Nuffnang

Pengikut

Jumaat, 17 April 2009

1 PUNCA STRESS KHAS UNTUK ZAYYAT


Hari ni aku dapati ramai guru yang sekadar mengajar untuk melepaskan tanggungjawabnya sahaja (pada pemikiran dia.) Mengajar itu sekadar mengajar lah. Dia tak tengok tahap budak tu macam mana. Aku pernah tengok seorang guru matematik mengajar pelajar yang lemah macam dia mengajar kelas yang pandai. Bagi dia tanggungjawab dia hanya mengajar . Betul ke macam tu?

Budak dapat ke tak dapat ke dia tak kira yang penting dia mengajar. Guru jenis ini semakin banyak. Aku tiru sikit kata-kata Najib dalam version aku. Murid di dahulukan pencapaian diutamakan. Kalau ini menjadi penanda aras kita, pada hemat aku kita akan berjaya merungkai sebarang kunci permasalahan.

Satu lagi jenis guru yang kerja dia masuk kelas marahkan murid. asal masuk je kelas marah murid. Guru jenis ni pun semakin ramai. Stupid, monkey, bodoh, dah jadi zikir kat mulut dia. Macam mana murid nak dapat. murid sentiasa takut. buat kerja pun terpaksa. Guru seronok le kerja yag di bagi semua siap dan murid ikut arahan. Tetapi hakikat sebenar pencapaian murid hampeh. Conclusion akhirnya murid yang salah murid lemah, tak dengor cakap, saya dah bagi dah murid tak mau ikut.

Satu lagi golongan cikgu ialah cikgu on paper. Kerja murid kemas, cantik,nota cukup. Pendek kata kalau pengetua cek buku budak wow budak ni gerenti A. Tapi hakikat sebenar murid hanya buat kerja menyalin. asal masuk kelas menyalin, di rumah menyalin kerja yang dia bagi. Rutin sama sampai hujung tahun. Kadang-kadang ini berlaku di kelas peperiksaan. Bayangkan apa yang murid boleh capai.

Alasan cikgu yang macam ni saya dah usaha, dah bagi pelajar macam-macam tapi tak boleh juga. bagi apa?usaha apa? bagi menyalin dan usaha menyalin. hasilnya dalam periksa pelajar akan termenung sebab tak de bahan nak di salin. Keputusan peperiksaan awamnya tak mencerminkan kecemerlangan yang ditunjukkan dalam kerja-kerja menyalin.

Cikgu merungut. Golongan ni memang ramai, yang aku heran penyakit ni cepat berjangkit termasuklah guru yang baru sehari posting kadang-kadang merungut. Subjek maternya budak dodoh, budak lemah, budak degil, budak itu dan budak ini. Ya kita tak nafikan memang lah budak tu macam-macam kelakuannya.

Sekali lagi aku tegaskan guru-guru adalah fasalitator. Cari, gali, bongkar, fikir macam mana cara lagi yang boleh menarik minat pelajar, macam mana nak meningkatkan pencapaian pelajar, kalau pelajar lemah macam mana nak luluskan dia. kalau pelajar pandai macam mana nak cemerlangkan dia.

Ni satu lagi perangai cikgu. Nak mengajar kelas pandai je Sebab kalau pelajar lulus ngan baik dia akan dapat nama. Nagajar lebih kurang pun tak pa sebab budak tetap akan lulus ngan baik. Kalau ngajar kelas pertengahan atau lemah budak tak lulus akan nampak kesalahan dan terbongkarlah kelemahan diri sendiri. Nak selamat ngajarlah kelas yang pandai sampai akhir hayat. Pentadbir takkan boleh detect kalau kita tak excellent.Kalau betul nak tau kita tu bagus ke tak bagus turunlah mengajo di kelas pertengahan dan lemah.

Kadang-kadang mengajar kelas bawah dan haprak ni langsung tak nak. Budak pandai buat macam mana pun memang dah pandai semua orang tahu hakikat itu. Yang kita betul-betul nak nak jaga pelajar pertengahan dan hujung. Pertengahahan ni macam mana nak cemerlangkan dia. yang lemah macam mana nak lulus kan dia. Ini lah golongan yang akan melonjak atau menurungkan peratus lulus di sekolah.

Penyelesaian nya bagi aku kita perlu sentiasa berfikir bagaimana nak mengatasi kerenah pelajar yang pelbagai, cara lembut, cara keras, psikologi, memujuk, marah semua cara tu perlu diadun bagi mendapat ramuan yang terbaik. Tak boleh cara A, guna cara B. tak boleh cara B guna cara C. Kalau guna cara sama, pendekatan sama tidak mahu berubah dan tak cari punca berlakunya sesuatu itu maka apa yang boleh diharapkan daripada pelajar kita.

Boleh aku simpulkan guru sekarang ambik mudah dalam banyak perkara, asal dapat gaji sudahlah, asal aku masuk kelas lepas lah tanggungjawab aku yang lebih teruk lagi aku peduli apa ni bukan anak aku anak orang lain. Cuba bayang kan murid tu anak sendiri sudah tetntu kita akan berikan yang terbaik. sudah tentu kita cari puncanya dan sudah tentu kita takut dia kan gagal masa depannya.

Minta maaf cikgu kita selalu kata murid tak mau berfikir dan tak mau berubah. Sebenarnya kita pun macam murid tu jugak tak mau berfikir dan tak mau berubah. Hanya yang membezakan kita ngan murid ialah Kita dibayar gaji dan murid tak dapat apa-apa. Hakikatnya banyak persamaan ibarat meludah ke langit akhirnya kena ke muka sendiri. Kita renung-renung kan lah. kalau aku salah aku minta maaf. kalau betul jadikan lah panduan.

Cari punca penyakit jangan hanya rawat simtom.

Rabu, 15 April 2009

Teratai



Oh teratai bunga indah
Engkaulah pujaan hatiku
Telah lama aku rindukan
Wahai teratai bunga indah
Sungguh cantik wajahmu
Sinar matamu bagaikan surya pagi
Setiap insan selalu terpikat
Memandang teratai bunga indah
Ku tak menyangka
Wahai teratai ku sayang
Badai taufan datang
Menghembus dirimu
Engkau pun terkulai
Dan merunduklah layu
Tar bersemi lagi
Oh tolong, lindungilah dia
Agar ku dapat bersamanya lagi
Ku inginkan teratai
Ku sayang berseri seperti semula
Teratai bunga indah

*Lagu ni pun banyak meninggalkan kenangan pahit dan manis pada aku.

Bunga Teratai



Pernah tengok bunga teratai yag belum kembang dalam kudup lagi. Seingat aku dulu-dulu kalau pergi ke Ipoh naik bas lompat. Apabila singgah kat stesen bas kampar, dekat stesen bas tu banyak orang apek cina jual kudup bunga teratai. Mula-mula aku heran tengok kudup bunga teratai ni warna hijau ada batang panjang-panjang. Kalau tak silap aku sekuntum seringgit.

Arwah mak aku yang ajor makan biji kudup teratai ni. Rupanya sedap biji dia ni. Ada rasa lemak-lemak sikit. Itu antara kenangan aku dengan bunga teratai. Satu lagi yang aku nak kasi tau kome semua, ada sorang member aku namanya Bhag Singh. Aku banyak belajo ngan dia ni. Pandangan dia lain dari yang lain. Bhag Singh ni la yang mencetuskan minat membaca yang mendalam dalam diri aku.

Mula-mula aku sembang ngan dia ternganga aku, semua benda dia tahu. Dan banyak sangat ilmu baru dan kotemporari yang dia tahu. Koleksi bukunya tak usah cerita la. Terlampau banyak. Daripada dia aku mengenali Anthony Robin dan mula meminati karya-karyanya. Akhirnya aku pun mula mengumpul dan membaca buku dalam pelbagai bidang.

Sedar tak sedar koleksi buku aku pun dah menimbun banyaknya. Terima kasih Bhag Singh yang mengubah aku dari seorang yang tak suka membaca akhirnya jatuh cinta dengan membaca. Tu sebab aku tak boleh pergi kedai buku ada je buku aku nak beli.

Satu pesanan Bhag Singh yang aku ingat katanya "Ri buka hati kita macam bunga teratai, Sentiasa menerima apa saja yang mendatang". Katanya lagi "Kalau kita ada sikap macam tu. apabila kita bercakap kita akan mudah menyentuh hati manusia lain". Dan kita tidak menerima pandangan satu pihak dan menutup hati kita untuk pihak yang lain. Dengar dulu dua-dua pihak dan nilaikan. Buka hati kita untuk semuanya.

