Nuffnang

Pengikut

Ahad, 13 Mei 2012

Ibu.....Kosong... kosong... kosong...

Antara hobi kegemaran aku pada masa lapang satu ketika dulu ialah menyanyi sambil bermain gitar. Untuk dapat lebih feel aku akan masuk ke bilik anak aku dan tutup lampu. Memang feel kadang-kadang sampe 2 jam aku main gitar. Bermacam-macam Genre lagu yang aku mainkan..Pop, Blues, Soul, Dangdut, Pop Yeh Yeh dan genre yang aku paling suka dan melekat di hati iaitu genre Rock Kapak.. Yeh...Yeh....

Tapi bukan le selalu...cuma bila lama tak main gitar tiba-tiba dia terasa gian pulak nak main gitar...maka aku capai gitar kapuk dan jamming le sorang-sorang...Dalam banyak-banyak lagu ada satu lagu yang aku tak buleh nak nyanyi sampe habih...sebak bebenor rasanya....rasa sedih, pilu,kehilangan dan penyesalan bercampur-baur. Memang ayor mata meleleh-leleh. Dia keluar dengan sendiri....Lagunya Untuk Mu Ibu ibu nyanyian Mamat Exist....

Peronah masa anak murid aku menyanyikannya semasa sambutan hari guru  bergenang ayor mata aku...Kekuatan melodi dan bait-bait liriknya betui-betui masuk ke dalam... terutama apabila sampe tang "Kehilagan terasa kini dan kesepian....." . Memang betul-betul sepi rasanya dunia ini apabila emak aku meninggal dunia kerana storke... Terasa tak de tempat dah nak mengadu...tak de tempat dah nak bercerite dan hilang semua kekuatan diri.

Kalau dulu ada apa-apa masalah ibulah tempat rujukan aku...Nasihat ibu adalah nasihat keramat dan penawar yang sangat berharga....Betul le kata orang bila dah tak de baru terasa ketiaadannya..."Dibarat lautan kering...tiada tempat ku layarkan... hasratku ini". sampe bait yang ni aku rasa macam jauh sangat umpama buih-buih halus yang menghilir ke sungai...Semakin jauh ,semakin jauh, semakin jauh dan hilang dari pandangan. Begitulah terasanya hilang orang tersayang dalam sekelip mata....

"Ku tatapi potretmu berulang kali.....Ku renungkan kalimah yang diberi..." sampe ke saat ini memang aku tak mampu menghabiskan lagu tersebut...air mata memang mencurah-curah. Sehingga hari ini aku memang tak boleh nengok gambor ibu...automatik perasaan sedih, kehilangan, kosong datang bersilih ganti dalam minda........Semoga setiap doa dan fatihah yang aku kirimkan kepada ibus menepati bait yang seterusnya "Tuhan Yang Esa...Ampuni Dosa ibu...Tempatkan mereka...Di antara kekasih kekasihmu"...

Cukup le kat sini...dah tak boleh tahan...ayor mata dah nak keluor

Gempa bumi yang dahsyat di Shah Alam

Pada hujung tahun lepas (Bulan 12) selepas habis urusan seri paduka baginda aku membawa anak-anak makan angin di KL selama 2 hari. Pada hari pertama kami mengunjungi Menara Kuala Lumpur, Aquaria KLCC dan I-city Shah Alam. Kelihatannya anak-anak sangat gembira. Cuma bapaknya yang kaki dah tak terasa macam kaki. Seharian berjalan....

Sebelum ke I-City pada waktu malam kami sekeluarga Check in dulu di apartmet MUIS (Namanya aku dah lupa walaupun dah 2-3 kali menginap kat situ sebelum ini). Apartment ni memang best sebab ada tiga bilik. Setiap satu bilik boleh memuatkan 2 orang. Ini bermakna setiap orang akan dapat tidur di atas katil. Tak payah le nak angkat toto. Harga juge agak berpatutan.

Seharian di Menara Kuala Lumpur dan Aquaria KLCC menyebabkan kaki terasa sakit dan badan terasa amat letih. Demi anak-anak aku gagahkan juga untuk ke I-City. Di I-City punya le ramai orang....Setelah masuk ke rumah ice dan marayau-rayau sekitar I-City kami sekeluarga balik semula ke Apartment. Badan terasa amat letih dan kaki memang tak macam kaki dah.

Yang nampak dalam kepala ni hanya tempat tidor. Malam tu semua tidur dengan nyenyak senyenyak-nyenyaknya. Tiba-tiba berlaku kejadian gempa bumi yang sangat dahsyat. Ini yang menyebabkan aku agak fobia apabila berada di bangunan tinggi terutamanya di hotel. Takut berlaku gempa bumi dan tak sempat nak lari...Apa yang aku bayangkan berlaku jugek akhirnya.

Memang kuat bunyi nya........Tetapi yang peliknya hanya anak perampuan aku yang sulung mengalaminya . Yang lain tidur nyenyak macam biasa....Apabila berlaku kejadian gempa bumi tersebut anak perempuan sulung aku bergegas berlari ke bilik aku...Dia rasa pelik memandangkan aku dan orang romah tak berganjak dan tidur dengan nyenyak. Dia mengintai pula ke bilik adik lelakinya ..seropa jugek keadaannya.

Timbul persoalan dalam dirinya mengapa dia sorang yang mengalami gempa bumi yang hebat ini.... Kome nak nak tau sebabnya...He he...ropa-ropanya kayu yang menampung tilam runtuh ke bahagian dalam katil. Effect bunyinya cukup kuat. Mungkin disebabkan anak perempuan aku juga macam aku yang fobia di bangunan tinggi dan membayangkan apa akan berlaku sekiranya berlaku gempa bumi maka kejadian runtuhnya kayu pelapik tergelincir ke  bahagian dalam katil menyebabkan disangkanya gempa bumi...

Pagi esok baru dia cerita pada aku tentang kajadian gempa bumi tersebut....Alahai gempa bumi.......

Sabtu, 12 Mei 2012

Ilmu Hitam Tahap Serius ni.....

"Cikgu tengok tangan saya lebam-lebam kena pukul dengan ayah saya" Kata anak murid aku kepada seorang rakan guru. Pelajar tersebut merupakan salah seorang pelajar yang kuat merayau semasa cikgu mengajar. Sedari dulu dia seperti berada dalam dunia tersendiri. Sesekali namanya naik juga melakukan kesalahan tertentu.
 
 
Apa yang menghairankan adiknya yang berada di tingkatan 3 normal seperti orang lain. Kalau dilihat secara luarannya orang akan kata adiknya itu abangnya dan dia pula sebagai abang adalah adik kepada adiknya. Pada awal tahun ini masuk lagi seorang lagi adiknya di kelas tingkatan 1. Ketiga-tiganya pernah ditangkap melakukan kesalahan.
 
 
Di dalam entry yang lalu pernah aku tulis tentang pelajar  ni (Kini di tingkatan 5)...pada masa itu dia berada di tingkatan 2. Tetapi perangainya masih seperti anak-anak tadika. Masih bermain dengan kereta kecil di atas mejanya sambil mengeluarkan bermacam bunyi kereta daripada mulutnya. Kadang-kadang rasa nak ketawa melihat gelagatnya. Pernah juga dia ajak aku bertumbuk dalam kebun sawit...Aku tak pasti ajakannya serius atau tidak...sebab sesekali dari pandangan luaran kelihatannya dia ni macam tak berapa betul pun ada.
 
 
Melihatkan kesan lebam tersebut maka rakan guru tersebut bertanya kepada pelajar tersebut. "Mengapa ayah kamu pukul kamu ?". Jawapan yang diberikannya membuatkan aku ketawa terbahak-bahak. Bagi pembaca artikel ni jangan sampe ketawa gulin-gulin udah le... "Cikgu saya bukak handle motor ayah saya dan saya gantikan dengan handle basikal". Mukanya menjawab dengan penuh serius macam tak de apa-apa kesalahan yang dilakukan.
 
