Nuffnang

Pengikut

Ahad, 6 Disember 2009

HPA Sg. Petani


Ini artikel terakhir aku tentang kunujungan aku bandar HPA di Sg. Petani. HPA SG. Petani merupakan pusat jualan HPA yang menawarkan semua produk yang ada dijual di HPA. Suasana pusat jualan tersebut sangat kondusif dan amat tenang suasananya. Terdapat lebih 500 produk yang ada dijua di sini.

Susun aturnya sangat menarik. Produk-produk yang dipamerkan dengan cara yang menarik dan mampu menarik minat pengunujung untuk mencuba produk HPA. Suasana lima bintangnya benar-benar menggambarkan tentang kemampuan dan kegagahan HPA dewasa ini dalam melangkah ke arah memperjuangkan produk Halal dan sesuai dengan Tag linenya "Produk Halal tanggungjawab bersama"

Sebagai sebuah syarikat MLM Bumiputra terulung dalam negara diharapkan HPA akan terus diterima di peringkat antarabangsa. Aku sebagai insan kerdil ini hanya melalui penulisan seumpama ini yang sedikit-sebanyak cuba membantu dan memperkenalkan syarikat kepada lebih ramai orang.

Semoga HPA akan berjaya melebarkan sayapnya ke peringkat antarabangsa dan seterusnya menjadi peneraju industri halal di dunia. Semoga tuan Pengarah Urusan yang kita semua sayangi akan terus diilhamkan dengan perancangan yang hebat untuk mengangkat HPA sebagai sebuah syarikat Halal yang berjaya ke seantero dunia.

"Industri Halal tanggungjawab bersama"

HPA Collection


HPA Collection merupakan sebuah kedai yang menjual pelbagai cenderamata HPA. Antaranya seperti lampu, payung, pen. keychain dan sebagainya. HPA collection juga menjual T- Shirt dan vest berjenama HPA.

Bagi muslimah pula terdapat pelbagai baju yang dijual dengan harga yang berpatutan. Kedainya menawarkan suasana yang kondusif serta mesra pengguna. Terletak bersebelahan dengan Stokis HPA Sg. Petani.

Kita juga boleh mendapatkan pelbagai buletin lama yang dikeluarkan oleh HPA sebelum ini. Kosmetik keluaran yang berasaskan pegaga juga ada dijual di sini. Terletak dalam jajaran pelbagai perniagaan HPA di bandar SG. Petani menjadikannya mudah dikunujungi.

Jawi Herbs Shop, HPA Training IT dan Multimedia, HPA Multimedia Sales and Services


Jawi Herbs Shop
Bagi merealisasikan perubatan jawi yang diperjuangkan oleh pengarah urusan Tuan Haji Ismail Ahamad maka HPA telah mewujudkan sebuah pusat rawatan Jawi Herbs Shop. Para herbalis terlatih telah ditempatkan di sini terutamanya bagi membantu mereka yang ,engalami pelbagai penyakit.

Terdapat pelbagai kaedah pengesanan penyakit yanbg digunakan seperti mengesan penyakit melalui tapak tangan, denyut nadi,iridologi dan sebagainya.Bagi merawat penyakit yang telah dikesan ada pelbagai kaedah yang digunakan seperti menggunakan produk HPA atau menggunakan herba yang difomulasi khas oleh pengarah urusan sendiri.

HPA Training IT dan Multimedia
Lain perniagaan yang sedang dalam perancangan HPA ialah HPA Trining IT dan Multimedia yang khusus untuk memberi pengatahuan dalam bidang IT dan multimedia kepada sesiapa yang berminat.

HPA Multimedia Sales and Services
HPA juga menubukan HPA Multimedia Sales and Services sebagai sokongan kepada HPA Training IT dan Multimedia.

Lagi perniagaan HPA

Islamic Book Store

HPA mengorak langkah dengan mewujudkan kedai bukunya sendiri. Terdapat pelbagai koleksi Al-Quran, buku-buku agama, buku-buku berkaitan HPA seperti buku pengetahuan produk, Inilah jalan kami, Inilah pegangan kami dll, majalah-majalah, buku kanak-kanak, alatulis dan didalam book store ini juga terdapat kiosk HPA. Semoga koleksi buku-buku terus bertambah dari semasa ke semasa mungkin boleh setanding seperti Saba Media Islamic Services.

HPA Ilham Holidays


HPA juga menubuhkan syarikat agen pelancongannya sendiri . Anak syarikat HPA ini bemberi khidmat sebagai agen pelancungan luar negara dan dalam negara, agen tiket dan lain-lain. Setakat ini HPA telah memberi khidmat untuk melaksanakan umrah dan program pelancongan ke destinasi pelancongan utama di Indonesia

Untuk keterangan lanjut, hubungi dengan HPA Ilham Holiday (013 -4389727 - Puan Roszaitun) Di alamat:

No.32 Tingkat Bawah, Lengkok Cempaka 1

Persiaran Cempaka, Bandar Aman Jaya

08000 Sungai Petani, Kedah Darul Aman

(013 -4389727 - Puan Roszaitun)


Toharah Dobi


HPA Industries Sdn Bhd (HPA) telah berjaya mengorak langkah ke hadapan dalam perniagaannya dengan mewujudkan satu lagi bentuk perniagaan iaitu kedai dobi. Majlis Perasmian Toharoh Dobi telah diadakan pada 29/8/08 (Jumaat) di Amanjaya Sungai Petani,Kedah.

Serentak dengan majlis pelancaran ini 2 produk kegunaan harian iaitu Cecair Pencuci Freesia dan Pelembut Fabrik Mawar dilancarkan memasuki pasaran. Cecair Pencuci Freesia merupakan pencuci pakaian dalam bentuk cecair dan kebaikannya adalah untuk mereka yang elergi dengan bentuk serbuk terutama bagi mereka ada gangguan penafasan.


Kejayaan HPA mewujudkan kedai dobi ini memberi peluang kepada semua pengedar HPA yang ada di sekitar utara untuk mendapatkan perkhidmatan di sini. Sokongan dan dokongan daripada seluruh ahli HPA amat diperlukan bagi memastikan perniagaan ini terus maju dan berjaya menguasai dan mengambil pasaran yang ada di negara kita.



Sabtu, 5 Disember 2009

el-zahra inn sg. petani

Dipetik daripada lawan web HPA

Hotel El-Zahraa merupakan sebuah hotel bajet bercirikan Islamik yang berkonsepkan Timur Tengah.El-Zahraa juga menyediakan kemudahan yang diperlukan oleh umat Islam seperti sejadah di dalam bilik, laungan azan serta bacaan ayat suci Al-Quran.

El-Zahraa Inn juga dirangkaikan dengan penginapan secara Homestay sebagai penginapan alternatif bagi menampung keperluan sekiranya hotel penuh. Penginapan ini disediakan di Jawi Homestay, di Bandar Laguna Merbok.

Hotel ini juga menyediakan sejumlah 29 bilik untuk dinikmati oleh oleh para pelanggan. Bilik Superior (single) sesuai bagi pelanggan yang memerlukan ruang tidur dan rehat yang ekonomi. Manakala bilik superior (Double) bagi pelanggan yang berpasangan.

Bagi mereka yang berkeluarga boleh memilih bilik jenis Deluxe manakala bagi pelanggan yang mementingkan keselesaan dan ketenangan bolehla memilih Executive yang dihiasi fabrik serta hiasan dalaman serba mewah.

Kemudahan dalam bilik

  1. Bilik berhawa dingin
  2. LCD TV
  3. Siaran Astro
  4. Wifi
  5. Telefon
  6. Bar mini / Peti sejuk
  7. Cerek
  8. Air panas/ sejuk
  9. Seterika / papan
  10. Sejadah, Al-Quran dan arah kibalat
  11. Produk HPA
  12. Bantal dan selimut tambahan
  13. Kain batik dan kain pelikat
Terletak di tengah kepesatan pertumbuhan bandar Sungai Petani bahagian Utara, iaitu di Lagenda Height, El-Zahraa Inn boleh dikunjungi dari plaza tol Sungai Petani utara oleh pelanggan yang menggunakan lebuhraya utara-selatan.

Hotel ini juga dikelililngi oleh rangkaian perniagaan HPA yang lain seperti Restoran Radix Fried Chicken, ROR, ROC dan Radix Bakery House.Bagi pelanggan yang mementingkan keselesaan dan ketenangan bolehlah memilih bilik yang executive yang dihiasi fabrik serta hiasan dalaman serba mewah (RM150)


Bilik superior (Double) bagi pelanggan yang berpasangan. Bagi mereka yang berkeluarga boleh memilih bilik jenis Deluxe (RM100)


Untuk keterangan lanjut dan tempahan, sila hubungi:
Tel : 04-4259144/150
Fax: 04-4259131
Email: elzahraa_inn@yahoo.com

Lain-lain restoran dalam rangkaian HPA


Satu lagi rangkaian restoran HPA ialah Restoran Organic recipe. Terdapat pelbagai jenis makanan seperti mee sup, kue teow goreng, bihun sup dan sebagainya. Semuanya berasaskan makanan organik. Lokasinya terletak di sebelah hotel HPA yang berkonsep islamik iaitu di el-zahra inn.

HPA juga dalam usaha untuk mempromosikan Radix Sate House yang menumpukan kepada penjualan sate ayam,kambing dan lembu organik. Mungkin satenya merupakan satu-satunya sate organik yang terdapat di Malaysia.

Selain itu HPA juga dalam usaha mengembangkan rangkaian restoran nasi ayam organiknya ke seluruh negara. Rangkaian pertama di luar Sg. Petani sudah dibuka di Kluang Johor.Semasa kunjungan aku ke Sg. Petani Radix Chicken Rice tidak dibuka.

Selain itu pihak HPA juga membuka Radix Bakery House di no 36, Jalan Lagenda Height, 08000 Sungai Petani, Kedah. Radix Bakery House menumpukan kepada pembuatan kek, bun dan biskut yang berasaskan bahan organik dan halal.

Seperti yang kita ketahui bayak bahan untuk membuat kek yang agak meragukan. Seperti yang selalu aku sebutkan "Halal bukan sahaja terletak kepada pembuatnya, tetapi juga bergantung kepada bahan-bahan yang digunakan".

Dengan adanya Radix Bakery House ia akan dapat menghilangkan semua keraguan kita tentang kek, bun atau biskut yang kita beli daripada kedai yang diragui bahan-bahan pembuatan kek tersebut.

Radix Bkery House juga dalam usaha untuk memasarkan produk kacang tumbuk dan kacang potong yang benar-benar halal dan tidak meragukan. Kebanyakan produk tersebut yang ada di pasaran dihasilkan oleh bangsa asing yang tidak diketahui status halalnya.

"Halal bukan sahaja terletak kepada pembuatnya, tetapi juga bergantung kepada bahan-bahan yang digunakan".

Jumaat, 4 Disember 2009

Radix Pizza House

Radiz Pizza House merupakan satu lagu restoran dalam rangkaian perniagaan HPA. Restoran ini berkonsepkan ala-ala pizza hut. Pada mulanya aku agak sangsi apakah Radix Pizza House mampu menambat hati pengguna.

Namun apabila aku menjengah ke dalam restoran tersebut sangkaan itu meleset kerana ramai pengunjung yang sedang menikmati hidangan Pizza tersebut. Dengan Tag linenya Jom Cuba!!! ternyata auranya mampu menarik pengunjung datang ke restoran tersebut.

Di hadapan restoran tersebut terdapat motor-motor yang menyediakan khidmat penghantaran pizza ke kawasan Sg. Petani dan kawasan sekitarnya. Susun atur,hiasan dalam dan suasana di dalamnya agak eksklusif dan setanding dan restoran Pizza yang lain.

