Hari ini banyak keroje-keroje sekolah yang dapat disiapkan dengan jayanya. Program Jejak Bahasa minggu depan telah aku siapkan bahan-bahannya. Kali ini lebih mencabar otak dan minda.. Harap anak murid aku berjaya merungkai solan dan pembayang yang aku berikan.
Di samping itu aku juga berjaya menyiapkan sebuah puisi dan melodi baru untuk pertandingan puisi dan lagu peringkat daerah. Melodinya agak berlainan dengan lagu-lagu puisi yang telah di bawa sebelum ini (berdasarkan pemerhatian aku darpada cd yang dibekalkan).
Aku olah iramanya menjadi lebih segar sambil mengekalkan nilai tradisi. Muziknya berteraskan keroncong yang kuat pengaruh unsur jawa. Tetapi catchy... tidak berat dan senang di dendangkan. Cuma apabila nak disesuaikan dengan puisinya banyak rombakan terpaksa dibuat. Aku amat yakin kalau pelajar aku berjaya deliver dengan baik lagu dan puisi ini rasanya lagu ni ada tempat di hati juri.
Terinngat satu ketika dahulu apabila seorang rakan meminta aku mencipta sebuah lagu untuk satu pertandingan. Aku menolak pada mulanya atas alasan banyak keroje lain. Namun setelah didesak aku mengalah dan terhasillah sebuah lagu yang bertajuk Seroja bunga indah. Tak sangka lagu tu menang tempat kedua dalam pertandingan yang aku tak ingat namanya.
Malangnya minus one lagu tu aku tak simpan. Asalnya lagu tu berentak balada. Entah macam mana akhirnya lagu tersebut dikeroncongkan. Ketika aku diminta oleh sahabat untuk mencipta lagu tersebut aku meletakkan satu syarat agar nama aku tidak diletakkan sebagai pencipta lagu. entah ngapa aku tak mahu nama aku diletakkan sebagai orang yang kompose lagu tersebut.
Untuk pertandingan puisi dan lagu ini merupakan lagu kedua ciptaan aku. Pada mulanya aku malas jugak nak mencipta lagu memandangkan dah lama aku tak pegang gitar. Atas rasa ingin membantu pihak-pihak yang meminta bantuan aku maka aku cuba juga menciptanya.
Namun seperti biasa aku tak suka corak lagu-lagu biasa . Biarlah dia sedikit luar biasa ataupun ada kelainan berbanding lagu-lagu lain. Maka terhasillah Puisi yang betajuk RUMAH KECIL. Lagunya berentak keroncong dan ada sedikit sentuhan Boria.. Malam ini baru aku berjaya menyiapkan semuanya.. dan malam ni juga boleh tidur lena.....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan