Nuffnang

Pengikut

Ahad, 18 April 2010

Berus gigi ajaib


Setiap kali menghadiri seminar aku akan memastikan semua kelengkapan disiapkan sedari awal. Buku dan pen adalah alatan wajib. Selalunya aku akan menyediakan pen spare takut-takut kehabisan dakwat. Aku sangat risau sekiranya dakwat pen habis semasa aku sedang menyalin point-point penting.


Hari ini aku agak kalut pada awal pagi memandangkan sesi seminar semalam agak habis lewat pagi sekitar pukul 1.00 pagi. Maka sudah pastilah mata terasa amat berat dan badan terasa penat yang amat sangat. Penggunaan minda yang banyak menyebabkan badan menjadi lesu dan seumpama bateri kehabisan tenaga.


Selepas habis seminar sesi malam aku keluar pulak untuk menjamu selera memandangkan perut terasa pedih kerana pada waktu petangnya aku hanya makan capati berkuahkan kari ayam. Tiba dibilik hotel sekitar jam 2.30.


Selepas solat isyak aku set alarm dan terus aku membuta pada tahap pengsan sepenuhnya. Tepat 6.30 pagi alarm handphone berbunyi. Solat subuh dan kembali membuta. Sedar-sedar 8.17 pagi. Punya la kalut mandi kerana seasi pagi akan bermula pada pukul 8.30 pagi. Kalau lambat bermaksud aku tidak akan mendapat tempat yang strategik.


Selesai mandi aku terus mencapai apa yang ada di atas meja. Dengan penuh confiden, gagah, handsome dan perkasa aku melangkah dengan lagak rajinikhand dalam filem sivaji menuju ke dewan seminar. Alhamdulillah dapat juga port yang best dan strategik. Kemudian buku dibuka sambil tangan menyeluk ke dalam kocek seluar. Tanpa berlengah aku terus mengeluarkan pen untuk menulis apa yang diperkatakan oleh speaker.


Baru sahaja hendak menenyehkan mata pen ke atas kertas baru aku tersedar rupa-rupanya berus gigi yang keluar. Alamak malunya. Member di kiri dan kanan dah tersenyum-senyum kambing. Macam mana pula berus gigi boleh berada dalam poket seluar. Cempedak dah jadi nangka. Malunya bukan kepalang.... Merah padam juga muko den... nasib baik tak berus jamban yang keluar. Kalau berus jamban mahu aku balik ke bilik masuk dalam selimut dan terus sambung membuta... ha ha ha..

5 ulasan:

  1. Hi..hi..hi..
    ckLah pun pernah...cari tisu keluar 'benda lain'!

    BalasPadam
  2. Dah okey ya PC anjang? Bolehlah ckLah berfacebook dengan orang rumah anjang lepas ni. Dah lama dia tak muncul di kalangan kami, x-serata grup!

    BalasPadam
  3. berus gigi?? takpe nnti lepas lunch leh p berus gigi tuh.. hehehe.. selamat menjaga kesihatan gigi ye ;)

    BalasPadam
  4. Kesian anjang. Tapi maaflah saya pun tak boleh tahan gelak baca cerita ni.

    BalasPadam
  5. cklah
    pc dah ok. orang rumah pun dah mula berfacebook kembali

    iina
    ya betul tu

    YB
    terima kasih

    BalasPadam

Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...