Tengiang-ngiang kata-kata Encik Gulam Muzammil dalam satu program menangani gejala stress di sekolah aku pada satu ketika dahulu. Katanya nak tahu tanda-tanda seseorang Cikgu tersebut stress atau tidak lihat pada gaya berjalannya untuk masuk ke kelas. Kalau lemah longlai maknanya tahap stressnya tinggi.
Mungkin ada benarnya kata-kata tersebut. Namun setakat hari ini (bukan nak riak atau berbangga-bangga) mana-mana kelas aku masuk aku sangat gembira. Bermula sebelum masuk kelas aku dah membayangkan keseronokan. Tambahan pula dengan persediaan bahan rapi menjadikan keseronokan masuk ke kelas berada pada level yang sangat tinggi.
Teringat kata-kata sifu aku Dr. Azizan Osman tentang konsep pengajaran dan pembelajaran. Katanya bahan yang nak disampaikan jatuh di tempat kedua. Yang penting apabila tiba di kelas bagaimana kita nak create suasana agar suasananya menyeronokkan. Katanya lagi kita adalah Energey Controller.
Energey Controller bermaksud kitalah yang mengawal suasana di dalam kelas sama ada nak jadi ceria atau suasananya macam menghadiri rumah orang meninggal dunia. (Murid-murid aku sangat faham istilah ini). Apabila level energy pelajar semakin low kita kena berusaha untuk menaikkannya. Inilah kunci yang ramai Cikgu tak paham.
Masuk kelas terus nak sumbat pelajar dengan ilmu. Pelajar pula selalu kena maki kena marah dan yang lebih teruk cikgu terus mengajar di depan dengan keadaan syok sendiri tanpa mempedulikan apa yang dilakukan oleh pelajar di belakang. Aku bukan lah pandai atau memandai-mandai tetapi ilmu ni aku belajar secara formal daripada pakar yang mampu mengawal 2,000 ke 3,000 ribu audien dalam seminar yang dianjurkan.
Inilah rahsianya. Apabila kita mampu control suasana apa sahaja ilmu yang kita nak bagi pada pelajar akan mudah masyuk. Suasana dalam kelas akan dapat di kawal bermula daripada pelajar memberikan salam. Betul cara bagi salam maka semuanya akan betul. Bersemangat pelajar bagi salam maka akan bersemangatlah cikgu yang mengajarnya. Ibarat macam main domino. Satu tumbang habis semuanya akan tumbang.
Ketua kelas mesti ditrain semenjak hari pertama persekolahan tentang gaya salam yang kita inginkan. Dia juga mesti memastikan pelajar berdiri tegak , tidak bergoyang-goyang dan fokus kepada Cikgu di hadapan. Cikgu juga mesti berdiri tegap dan kemas sambil memerhati seimbas lalu semua pelajar. Kalau ketua terus memberi salam tanpa memastikan anggotanya semua bersedia maka terus tegur dan berhentikan salam pada ketika itu juga.
Setakat ini teori ini berjaya dipraktikkan dengan jayanya. Untuk menjadikan hati kita berasa seronok di dalam kelas tersebut aku menambah ucapan salam dengan perkataan "Kami sedia belajar Cikgu" dan "Ajarlah kami Cikgu". Setiap kali ucapan tersebut keluar daripada anak murid aku, aku rasa amat bersemangat dan bermotivasi untuk memberi yang terbaik pada hari itu. Kadang-kadang timbul kesyahduan apabila yang melafazkan itu adalah pelajar lemah.
Perkara di atas merupakan satu lagi rahsia bagaimana nak menjadikan seseorang cikgu apabila dia mengajar bukan setakat tanggungjawab tetapi akan memberikan lebih daripada sekadar tanggungjawab. Ia seumpama audien yang memberikan tepukan gemuruh dan standing ovation apabila kita mula nak menyampaikan ceramah dalam seminar. Anda boleh bayangkan rasanya. Best kan?
Memang pada peringkat permulaan perkara ini macam kelakar dan macam ngada-ngada. Aku amat akui. Malahan ada ketua kelas malu nak melafazkan perkara tersebut. Namun setelah menjadi biasa perkara ini akan menjadi ketagihan kepada pelajar. Kalau tak buat macam tu seolah-olah ada yang tidak kena. Di kelas sedari awal kita kena latih murid-murid untuk melakukan perkara tersebut kepada kita melalui ucapan salam yang penuh bersemangat..... nanti cek sambung lagi no.....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan