Nuffnang

Pengikut

Khamis, 19 November 2009

Mat Tongkang


Aku cukup suka dengan nama-nama orang-orang lama. Antaranya Wan lebor, Mat keras, Mat Tongkang, Panjang Ibrahim, Uda Kassim , Tok Tulis, Opah Baru, Pak Itam Jabor, Wan Penuh dan sebagainya.

Antara nama-nama tersebut merupakan mereka yang sangat rapat dengan aku dan kesemuanya sudah menjadi arwah. Umpamanya Wan Penuh ni merupakan opah kesayangan aku. Dialah orangnya yang mendidik aku semenjak aku kecil. Daripada dialah aku pandai mengaji Al-quran. Zaman kecil aku banyak dihabiskan dengan arwah opah aku.

Sementara Uda Kassim pula ialah moyang aku yang merupakan bapa kepada Opah aku Wan Penuh. Manakala Panjang Ibrahim ialah bapa kepada Uda Kassim. Maknanya selepas moyang kita nak panggil apa?. Adakah nak panggil monyet. Aku teringat pada satu ketika dulu seorang nenek pangkat moyang aku berpesan kepada aku "Kalau kamu ada anak esok jangan panggil aku monyet". Aku pun berfikir agak-agaknya nak panggil apa ya?.

Kalau orang jawa mungkin lagi hebat bunyi namanya. Umpamanya sahabat baik aku yang bernama Yusri bin Bakir, Bakir bin Mingin dan mingin bin Wongso. Selepas tu aku dah tak tau. tak pernah aku tanya. Aku rasa mesti nama-nama moyang dan m@#$%^nya lebih sedap selepas itu.

Wan penuh merupakan emak kepada arwah emak aku yang berkahwin dengan datuk aku yang bernama Tok Mat Tongkang. Yang bestnya tu ayah kepada ayah aku pun di panggil dengan nama Mat Tongkang kerana kepandaiannya membuat tongkang.

Semasa menyusuri jalan ke rumah emak saudara aku ke Kg. Lembah batu 17 Padang, Rengas, biasanya aku akan melalui bekas tapak rumah arwah datuk aku Mat Tongkang. Apabila lalu di sini akau menunjukkan kepada anak-anak aku arah tapak rumah arwah datuk aku dan aku pun berkata "Inilah tapak rumah moyang kome Tok Mat Tongkang"

Penerangan aku di sambut oleh anak nombor tiga aku yang sentiasa melahirkan banyak vocab baru "Apa ayah Mat Longkang?". Seperti biasa la lain yang aku cakap lain yang dia faham apabila Mat Tongkang berubah menjadi Mat Longkang.

Apalagi seperti biasa aku sekeluarga ketawa macam nak pecah perut. Selepas itu anak aku yang ketiga tu menyambung semula pertanyaannya. "Mat longkang tu tinggal kat sini ke ayah?". Maka bertambah kuat la kami ketawa......

Rabu, 18 November 2009

Kaki meletup kabummmmmmm.......


Cerita 40 Top 60

Sedang aku membuat warming up untuk persediaan berjalan di atas treadmill. Anak aku yang nombor empat pun meniru aksi regangan yang aku buat. Dalam masa yang sama anak aku yang nombor tiga menarik tempat berjalan treadmill ke bawah. Inilah yang selalu mereka lakukan apabila aku nak memulakan exerscise berjalan dia atas treadmill.

Tiba-tiba anak akun yang nombor tiga ini bersuara "Ayah, letih ayah pun ada kat sini lagi". Jenuh aku fikir apa pulak ada letih aku kat treadmill. Aku mengagak mungkin dia tersilap cakap dan mungkin dia nak cakap macam ni "Ayah belum hilang letih dah nak berjalan atas treadmill".


Mungkin disebabkan sebelum itu aku tercungap-cungap mengangkat beberapa kotak air mineral ke dalam rumah. Aku pun menjawab "Ayah tak letih dah".Dia membalas "Ini una nampak letih ayah ada dekat sini".

Aku tak puas hati
tentang apa yang diperkatakan oleh anak aku lalu aku pun pergi melihat letih yang dimaksudkannya di atas treadmill tersebut.. Ropa-ropanya dia nak cakap kesan peluh aku masih ada lagi kat atas treadmill tu.


Letih yang dimaksudkannya ialah kesan peluh. Macam tu anak aku nombor tiga, confident je dia bercakap walaupun perkatan tersebut salah. Yang aku heran macam mana peluh boleh jadi letih.