Terdapat 12 jenis hidangan Pizza yang disediakan seperti Rendang (Chicken), Sattay Pizza Chicken,Mexican Tuna, Seafood Pizza, Tandoori Chicken Pizza, Sambal udang Pizza, Chicken Sausage Pizza, Hawaiian Tuna, Pepperono delight, Veggie Pizza, Mediterranean Chicken Pan Pizza dan Chicken Pizza.

Selain Pizza restoran ini turut menyediakan Spaghetti Cabbonara, Tuna Sapghetti, Seafood Fettucine Creamy Marinara, Garlic Bread, Salad,Mushroom Soup, Onion Soup dan Chicken Soup.

Alamat Premis Radix Pizza House

No 245, Jalan Lagenda Height,
08000 Sungai Petani Kedah

Khamis, 3 Disember 2009

Radix Oriental Cuisine


Selain RFC HPA juga mengorak langkah untuk menubuhkan rangkaian restoran Radix Oriental Cuisine atau ringkasnya ROC. ROC merupakan restoran yang menyajikan masakan cina ala-ala Restoran Amy Search Restoran Cheng Ho dan sebuah lagi restoran masakan cina yang tekenal di Ipoh iaitu Restoran Laksamana Cheng Ho.

Namun daripada segi susun aturnya ia lebih ekslkusif ala-ala restoran cina yang mahal-mahal yang terdapat di pekan-pekan besar. Namun apa yang menarik makanannya dimasak oleh chef cina muslim 100%. Semua makanan yang disajikan adalah organik, segar dan halal.

Pada mulanya aku menganggap restoran ROC ini seperti restoran biasa mungkin ala-ala restoran Tom Yam. Apabila aku masuk dan meninjau di dalamnya suasananya sangat eksklusif dan kondusif. Sekali lagi perasaan bangga yang teramat sangat apabila melihat syarikat bumiputra Islam mampu membangunkan restoran yang menyamai standard restoran-restoran eksklusif bangsa asing.

Pelbagai jenis hidangan berasaskan masakan cina disediakan disini. Kalau aku nak tulis menunya di dalam entry ini terlampau panjang. Bagi mereka yang datang secara berkumpulan bolehlah memilih seperti set di bawah:

Set A 4 jenis lauk+ nasi putih+herbal tea+ mixed fruit RM 59.00 (2 ke 3 orang)

Set B 5 jenis lauk+ nasi putih+herbal tea+ mixed fruit RM 99.00 (4 ke 6 orang)

Set C 6 jenis lauk+ nasi putih+herbal tea+ mixed fruit RM 149.00 (7 ke 9 orang)

Set D 7 jenis lauk+ nasi putih+herbal tea+ mixed fruit RM 199.00 (10 ke 12 orang)

Apa yang membanggakan aku semasa tinjauan tersebut ada tiga meja yang pelanggannya merupakan mereka yang berbangsa cina. Agak sukar rasanya untuk orang cina makan di restoran orang melayu sekiranya rasanya tidak benar-benar enak dan menepati citarasa mereka.

Di bahagian atasnya aku lihat pak-pak haji berlebai dan wanita berjubah labuh sedang menikmati makanan cina dengan begitu berselera. Namun aku hanya sempat meninjau tetapi tidak sempat merasa memandangkan perut sudah penuh setelah menjamu selera di RFC.

Sebelum ini hanya 2 tempat untuk aku menjamu selera masakan cina di Restoran Amy Search dan restoran laksamana Cheng ho di Ipoh. Kini dengan adanya Radix Oriental cuisine maka pilihan semakin banyak tambahan pula dengan bahan-bahan yang digunakan semuanya bahan organik dengan motonya Your Halal Chinese Cuisine.


Insyaalah jika dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki aku akan mencuba resepi-resepi istimewa di sini. Satu lagi kepada ahli HPA yang berkunjung ke sini jangan lupa bawa kad ahli. anda akan diberi nilai mata.

