Nuffnang

Pengikut

Khamis, 26 Mac 2009

Rabu, 25 Mac 2009

Honda Civic dan Honda Accord Baru





Gambar ni aku ambik masa pergi the Curve. Kebetulan ada pameran Honda. Apa lagi aku pun snap snap le.

Selasa, 24 Mac 2009

Synergie Farm dan Pisang Cavendish


2 tahun lepas aku pernah menghadiri taklimat PNS tentang sistem Franchise. Serba sedikit aku mula faham tentang sistem Franchise ini. Antara syarikat Farnchise yang memberi taklimat ialah Synergie Farm yang mengusahakan pisang Cavendish.

Pengarah urusan Dr. Zainuddin sendiri memberikan taklimat tentang penanaman pisang tersebut. Selain menanam pisang Dr. Zainuddin merupakan pakar bedah jantung. Katanya kepakarannya dalam membedah jantung tak boleh dikongsikan dan tidak boleh menjadi sumber pendapatan kepada orang lain. Tetapi kepakarannya dalam penanaman pisang boleh dikongsi dan memberi pendapatan lumayan kepada yang mengusahakannya.

Melalui sistem ini kita hanya bertindak sebagai sebagai mandur. Semua sistem daripada penanaman, penuaian, orang yang nak bekerja, coldroom dan pemasaran segala-galanya disediakan oleh Synergie Farm. Cuma kita kena sediakan tanah berkeluasan 25 ekar seorang dan digabungkan beberapa orang untuk jumlah 250 ekar. Syarat tu yang berat sikit. Sampai sekarang aku tak dapat cari. Tanah kelompok pun boleh kita sewa kalau ada.

Pinjaman dia akan bagi melalui PNS. Selepas 12 bulan penanaman kita akan memperolehi antara RM 15,000 hingga RM 20,000 sebulan. Kome bayangkan. Selepas 5 tahun kita akan bergelar jutawan. Kalau ada sesiapa yang berminat dan ada tanah sendiri atau untuk disewa contact aku. trashlobit@gmail.com.


Psang ni memang mendapat permintaan yang tinggi di pasaran antarabangsa. Di Eropah sebiji pisang ni berharga 1 Euro = RM 6.00. Wow lumayan kan....... Jom jadi usahawan tani. Pertanian adalah perniagaan. Esok aku akan ceritakan bagaimana penanaman serai yang boleh juga menjana pendapatan yang lumayan.

KG. JAMBAI, TAPAH, PERAK.







Aku cukup suka menulis tentang Kampung asalku. Aku rindukan suasana dulu yang amat tenang dan mendamaikan. Setiap kali musim buah Kampung Jambai meriah terutamanya musim durian. Siang, malam,pagi dan petang hidup dengan pelbagai aktiviti yang berkaitan buah durian. Pada waktu malam arwah datuk aku dan bapa saudara aku akan tidur di `Jambor` yang dibina di kawasan dusun.

Sesekali aku akan ikut arwah datuk. Pada waktu petang dengan menaiki sampan kami akan memudiki sungai Batang padang sehingga sampai ke dusun. Mana-mana buah durian yang gugur kami akan kutip dan biasanya disimpan dipangkal pokok dan ditutup dengan daun-daun. Suasana malam memang sunyi hanya kedengaran bunyi cengkerik dan haiwan hutan yang lain serta buah durian yang gugur. Kadang-kadang pencuri buah durian pun masuk juga ke dusun

Arwah datuk aku akan sediakan lastik. Siaplah sapa yang masuk. Pada awal pagi kami dah bangun untuk mengutip buah durian. Biasanya waktu pagi banyak buah durian yang gugur. Setelah dicampur dengan durian semalam, kesemua buah tersebut diangkut masuk ke dalam sampan.

Sampan akan dipenuhi buah durian. Maka kami pun menghilir sungai. Tugas ni agak mudah kerana mengikut arus. Tetapi sampan ni biasa juga terbalik. Kalau terbalik orang-orang dihilir sungai seronok le dapat durian hanyut Free.

Sesampai dirumah arwah datuk aku (terletak di tepi sungai Batang Padang). Durian diangkut. Dikelaskan dan dicuci menggunakan penyapu lidi yang dikerat pendek. Ada gred A, B dan Cai (buah yang rosak sikit ataupun bersaiz kecil)

Selepas tu peraih akan datang membeli durian. Biasanya purata harga buah durian sepagi ialah RM600 ke RM 1,000. Memang lumayan. Kemudian rutin yang sama diulang setiap hari sampailah habis musim buah. Buah manggis juga menjadi sumber rezeki kerana musimnya sama dengan musim durian.

Setelah habis musim buah durian penduduk kampung akan kembali membuat kerja-kerja kampung sehingga tiba pula musim buah yang seterusnya.