 
Ce kome bayangkan ayahnya bangkit pagi nak pergi keroje..cekuh-cekuh handle motor tiba-tiba dah jadi handle basikal... Dah tentu le naik angin ayahnya...Belacan oh Belacan memang wolrd lah

Khamis, 12 Januari 2012

Sikat Gigi

Maggi dan asrama memang sinonim. Ibarat aur dengan tebing. Seperti lagu dan irama yang memang sukar untuk dipisahkan. Stok bekalan Maggi mudah didapati. Memandangkan pihak koperasi sekolah ada menjual Maggi. Di samping itu jugek wujud usahawan-usahawan berskala kecil di asrama yang menjual Maggi.



Berbanding dengan harga di luar, harga Maggi yang dijual oleh usahawan-usahawan ini agak tinggi sedikit. Tetapi lapar punya pasal harga bukan soalnya. Untuk memasak Maggi tidak menjadi masalah kerana ramai pelajar asrama ni yang menyimpan heater. Pinjam je....


Yang menjadi masalah di asrama ialah bekas untuk merendam Maggi... itu ada yang menggunakan cebuk atau gayung sebagai bekas untuk merendam Maggi. Makan Maggi ramai-ramai di asrama memang menyeronokkan. Kalau kita sorang je yang masak Maggi letih jugek le jawabnya. Maklum le ramai yang menumpang ... tak bagi kesian pulak...


Namun aku ada satu kenangan yang amat melucukan dan tidak boleh dilupakan. Pada satu hari setelah maggi kembang dan sedia untuk di makan aku mencari sudu untuk makan Maggi tersebut. Cari punya cari masih tidak bertemu. Nak di cekuh dengan tangan panas. Nak guna sudu dah jenuh mencarinya.


Akhirnya berus gigi menjadi alternatif pengganti sudu. Berus gigi sendiri apa nak digelikan. Sedang asyik makan Maggi tiba-tiba ada kawan yang nak numpang Maggi tersebut...Sebenarnya aku tak de masalah nak berkongsi Maggi tersebut...Masalahnya aku tak de sudu ... aku hanya guna berus gigi.


"Sham aku pake berus gigi, sudu tak de" kata aku kepada sahabat tersebut. Dengan selamba sham kata "Tak pe aku boleh guna berus gigi tersebut". Alamak bior betul dengan selamba dia guna berus gigi aku untuk makan Maggi. Berselera pulak tu.. Kalau aku rasanya bior le tak makan Maggi. Geli and geleman nak guna berus gigi orang.....

Rabu, 4 Januari 2012

New Look Restoran Pak Ngah Laksa, Kuala Kangsar

Sambil menyelam minum air... Sambil menyelesaikan urusan kerja di Kuala Kangsar... aku mengambil kesempatan untuk singgah di Restoran Baru Pak Ngah Laksa....Malangnya terlupa nak ambil gambar laksanya....Rasa laksanya memang sedap.. aku bagi lima bintang....Suasana bahagian dalamnya jugek sangat kondusif... Tambahan pula terletak bersebelahan dengan Pizza Hut menambahkan keeleganannya...Boleh Franchise dah ni...


Kaunter Bayaran

Bahagian Dalam Restoran


Gambar Lama Pak Ngah Laksa
Menu pilihan selain Laksa

Owen vs Monica

Hari pertama persekolahan memang agak meletihkan. Memandangkan dah lama cuti bukan senang nak tuning balik. Namun disebabkan kesibukan PnP , aktiviti orientasi dan lain-lain menyebabkan masa terasa cepat berlalu. Sedar-sedar dah nak balik.



Seperti biasa setiap tahun aku menjalankan ujian Diagnostik untuk pelajar-pelajar lemah untuk menguji tahap kemahiran mereka. Kesempatan ini aku ambil untuk berkenalan dengan pelajar tingkatan 1 terutamanya pelajar asli.


Kebanyakan mereka masih malu-malu dan takut-takut.... Antara perkara yang aku suka perhatikan ialah tentang nama mereka yang agak pelik, melucukan dan ada ala-ala nama mat saleh.. Tahun lepas aku dikejutkan dengan nama Bah Romen... suka-suka je mak bapak dia letak nama...Kesian budak tu.


