Nuffnang

Pengikut

Ahad, 11 April 2010

Sebatang kara


Apa rasanya hidup sebatang kara dalam dunia ini ? . Mungkin sunyi, mungkin juga rasa kosong atau........Hanya mereka yang mengalaminya sahaja yang dapat menerangkan perasaan tersebut. Aku yang kehilangan ibu tersayang pun terasa kehilangan yang amat sangat. Hidup terasa kosong umpama buih-buih halus yang hanyut dilaut lepas tanpa sebarang arah. Adakalanya terasa seperti puing-puing halus yang berterbangan ditiup angin.


Inilah yang berlaku kepada bekas seorang anak murid orang rumah aku. Kerap kali aku mendengar kisah sedihnya daripada orang rumah aku. Kisahnya berkisar tentang seorang pelajar sekolah menengah yang juga merangkap jiran sekampung aku. Ayahnya memang telah lama meninggal dunia.


Hidupnya hanya bergantung sepenuhnya kepada seorang ibu yang amat disayangi. Kadang-kadang semasa cuti sekolah dia bekerja bagi menampung kehidupan dia, emak dan seorang adik perempuan. Itulah satu-satunya adik yang dimilikinya didunia ini. Saban hari kehidupan mereka dihimpit kesusahan disebabkan adik permpuannya yang mengidap pelbagai penyakit seperti sakit jantung, kencing manis , darah tinggi dan buah pinggang. Pada ketika itu adiknya baru berada di tingkatan dua.


Namun segalanya ditempuhi dengan tabah. Tiba-tiba kehidupannya terus dirundung malang apabila adik yang disayangi kembali ke rahmatullah menyusuli pemergian bapanya yang pergi lebih awal mengadap Rabbuljalil. Maka dunia dirasakan gelap kerana kini hanya tinggal dia dan ibunya meneruskan kehidupan seharian. Tiada lagi hilai tawa, gelak dan senda gurau daripada satu-satunya adik yang menceriakan sepanjang hidupnya di dunia ini.


Genap sebulan dia menerima tamparan yang lebih hebat apabila ibu yang amat disayanginya pula menyambut seruan ilahi. Aku tidak dapat membayangkan seorang pelajar tingkatan empat dapat menghadapi keadaan ini. Kali ini suasananya bukan lagi gelap tetapi sudah menjadi gelap gelemat mungkin seperti cahaya yang disedut masuk ke dalam lohong hitam.


Anda cuba bayangkan bagaimana dia menghadapi hari-hari yang berlalu tanpa tiga orang tersayang yang menjadi pasak dan tiang seri hidupnya. Aku sendiri tidak dapat membayangkan betapa sukarnya dia menghadapi kenyataan ini. Aku yang kehilangan seorang orang yang tersayang iaitu arwah ibu mengambil masa yang lama untuk pulih.Bayangkanlah dia hanya seorang insan kerdil seorang pelajar tingkatan empat.


Betapa hebat dan besar cabarannya diuji oleh ALLAH. Bukan calang-calang orang yang mampu diuji dengan ujian yang maha hebat ini. Rasanya aku sendiri tidak mampu menghadapi ujian seberat itu. Apa yang aku boleh nasihatkan kepadanya bukan semua orang mampu menggalas ujian tersebut. Hanya insan pilihanNya atau pun insan yang hebat yang mampu menghadapinya dengan tabah.



Jumaat, 9 April 2010

Kayyin pelikat.com.my dan dot dot dot dot


Ini bukan mayyin-mayyin (cara sebutan pelajar asli aku) punya cerita. Kejadian yang amat menyayat hati dan bisa meruntun jiwa. Kepada sesiapa yang membaca janganlah hendaknya berasa syahdu sehingga menitiskan air mata. Kejadian ini memang benar-benar berlaku.


Lokasi dan pelakunya biarlah aku rahsiakan demi kemakmuran negara dan demi membantu memulihkan ekonomi global serta kemajuan bolasepak negara. Ceritanya tentang kisah seorang duda yang berkahwin dengan seorang wanita dalam lingkungan umur 40-an. Wanita ini merupakan orang yang berada dan berpangkat.