Untuk mengangkut buah durian datuk aku akan menganyam bakul daripada rotan yang disebut `galas`. Memandangkan dia sorang je dalam kampung yang tahu buat galas maka ramai juga orang yang menempah padanya. Sampan pun dia buat sendiri. Pendek kata banyak peralatan yang berkaitan buah durian hasil ilham dan inovatif kreatif datuk aku. Ini lah keistimewaan Arwah datuk aku Nordin bin Rahim semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya.

Dia selalu pesan kat aku dah besar nanti jadi DO senang dia mintak tanah. Aku merupakan cucu yang paling rapat ngan dia. Banyak juga kisah-kisah lama dan bersejarah yang diceritakan. Aku akan tulis pada masa akan datang.

Berikut aku lampirkan beberapa pemandangan berhampiran rumah peninggalan arwah Datuk aku. Bacakan lah Alfatihah untuknya. Al-Fatihah...... Bila melihat Sungai Batang pelbagai nostalgia bermain di fikiran. Mungkinkah suasana itu berulang lagi. Aku amat rindukan suasana itu..........

Bah Roy



Awal tahun macam biasa kelas intervensi aku ramai dapat anak murid baru. Mula-mula kita memang susah nak menilai tahap kebolehan pelajar. Boleh baca ke tak boleh ke. Kalau boleh baca tahap yang mana boleh satu suku kata atau boleh dua suku kata atau pun memang boleh baca. Kalau tengok muka semua macam cerdik je. Bila dah buat ujian membaca dan menulis baru kita tahu dimana tahap kebolehan pelajar tersebut.

Sepanjang aku mengajar kelas intervensi memang biasa jumpa budak yang langsung tak kenal ABC. Terutamanya pelajar asli. Namun mereka masih boleh faham setiap arahan yang diberi dan paling koman pun boleh menyalin. Tetapi tahun ni ada sorang budak asli yang agak unik daripada yang lain. Dia cacat sikit. Jalan nya ringkat

Bila aku bagi arahan untuk buat kerja dia buat dek je. Bagi pensil dia buat dek je. Tanya dia nama buat tak tau je tak de respons. Muka selamba je. Mula-mula panas hati juga. Bila aku risik daripada kawan-kawan dia rupa-rupanya apa benda pun dia tak tau. Membaca dah tentu tak tau. Menulis langsung tak tau. Yang aku paling sedih pegang pensil pun tak tau. Nak sebut nama sendiri dan tulis nama sendiri pun tak tau. Kalau tengok nama macam orang putih mesti terror ni.

Aku bagi arahan dalam Bahasa Melayu langsung tak tau. Kadang-kadang kawan dia cakap dalam bahasa asli pun dia tak berapa tahu. Memang parah. Tetapi rajin datang sekolah. Apa yang aku boleh buat guna bahasa isyarat la. Aku selalu angkat tangan dan cakap hai ngan dia. Dia pun angkat tangan dan cakap hai. Kome ingat tak watak aziz samsuddin menyamar jadi reporter dekat pintu gua yang selalu hai dengan P Ramlee dalam cerita Ali Baba Bujang Lapok. Macam tu la.

Apa yang aku boleh buat ajar dia pegang pensil dan melukis bentuk-bentuk bulat,empat segi dan bentuk yang dia suka. Bagi biasa tulis. Itupun macam-macam bentuk yang keluar. Bila dapat buat sesuatu bentuk sukanya dia. Ada sekali tu aku bergurau ngan dia. Tengah sedap dia melukis bentuk kat meja aku, aku tunjuk penumbuk kat dia. Kome tau apa dia buat. Dia letak pensil terus duduk kat tempat dia lepas tu langsung tak mau buat apa.

Kalau hari ini kita berkeras atau marah dengan pelajar asli ni, keesokannya ramai le tak datang sekolah. Aku pun belajo juga sikit-sikit cakap asli untuk memudahkan aku. Malau Hai et (nak pergi mana) Walah (tak payah) dan Toi Ikui (perut besar)

Isnin, 23 Mac 2009

Ramai guru sakit jiwa


Tadi aku terbaca satu artikel tentang ramai guru yang sakit jiwa dan dirujuk kepada pakar psikiatrik. Mungkin ramai yang tak percaya fenomena ini sebenarnya serius dan mengancam nyawa guru itu sendiri. Kebanyakan member aku yang menjadi guru disiplin rata-rata kena darah tinggi dan kadar tension yang sangat tinggi sehingga membawa kecelaruan jiwa.

Yang paling parah ada seorang member ni semasa menjadi guru disiplin telah mengidap pelbagai jenis penyakit darah tinggi, kencing manis dan sakit buah pinggang. Tak tahan presure pengetua dia mintak tukar ke Taiping. Di Taiping dia hanya menjadi guru biasa. Apa yang menghairankan semua sakitnya hilang dan hidup kembali ceria.

Aku nak cerita pengalaman aku. Mungkin ramai tak tau. memang aku tak pernah cerita ngan orang. Pada tahun lepas pengetua baru sekolah arahkan aku buat satu tugasan yang aku paling aku tak suka nak buat. Aku dah cakap aku tak boleh, dia suruh juga. Akhirnya balik ke rumah aku menjadi tersangat tension dan jiwa yang bercelaru.