Kalau tahun ni ada nama Owen dan Monica. Yang paling aku tak sangka inilah kali pertama aku jumpa pelajar asli yang sama dengan nama aku Nasri... Yang bestnya tu aku jadi guru kelas dia pulak....Kalau setakat orang melayu memang ramai yang aku jumpa nama sama dengan aku...Tapi bagi orang asli ini kali pertama aku jumpa sama nama dengan nama aku.


Tetapi ada satu nama lagi yang membuatkan aku tak tahan. apabila disebutkan nama ni Mulanya aku antara percaya dan tak percaya atau mungkin cikgu tu saja sebut je....Namun setelah aku bertanya kepada empunya badan sahlah nama tersebut......Namanya ialah nama samseng kampung dusun SHARIFF DOL...kah kah kah....memang kelakar betul...rasa nak terkencing gelak he he he he...

Jumaat, 30 Disember 2011

Gerai no 5

Kalau ke Kuala Kangsar gerai ini adalah merupakan gerai yang kerap aku kunjungi....Makanannya sangat Marvellous rasanya...Terletak di Medan Cendol dan Laksa, berhampiran Dataran Sg. Perak. Kalau ke sini carilah gerai nombor 5. Anda pasti tidak akan kecewa dengan menu makanan yang disediakan.....

Menu

Kuew Teow Kerang

Kuew Teow Kosong

Mee Goreng

Hj. Santa

Sedang memandu balik dari Kuala Kangsar bersama keluarga , mata terasa amat mengantuk. Kebetulan tidak berapa jauh dihadapan ialah Perhentian Rehat Simpang Pulai... Asalnya niat di hati nak berhenti di hentian rehat Tapah. Tetapi disebabkan mata terlampau mengantuk maka terpaksa juga berhenti di Perhentian Rehat Simpang Pulai.



Seperti biasa aku akan memakir kereta di stesen minyak Petronas kerana di situ terdapat surau bagi memudahkan aku dan keluarga bersembahyang Jamak Maghrib dan Isyak..sebelum tiba ke tempat Parking aku megikuti sebuah kereta berwarna biru yang aku sendiri tak tahu ke mana haluannya... Nak isi minyak ke atau nak terus jalan...


Tiba-tiba terkeluar ayat sumpahan kepada kereta biru tersebut mungkin disebabkan mata aku dah terlampau mengantuk...Selepas menunggu seketika dibelakang kereta tersebut tiba-tiba aku ternampak sebuah kereta yang hendak keluar dari tempat Parking... aku mengambil kesempatan terus memakir disitu.


Sambil anak-anak aku pergi sembahyang, aku mengambil kesempatan untuk tidur seketika...Aku terlelap seketika ...sedar-sedar dah hampir sejam aku tertidur....Akhirnya semua keluarga au masuk ke dalam kereta....tiba-tiba anak lelaki aku bersuara... "Ayah tadi aiman nampak nampak Aziz Satar". "Ye ke" jawab aku...


Tiba-tiba anak sulung aku bersuara "Ingatkan Aiman cakap Alif Satar" . "Haikal ingatkan abang cakap Hj Satar yang dekat rumah kita tu".... kata anak lelaki yang bongsu...... Tiba-tiba anak perempuan aku menyampuk "Una pulak ingatkan abang cakap Haji Santa".


Yang ni kenyataan yang aku tak tahan... macam mana Aziz Satar boleh tertukar jadi Haji Santa...mungkin dia masih terpengarauh dengan cerita Santa Claus semasa aku membawa keluarga aku menonton cerita santa Claus di TGV Jaya Jusco Ipoh minggu lepas..


emmmm... Hj. Santa sedap jugek tu.....kemudian anak lelaki aku bersuara..."ayah ingat tak kereta biru yang ayah marah tadi" "Ingat" kata aku... "Tu la kereta Aziz Satar"...Aku tersenyum sendirian.....Alahai Hj. Santa......Sambil tersenyum aku terus menuju ke surau... he he

Khamis, 29 Disember 2011

Restoran Mohd Chan Makanan Cina Muslim

Pada hari jumaat lepas aku membawa anak-anak ronda-ronda di KL. Malamnya kami sekeluarga tidur di Shah Alam kerana pada malam tersebut anak-anak mengajak ke I-City. Pada kesesokan harinya kami sekeluarga makan tengah hari di Restoran Mohd Chan di Seksyen 15 Shah Alam... Sampai juge hajat makan kat sini...




