Nuffnang

Pengikut

Sabtu, 9 Mei 2009

Restoran Nelayan Seafood






Restoran ni milik abang kawan aku, aku budak minang. Memang dah lamo ese nak poi makan kek sini. Keglamouran restoran ni memang tak boleh dipertikaikan lagi. Banyak juga liputan dalam akhbar yang telah dibuat tentang keunikan dan kesedapannya.

Jalan-jalan cari makan TV3, Warung kita Astro juga telah berkunjung ke sini. Menteri-menteri, menteri besar dan orang berpengaruh di Negeri Sembilan juga suka akan makanannya. Kalau diperhatikan di tempat letak kereta banyak kereta mewah terdiri daripada pelbagai bangsa yang singgah kat sini.

Malah pengunjung-pengunjung yang datang ke sini banyak yang datang dari jauh. Ada yang datang dari Brunei, Johor, Melaka dan termasuk aku dari Perak semata-mata nak menikmati kesedapan dan kelazatan masakan eksotik tradisional Negeri Sembilan yang Fresh dan menyelerakan.

Antara Specialities kat sini ialah makanan eksotik yang memang fresh seperti baung sungai, burung puyuh masak cili padi, ayam kampung, rusa, puyu, udang sungai, patin sungai pahang, pelanduk, daging salai, perut salai, ikan keli salai, rusa lemak cili api dan ada harinya-harinya kita boleh menikmati landak,napoh, otak masak lemak cili api serta lain-lain masakan yang enak.

Tiba bab aku merasa pulak. Aku ambik masak tempoyak ikan patin sungai dan pelanduk masak cili padi. Omak ai sodap nyo. Podeh pun sodap. Menitik-nitik poluh ese. Tak pernah aku rasa Ikan patin sesedap dan sefresh ini. Selalu dapat patin yang bebau (tak lalu nak makan). Lepas tu minum Lai Chi Kang dan Teh Cina. Wow matching boto raso Teh Cino ni.

Kalau cikgu razak rasa ni mesti dia bagi Doubles Thumbs Up. Aku ingat masa dia bawak aku makan kat sebuah restoran kat Temerloh makan ikan patin. Tapi kan Abang jak kat sini lagi sedap rasanya. Nanti aku bawak engko ke sini. Razali dah cubo ko makan kek sini..........

Restoran Nelayan Seafood
No 970, Jalan Za'aba,
70100 Seremban, Negeri Sembilan.

Apo kono eh jang








Agak lama aku tak pergi Negeri Sembilan negeri beradat. Entah macam mana pagi tadi member aku, aku budak minang ni ngajak aku ke Negeri Sembilan jumpa abang dio. Kojo banyak jugo ni, tapi rasa nak pergi pun ada. Sebab abang dio ni ada kodai makan yang memang famous kek Negeri Sembilan. Nanti aku cerita lepas ni.

Negeri Sembilan bukan asing bagi aku satu ketika dulu. Aku kerap berulang-alik ke negeri Sembilan semasa mengendalikan Seminar Teknik-teknik menjawab soalan berkesan untuk pelajar SPM,SRP dan STPM selama dua tahun berturut.

Seminar ni aku anjurkan one man show. Agak lumayan untung dia. Dari menyangkut banner, menempah dewan, cari penceramah,mencari peserta, iklan radio semua aku buat sorang-sorang. Tu yang agak kerap aku berulang ke Seremban. Namun dulu tak la sesak macam ni. Tadi aku lalu sesak betul.

Lepas itu aku kerap pulak berulang ke Port Dickson setiap minggu. Masa tu bakal orang rumah praktikal kat Port Dickson. Masa aku berulang-alik tu highway Port Dickson tak de lagi. Terpaksa melalui jalan lama yang agak merbahaya dan gelap pada waktu malam. Selalunya aku bertolak balik waktu malam.Namun Cinta hati punya pasal lautan api pun sanggup ku redah...... ha ha ha

Jumaat, 8 Mei 2009

Rita Rudaini Mengandung..