Alamatnya:

Lot 35 dan 36, Jalan Lagenda 2,
Lagenda Height,
08000 Sungai Petani Kedah

Business Hour
Saturday - Thursday
11.00 am -3.00 pm
6.00pm - 11.30 pm
Friday
4.30pm - 11.30pm

Rabu, 2 Disember 2009

Radix Fried Chicken


Perjalanan aku ke Sg. Petani tempoh hari hanya untuk merasai produk-produk restoran makanan segera HPA RFC Radix fried Chicken. Pencarian RFC buat kali pertama nyata amat menyukarkan kerana tiada sebarang panduan. Hanya mengikut kata hati.

Namun impian untuk makan-makan di RFC bersama keluarga akhirnya tercapai. Apabila melihat bangunan berwarna oren yang tersergam indah di Lagenda Height Sg. Petani timbul satu perasaan bangga yang meluap-luap apabila ada juga syarikat bumiputra Islam yang mampu membangunkan restoran makanan segera yang setanding dengan bangsa lain.

Apa yang lebih membanggakan kesemua makanannya organik dan segar serta halal. Ayamnya diberi makan herba-herba terpilih dan dipelihara secara organik. Tiada sebarang suntikan hormon digunakan. Sebagai alternatif untuk merintangi pelbagai penyakit ayam, daun mambu digunakan.

Ternyata kesegaran ayam tersebut terasa. Apa yang menakjubkan aku ayamnya tidak menggunakan sebarang serbuk perasa yang boleh memeningkan kepala. Selalunya apabila aku makan di KFC atau MC Donald selepas makan kepala akan rasa sakit.

Di RFC keadaan berlaku sebaliknya. Tubuh rasa panas mungkin disebabkan kandungan herba yang terdapat dalam ramuan ayam gorengnya. Kentang putarnya juga cukup istimewa, sangat terasa kandungan herba pada kuahnya.

Pendek kata anda cubalah sendiri. Insyaallah HPA sudah mula melebarkan sayapnya dalam industri makanan segera. Aku sangat yakin RFC akan menjadi fenomena dalam negara dan bakal juga meledak di Indonesia.

Selalunya restoran makanan segera dikaitkan dengan pemakanannya yang tidak sihat. Kini tidak lagi apabila RFC menawarkana alternatif pemakanan yang berkhasiat dengan motonya fresh organik dan Halal.

Ayuh kita sokong produk Bumiputra Islam.

Selasa, 1 Disember 2009

Emergency Time


Cerita 49 top 60

Aku tak ingat peristiwa ni berlaku tahun bila. Yang aku ingat arwah emak aku masih ada lagi dan pada ketika itu aku masih tinggal dengan emak aku. Dulu-dulu memang aku agak liat nak bangun sahur. Kalau bangun punselalunya pada saat-saat kecemasan. Entah macam mana satu pagi tu memang aku teringin sangat nak bangun sahur.

Mungkin disebabkan lauk-pauk yang mengancam. Sebelum tidur aku terdengor arwah emak aku nak masak juadah yang aku suka. Apalagi aku pun bersemangat la nak bangun. Kalau tidak memang payah aku nak bangun sahur. Gerak la berapa kali pun aku buat dek je.


Namun nasib tak menyebelahi aku kerana aku masih terbangun pada saat kecemasan. Apalagi punya la speed makan. Main sumbat-sumbat je. Mana nak fikir tentang makan. Mana nak fikir tentang minum. Takut-takut pulak terbabas masa bersahur yang dah nak habis.


Habis je makan masa tinggal sikit lagi. Nak bancuh air tak sempat dah. Aku pun terus capai mug berisi air yang ada kat hujung meja. Belum sempat gogokan pertama aku dah ngelupor. Ropanya bekas tu berisi ayor hangat. Mampuih aku. Mujor kena bibior je dan belum sempat telan. Kalau tidak jadi naga bore le aku. Memang berasap le jawabnya. Silap-silap boleh keluor api.

Ropa-ropanya ayor tu orang romah aku nak sejukkan untuk bancuh susu anak aku. Tu la akibatnya buat kerja dalam keadaan kelam kabut dan last minit. Padan muka aku.......

Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...