Nuffnang

Pengikut

Khamis, 21 April 2011

Tak percaya baca.....



Agak lama aku menyepi daripada dunia blog. Hanya sesekali mengintai-ngintai Blog yang dah lama tak aku update.. Sahabat aku Samad terus rancak dengan pelbagai cerita. Memang best tak putus-putus idea dia ni. Sahabat-sahabat Bloger lain pun terus maintain.


Facebook juga gagal menarik minat aku... akaun Facebook aku hanya dibuka oleh anak aku untuk main game memandangkan aku tidak membenarkan anak aku mempunyai akaun facebook sendiri. Maka terpaksalah aku membenarkannya menggunakan akaun facebook aku untuk bermain game-game kegemarannya.


Tiba-tiba minat aku terhadap Facebook dan Blog semakin tumpul. Mengadap komputer pun terasa malas dan mood hilang tiba-tiba. Mungkin disebabkan kepala yang sentiasa berserabut memikirkan banyak perkara. Namun kecintaan aku terhadap buku-buku tetap subur. Setiap bulan aku membelanjakan duit untuk membeli buku-buku baru pelbagai genre.


Tak membaca menjadikan jiwa aku lemah dan seolah-olah hidup kosong... Puncak kenikmatan membaca buku apabila aku mengetahui ilmu-ilmu baru dan setelah menamatkan membaca sebuah buku. Kalau dulu membaca hanya seimbas lalu. Tetapi kini aku membaca lebih lambat kerana ingin menghazamkan apa yang di baca.


Program seminar terus aku hadiri bagi menambah ilmu. Semua sahabat seminar Dr. azizan aku telah menjadi jutawan Doc Nan, Dr. Slim, Asri (Life Rich), Ishak (ETSI) dan Kak Tikah (High Goat) sering menghiasi dada akhbar satu muka surat Harian Metro. Namun aku masih mencari peluang... insyallah satu hari nanti aku juga akan sebaris dengan mereka.... Pada bulan lepas aku sibuk memberi seminar di sekolah sendiri dan sekolah orang lain.


Walaupun bayaran tidaklah seperti seminar anjuran consultant malahan ada yang aku buat secara percuma sahaja .. Namun bagi aku ini adalah medan untuk aku melatih skill mengendalikan seminar. Cuma aku belum berani untuk menganjurkan secara open market.. walaupun sebenarnya permintaan dah ada...Cuma pada bulan Jun ni aku membawa seorang speaker hebat untuk menyampaikan seminarnya yang sedang meletup-letup satu Malaya.


Kepada mereka yang berminat sama ada pelajar sekolah, guru dan ibu bapa atau individu akan aku maklumkan apabila telah confirm tarikhnya. Jangan lepaskan peluang... Buat julung-julung kalinya diadakan di Bandar Ipoh.... Jumpa anda di sana....

2 ulasan:

  1. salam anjang.. patutlah aku terlintas menjenguk ke sini..rupanya nama aku disebut hihihi..

    lama kita tak sembang yak..selalu jgk menegur dlm fb tp tak bbalas..anak nko rupanya

    aku doakan nko berjaya mencapai impian..aku yakin satu hari ni nko mampu merealisasikannya..

    aku baru menjalani pembedahan 5 hari yg lepas..harap lepas ni kesihatan aku bertambah baik..doakan ye..

    BalasPadam
  2. Terima kasih mad hendak juga nyenguk ke sini lagi... Amin.. atas doa...

    Sakit apa mad?...aku doakan engko cepat sihat.....

    BalasPadam

Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...