Zayyat Rita Rudaini Dah Mengandung. Jangan Frust Ha. Di mulut naga pun orang boleh rampas.

Rafie Derim

Kalau ke Bidor aku cukup suka makan di kedai Tom Yam Niza. Berhadapan dengan klinik kereta Mat. Makanan dia sedap dan banyak. Lepas tu aku amat tertarik dengan telatah salah saeorang pekerjanya yang suka bergurau. Hampir setiap petang aku di Niza ni.

Kemudian agak lama aku tak singgah kedai ni disebabkan kesibukan tugas-tugas dunia dan keterbatasan masa. Satu petang tu aku singgah juga kat kedai ni. Tapi mamat yang selalu bergurau ni tak de.

Aku tanya kat taukeh dia. Taukeh dia cakap mamat tu dah meninggal dunia dalam peristiwa Tak Bai. Terkejut aku dan aku sedekahkan alfatihah buat mamat ni walaupun sampai ke sudah aku tak tau nama dia dan asyik panggil dia awe je.

Dalam pada itu aku teringat kawan baik aku Rafie Derim. Dia ni memang tukang masak Tom Yam. Banyak kali dia bawak aku ke kedai saudara-mara dia di KL. Aku dan dia pernah berjanji nak bukak kedai Tom Yam. Namun aku lost contact ngan dia apabila dia balik ke Pattani.

Cuma ada beberapa member kata pernah jumpa dia di Ampang dia bukak kedai Tom Yam. Yang aku risau takut dia pun terlibat dalam peristiwa Tak Bai. Minta dijauhkan tuhan. Rafie pernah ajak aku mengembara ke Thailand. Katanya kita boleh tidur 2 ke 3 hari ke Bangkok. Di Bangkok ramai sedara mara dia.

Kemudian boleh meneruskan perjalanan ke Chieng Mai. Masalahnya masa tu Thailand tengah bergolak. Aku pulak risau. Dia ok je. Mana la Rafie Derim teringin sangat aku nak jumpa dia. Kalau tak dapat bukak kedai Tom Yam, dapat makan Tom Yam kedai dia pun jadi le. Rafie punya masakan memang sedap. Banyak kali dia masak untuk. Mavellous. Undelege Nalade........

Salina Saibi


Setiap kali raya pelakon gerak khas ini pasti datang ke rumah nenek aku di kg. jambai bersama keluarganya. Dari zaman dia belum top (jadi model iklan) sampai ke zaman dia meletup-letup di layar perak dia tetap berkunjung ke rumah opah aku. Kalau tengok kat luar macam agak pendiam je. Aku pun tak pernah bercakap ngan dia hanya tengok dari jauh.

Apa yang aku tau opah dia pernah tinggal di kampung Jambai ni. Oleh kerana kegawatan ekonomi pada ketika itu ramai yang tidak dapat bertahan tinggal di kampung dan terpaksa mencari pekerjaan di luar. Maka ramailah yang meninggalkan kampung pada ketika itu.Termasuklah Opah Salina ni.

Namun disebabkan terdapat hubungan persaudaraan yang kuat maka setiap kali raya keluarga salina ni berkunjung ke kampung jambai untuk mengunjungi saudara-mara apabila setiap kali musim perayaan tiba.

Rumah opah aku ni memang orang suka datang mungkin sikap dan layanan dia yang sama terhadap semua orang dan tak banyak kerenah menyebabkan orang tak segan-segan nak datang. Orang pun suka nak datang. Setiap kali raya berkilo-kilo laksa habis. Dari pagi sampai malam tak putus-putus orang datang. Kadang-kadang aku pun tak kenal sapa yang datang. Begitulah Happeningnya setiap kali raya tiba.

Bila dengar takbir raya sayunya aku. Mengenangkan betapa sibuknya arwah emak aku di pagi raya. Kini semua tu dah tak de lagi hanya tinggal kenangan yang tak mungkin berulang. Teringat aku keenakan rendang ayam buatan tangan emak aku. Kini semuanya hanya dalam bayangan.