Kalau dibandingkan dengan duda ni hanya berpangkat sarjan dalam pasukan polis. Sedangkan wanita ini berkelulusan ijazah luar negara. Perkahwinannya hanya bertahan sebulan memandangkan sikap si isteri yang boleh dikatakan queen control tahap dewa.


Mulanya aku tidak berapa percaya dengan cerita ini. Mungkin sengaja diada-adakan. Namun setelah mendengar cerita daripada 2 ke 3 sumber yang boleh dipercayai dan cerita ketiga-tiga sumber itu sama maka pada pandangan aku cerita ini ada kebenarannya. Sebagai orang yang baru berkahwin sudah pasti mempunyai tarikan magnet yang kuat.

Apa yang akan terjadi sekiraya Kutub utara bertemu kutub selatan ? tentu melekatkan. Begitu juga halnya dengan pasangan ini. Namun daripada sumber risikan mosad,CIA dan agensi risikan terbaru Fulcrum (daripada cerita Chuck) menyatakan setiap kali hendak mengadakan hubungan intim si suami dikenakan satu syarat. Apa syaratnya? tentu anda tertanya-tanyakan.


Ha ha ini syaratnya, si suami mesti membaca sebuah buku. Lepas tu baru dapat upah. Alamak berapa lama nak habis baca buku sedangkan karan tengah kuat masa tu. Cuba anda bayangkan atau mungkin juga anda tidak dapat membayangkannya. Ombak yang sedang mengganas dan bergelora pun akan kembali tenang dalam proses menghabiskan membaca sebuah buku.


Tunggu-tunggu, anda jangan berhenti membaca teruskan membaca ada lagi yang lebih kisah yang lebih sensasi. Selalunya kalau hendak berjalan ke mana-mana kita akan memakai pakaian yang cantik dan kemas. Begitu juga lah halnya dengan si suami ini. Namun si suami memakai pakaian dengan kemas bukan disebabkan ingin berjalan ke mana-mana tetapi untuk memenuhi syarat si isteri yang seterusnya.


Keluar sahaja pintu rumah mesti memakai pakaian yang kemas. Mesti pakai seluar panjang dan baju dimasukkan ke dalam walaupun hanya untuk menyidai kain. Memakai kain pelikat diharamkan sama sekali. Mungkin untuk langkah keselamatan takut terlucut ke atau takut suaminya diskodeng makcik sebelah rumah. Maklumlah hakcipta terpelihara dan hakmilik eksklusif mana boleh orang lain tengok. Agak aku le....


Patutlah perkahwinan mereka hanya bertahan selama sebulan. Kalau macam ni boleh mati beragan. Datuk Fadzillah Kamsah pun belum tentu boleh bantu menyelesaikan masalah ini.........Apa pandangan anda.......?.....?

Sejarah Yang Dipinggirkan

Artikel ditulis sahabat baik aku Razali Awang Wartawan TV3


Makam Sultan Pattani yang pertama memeluk Islam. Terbiar kerana Siam sebolehnya ingin menghapuskan bukti sejarah kegemilangan Pattani Darus Salam.



Masjid Gerisek, pernah menjadi saksi turun naik kerajaan Melayu Pattani. Di sini juga lebih 144 pemuda Islam dibunuh dengan kejam tentera Thailand pada 2004.


Sejak insiden 5 tahun lalu, masjid ini semakin sepi, tiada lagi kemeriahan pelancong terutama dari Malaysia dan Singapura yang berkunjung.



Makam yang menempatkan dinasti Kelantan yang dilantik Siam untuk memerintah Pattani selepas pemberontakan Datuk Pengkalan.



Makam ini menempatkan puluhan ribu syuhada' Pattani yang melawan Siam pada 1786, terbiar sepi.



Masjid Teluk Manok dibangunkan pada kurun ke 16. Di sini pernah menjadi tempat perlindungan ketika Pattani jatuh ke tangan Siam pada 1786.


Rumah lama di hadapan masjid. Cantik sekali ukiran, nilai estitika amat tinggi, tetapi faktor desakan hidup menyebabkan ia terpinggir.