Dim Sum
Siakap Sweet n Sour

Butter Prawn (Prawnnya menyorok)


Bandung Cin Cau
Claypot Daging
Claypot Seafood Tofu
Selesai


Restoran Mohd Chan

Jln Utas B 15/B,
Seksyen 15, 40000
Shah Alam, Selangor
(berdekatan Ambank)

Jalan Runtuh

Alam persekolahan merupakan alam yang penuh dengan warna-warni. Ada perkara yang seronok untuk dikenang namun ada juga perkara yang tidak mahu kita kenangkan. Antara perkara-perkara yang masih jelas diingatan ialah kisah-kisah lucu, sedih dan luarbiasa.



Sebenarnya ada bermacam-macam kisah lucu yang kalau dikenangkan pada hari ini pasti akan disambut dengan gelak ketawa. Inilah yang berlaku setiap kali ada perjumpaan atau Reunion dengan teman-teman lama.


Seperti biasa di sekolah kita mesti mempunyai cikgu yang kita suka dan tak suka...Banyak faktor yang menyebabkan kita suka dan tak suka dengan seseorang guru itu. Bagi aku, aku amat suka dengan cikgu yang jelas pengajarannya, banyak info dan dapat memberi rangsangan motivasi.


Umpamanya seorang Cikgu Inggeris semasa sekolah menengah . Namanya Dorothy Ng....Cara dia mengajar memang best jelas, faham dan ini mencetuskan motivasi yang tiggi untuk aku belajar lebih tekun subjek Bahasa Inggeris. Selepas dia berpindah subjek BI aku terus merudum.


Namun nak jumpa Cikgu yang macam tu amat payah... Ada seorang lagi cikgu yang aku suka namun namanya aku dah tak ingat... Dia ni cikgu sementara yang mengajar seketika di kelas Pengajian aku.....Cara dia bercakap dan cara dia mengajar memang best... Walaupun dia cikgu sementara namun cara dia mengajar mengalahkan Cikgu yang dah lama terlatih.


Lontaran ideanya menampakkan dia seorang yang mempunyai maklumat yang banyak dan kaya dengan ilmu. Caranya ini yang merangsang aku hingga kini untuk cuba mengikut jejak langkahnya menjadi Cikgu yang terbaik dalam PnP. Terima kasih kepada Cikgu yang aku tak ingat namannya kerana kaedahnya masih aku guna hingga kini untuk mengajar anak-anak murid aku pula.


Namun di sebalik Cikgu yang bagus terdapat juga cikgu yang amat boring PnP nya. Ada seorang Cikgu ni memang amat boring PnP nya... aku rasa boleh dikira berapa kali aku masuk ke kelasnya.... Satu benda pun yang dia ajar aku tak dapat.... Kalau dia mengajar terasa lama benar masanya... Dah le jarang tak masuk kelas... masanya sharp on time....Masa PnP nya selalunya sebelum rehat...


Biasanya sebelum rehat tempat duduk pelajar lelaki akan kosong....lepas rehat baru la ada orang....Berada di kelasnya mata ibarat di gantung batu.....Anatara peristiwa yang aku ingat apabila nampak kelibatnya dari jauh maka ada sahabat yang berdoa "Tolong le runtuhkan jalan akan dilalui oleh Cikgu tersebut supaya tak boleh masuk kelas"....anda boleh bayangkanlah betapa borinnya kelas tersebut...


Kepada Cikgu-cikgu dan termasuk diri aku koreksilah cara PnP kita.......Jangan syok sendiri... pelajari ilmu baru.... pelbagaikan cara penyampaian....Perkara utama yang perlu dilakukan ialah wujudkan suasana yang ceria dahulu.....selepas itu apa juga jenis ilmu senang nak dislurkan kepada anak murid....Peace Yo....

Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...