Nuffnang

Pengikut

Sabtu, 19 Mac 2011

High Impact Learning System

Entah macam mana rasa nak menulih entry blog pulok hari ni. Sebenornya dah lame tak mengetuk keyboard untuk entry blog yang dah semakin berabuk. Banyak benda yang nak di tulih.. tapi kekangan masa dan keroje yang berlambak-lambak menyebabkann blog ni bersawang.
Semasa mule-mule nulih blog dulu bukan main berkobor-kobor sampe 5 entry sehari pun ada. Idea mencorah-corah. Saknike bende ditulih. Yang menghairankan ada je idea. Itu tak pe lagui. Yang lebih menghairankan ada je pulak masa. Memang gile mase tu..

Bulan ni memang bulan yang menyebukkan bagi aku kerana ada beberapa progam yang terpaksa di handle dalam masa yang terdekat. Hari rabu ni aku dijemput menjadi trainer untuk program pelajar tingkatan 1 dan 2 SMK Sri Tapah (23.3..2010)... Aku suka sekolah ni sebab ini sekolah lama aku.

Pada hari sabtu pulak 26.3.2010 aku menjadi trainer utama untuk kem gemilang sejarah siri 1 untuk sekolah sendiri (SMK sg. Kruit)yang bergabung dengan sekolah jiran(SMK. Sungkai). Sebagai penceramah dan trainer secara solo dari pukul 8.00 pagi hingga 5 petang. Pada 31.3.2010 aku dijemput sebagai trainer untuk program Peta Minda untuk kelas peperiksaan SMK Slim.

Daripada awal tahun aku sibuk menyedikan bahan-bahannya. Walaupun aku lebih suka berceramah secara tradisional guna marker dan kertas atau whiteboard namun disebabkan tuntutan semasa aku terpaksa juga menyediakan semua bahan dalam bentuk power point.

Untuk mendapatkan bahan yang terbaik terpaksa banyak membaca, kajian buku, internet dan mengkaji bahan-bahan seminar yang pernah aku hadiri. Setiap satu bahan diperhalusi, dirombak dan dibetulkan berkali-kali untuk memberi persembahan yabg terbaik dan berimpak tinggi. Tak guna rasanya syok sendiri dan murid tak dapat apa.

Ada beberapa sekolah yag masih dalam waiting list. Namun yang pasti pada bulan Mei ada 2 program besar yang aku kendalikan iaitu Kem Gemilang sejarah siri 2 dan Kem Gemilang Sejarah untuk pelajar tingkatan 3 yang juga bergabung dengan sekolah jiran. Banyak bahan terpaksa disediakan. Pada bulan 6 Insyallah aku akan mengendalikan Program yang lebih besar bersama Tuan Osman Affan (Jurulatih kemahiran belajar no 1 Malaysia) Seminar High Impact Smart Study di Ipoh.

Seminar ni julung-julung kali diadakan di Ipoh. Kepada yang minat menghantar anak murid atau anak sendiri boleh berhubung ngan aku kat blog ni... Tempat terhad.....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...