Istana Teluban di Saiburi. Berusia lebih 200 tahun. Malang sekali ia semakin usang dimamah usia



Waris yang ditemui mengaku tidak banyak yang dapat dilakukan untuk memelihara istana peninggalan kerana faktor kewangan.

Masjid Selindung Bayu berhampiran istana. Cantik sekali senibina klasik Melayu. Ia dibaik pulih selepas runtuh beberapa tahun lalu

Khamis, 8 April 2010

Bisnes Seminar


Sudah lama aku tak bersilat di gelanggang seminar. Sekitar tahun 1993-1996 aku begitu aktif menganjurkan pelbagai seminar pendidikan. Alhamdulillah rezeki mencurah-curah masuk. Di mana sahaja aku menganjurkan seminar kehadiran cukup memuaskan. Memang berbaloi dengan hasil kerja yang aku lakukan.

Johor Bharu, Muar, Negeri Sembilan , Kuala Lumpur dan Ipoh merupakan lokasi yang kerap diadakan seminar. Entah macam mana sedang berfikir-fikir nak buat bisnes apa akhirnya terlintas dalam kepala bagaimana sekiranya aku anjurkan seminar yang berbunyi SEMINAR TEKNIK-TEKNIK MENJAWAB SOALAN SECARA BERKESAN PMR,SPM DAN STPM.

Masa tu aku main redah je. Kerja memang aku lakukan secara one man show. Pernah juga ke udara di radio3 negeri sembilan, radio3 ipoh dan iklan-iklan aku menghiasi dada-dada akhbar Utusan, The Star,NST dan dimasukkan ke dalam slot MHI Tv3.
Selain Seminar teknik-teknik menjawab soalan secara berkesan aku juga pernah menganjurkan seminar bersifat motivasi dan transformasi pelajar yang juga tidak kurang hebat sambutannya. Antara penceramah hebat yang pernah bekerja di bawah aku ialah Kak Ruby yang sekarang merupakan motivator remaja yang hebat Rubiah K. Hamzah. Encik Ahmad Ali Seman pensyarah sejarah dan pakar sejarah Jepun. DR. Aziz Jemain ketua jabatan matematik UKM dan Dr. Sahar Yahya pengarah pusat matrikulasi Universiti Malaya dan ramai lagi yang aku lupa namanya.

Namun segala-galanya berakhir apabila aku terlibat dalam kemalangan jalanraya yang menyebabkan kaki aku patah dan tidak bekerja selama setahun. Bisnes Seminar aku juga terpaksa dihentikan. Aku seolah-olah hilang semangat untuk berniaga tambahan pula pelbagai jenis seminar pendidikan tumbuh seperti cendawan lepas hujan.

Sekolah-sekolah di seluruh Malaysia juga telah mula menganjurkan Seminar Teknik-teknik menjawab soalan. Akhirnya sehingga kini aku tidak lagi menganjurkan sebarang seminar walaupun hasrat tersebut ada. Insyaallah pada tahun ini aku akan mula merangka untuk menganjurkan kembali seminar pendidikan yang unik dan lain daripada yang lain. Semoga usaha aku untuk kembali menjadi peneraju seminar akan berjaya.

Mintak Nyawa


"Tarik nafas, lepas" "tarik nafas, lepas" "tarik nafas dan lepas". Kata cikgu Pendidikan jasmani semasa aku berada di sekolah rendah dahulu. Semasa zaman aku aktif main bolasepak, bolatampar, bolatakraw dan olahraga perkara yang sama akan dilakukan.


Semasa sudah menjadi cikgu pun perkara yang sama akan dilakukan oleh sesetengah guru kepada anak muridnya. Aku terus tertanya-tanya apa pentingnya tarik nafas dan lepas. Apabila ditanya jawapannya untuk apa perkara tersebut dilakukan jawapannya ialah untuk menarik sebanyak mungkin oksigen ke dalam sistem darah dan badan. Setakat itu sahaja jawapannya.