Kata kawan aku seorang karkun(Tabligh) katanya dalam banyak-banyak keburukan pasti ada terselit satu kebaikan. Carilah kebaikan itu nescaya hati akan jadi tenang dan jiwa akan jadi tenteram. Chewah merepek pulak aku.

Sebab sekeras macam mana pun hati manusia ada masanya dia tersentuh dengan kata-kata tertentu. Itu sebab kalau kita tengok hari ni ada orang yang bercakap kita masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Ada orang yang bercakap benda yang sama tapi dia masuk terus ke dalam hati yang terdalam.

Salah seorang yang aku ada rasa macam tu bila Dato` Dr. Fadzillah Kamsah. Sebab mungkin dia bercakap dan dia buat benda tu. Kalau sekadar bercakap praktikalnya tak de aku rasa agak susah cakap kita nak menyentuh hati manusia lain. Akhir kata buka lah hati kita macam bunga teratai. Malam ni tido awal be, esok banyak lagi kerja dunia nak dibuat.

Selasa, 14 April 2009

Kata Socrates


Mula-mula aku baca pendapat Socrates ni aku tak faham. Dah lama-lama baru aku faham. Sangat lucu dan kelakar. Maksud yang sangat mendalam untuk renungan kita. Sampai sekarang aku baca masih rasa nak ketawa. Mungkin ini pengalaman yang sebenar dilalui oleh Socrates. Katnya...

" Silalah berkahwin jikalau itu yang membahagiakan anda. Andainya anda mendapat isteri yang baik, anda akan bahagia. Sekiranya anda mendapat seorang isteri yang teruk, anda akan menjadi ahli falsafah"


Apa macam kawan adakah kita ni dah mencapai tahap ahli falsafah. Kepada yang selalu kena leter tu sendiri mau ingat la. Kepada yang belum kahwin fikir-fikir kan la kata-kata socrates tu. Agaknya itu sebab ahli falsafah benyak yang berjanggut panjang , berserabai dan muka macam sedih je. Dan mereka sentiasa banyak berfikir. agak aku le.Wa chow dulu. Ta ta, ti ti, tu tu.

Nah ambik balik bini engkau


Kalau tak berleter bukan lah perempuan namanya. Kadang-kadang ada je benda yang nak di leterkan . Buat macam ni kena leter, buat macam tu pun kena leter.Pendek kata serba tak kena. Tapi kadang-kadang lama tak dengor leteren rasa tak syok pulak. Terutamanya bila orang rumah pergi kursus 2 ke 3 hari. kadang-kadang leteran tu dah jadi macam hiburan kadang-kadang rasa nak naik angin pun ada.


Aku nak cerita satu cerita tentang isteri Pak awang yang suka berleter .Setiap kali Pak awang balik kerja maka mula lah isterinya berleter. Macam-macam perkara yang dileterkan. Pendek kata serba tak kena hidup Pak Awang. Pak Awang dah tak boleh tahan.

Pada suatu petang di kedai kopi Pak awang meluahkan rasa hatinya kepada ahli mesyuarat kedai kopi. Macam-macam respon Pak awang dapat. Namun yang paling menarik hati Pak Awang ialah pendapat Hj. Dollah. Kata Hj Dollah " Kamu buang je bini kamu dalam perigi buta kat hujung kampung tu, abih cerita. tak payah pening kepala" "Biar makan dik penunggu dalam perigi tu" sambung Hj. Dollah.

Balik ke rumah Pak Awang pun menangkap isterinya dan di campak ke dalam perigi buta tu. Pak awang rasa lega tak de lagi radio buruk berbunyi. Hari pertama ok. hari kedua ok. Masuk hari ketiga Pak awang mula rasa sunyi.

Maka Pak awang pun ke kedai kopi nak mintak pendapat kawan-kawan. Kata Hj. Leman "kalau macam tu kamu pergi la ambik balik bini kamu". Sampai di perigi buta Pak Awang pun menyeru kepada penunggu perigi supaya dipualangkan bininya. Penunggu Perigi pun bersuara " Selama 3 hari bini kamu kat sini aku tak boleh tidur asyik berleter je bini kamu ni, aku dah tak boleh tahan, Nah ambik balik bini kamu".

Moralnya terima lah seadanya isteri kita. Dalam artikel seterusnya renungkan kata-kata Socrates yang juga ada kaitan ngan isteri dan rumah tangga.

Profesor dan Pendayung sampan


Cerita ni aku petik daripada buku Azman Ching Jutawan CNI Khazanah inspirasi dan selalu juga aku dengar cerita ni dalam motivasi MLM.Kisahnya begini seorang profesor sedang membuat kajian tentang air laut dan menumpang sebuah sampan. Pendayung sampan tu seorang yang sangat pendiam. Profesor memang suka orang macam tu mudah dia nak buat kerjanya tanpa gangguan.


Dengan begitu tekun dia membuat kajian. Diambilnya air laut dimasukkan dalam tabung uji di goncang-goncang di tulisnya di dalam buku. Berjam-jam kajian itu dibuat. Pendayung mendongakkan kepala ke langit dan berkata "Hmm... Hari nak hujan".


"Ok semua sudah siap mari kita balik'. Kata profesor itu. Dalam perjalanan pulang barulah profesor tu menegur pendayung. "Kamu dah lama kerja mendayung sampan". "Hampir seluruh hidup ku". kata pendayung. "Seumur hidup kamu"? tanya profesor. "Ya". kata pendayung.


"Jadi kamu tak tau perkara lain selain mendayung sampan"? Pendayung sampan menggelengkan kepalanya. Masih tak puas hati profesor bertanya lagi. "Kamu tahu geografi?". Pendayung menggelengkan kepalanya. "Kalau macam ni kamu dah kehilangan 25% usia kamu".


Profesor bertanya lagi " Kamu tahu tentang biologi". Pendayung menggelengkan kepala "Kalau begitu kamu dah hilang 50% usia hidup kamu". Profesor bertanya lagi "Kamu tahu tentang Fizik"?. "Kalau begini kasihan kamu, kamu dah hilang 75 % usia hidup kamu'.


Selang beberapa minit hujan turun dengan lebat. Tiba-tiba datang Ombak besar. Sampan terbalik. Pendayung sampan dan profesor terpelanting ke dalam laut. Dengan selamba pendayung sampan bertanya kepada profesor. "Kamu tahu berenang"?. Profesor menggelengkan kepala. "Kalau macam tu kamu dah hilang 100% nyawa kamu" Kata pendayung sambil berenang menuju ke pantai.


Moralnya: Jangan memandang rendah kepada orang lain.

Sabtu, 11 April 2009

CHESAPEAKE BAY





Pernah dengar nama Chesapeake Bay ?. Chespeake Bay terbentuk 10,000 tahun dahulu. Merupakan muara/kuala terbesar dibenua Amerika. Mengunjur 320 km meter dari selatan Virginia sehingga ke utara Maryland. Merupakan teluk yang cetek dan tempat pasang-surut air tawar dan air masin.

Kaya dengan hasil laut seperti kepah, ketam dan tiram. Terdapat 16 juta penduduk disini. Pertambahan penduduk telah mencemar teluk sterusnya mengancam kehidupan laut. Namun ia masih menjadi tempat pelancongan popular kerana panorama yang indah dan suasana yang mendamaikan.


Antara tempat yang menarik di Chesapeake bay ialah Cockrell creek. Kebanyakan penduduk disini merupakan nelayan. Suasana perkampungan tradisional yang tenang dan damai melatari Cockrell Creek.

Bertemu lagi dengan tempat-tempat menarik di seluruh dunia. Semoga ilmu dan pengetahuan kita semakin bertambah. Kalau ada rezeki satu hari mungkin kita boleh ke sini.

Kalau ketawa kena makan.


Cerita ni sebuah cerita yang selalu diceritakan dalam seminar motivasi. Azman Ching pun ada menulis cerita ni di dalam bukunya Khazanah Inspirasi. Mungkin pembaca blog pun pernah mendengarnya. Aku cukup suka cerita ni sebab banyak pengajarannya.

Ceritanya begini. Dua orang pemburu telah sesat ke dalam hutan. Pusing-pusing mereka masih beredar di tampat yang sama. Akhirnya mereka mengambil keputusan untuk berehat sambil makan bekalan yang di bawa. Akhirnya mereka tertidur.

Namun tidak berapa lama mereka terjaga kerana bunyi bising. Pemburu pertama menjerit kegembiraan kerana menyangkakan mereka sudah selamat. Rupa-rupanya mereka ditangkap oleh sekumpulan manusia yang tegap dan besar atau lebih tepat orang makan orang.

Dua orang pemburu itu di bawa ke kampung orang makan orang dan dipersembahkkan kepada penghulu kampung. Keeseokan paginnya penghulu kampung mewarwarkan akan diadakan kenduri lauk orang. Kedua-dua pemburu merayu agar mereka dilepaskan.

Penghulu kata boleh dengan satu syarat. "Kamu mesti mencari sembilan biji buah yang sama......."Belum pun habis penghulu memberikan arahan kedua-dua pemburu berlari sekuat hati ke dalam hutan. "Mesti cari buah yang elok-elok untuk dipersembahkan kepada penghulu" Bisik hati kedua-dua pemburu.

Selang sejam pemburu yang pertama tiba ngan sembilan biji buah anggur yag manis dan lazat. "Aku belum habis cakap kamu dah lari. Sekarang aku mau kamu masukan anggur itu ke dalam perut kamu melalui lubang dubur. Tak boleh ketawa, kalau ketawa kami makan" Kata penghulu itu.

Dengan susah payah pemburu itu memasukkan sebiji demi sebiji buah anggur melalui lubang duburnya. Sedang dia memasukkan anggur yang terakhir dia ketawa berdekah-dekah kerana melihat pemburu yang kedua datang berlari-lari dengan gembira dan penuh confiden membawa sembilan biji buah durian. Apa jadi selepas itu anda boleh menafsirkan sendiri.

Moralnya Dengar sesuatu arahan jelas dan tanya apabila tak paham. Kalau tidak jadilah pemburu yang kedua tu. Ha Ha Ha

Belacan


"Cikgu ni macam beruk la". Tiba-tiba je pelajar ni bersuara.Aku pun tergamam. Mula -mula rasa nak marah juga. Rupa-rupanya pelajar ni bertanyakan gambar yang dalam buku tu. Buku tu pulak diletakknya di bawah meja. Ini antara gelagat pelajar-pelajar yang lemah. Kadang-kadang apa yang mereka cakap tu terus je sedangkan dia ada maksud lain. Kalau salah faham boleh naik angin.

Macam biasa aku ada seorang pelajar memang bermasalah. Membaca boleh menulis boleh. Namun dia masih tergolong dalam kategori pelajar yang lemah. Daripada pemerhatian aku dia ni ada kecelaruan jiwa yang kuat. Kadang-kadang aku cakap ngan dia. Dia boleh tengok ke tempat lain.

Dalam beg dia masih ada kereta mainan yang kecik-kecik. Kalau dia rasa nak main. Dia akan keluarkan kereta tu dan mula lah dia main kereta-kereta kecil tu atas meja sambil tu macam-macam bunyi keluar.

Daripada apa yang aku tau keluarganya ada masalah. Ayahnya pun kadang-kadang tak stabil maklumlah ada dua cawangan yang rasmi. Daripada gossip-gossip setempat yang tak rasmi pun ada juga. Kadang-kadang aku kesian tengok dia ni. Selalu juga pelajar-pelajar lain ambik kesempatan.

Dia ni ada nama glamournya BELACAN. Mula-mula aku heran jugak ngapa nama belacan. Kata kawan rapatnya cuba cikgu duduk kat dia. Memang betul ada satu bau yang kurang menyenangkan. Memang bau belacan. Cuma aku nasihatkan budak lain jangan la kutuk dia ngan nama tu. Kesian dia.

Ada sekali tu dia menangis teresak-resak macam budak kecik kat hujung tangga sekolah. Jenuh aku tanya dia tak jawab. Aku cakap dah habih nangis jumpa aku. Sepuluh minit kemudian dia datang jumpa aku. Aku tanya sebab apa. Dia kata ada pelajar pukul dia.

Ada sekali tu pulak dia kena tangkap ngan guru disiplin pasal bawak rokok. Yang aku tak tahan jawapannya bila guru disiplin tanya ngapa bawak rokok. Dia jawab sebab nampak handsome cikgu. Aku rasa jawapan tu jawaran yang jujur.

Dan dia bawak rokok pun bukan sebab macam budak lain. Aku rasa dia memang nak kena tangkap ngan guru disiplin. Sebab kalau budak lain dia akan sorok-sorok rokok tu. Yang dia ni siap tayang kat orang lain. Dan rasa seronok bila ada pelajar lain report dia bawak rokok.

