Nuffnang

Pengikut

Rabu, 21 April 2010

Minum air kepala


Apa sahaja yang cikgu pakai akan menjadi perhatian anak murid. Begitu jugalah penampilan cikgu akan sentiasa menarik perhatian mereka. Tidak terlepas diri aku yang tidak berapa fotogenik ini juga mampu menarik perhatian pelajar-pelajar tidak kira pelajar lelaki atau pelajar perempuan.


Seperti biasa setiap pujian aku akan membalasnya dengan perkataan "Terima kasih". Kalau ada sepuluh pujian maka sepuluh "Terima kasihlah" yang aku ucapkan. Sebenarnya inilah rahsia dan petua orang berjaya dan terkenal dunia apabila menerima pujian. Petua ini diturunkan oleh penulis buku terkenal Azizi Ali semasa aku menghadiri kursusnya bulan lepas.


Bilangan guru dan murid yang tidak ramai di sekolah aku mungkin menjadi punca mengapa setiap perubahan yang berlaku pada cikgu mendapat perhatian. Namun ada satu perkara lucu dan mencuit hati yang berlaku pada hari ini apabila aku masuk ke kelas peralihan.


"Cigu, cigu potong ......... ke?" Sebenarnya aku tidak berapa dengar perkataan hujung yang dikatakan oleh pelajar tersebut. Aku bertanya semula kepada pelajar tersebut "Kamu cakap apa tadi?" Pelajar tersebut bertanya sekali lagi dengan nada penuh confiden "Cigu, cigu potong rumput ke?". Alamak bila pulak aku jadi tukang kebun. Kawan-kawannya yang lain sudah mula tersenyum kambing dan ada yang mula ketawa.


Sekali lagi dengan nada tidak puas hati apabila melihat aku tersenyum. "Cigu, cigu potong rumput ke?". Dalam hati aku berkata-kata sama ada ingin menjawab atau tidak. Tiba-tiba ada seorang pelajar kelas tersebut bersuara. "Lu apa cakap seelan, Potong rambut la. hayooo itu pun tak tau ka". Seharian aku tersenyum mengenangkan kes potong rumput. Pelajar ini jugalah yang selalu tersalah ayat minum air kelapa menjadi minum air kepala. Meriahkan jadi guru ni penuh dengan memori indah......

7 ulasan:

  1. ya..... cigu minum air kepala lepas potong rumput


    .
    .

    hihihi... :D

    BalasPadam
  2. haha...bestnya kerjaya sbgai guru.melucukan~

    BalasPadam
  3. enjoy to teach you will get positif thing in classrom

    BalasPadam
  4. Kita kena seronok dalam melakukan apa saja kerja. Baru boleh tahan lama dan enjoy.

    Anjang enjoy jadi guru kan?

    BalasPadam
  5. mula dulu memang tak berapa enjoy, apabila dah jumpa kuncinya hari-hari rasa nak masuk kelas dan masa di dalam kelas terasa terlampau singkat berlalu

    BalasPadam
  6. em... teman tengah nak tanamkan perasan tu balik...
    terasa makin lama makin pudar...
    sedangkan amanah semakin hari semakin menambah..
    haih....
    tengah mencari konci macam yop cakap!!

    BalasPadam

Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...