalam Yogurt, Ais Krim dan mentega. Juga dijadikian penstabil makanan dan Jus,Margerin dan minuman. Itu sebab walaupun ada logo halal kita kena berhati-hati


Darahnya digunakan dalam sosej (belilah sosej jenama Ramli sahaja lupakan yang lain),vaksin (Baca dalam Kosmo hari ini 9/4/2009 sumber babi digunakan dalam ubat jantung), Tablet dan media fermentasi.


Lemaknya banyak digunakan dalam industri susu (baca label ada tulis wei powder), kosmetik, perasa dan pewarna tambahan, shortening (banyak digunakan dalam kek), Roti dan biskut. Lemaknya juga boleh menghasilkan minyak masak, snek,mee dan perisa tambahan.


Organnya seperti hempedu menghasilkan makanan tambahan, Pankreas sumber insulin termurah dipasaran ( berhati-hati pengidap kencing manis yang menggunakan suntikan). Usus digunakan sebagai sarung sosej.


Itu baru sikit sebenarnya banyak lagi. Aku akan huraikan dalam artikel yang seterusya. Mungkin betul apa yang cina tu cakap. Itu sebab hari negara Arab mua berhati-hati dengan banyak keluaran makanan halal di Malaysia. Mereka lebih suka Produk Halal yang dihasilkan oleh Bumiputra Islam yang mengeluarkan bahan mentah dan mengilangkan sndiri.

Selasa, 7 April 2009

Satu untuk kau, satu untuk aku, satu lagi untuk kau

BATANG AIR
BUKIT GANTANG
BUKIT SELAMBAU

Pilihanraya kecil dah berakhir. Yang kalah tak kalah semua. Yang menang tak menang semua. Namun dalam demokrasi satu undi pun dikira menang. Namun bagi aku kekuatan hampir seimbang. Jurang tidak terlampau jauh. Namun nak menyampai ke PRU ke-13 macam-macam boleh berlaku. Yang menariknya semua parti menang. 1 untuk BN satu untuk PAS satu untuk PKR. Jangan pulak ada yang komplen "kau tipu, kenapa kau punya banyak aku punya sikit". Tahniah BN,PAS dan PKR.

Radix Fried Chicken dan HPA


PENGARAH URUSAN HJ. ISMAIL BIN AHMAD
CAWANGAN TERBARU DI ALOR STAR
CAWANGAN SULUNG SG. PETANI




HPA merupakan sebuah syarikat bumiputra islam yang berjaya buat masa ini. Tag line kopi RADIX "Mai Secawan" berjaya melonjakkan kembali HPA di dalam dunia MLM. Untuk pengetahuan anda HPA pernah jatuh teruk. Perniagaanya tak jalan. Stok barangan berlambak-lambak dikilang. Ini kerana sebilangan besar leader-leader hebatnya meninggalkan HPA.

Taukehnya Hj. Ismail Ahmad pernah cakap kalau macam ni terpaksa dia berniaga pasar malam. Berkat kesabaran dan keikhlasan beliau dalam memperjuangkan produk halalan Thoyyibah akhirnya HPA kembali meledak di pasaran.

Kopi RADIX menjadi fenomena di Malaysia. Momentum itu diteruskan di pasaran Indonesia apabila HPA meletup di Indonesia. Akhirnya orang kembali mendekati dan seterusnya kembali menjadi pengguna setia produk HPA. Hari ini terdapat hampir 200 produk HPA. Produk Herba,kecantikan,household produk,makanan dan macam-macam lagi.

Suatu ketika dulu Arwah Mak Aku pernah jadi stokis. Ketika itu produk yang meletup Jus Pegaga dan Teh Pegaga. Sekali ambik barang RM 5,000 ke atas.Rumah aku jadi tempat pertemuan ahli. Meeting mingguan, bulanan dan aktiviti HPA diadakan di rumah aku. Akulah yang jadi penceramah menceritakan tentang khasiat pelbagai Herba. Masa tu pengetahuan aku tentang herba tip top. Cakap herba untuk apa semua aku tahu. Disinilah aku mula mengenali MLM secara serius. Road Show satu Batang Padang termasuk tempat Zayyat Felda Besout.

Masa tu juga aku agak rapat ngan HJ. Ismail. Mana yang aku tak tau tentang herba ni aku tanya dia. Sikap dia yang rendah diri sampai sekarang tu yang taukeh-taukeh lain tak boleh lawan. Cuma aku tak sempat nak masuk kursus INTIBAH dia (Pembelajaran pelbagai jenis herba dan rawatan Alternatif.). Sebab aku pun lompat syarikat lain.

Hari ini HPA meledak di pasaran dengan pelbagai produk seperti radix cola, Radix Sarsi, Kopi Radix, ayam organik, fishball, fishcake dan daging organik. Sekarang HPA memiliki puluhan kilang dan ladang yang memproses sendiri produk mereka.

Hari ini juga HPA terus mengorak lankah dalam industri perhotelan dengan jenama Al-Zahra Inn. Satu fenomena baru juga akan muncul dalam industri makanan segera apabila rangkaian RFC Fried Chicken (RADIX Fried Chicken) yang sulung di SG. Petani mendapat sambutan yang menggalakkan. Dilaporkan waktu tengah hari dan hari cuti orang terpaksa berbaris panjang untuk mendapatkan resepi istimewa ini.

HPA menyasarkan untuk membuka lebih banyak rangkaian restoran makanan segeranya. Apa yang membezakannya dengan lain-lain restoran makanan segera ialah ayamnya organik dan bahan-bahan lain 100% Halal dihasilkan dikilang-kilang HPA sendiri. Ayuh kita sokong syarikat Bumiputra Islam biar dia berkembang ke seluruh dunia. Takbir Allah hu Akbar!!!.


Isnin, 6 April 2009

Selamat pagi cikgu

Cikgu Linda Jasmin


Bila masuk ke kelas aku rasa seronok. Bila keluar kelas rasa tak barapa seronok. Bagi aku waktu P&P aku sentiasa tunggu-tunggu dan bila berhadapan ngan pelajar tak tau nak cakap macam mana keseronokannya. Tambahan bila apa yang kita ajar mereka dapat. Memang tak boleh terucap ngan kata-kata kepuasannya.2 masa cepat je berlalu. Agaknya cikgu aku dulu bila anak-anak murid berjaya menguasai apa yang diajar macam ni le rasenya.

Namun bagi aku bila berada diluar kelas memang boring dan tertekan sebab banyak kerja-kerja pengkeranian dan kerja-kerja kosmetik yang perlu dilaksanaka. Sehingga kadang-kadang aku tengok rakan setugas ada yang lebih mengutamakan tugas-tugas seumpama ini. Sebab apa? Tugas yang macam ni lah bos akan nampak. P&P tugas rutin tak sapa nampak. Tak masuk kelas atau kelas remote control pun tak sapa nampak.

Kadang ada dialog-dialog yang buat aku naik rimas antaranya "Bos nak tengok macam ni, dia tak suka macam tu'", "Buat kerja nanti pemantau nak datang, orang PPD nak datang , orang JPN nak turun" Aku jadi rimas. Maknanya buat kerja kerana orang la bukan tanggungjawab.

Hari ni dah jadi satu trend ramai Cikgu banyak yang buat tugas luar seperti jmenjadi JU subjek tertentu, penceramah subjek dan bermacam-macam benda lagi. Kadang-kadang yang tak da kena-mengena ngan dia pun. Kadang-kadang sampai tak lekat di sekolah. Anak-anak murid terbiar. Yang lebih menghairankan aku bila diluar bukan main bagi ceramah pada sekolah orang lain.Macam-macam teknik dan kaedah digunakan.Untuk anak murid sendiri kadang-kadang terabai. Hebat diluar dalam sekolah sendiri macam @#$%^&.

Bukan semua tetapi ramai yang begitu. Aku kadang tak paham core bisness dah jadi nombor 2. Tugas-tugas kosmetik lebih diutamakan. Akhirnya banyak yang jadi bunga plastik. Nak cakap susah geng-geng ni. Mereka sangat pandai bercakap. Lantak kome le. Aku tak kose nak cakap apa-apa. Sebab aku minoriti sedangkan kome majoriti. Ikut mana pun aku akan kalah. Lebih baik diam.

Ada mata tengok. Ada telinga dengar, Ada mulut diam. Ada blog tulis le apa lagi. Hanya ini yang aku mampu buat. Antara bait-bait lirik lagu Pak Pandir. Kadang-kadang betul juga lagu tu. Entahlah apa nak jadi dengan sistem pendidikan 10 tahun dari sekarang. Just Wait and See........

ASMUNI AWI DAN ZAHID HAMIDI



Sebenarnya kedua-dua tokoh aku ni pernah bekerja ngan mereka. Zahid semasa dia jadi pengerusi BSN dan setpol Dato` Najib. Asmuni Awie pun aku pernah bekerja ngan dia. Selalu juga dia bawak aku makan-makan di hotel Casuarina Ipoh. Masa tu dia belum terlibat aktif dalam politik. Kalau tak silap aku masa tu dia nak jumpa Malek Nor ahli bina badan tu dan aku pulak nak jumpa bendahari yayasan perak Jamil Mat Kassa.

Kedua-duanya ada kekuatan tersendiri dan karismanya. Sebenarnya dulu mereka ni kawan. Cuma biasa lah bila dua-dua jadi orang kuat parti yang berlawanan sudah tentu ada yang tergesel di sana sini. Mahu tak mahu tersentuh juga serba sedikit.

Aku tak nak komen apa-apa sebab bagi aku yang kenal kedua-duanya memang kedua-duanya bagus. Kalau bab kerja dan janji kedua-duanya menunjukkan kesungguhan dan seboleh mungkin menunaikan amanah yang dipikul.

Itu lah senario 15 tahun dulu. Sekarang aku cuma jadi pemerhati dari jauh. Asmuni awie ni seorang lawyer berkaliber dan banyak menang kes. Dulu kalau ke ipoh ke pejabat dia lah aku pergi dulu Maxwell, Canion, Cowdy and Jones. Sekarang rasanya dia buat syarikat guaman sendiri.

Begitu juga Zahid tak pernah lokek bagi sumbangan. Yang terbaru (2 tahun dulu) Kelab aku dibaginya peruntukan RM 500.00. Dapat la aku jalankan projek bolasepak 9 sebelah. Yang aku tak boleh lupa oleh kerana terlampau sibuk di BSN dulu dia keluar dari bilik terus jumpa ngan aku kat lobi BSN dan dia cakap minta maaf tak dapat jumpa sebab sibuk sangat. Jumpa kemudian katanya.

Malam ni dalam Buletin utama akau tengok ada isu Asmuni dan Zahid. Aku tak memihak mana-mana kerana aku tahu kedua-duanya ada kekuatan dan kedua-duanya ada juga kekurangan. Wallahu alam.......

Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...