2 ke 3 hari sebelum itu anak aku yang nombor tiga ni telah menhuru harakan orang rumah aku . Oleh kerana treadmill ni aku naik kan lagi kelajuannya kepada 5.5 maka pelapik tempat berjalannya menjadi panas.


Aku terpaksa memakai kasut jogging tanpa memakai stoking . Apalagi melecup la kaki aku. Selepas aku bukak kasut tiba-tiba anak nombor tiga aku memekik ke arah emaknya. "Mak kaki ayah meletup".

Apalagi kelam kabut le orang rumah aku yang pada ketika itu berada di dalam bilik air mendapatkan aku . Aku pun terpinga-pinga jugak. Kaki aku melecup bukan meletup.


Ropa-ropanya melecup sudah jadi meletup da.... Dia confuse perkataan meletup dan melecup. Perkatan meletup dia selalu dengar sementara perkataan melecupdia jarang dengor. Maka Melecup jadi meletup. Dia taram semacam je.

Apalagi berhamburanlah derai ketawa kami sekeluarga . ...... Suatu petang yang amat lucu bagi aku. Alahai anak-anak......

OKU dan ketawa


Parking merupakan perkara yang sangat memeningkan kepala. Terutama pada ketika perut memulas dan meragam. Inilah yang terjadi kepada aku pada suatu hari di hentian rehat R&R Sungai Perak. Semasa menuruni bukit berapit perut dah mula memulas.

Tak tau apa yang menyebabkan perut aku meragam. Kejap-kejap ok, kejap-kejap meragam. Menghampiri susur keluar ke Kuala Kangsar perut menjadi ok. Maka aku membatalkan niat untuk berhenti di hentian tol susur keluar ke Kuala Kangsar. 5 kilometer sebelum hentian sg. perak perut kembali meragam.

Aku hanya terbayangkan tandas di hentian Sg. perak. Namun nasib agak malang apabila semua parking penuh. Sedangkan perut aku tak dapat menahan lagi kesakitannya. Hanya tempat Parking OKU yang kosong. Aku pun masuk ke tempat parking OKU. Selepas membuka pintu kereta aku tergesa-gesa menuju ke tandas.

Nasib baik sempat kalau tidak jadi macam member aku yang terpaksa melepaskan hajatnya di dalam kereta kerana terperangkap dalam jam. Selepas itu aku baru terfikir kalaulah ada OKU nak parking kereta tentu tak dapat kerana aku sudah mengambil tempat parking mereka.

Untuk mengelakkan ada sesiapa yang marahkan aku kerana parking di tempat OKU terpaksalah aku berlakon sedikit sperti OKU. Terjingkut-jingkut aku berjalan menuju ke kereta. Melihat aku dari jauh berkeadaan seperti OKU orang rumah dan anak-anak di dalam kereta dah mula ketawa. Nak buat macam mana aku dah tak tahan. Terpaksalah berlakon.

Begitu juga dengan halnya seorang anak murid aku yang berlakon menyamar menjadi OKU demi untuk mendapat tiket berharga murah untuk masuk ke sebuah Hot Spring Felda Residence. Seluk-seluk ke dalam poket duit hanya ada RM 3.00. Harga biasa RM 10.00 untuk dewasa dan RM 8.00 untuk kanak-kanak. Alamak macam mana nak masuk, anak murid aku ni dah panik dan mula mencari akal bagaimana hendak masuk ke Hot Spring ni.

Apabila terpandang harga untuk OKU hanya RM 2.00 tiba-tiba dia berubah menjadi OKU. Dengan mulut diherotkan, Jalan terjingkut-jingkut dan percakapan pun dah jadi macam OKU yang selalu kita tonton di TV. Kalau aku yang jaga kaunter tu mesti berguling-guling aku ketawa. One in a split second daripada orang sihat boleh berubah menjadi OKU.

Akhirnya berjaya juga dia masuk ke Hot Spring tersebut dengan harga OKU. Anda jangan tiru ya takut betul-betul jadi OKU. Baru nyesal tak sudah..... Aku pun jadi OKU dalam keadaan darurat je. Ropanya susah jadi OKU ni. Yang paling susah berlakon jadi OKU ni ialah bagaimana hendak menahan rasa gelihati yang teramat sangat. Mungkin inilah rasanya pelawak yang terpaksa menahan ketawa daripada lawak yang dibuatnya.

Pada satu ketika dulu aku pernah berceramah tentang motivasi pelajar. Entah macam mana apa yang aku cakapkan itu begitu menggelikan hati pelajar yang mendengar. Habis satu dewan ketawa. Jenuh aku menahan supaya jangan ketawa namun akhirnya aku ketawa terbahak-bahak sampai meleleh air mata. Melihat aku ketawa lagi kuatlah pelajar-pelajar ketawa. kwah..... kwah..... kwah......

Selasa, 17 November 2009

Tragedi yang Tragis dan bergerigis


Cerita 39 Top 60
Satu hari orang rumah aku telefon "Abang ayah tak dapat hantar anak ke sekolah agama rakyat petang ni, sebab dia nak hantar anak sapa entah ke Tapah". Aku tanya lagi "Mana tau". "Tadi saya telefon makcik (emak baru aku),Makcik kata ayah nak hantor anak.... lepas tu talian telefon putus.” Kata orang rumah aku.

Dalam hati aku ok la tu. Mungkin Pak Cik Bakar atau Pak Cik Bedul (Best Friend ayah aku) suruh ayah aku hanto anak deme ke Tapah. Biasanya macam tu la . Kadang ke KL atau ke Ipoh dia tolong menghantar anak Pak Cik Bakar atau Pak Cik Bedul. Namun hati ni masih tertanya-tanya.

Memandangkan hari tu aku dan orang rumah ada mesyuarat selepas sekolah dan seperti biasa mesyuarat akan berlanjutan sehingga pukul 4.00 petang maka anak aku terpaksa dipontengkan daripada menghadiri sekolah agama rakyat pada waktu petang.

Dalam kepala aku masih berkata-kata anak siapa la yang ayah aku hanto ni. Anak pakcik Bedul atau anak Pak Cik Bakar atau anak orang lain. Kalau ke Tapah ke mana? Ke Hospital ke? atau ........ Macam-macam persoalan bermain di kepala.

Rasa tak sabor pulak nak balik. Nak tanya pada makcik aku ayah hantor anak sapa?. Nak telepon hand phone ayah memang susah. Namanya Handphone tapi selalu jadi house phone sebab kerap kali tinggal di rumah. Aku ambik keputusan anak-anak terpaksa dipontengkan.

Beginilah keadaannya kalau aku dan orang rumah ada mesyuarat serentak di sekolah pada waktu yang sama. Habis sahaja mesyuarat aku dan orang rumah terus menuju ke rumah ayah aku untuk mengambil anak bongsu aku yang sekolah Pra.

Dalam perjalanan ke rumah ayah aku untuk mengambil anak bongsu aku macam-macam perkara dan andaian yang aku bincangkan dengan orang-rumah. Hantor anak sapa? Ke Hospital ke? Sakit Apa? Sebab apa tergesa-gesa?. Macam-macam persoalan yang timbul. Sampai sahaja di rumah ayah aku, aku dapati kereta ayah aku masih tak de.

Mungkin ayah aku menghantar anak kawannya ke Hospital. Tentu serius sakitnya ni .Kalau tak serius tentu ayah aku akan hantar anak aku ke sekolah agama dulu sebelum ke mana-mana bisik hati aku. Di rumah ayah aku, Orang rumah aku terus bertanya kepada makcik aku "Ayah hanto anak sapa?".

"Anak getah" Jawab makcik aku. Orang rumah dengan aku saling berpandangan. Penat je aku berhujah dan berbincang dengan orang rumah tentang ayah aku. Persoalan dan kebimbangan yang menerpa ruang fikiran sejak orang rumah menelefon aku seolah-olah tak berbaloi dengan jawapan makcik aku.

Dalam kereta untuk pulang ke rumah aku dan orang rumah tak renti-renti ketawa. Anak bongsu aku pun hairan dan bertanya "Ngapa ayah dan emak ketawa?". Aku nak jawab pun susah. Ini Anak Getah punya penangan ha..ha..ha

Salah kah faham atau fahamkah salah


Cerita 38 Top 60

Kejadian salah faham memang biasa berlaku dalam kehidupan. Atas sifat kelemahan manusia maka kadang-kadang berlaku tersalah tafsir atau salah faham terhadap sesuatu perkara. Kadang-kadang lain yang kita maksudkan, lain pula yang difahamkan oleh mereka.


Umpamanya kejadian baru-baru ini. Aku rasa tak tertahan lagi dah nak membuang air kecil. Aku bergegas ke tandas. Sedang aku berada di gerbang pintu tandas sekumpulan pelajar perempuan asli yang berada di seberang tandas memanggil aku. " Cigu nak tengok" Aku pun membalas "Kalau nak tengok mari sini". Maksud aku tunggu la di luar tandas tu.

