Nuffnang

Pengikut

Jumaat, 22 April 2011

Atan dan Deris

Ini merupakan entry aku yang ke 800. Sedar tak sedar dah banyak juga bahan yang aku tulis. Ada bahan yang merupakan idea aku sendiri. Ada yang di ambil daripada Blog Kawan-kawan dan tidak kurang juga koleksi ilmiah yang memang ada dalam simpanan persendirian.


Pesta buku antarabangsa juga sedang berlangsung di KL. Tak sabar rasanya nak menghadiri pameran buku terbesar di Malaysia. Ramai rakan-rakan penulis yang menghasilkan buku baru. Antaranya Zamri Mohammad, Ustaz Hasrizal, Osman Affan dan ramai lagi.



Semalam aku merayau-rayau ke dalam ruangan Youtube tanpa mempunyai niat untuk mencari apa-apa bahan. Tiba-tiba ingatan aku mengimbau semula zaman Rock Kapak yang cukup mengujakan diri. Terbayang rakan-rakan lama yang selalu jamming dengan aku satu masa dahulu seperti Deris dan Atan.


Timbul satu idea dalam fikiran aku untuk mencari kalau-kalau ada video Atan dan Deris membuat persembahan di mana-mana konsert. Cari punya cari terjumpa juga akhirnya. Lepas satu video ke satu video aku menyaksikan sehingga larut malam. Ternyata mutu permainan merekaa dah setaraf dengan band-band rock terkenal. Rasanya dah tahap boleh buaat album dah ni.


Atan pun dah biasa main ngan gitaris terkenal seperti Ery kumpulan Khalifah dan selalu juga jadi sensionist untuk kumpulan Handy Black. Kumpulannya sendiri juga kerap menjuarai pertandingan-pertandingan band rock. Ternyata permainan mereka sangat mantap dan mampu menambat hati penonton.


Aku sendiri terpaku di hadapan komputer melihat sahabat-sahabat Zaman Rock Kapak yang pernah main bersama, berlatih tepi kolam ikan dan jamming di studio bandar-bandar berhampiran tempat tinggal. Rumah aku dan rumah Atan kerap juga menjadi port tempat aku berlatih dan belajar memetik gitar. Bestnya zaman tu......


Saksikan videonya di atas.

3 ulasan:

  1. amboiii..aktif balik nampaknya kamu berblog yak.. bagus2x.. byk yg ilmiah di sini..aku idak la mampu nulih mcm kamu.. energy la.. power la.. memacam.. kalau yg merapu boleh la hihihi..

    sebenonye selalu je aku ke sini cuma tak berikan komen..sekadar baca dan pergi..byk yg aku baca termasuk yg lama2 tu.. 800 n3 bukan sedikit tu.. TAHNIAH ANJANG.. KADANG2 AKU RINDU JGK KAN KAMU..

    BalasPadam
  2. terima kasih mad....aku ada baca bahan engko tentang menziarah orang mati...aku jugek ada pangalaman yang macam itu...aku siap pergi ke kubur...mengiringi jenazah sampe ke lubang kubur.. last-last ropenya silap orang..

    nanti aku tulih macam mana benda tersebut boleh berlaku.. apa yang ilmiahnya mat... merapu je... sesedap rasa je apa yang aku tulih...ha ha nanti le kita yamcha.....

    BalasPadam
  3. bila dah tulih tolong beri tau aku yak.. best tu.. hihihi..

    BalasPadam

Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...