Rasanya kalau setakat itu jawapannya budak sekolah rendah pun tahu. Semenjak dari sekolah rendah sehinggalah aku menjadi guru pertanyaan itu masih belum terjawab dan kalau pun ada jawapannya tidak memuaskan hati sehinggalah aku terbaca buku Unlimited Power Anthony Robin yang menjelaskan secara terperinci tentang peri pentingnya kita melakukan tarikan nafas yang dalam seperti yang dilakukan oleh pengamal Tai Chi dan Yoga.


Nak tau jawapannya teruskan membaca siri dua artikel ini pada minggu hadapan......... janganmare ha.......


Getaran kekayaan


Masih terngiang-ngiang seorang kawan baik aku pada satu masa dahulu yang mengatakan dia merupakan orang membawa nasib malang. Di mana sahaja dia berada pasti orang atau organisasi yang bersamanya akan menghadapi masalah. Namun aku tidak mengiyakan kenyataan tersebut. Aku cuba mencari jawapan disebalik kenyataannya itu.


Setelah membaca satu artikel tentang peranan gelombang dan getarannya aku menemui jawapan kepada permasalahan tersebut. Menurut artikel yang aku baca apabila kita sentiasa berfikiran negatif dan yang bukan-bukan maka perkara yang bukan-bukan dan yang yang negatif akan datang ke dalam badan kita. Setiap benda yang ada didunia ini mempunyai geolmbangya yang tersendiri.


Sekiranya gelombang tersebut berada dalam frekuensi yang sama dengan kita maka badan kita lebih mudah menarik gelombang daripada benda tersebut. Apabila kita terlampau banyak komplen, membangkang, bersangka tidak baik, memikirkan perkara-perkara yang tidak baik maka gelombang negatif akan melingkari hidup kita.


Apa yang kita boleh lakukan kita perlu sentiasa fokus kepada perkara yang positif. Hindarkan perkara yang negatif. Kalau boleh jauhi orang yang berfikiran negatif kerana orang tersebut boleh mengganggu gelombang positif di dalam badan kita.


Mengapa orang kaya bertambah kaya dan orang miskin bertambah miskin. Juga ada kaitan dengan gelombang dan getaran. Sekiranya kehidupan seharian kita dilingkungi oleh perkara negatif maka ialah akan menyekat getaran dan gelombang kekayaan kerana ia berada dalam frekuensi yang berbeza.


Setelah memikirkan tentang sahabat aku yang sorang itu maka tepatlah dengan teori gelombang dan getaran yang aku baca.Apa yang dapat aku perhatikan sahabat baik aku ini sentiasa membangkang cakap orang, sentiasa bersangka buruk dengan orang malah dia selalu memikirkan perkara yang bukan-bukan. Maka mungkin gelombang negatifnya itu memberi kesan kepada oarang berada dekat dengannya.


Jangan pula anda percaya 100% apa yang aku tulis disini. Namun setelah difikir-fikirkan banyak juga kebenarannya daripada teori ini dengan sahabat aku ini. Fikir-fikirkan........

Isnin, 5 April 2010

Lagi Gambar Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2010





















Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2011

Pada tahun ni sempat juga juga aku mengunjungi Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur. Ramai juga rakan yang ditemui semasa pesta buku tersebut. Antaranya Hj. Khairul Anuar Shahaludin PK HEM sekolah aku merangkap senior masa di UKM dulu. Selepas tu bertembung pula dengan Fauzi juga senior aku yang baru pulang dari Sabah setelah lama mengajar di semenanjung.


Yang paling aku tak sangka apabila berjumpa dengan sahabat seblogger,sesekolah, seUKM,semain gitar (dulu le), sekampung dengan orang rumah aku iaitu Cheegooden CamniCamtu. Sempat juga bersembang dengannya isu-isu global dan krisis pemanasan rumah hijau secara serius. Setelah mencapai resolosi untuk dibentangkan di PBB kami pun mengambil jalan masing-masing untuk kembali ke pangkal jalan


Pandangan aku tentang pesta buku ni memang meriah dan sambutannya amat menggalakakan berbanding kunujungan aku beberapa tahun dahulu. Ramai ibu-bapa yang membawa anak-anak ke pesta buku tersebut. Daripada segi penyertaan syarikat penerbitan memang mencatatkan peningkatan yang amat ketara. Namun ada satu perkara yang bermain diminda. Bolehkan pesta buku ini disebut pesta buku antarabangsa?