Sambungan Eksiden 1997


Selepas eksiden malam tu, aku di tempatkan di wad kecemasan Hospital Kajang. Sambil menunggu doktor sampai baru terasa balik perut yang lapar tadi. Tuhan aja yang tahu betapa laparnya aku. Nak makan tak boleh sebab mungkin nak kena operate malam tu.

Sambil menahan lapar aku nampak mat rempit tu diusung masuk. Dia dalam keadaan tak sedarkan diri. Aku dapat tahu kedua-dua kaki dan satu tangannya patah. Kalau aku boleh bangun mahu aku smack down sekali bior patah semuanya. Sambil tu nampak juga ramai geng-geng dia datang. Sakit betul hati aku sambil menahan lapar.

Kemudian geng-geng aku ada juga datang. Mad mie(sekarang pengurus bank Islam) dan Brother Kelantan aku tak ingat nama dia (Sekarang pegawai kanan TNB di Kelantan). Masa ni aku terbayang Emak, Ayah dan Bini kat kampung yang sarat mengandung. Apa yang menakutkan aku adakah kaki aku akan di potong. Ya Allah Tolong lah aku (baru ingat tuhan)

Malam tu juga aku dapat tahu aku terpaksa dipindahkan ke Hospital Klang kerana di Kajang tiada pakar. Masa aku nak diangkat ke Ambulance tuhan aja yang tahu betapa sakitnya kaki yang patah tu. Sampai kat Klang perut aku bertambah lapar. Nak minta air pun tak de sapa nak aku suruh sebab kat Klang ni pesakit punya la ramai.

Aku pun tak dapat katil. Cuma diletakkan di atas stretcher sahaja. Akhirnya aku tetidur dan sedar pada pagi esoknya. Doktor yang merawat aku cakap aku akan di operate pagi tu tengah tunggu bilik bedah kosong. Lapar, takut,sayu,sedih, marah bercampur baur. Apa tah lagi aku menghadapi saat-saat macam ni seorang diri tanpa ada orang tersayang di sisi.

Kira-kira pukul 10.00 pagi doktor tu kata bilik bedah masih tak de kosong. Pembedahan terpaksa dilakukan dalam wad je. Kesemua kelengkapan pembedahan telah disediakan. Doktor suruh aku bilang 1-10 dari belakang sambil sedut gas. 10,9,8,7,6, aku dah tak sedor.

Bila sedor aku kat wad sambil kaki aku tergantung dan satu batang besi kat tulang berhampiran lutut terpacak. Pada besi tu digantungkan pemberat. Aku tak boleh bergerak.Lepas tu aku nampak Emak, Ayah dan Bini aku. Aku tak tahan terus mengalirkan air mata. Lepas tu barulah aku dapat makan.

Keluarga aku cuba mintak transfer ke ipoh. Pihak hospital benarkan tapi atas risiko sendiri. Keesokannya kaki aku disimen sebagai persediaan nak ke Ipoh. Peristiwa ini memperlihatkan betapa besarnya pengorbanan seorang ibu dan ayah serta isteri yang akan ku kenang sepanjang hayat. Betapa susahnya mereka menguruskan aku . Ya Allah kau berikanlah belas kasihan dan ihsan mu kepada arwah ibuku yang telah banyak berkorban untuk diriku. Al-fatihah........... (Bersambung lagi esok)

Khamis, 7 Mei 2009

Eksiden 1997


Tahun 1997 merupakan sejarah hitam dalam hidup aku. Banyak masalah datang bertimpa-timpa. Tahun ini jugalah aku terlibat dalam kemalangan yang berjaya mematahkan kaki kiri aku. Bermula detik itu cara hidup aku berubah untuk selama-lamanya.

Pada hari kemalangan itu aku diamanahkan oleh rakan aku untuk jaga kedai komputer kami di UKM Bangi. Dia ada kursus selama seminggu.Pada malam kejadian aku ada sedikit kerja yang nak diselesaikan malam tu. Agak khusyuk aku menaip tak sedar dah hampir 1.30 pagi. Perut terasa lapar.