Sebab mungkin bagi dia kalau kena tangkap tu nampak hebat macam pelajar lain. Tu yang dia boleh jawab Nampak Handsome Cikgu. Belacan....Belacan.....

Khamis, 9 April 2009

NAJIB NEW CABINET


Prime Minister
Najib Abdul Razak (Umno)

Deputy Prime Minister
Muhyiddin Yassin (Umno)

Ministers in the Prime Minister's Department
Koh Tsu Koon - Unity Affairs & Performance Management (Gerakan)
Nazri Abdul Aziz - Minister in charge of Law and Parliament (Umno)
Nor Mohamed Yaakop - Economic Planning Unit (Umno)
Major Gen Jamil Khir Baharom - Islamic Affairs (Umno)
DeputiesLiew Vui Keong (LDP)
Mashitah Ibrahim (senator, Umno)
SK Devamany (MIC)
Ahmad Maslan (Umno)
T Murugiah (senator, PPP)
Finance MinistryNajib Abdul Razak (1) (Umno)
Ahmad Husni Hanadzlan (2) (Umno)
DeputiesChor Chee Heong (MCA)
Awang Adek Hussien (senator, Umno)
Education MinistryMuhyiddin Yassin (Umno)
DeputiesWee Ka Siong (MCA)
Puad Zarkashi (Umno)
Transport MinistryOng Tee Keat (MCA)
DeputiesAbdul Rahim Bakri (Umno)
Robert Lau Hoi Chew (Supp-Sarawak)

Agricultural Development and Commodities Bernard Dompok (Upko-Sabah)
DeputyHamzah Zainuddin (Umno)
Home AffairsHishammuddin Hussien (Umno)
DeputiesAbu Seman Yusop (Umno)
Jelaing Mersat (SPDP-Sarawak)
Information, Communication, Arts and CultureRais Yatim (Umno)
DeputiesJoseph Salang Gandum (PRS-Sarawak)
Heng Seai Kie (senator, MCA)
Energy, Green Technology and Water Peter Chin Fah Kui (Supp-Sarawak)
DeputyNoriah Kasnon (Umno)

Rural Development and Territories Shafie Apdal (Umno)
DeputiesHassan Malek (Umno)
Joseph Entulu Belaun (PRS-Sarawak)
Higher Education Khaled Nordin (Umno)
DeputiesHou Kok Chung (MCA)
Saifuddin Abdullah (Umno)
International Trade and IndustryMustapa Mohamad (Umno)
DeputiesMukhriz Mahathir (Umno)
Jacob Dungau Sagan (SPDP-Sarawak)

Science, Technology and InnovationDr Maximus Ongkili (PBS-Sabah)
DeputyFadillah Yusof (PPB-Sarawak)
Natural Resources and Environment Douglas Uggah Embas (PPB-Sarawak)
DeputyJoseph Kurup (PBRS-Sabah)

TourismNg Yen Yen (MCA)
DeputySulaiman Abdul Rahman Abdul Taib (PBB-Sarawak)
AgricultureNoh Omar (Umno)
DeputiesJohari Baharom (Umno)
Rohani Abdul Karim (PBB-Sarawak)

Defence Ahmad Zahid Hamidi (Umno)
DeputyAbdul Latif Ahmad (Umno)
Works Shaziman Abu Mansor (Umno)
DeputyYong Khoon Seng (Supp-Sarawak)
HealthLiow Tiong Lai (MCA)
DeputyRosnah Rashid Shilin (Umno)
Youth and Sports Ahmad Shabery Cheek (Umno)
DeputiesRazali Ibrahim (Umno)
Wee Jeck Seng (MCA)
Human ResourceDr S Subramaniam (MIC)
DeputyMaznah Mazlan (Umno)
Domestic Trade and Consumer AffairsIsmail Sabri Yaakob (Umno)
DeputyTan Lian Hoe (Gerakan)
Housing and Local GovernmentKong Cho Ha (MCA)
DeputyLajim Ukin (Umno)

Women, Family and Society DevelopmentSharizat Abdul Jalil (senator, Umno)
DeputyChew Mei Fun (senator, MCA)
Foreign Anifah Aman (Umno)
DeputiesA Kohilan Pillay (senator, Gerakan),
Lee Chee Leong (senator, MCA)

Federal Territories Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin (Umno)
DeputyM Saravanan (MIC)

Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...