Nuffnang

Pengikut

Isnin, 19 April 2010

Helikopter


Kalau semalam aku bercerita tentang berus gigi ajaib tetapi hari ini aku nak cerita tentang kisah yang amat mengejutkan minda dan pemikiran ku seketika. Hari ni merupakan hari untuk menghantar anak pulang ke asrama di Ipoh.


Memandangkan pada hari ahad malam aku tiba di rumah pada pukul 12.00 malam setelah menghadiri seminar di negeri jelapang padi maka sudah pasti badan ini terasa letih, lesu dan tidak bermaya. Mata memang terasa amat berat seperti digantung batu. Pantang letak kepala memang terus lelap.


Memandangkan anak aku mesti berada di sekolahnya sekitar pukul 6.00 petang maka aku mengambil keputusan untuk bertolak selepas zohor. Sementara menunggu waktu zohor aku terlelap sekali lagi di atas katil. Sekitar pukul 2.45 anak aku yang nombor dua mengejutkan aku "Ayah bangun nak hantar kakak". Kalau tak kerana hendak menghantar anak necaya aku lelap semula.


Setelah mandi aku bersiap untuk menghantar anak aku. Setelah semuanya masuk ke dalam kereta aku pun perlahan-lahan keluar dari kawasan rumah. Untuk keluar dari kawasan rumah ke bandar berhampiran aku terpaksa melalui satu kawasan berbukit. Tiba-tiba sesuatu yang tidak disangka berlaku.


Tiba-tiba kereta aku berbunyi seperti helikopter. Aku dah mula gabra apa hal pulak kereta aku berbunyi helikopter. Ataupun mungkin hanya perasaan aku disebabakan badan yang sangat penat sehingga otak aku berada diluar kawalan dan imaginasi ku sampai tahap laluk sehingga bunyi kereta ku sangkakan bunyi helikopter.


Aku bertanya kepada anak-anak dan orang rumah "kome dengor tak bunyi helikopter". Jawab mereka "dengor". Aku mula gabra takut kereta aku meragam. Bunyi helicopter semakin kuat. "Ah sudah" kata hati ku. hampir 45 saat bunyi helikopter tersebut. Aku memperlahankan kereta namun bunyi helikopter masih ada.


Aku tak puas hati. Aku menyuruh anak aku mendongak keluar dan melihat ke atas. Rupanya memang benar helikopter terbang rendah dan mengikut jalan yang aku lalui daripada udara. Fuhhhhhhhh lega aku ingatkan kereta aku yang mengeluarkan bunyi helikopter. Lepas tu rasa nak ketawa pun ada memandangkan bagaimana pulak kereta boleh berbunyi seperti helikopter.


Satu pengalaman yang amat mencuakkan dan merenjatkan semua sistem badan aku pada hari ini. Nasib baik tak pengsan. Alahai helikopter.

3 ulasan:

  1. sungguh nasib baik tak pengsan kanns, ;-)

    salamm,

    BalasPadam
  2. yang saya risaukan tiba-tiba pulak kereta saya boleh terbang.

    BalasPadam
  3. hehe.....
    kalau teman pon mau pensan gak....
    hehe...
    kekadang bebenda berlaku diluor pemikiran kita!!

    BalasPadam

Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...