Nuffnang

Pengikut

Ahad, 11 April 2010

Sebatang kara


Apa rasanya hidup sebatang kara dalam dunia ini ? . Mungkin sunyi, mungkin juga rasa kosong atau........Hanya mereka yang mengalaminya sahaja yang dapat menerangkan perasaan tersebut. Aku yang kehilangan ibu tersayang pun terasa kehilangan yang amat sangat. Hidup terasa kosong umpama buih-buih halus yang hanyut dilaut lepas tanpa sebarang arah. Adakalanya terasa seperti puing-puing halus yang berterbangan ditiup angin.


Inilah yang berlaku kepada bekas seorang anak murid orang rumah aku. Kerap kali aku mendengar kisah sedihnya daripada orang rumah aku. Kisahnya berkisar tentang seorang pelajar sekolah menengah yang juga merangkap jiran sekampung aku. Ayahnya memang telah lama meninggal dunia.


Hidupnya hanya bergantung sepenuhnya kepada seorang ibu yang amat disayangi. Kadang-kadang semasa cuti sekolah dia bekerja bagi menampung kehidupan dia, emak dan seorang adik perempuan. Itulah satu-satunya adik yang dimilikinya didunia ini. Saban hari kehidupan mereka dihimpit kesusahan disebabkan adik permpuannya yang mengidap pelbagai penyakit seperti sakit jantung, kencing manis , darah tinggi dan buah pinggang. Pada ketika itu adiknya baru berada di tingkatan dua.


Namun segalanya ditempuhi dengan tabah. Tiba-tiba kehidupannya terus dirundung malang apabila adik yang disayangi kembali ke rahmatullah menyusuli pemergian bapanya yang pergi lebih awal mengadap Rabbuljalil. Maka dunia dirasakan gelap kerana kini hanya tinggal dia dan ibunya meneruskan kehidupan seharian. Tiada lagi hilai tawa, gelak dan senda gurau daripada satu-satunya adik yang menceriakan sepanjang hidupnya di dunia ini.


Genap sebulan dia menerima tamparan yang lebih hebat apabila ibu yang amat disayanginya pula menyambut seruan ilahi. Aku tidak dapat membayangkan seorang pelajar tingkatan empat dapat menghadapi keadaan ini. Kali ini suasananya bukan lagi gelap tetapi sudah menjadi gelap gelemat mungkin seperti cahaya yang disedut masuk ke dalam lohong hitam.


Anda cuba bayangkan bagaimana dia menghadapi hari-hari yang berlalu tanpa tiga orang tersayang yang menjadi pasak dan tiang seri hidupnya. Aku sendiri tidak dapat membayangkan betapa sukarnya dia menghadapi kenyataan ini. Aku yang kehilangan seorang orang yang tersayang iaitu arwah ibu mengambil masa yang lama untuk pulih.Bayangkanlah dia hanya seorang insan kerdil seorang pelajar tingkatan empat.


Betapa hebat dan besar cabarannya diuji oleh ALLAH. Bukan calang-calang orang yang mampu diuji dengan ujian yang maha hebat ini. Rasanya aku sendiri tidak mampu menghadapi ujian seberat itu. Apa yang aku boleh nasihatkan kepadanya bukan semua orang mampu menggalas ujian tersebut. Hanya insan pilihanNya atau pun insan yang hebat yang mampu menghadapinya dengan tabah.



3 ulasan:

  1. Semoga dia tabah mengharungi hidup..

    BalasPadam
  2. saya juga sebatang kara. tolong beritahu saya dimana saya dapat jumpa adik ni.? Banyak yang saya nak kongsi dengan dia..... mungkin kami boleh saling menguatkan antara satu sama lain... email saya zuurah_maz@yahoo.com

    BalasPadam

Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...