Nuffnang

Pengikut

Khamis, 8 April 2010

Bisnes Seminar


Sudah lama aku tak bersilat di gelanggang seminar. Sekitar tahun 1993-1996 aku begitu aktif menganjurkan pelbagai seminar pendidikan. Alhamdulillah rezeki mencurah-curah masuk. Di mana sahaja aku menganjurkan seminar kehadiran cukup memuaskan. Memang berbaloi dengan hasil kerja yang aku lakukan.

Johor Bharu, Muar, Negeri Sembilan , Kuala Lumpur dan Ipoh merupakan lokasi yang kerap diadakan seminar. Entah macam mana sedang berfikir-fikir nak buat bisnes apa akhirnya terlintas dalam kepala bagaimana sekiranya aku anjurkan seminar yang berbunyi SEMINAR TEKNIK-TEKNIK MENJAWAB SOALAN SECARA BERKESAN PMR,SPM DAN STPM.

Masa tu aku main redah je. Kerja memang aku lakukan secara one man show. Pernah juga ke udara di radio3 negeri sembilan, radio3 ipoh dan iklan-iklan aku menghiasi dada-dada akhbar Utusan, The Star,NST dan dimasukkan ke dalam slot MHI Tv3.
Selain Seminar teknik-teknik menjawab soalan secara berkesan aku juga pernah menganjurkan seminar bersifat motivasi dan transformasi pelajar yang juga tidak kurang hebat sambutannya. Antara penceramah hebat yang pernah bekerja di bawah aku ialah Kak Ruby yang sekarang merupakan motivator remaja yang hebat Rubiah K. Hamzah. Encik Ahmad Ali Seman pensyarah sejarah dan pakar sejarah Jepun. DR. Aziz Jemain ketua jabatan matematik UKM dan Dr. Sahar Yahya pengarah pusat matrikulasi Universiti Malaya dan ramai lagi yang aku lupa namanya.

Namun segala-galanya berakhir apabila aku terlibat dalam kemalangan jalanraya yang menyebabkan kaki aku patah dan tidak bekerja selama setahun. Bisnes Seminar aku juga terpaksa dihentikan. Aku seolah-olah hilang semangat untuk berniaga tambahan pula pelbagai jenis seminar pendidikan tumbuh seperti cendawan lepas hujan.

Sekolah-sekolah di seluruh Malaysia juga telah mula menganjurkan Seminar Teknik-teknik menjawab soalan. Akhirnya sehingga kini aku tidak lagi menganjurkan sebarang seminar walaupun hasrat tersebut ada. Insyaallah pada tahun ini aku akan mula merangka untuk menganjurkan kembali seminar pendidikan yang unik dan lain daripada yang lain. Semoga usaha aku untuk kembali menjadi peneraju seminar akan berjaya.

2 ulasan:

  1. Salam anjang.

    Dah lama saya tak datang ke sini.

    Hebat anjang ni rupanya. Semoga hasrat murni anjang tu dipermudahkanNya. Selamat berjaya!

    BalasPadam
  2. Terima kasih tuan,

    laman ni bersawang sikit baru nak cuci

    komputer baru ok. insyallah

    BalasPadam

Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...