Apa lagi aku dah terbayang kedai Pak cik Kusuma Bandar Baru Bangi (Kini tempat makan tu dah tak de orang macam zaman kegemilnganya dahulu penuh ngan student). Aku dah terbayang sup ekor, nasi putih dan Fresh Oren. Sedapnye.......

Setelah menutup dan mengunci kedai aku pun mendapatkan motor kesayangan aku dan bergerak ke Bandar Baru Bangi dengan keadaan yang sangat lapar. Tiba di persimpangan menghala ke petronas Bandar Baru Bangi aku bagi signal dan berhenti untuk membelok ke kanan. Lampu jalan semua tak de malam tu. Suasana agak gelap. Selepas memastikan selamat untuk membelok aku pun membelok ke kanan.

Semasa sedang membelok itu tiba-tiba aku melambung di hentam oleh sebuah motor yang entah bila sampainya. Kemudian aku terhentak ke atas jalan. Aku cuba bangun tak boleh. Rasa jalan tu senget. Try lagi tak boleh. Rupa-rupanya kaki aku patah. Ramailah orang yang datang membantu. Terima kasih kepada yang membantu malam tu aku pun tak kenal siapa yang membantu aku.

Semasa aku di bawa masuk ke sebuah kereta (Kalau tak silap aku yang bawak aku ke Hospital Kajang ni Lawyer) rupa-rupanya yang langgar aku tu Mat Rempit. Oleh kerana lampu jalan tak de aku tak perasan motor tersebut. Mat Rempit ti pulak tak pasang lampu memang le tak nampak.

Tu sebab aku cukup marah dan pantang tengok Mat Rempit ni. Mau aku tonyoh-tonyoh muka mat rempit tu kat jalanraya. Bersambung esok....... Motor kat atas tu lah motor eksiden aku

Nice Looking Good Personalities





Masa remaja aku sangat suka tengok personaliti TV3 ni. Kepetahan bercakap, gaya bercakap yang unik dan pengetahuannya yang luas terhadap satu-satu isu menggamit aku menjadi salah seorang peminat setianya. Apatah lagi dia memiliki paras rupa yang nice looking good.

Buku sastera aku Antologi Suatu subuh yang bening penuh dengan gambar-gambarnya, Dari belakang samapai ke depan. Personaliti tersebut ialah Wan Zaleha Radzi. Kalau tak silap aku dia ni wan perak bukan wan kelantan. Raja Nazrin pun pernah jatuh hati ngan dia ni. Akhirnya dia kahwin ngan Mat Saleh.

Salah satu kegemarannya menunggang kuda. Bila aku melepasi zaman remaja sekolah ke zaman remaja dewasa aku suka tengok personaliti yang sorang ni. Mula-mula aku terpesona tengok dia dalam cerita prebet lapok arahan Badol. Kemudian banyaklah cerita-cerita lain lakonannya. Kemudian dia berkahwin ngan Dato` Zainal. Orang kampung aku di Padang Rengas, Kuala kangsar. Sekarang top pula dengan isu perceraiannya. Personaliti tersebut ialah Lidyawati.

Bila aku masuk alam pekerjaan dan terus meningkat dewasa aku minat tengok personaliti ni. Rita Rudaini yang kahwin ngan pemain bola tu. Dulu le sekarang ni dah tak berapa minat benda-benda macam tu. Sekarang adalah zaman untuk mencari tujuan dan maksud hidup. Apa pun aku ikuti juga sikit-sikit perkembangan dunia yang penuh glamour ni terutamanya dunia muzik yang susah aku nak tinggalkan.

Rabu, 6 Mei 2009

Mengapa di kenang, Mengapa di Fikir-Herman Tino


Apa perasaan anda bila nak meninggalkan zaman sekolah rendah? .Masa darjah enam aku tak pernah terfikir tentang perasaan itu. Masa tu peperiksaan penilaian waktu darjah lima. Darjah enam macam honey moon la. Saja-saja seronok pergi sekolah. Kadang-kadang timbul penyesalan mengapa aku tak da perasaan tu.