Tiba-tiba mereka tersenyum-senyum simpul sambil berkata "Tak mau la cigu" Aku kata "Tadi nak tengok". Aku pun berasa hairan tadi nak tengok sangat. Kemudian tiba-tiba je tak jadi. Agak lama juga aku berfikir barulah aku faham mengapa mereka tak nak tengok .


Mungkin mereka ingat aku nak ajak mereka masuk ke dalam tandas untuk melihat @#$%^ aku. Sebenarnya maksud aku kalau nak tengok gambar mereka menari sewang tunggu aku di luar tandas. Selepas itu, sama-sama ke bilik guru untuk melihat gambar mereka menari sewang pada hari anugerah.

Semalam pelajar-pelajar asli ni ada datang berjumpa dengan aku untuk melihat gambar mereka menari sewang. Aku kata esok la. Kebetulan hari ini mereka ternampak aku hendak masuk ke tandas.


Maka terjadi lah peristiwa salah faham ini. Takkan la aku nak bagi tengok aku punya. Bahaya wo.......... Ini Hak milik ekslusif. Silap-silap gaya mahu kena tamparan wanita.

Selamat Pengantin Baru Halimah dan Aziz

Apabila memperkatakan tentang kenduri kahwin sudah pasti kita akan membayangkan pengantin, pelamin, lauk-pauk dan suasana yang meriah disebabkan ramainya jiran tetangga, saudara mara dan orang-orang kampung yang datang bagi memeriahkan majlis tersebut.

Begitulah suasana meriah yang menyelebungi walimatulurus anak saudara aku dan orang rumah yang diadakan di rumah bapa mertua aku di Kampong Jelai Batu Kurau. Memandangkan anak saudara aku ni di bela oleh ayah mertua dan emak mertua aku sejak daripada kecil sehinggalah ke besar maka sewajarnyalah kenduri tersebut diadakan di sini.

Apa yang merisaukan, pada pagi sebelum kenduri kira-kira pukul 3.00 pagi air daripada sungai kecil naik sedikit membanjiri kawasan halaman rumah. Sekiranya air tersebut terus naik seperti pada hari raya yang lepas maka kawasan dalam rumah akan turut dinaiki air. Ini akan menyukarkan kerja-kerja kenduri dan kendara keesokan harinya.

Namun selepas itu air semakin surut dan terus surut. Sebagaimana tradisi lalu walaupun walimatulurus ini menggunakan khidmat catering namun yang agak uniknya catering ini tidak menggunakan konsep Buffet sebaliknya mengekalkan cara lama berhidang.

Memang bapa mertua aku tak mahu cara buffet. Aku pun bersetuju dengan cara ini sebagaimana yang aku tulis dalam entry terdahulu. Memang banyak kelemahan Buffet ini. Cara buffet memang mudah tetapi kurang daripada rasa hubungan kemanusiaan.

Buffet menyebabkan tetamu tidak rasa dihargai, rasa terbiar dan rasa terabai serta tak terasa sentuhan peribadi tuan rumah. Berhidang menjadikan tetamu rasa dihargai, rasa dilayan dan rasa diraikan.

Semasa kenduri tersebut sempat juga berjumpa rakan blogger Cikgoodeen Camtu Camni yang masih maintain allignment dan balancingnya. Lama juga aku bersembang dengan Cikgoodeen ni. Daripada kisah-kisah lama sehinggalah isu-isu setempat.

Cuma aku agak terkilan tak dapat join dia jamming gendang dan serunai pada sebelah malamnya memandangkan anak aku tak berapa sihat. Nanti lah Cikgoodeen, aku akan cari masa cuti panjang nanti.

Untuk pengantin baru Halimah dan Aziz terimalah lagu selamat pengantin baru daripada Pak Tam dan Mak Tam (Pengantin lama):-


Laksa Kuala... betul-betul holiyau

Kalau Cklah meraikan Pra-cuti (Meraikan Ahad terakhir sebelum cuti panjang) di JJ, hujung minggu lepas aku meraikan walimatulurus anak saudara di Kg. Jelai Batu Kurau. Agak perit juga memandangkan gaji lambat lagi. Dalam masa yang sama kereta meragam lagi. Nasib baik boleh kow teem dengan pomen peribadi.

Terpaksalah korek mana yang boleh dikorek. Selepas gaji tampal mana yang boleh di tampal. Namun dalam perjalanan pulang ke kampong sempat juga kami sekeluarga singgah di medan selera yang aku panggil "laksa heaven" di tebing Sg. Perak, Kuala Kangsar.