Boleh dikira syarikat antarabangsa yang terlibat kecuali di bahagain buku akademik. Wakil Indonesia dan Brunei boothnya tersorok dan terasing daripada laluan pengunjung. Kalau tidak kerana adanya meja pelukis live karikatur maka tiada siapa yang menyedari kewujudannya. Syarikat buku antarabangsa pula boleh dikira dengan jari.


Namun ada satu perkara yang amat-amat dan amat tidak memuaskan hati aku. Privasi aku sekeluarga untuk berkunjung dari satu booth ke satu booth diganggu oleh jurujual-jurujual Groolier yang amat agresif. Sehingga ada yang melemparkan kata-kata yang kurang menyenangkan apabila kita tidak mahu mendengar penerangan mereka. Aku selalu mengingatkan anak-anak supaya jangan lalu di kawasan jerangkap samar ini.




Memang mereka ni tidak faham bahasa. Apabila orang tidak mahu mendengar penjelasan mereka sepatutnya mereka faham. Jangan desak dan terus mendesak sehingga kita membuang masa mendengar penjelasan mereka. Aku datang dari jauh sebab nak tengok buku bukan nak mendengar penjelasan mereka.





Yang menghairankan di ketiga-tiga dewan pameran ada sahaja booth Groolier. Memang betul-betul menggangu privasi dan ketenteraman. Apapun aku berasa puas hati kerana hajat hendak mengunjungi pesta buku tercapai. Semoga tahun depan aku akan dapat berkunjung ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2011.

Sabtu, 3 April 2010

Azizi Ali dan Truewealth

Dah lama sangat aku menyimpan hasrat untuk menghadiri seminar yang dianjurkan oleh Azizi Ali. Tahun lepas aku tak berkesempatan memandangkan kedudukan ekonomi yang merosot gara-gara kemerosotan ekonomi global.
Tahun ini aku hampir juga tak dapat pergi memandangkan banyak sangat urusan luar. Namun aku tabahkan hati dan tanamkan hasrat untuk pergi juga ke seminar ni. Pada mulanya aku agak riasu juga apabila diberitahu seminar ini menggunakan Bahasa Inggeris sebagai mediumnya.

Kalau setakat english orang Malayasia aku boleh paham. Yang aku khuatirkan kalau Englishnya berabuk macam British. Jawabnya Yes No alrigth je la. Sesampainya aku di Holiday Villa Subang aku menjadi semakin cuak kerana walaupun majoriti pesertanya orang melayu tetapi semuanya speaking London.
Hampir kesemua peserta yang hadir merupakan mereka yang profesional seperti doktor, jurutera, owner syarikat, pensyarah dan peguam. Berpoloh juga nak speaking dengan deme ni. Aku redahnya dengan english yang tak berapa mantop. Akhirnya boleh juga deme paham maknanya ok le tu.

Apa yang Azizi Ali sampaikan mampu aku paham semuanya. Berbaloilah pelaburan aku. Insyallah kalau ada lagi seminar anjuran Azizi Ali aku hendak pergi lagi. Banyak sangat input dan ilmu baru yang aku dapat. Satu perkara yang aku terkilan apabila Azizi Ali tanya aku nak tulis buku apa dan aku tak mampu memberi jawapannya. Agak-agak apa genre yang sesuai ya?

Jumaat, 2 April 2010

Dah boleh memblog seperti biasa



Dah letih dengan kerenah kedai komputer yang mengrepair komputer. Akhirnya aku ambil keputusan membeli sebuah komputer desktop baru direct dari HP. Setelah menunggu hampir seminggu akhirnya pada pukul 7.00 petang sampailah komputer baru ke teratak aku oleh sebuah syarikat kurier.


Insyaalah aku menyambung semula kegiatan memblog. Tunggu ya sahabat-sahabat, rakan-rakan siber dan pengunjung senyap.


Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...