Memang tidak terfikir dibenakku betapa sedihnya meninggalkan zaman sekolah rendah. Bagaimana sedihnya berpisah ngan kawan-kawan baik dan yang mungkin paling tidak boleh dilupakan ialah kita takkan dapat rasa lagi suasana sekolah rendah buat selama-lamanya.

Pada peringkat awal memang tak terasa. Namun perasaan sayu nak meninggalkan sekolah rendah ni datang semasa aku menyertai rombongan sekolah ke Melaka. Aku ingat lagi yang menganjurkan rombongan ni Cikgu Jaffar bin Kamarudin dan Cikgu Rabitah (bukan orang lain ngan aku sedara jugak).

Masa nak balik dari Melaka tu kami singgah makan kat satu kedai aku dah lupa kat mana. Kalau tak silap aku pukul 11.00 malam. Kat TV1 ada lagu Herman Tino Mengapa lah di kenang Mengapa lah difikir. Masa tu baru aku terfikir yang aku ni akan meinggalkan sekolah rendah, dan akan berpisah ngan kawan dan takkan merasa suasana sekolah rendah buat selama-lamaya.

Perasaan aku sayu sangat sampai rasa nak menangis pun ada. Yang aku heran mengapa sebelum ini aku tak pernah ada perasaan itu. Tiba-tiba bila dengo lagu Herman Tino perasaan bertukar sayu yang amat sangat. Sampai di rumah aku masih merasa sayu dan sedih. Sampai hari ni aku bawak perasaan tu dalam lipatan sejarah hidup aku.

Sampai sekarang juga peristiwa tu masih melekat dalam ingatan aku dan takkan aku lupakan sampai bila-bila. Masa tengah menaip ni pun kesayuan itu datang balik sebab aku rasa aku belum puas dan ada benda yang belum dapat aku lakukan dan terlepas untuk lakukan dalam zaman itu.

Kalau ada lah mesin merentas masa ingin rasanya aku balik ke zaman itu dan akan aku nikmati dan hayati sepuas-puasnya zaman itu. Aku nak buat apa-apa perkara yang aku tak dapat buat waktu itu. Aku nak tengok balik Cikgu Abas dan Cikgu Jaafar zaman muda. Aku nak tengok side burns panjang dan seluo beggy Cikgu Abass. Nak rasa balik kegarangan Cikgu Jaafar.Dan nak rasa juga keenakan cucur bawang nagn kuah kacang kat kantin serta menunggu makanan RMT yang lebih. Wow bestnya.

Aku nak main bola ngan kawan-kawan di padang sekolah waktu PJ dan waktu petang. Aku nak rasa suasana kelas tambahan waktu malam ngan cikgu Abas. Dan aku juga nak menyertai sekali rombongan ke Melaka anjuran Cikgu Jaafar.

Mungkin itu semua fantasi dan angan yang bermain dalam fikiran. Apa-apa pun lagu Herman Tino tu lah yang mencetuskan semua nostalgia ini.

Terima kasih Cikgu


Terima Kasih Cikgu
Kerana mengajar kami
Terima kasih Cikgu
Kerana membimbing kami

Cikgu,
Kami tahu, kami lemah
Kami tahu, kami tidak cekap membaca dan menulis
Ada di kalangan kami langsung tidak tahu membaca
Kami tahu, kami bukan pelajar harapan
Kami tahu, kami bukan pelajar kesayangan
Jangan lah anggap kami menyusahkan
Kami mengharapkan setitis kasih sayang untuk membina segunung harapan

Cikgu,
bimbing lah kami,
Kami sedia diajar dan belajar,
Namun jangan kami dihina hanya kerana kekurangan kami,
Kami juga mahu menjadi seperti pelajar lain disayangi kerana kejayaan
Kami juga menaruh harapan menjadi orang yang berguna

Terima kasih Cikgu
Atas segalanya

Terima Kasih Cikgu

(Nukilan rasa pelajar-pelajar lemah)

Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...