Laksa memang merupakan favourite aku sejak akhir-akhir ini. For me laksa kuala is the best of the best. Menepati citarasa aku. Di medan selera ini hampir keseluruhan warung kecil di dalamnya ada menjual laksa. Memang sukar hendak mengetahui yang mana paling sedap.

Hanya melalui rasa naluri yang kuat dan peneropongan makrifat yang menjadi panduan untuk mengetahui warung mana yang menawarkan laksa yang sedap. Tekaan dan telahan aku tepat. Aku singgah di warung yang betul. Memang sedap laksanya.

Lama dah aku tak merasa laksa yang sesedap macam ni. Selalu aku terbeli laksa yang terlalu masin atau terlalu masam dan rasa kuahnya yang tak menepati selera. Memang berbaloi-baloi aku dan keluarga singgah di sini.

Selepas itu, aku mengambil kesempatan bersantai sebentar di tebing Sungai Perak. Walaupun angin bertiup kencang, namun terasa sungguh nyaman dan mendamaikan. Sambil melihat air sungai yang mengalir laju pelbagai rasa dan kenangan silih berganti dalam ruang pemikiran.

Selepas itu, kami sekeluarga meneruskan perjalanan pulang ke kampong dalam keadaan kekenyangan dan kepuasan yang sukar digambar atau diucap dengan kata-kata. Hanya alam yang mampu memberi rasa riang dan damai kepada jiwa-jiwa insan yang sering kacau bilau kerana pelbagai masalah yang menimpa.

Sungai Perak Insyaallah aku akan datang lagi, rindunya aku pada laksa mu yang sedap dan suasanan nyaman walaupun aku hanya meluangkan masa seketika di sana......

Isnin, 16 November 2009

Jentik Telor kambing

Cikgu 37 Top 60

Hari ni anak murid aku yang sorang ni begitu rancak menceritakan lagi kisahnya bersama kambing kesayangannya. Melihatkannya dia bersemangat menceritakan tentang kambing maka aku membiarkannya meneruskan cerita tentang kambing. Aku rasa hampir 15 minit dia tidak berhenti bercerita tentang kambing.Begitulah rasa kecintaannya terhadap kambing.

Dunia kambing merupakan sesuatu yang menyeronok bagi anak murid aku ini. Begitu terujanya anak murid aku menceritakan tentang kambingnya yang hendak beranak. Dia begitiu excited ingin mengetahui bagaimana ropanya anak kambing dalam kandungan ibunya. "Cikgu saya lekapkan telinga saya kat perut kambing tu dan saya dapat dengor kat perut ibu kambing tu cikgu, tapi tak da bunyi apa-apa" katanya.

"Saya pegang-pegang perut emaknya dan terasa kepala anaknya" Tambahnya lagi. Aku tanya "Ada berapa ekor?". "Ada 2 ekor cikgu" katnya lagi. "Saya rasa sikit lagi beranak la dia". Tambahnya lagi. Kalau beginilah minatnya terhadap kambing, maka aku rasa satu hari nanti mungkin dia juga boleh jadi bidan atau doctor kambing.

Kemudian ceritanya beralih pula tentang pengalamannya menunggang kambing Jamnapari. "Seronok Cikgu". Katanya. "Apabila abang saya tengok saya naik kambing, abang saya pun teringin juga nak naik kambing tu, tapi kambing tu tak mau jalan" tambahnya lagi. "Saya tolak kambing tu, tetapi kambing tu tak mau jalan" "Saya geram dekat kambing tu, saya pun jentik telor dia cikgu" "Apalagi mencicit dia lari" Puas betul bunyinya dapat jentik telor kambing.


"Abang saya melambung-lambung, kemudian jatuh ke dalam lopak". "Apalagi saya pun tergelak, sebab badan jatuh ke dalam lumpur dan mukanya dipenuhi lumpur nampak mata je cikgu". Aku bukan bayangkan abangnya yang jatuh tu. Aku cuma bayangkan betapa sakitnya kambing tu apabila telornya dijentik.

Bayangkan kalau telor kita kena jentik. Mau meraung. Begitulah anak murid aku dan dunia kambingnya. Tiada apa yang dapat memisahkan kasih-sayangnya ngan kambing. Mungkin keakrabannya dengan kambing boleh digambarkan seperti
lirik lagu duet Deddy Dores dan mayang sari yang bebunyi begini “Jangan pisahkan aku dan kambing” “Tuhan tolonglah ku cinta kambing” Kalau macam ni memang parah……

Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...