Esoknya aku tak ke sekolah kepala rasa berat. Aku pun ke klinik. Doktor cakap darah aku naik. sedangkan aku tak pernah ada sakit darah tinggi. Tekanan darah 140/120. MC dua hari. Masih tak lega aku chechk lagi dua hari berikutnya naik lagi 160/120. Masih tak lega aku check lagi naik 180/120. Kepala aku dah tak boleh tahan badan dah goyang.

Kemudian kome tahu apa aku nampak. Kalau aku ke sekolah pengetua tu naya kena ngan aku. Aku ada rasa nak bunuh dia. Aku dah boleh bayang macam mana aku nak bunuh dia. Aku akan bawah pisau dalam poket aku dan....... tak sanggup ku nak cerita. Itu bayangan yang aku nampak selama beberapa hari tu. Tak de rasa takut apa. Hanya pentingkan satu matlamat.


Aku pergi ke poliklinik slim aku ceritakan masalah ni pada doktor. Doktor tu rujukkan aku kepada pakar psikiatrik. Belum sempat jumpa pakar psikiatrik pengetua tu telefon orang rumah aku dan katanya aku tak payah buat kerja tu. Esoknya kepala aku ringan. Bila check kat Dr. Yusuf Bidor tekanan darah normal 120/80.

Satu nasihat aku kepada pentadbir sekolah berhati-hati dalam pengagihan kerja. Mungkin ajal anda berakhir dengan suatu arahan bodoh yang tak sepatutnya. Itu sebab aku susah nak marah anak murid aku. Kalau marah pun yang paling ringan sekali. Mana tau pelajar tu berdendam. Akhirnya dia buat tindakan nekad. Fikir-fikirkan lah cikgu yang marah dan kutuk pelajar tak tentu hala.

Nyawa hanya ada satu.........

Ahad, 22 Mac 2009

Selamat pengantin baru 2 : Kg. Jambai Tapah, Perak













Hari sabtu lepas berlangsung lagi majlis perkahwinan di Kampung Jambai Tapah. Perak. Kali ini walimatul urus bapa saudara aku Sulaiman Nordin yang juga merupakan ketua kampong Jambai dan Rebai. Dah tentu lah ramai orang dan meriah kerana bapa saudara aku ni oarang yang berpengaruh jugak.

Majlis diadakan secara gotong-royong oleh semua penduduk kampung. Preparation bermula dari hari jumaat sehingga lah keesokannya. Yang menariknya setiap kali kenduri bapa saudara aku ini pasti menyedikan ulam-ulam kampung yang segar. Dicicah dengan sambal belacan. Perghhhhhhhhh. Naler ke.

Dari pukul 11.00 pagi sehingga pukul 2 petang orang tak renti-renti sehinggakan ada lauk yang dah habih stok. Namun kecekapan penanggah dan semua yang terlibat segalanya berjalan lancar. Wakil rakyat pun ada menjengukkan muka. Walaupun penat tetapi semua yang terlibat tersenyum puas. Arios Amigos.....

Jalan-jalan cari makan tanjong malim 2. Perok








DUSUN BAY

Kalau singgah ke Tanjong Malim tak sah rasanya kalau tak singgah kat dusun bay ni. Walau pun restoran masih baru tetapi jumlah pengunjung yang datang tak pernah kurang. Kalau dikira dari segi kedudukannya Dusun Bay terletak dalam negeri selangor.

Pelbagai juadah istimewa di sediakan. Seafood merupakan juadah utama. Juga terdapat stall-stall kecil lain yang menyedikan aneka mee, roti canai, kerang rebus dan yang paling istimewa disini ialah Western foodnya. Mengapa saya katakan istimewa kerana Western Food ini disediakan oleh chef Samsudin yang berpengalaman luas dalam masakan western ni.

Beberapa kali memenagi pertandingan memasak western food dan berpengalaman bekerja di hotel dan kedai-kedai steak ternama di kl. Sambil menikmati juadah anda boleh berkaraoke kerana ada disediakan ruang untuk berkaraoke.

Untuk kemudahan solat juga disediakan surau kecil disini. Tatacara susunan kedainya amat menarik dan sangat privacy. Makanannya memang lazat kerana seafood juga disediakan oleh seorang bekas chef yang juga pemilik kepada tempat ini

Kalau nak datang kesini mudah. Dari KL atau Ipoh anda perlu keluar tol tg malim. Sehingga jumpa trafic ligth pertama belok ke kiri. Kemudian anda akan jumpa traffic light kedua. Terus lagi dalam 100 meter sambil tu perhatikan sebelah kiri kerana terdapat signboard Dusun Bay.. Dusun Bay terletak disebelah kiri. Operasi perniagaan bermula pada waktu petang sehingga tengah malam. Selamat Datang ke Dusun Bay.......

Jumaat, 20 Mac 2009

Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...