Nuffnang

Pengikut

Rabu, 6 Mei 2009

Ketam apa? Ketam batu..........


Hari ini aku jadi bidan terjun sebagai juruteknik siaraya untuk satu acara peringkat daerah. Aku tak tahu di mana silapnya semasa pertandingan nasyid anti dadah microfone penyanyi utama tak kedengaran jelas. Sebab acara tu berlaku di sekolah aku, maka aku cuba membantu untuk menyelamatkan imej selaku tuan rumah.

Dari awal lagi aku mendapati pelbagai kekurangan dalam pertandingan ini. Daripada segi persediaan juruacara, peralatan siaraya, koordinasi urusetia ngan krew. Pendek kata semuanya menyedihkan dan tidak teratur.

Aku teringat event-event macam ni sepatutnya memerlukan perancangan yang teliti. Perlu ada aturcara pentadbiran majlis (Terima kasih arwah Che` Wan yang mengajar aku tentang aturcara pentadbiran majlis). Skrip untuk krew (bukan skrip juruacara) yang perlu diselaraskan dengan skrip juruacara. Semua benda remeh inilah yeng melancarkan perjalanan majlis.

Aku teringat antara Event besar yang pernah aku anjurkan. Antaranya Ekspo Perak UKM, Sepetang di Perak (Persembahan kebudayaan pusat keudayaan Perak) dan Majlis Santapan Di raja bersama Raja Nazrin semuanya berjalan lancar bila ada benda-benda yang remeh macam ni.

Bagi aku tak benda ni tak remeh kerana inilah yang menjadi kunci kelicinan sesuatu event yang dijalankan. Event di atas aku jalankan untuk persatuan anak perak UKM (PERMADARI). Kemudian ada beberapa event lagi yang kau buat secara one man show. Juga guna formula yang sama. Antaranya Ekspo buku dan Komputer UKM tiga tahun berturut-turut.

Di IPSI aku dan group KPLI anjurkan malam apresiasi seni bersama pusat kebudayaan perak, konsert KDPK dan banyak lagi. Juga guna formula yang sama. Alhamdulillah walaupun team yang bekerja tak ramai tapi ia berjalan lancar.

Sebelum tu pelbagai seminar pembelajaran dan motivasi yang aku buat sorang-sorang juga berjalan lancar walaupun kadang-kadang seminar tu diadakan di lokasi yang jauh seperti johor, negeri sembilan dan Ipoh. Bukan aku nak menunjukm kehebatan atau bangga diri. Tapi aku tak paham bila melibatkan acara jabatan kerajaan mesti spoil.

Sedangkan agensi kerajaan ada semua kemudahan, duit dan main power yang banyak. Kalau tengok senarai AJK tak muat satu mukasurat tapi tak function. Mengapa dan kenapa aku memang tak paham. Adakah sesuatu yang dibuat sekadar melepas batuk ditangga atau janji buat je. Aku tak boleh tengok kalau satu-satu benda tu di buat sambil lewa dalam keadaan kita mempunyai semua kemudahan dan kelengkapan.

Nak cakap pun susah kita ni balaci@kuli batak@orang tak berpangkat@orang bawah@golongan marhain je. Sedangkan mereka itu orang atas yang aku kira sebenarnya tak tau buat kerja dan tidak terdedah dengan kerja-kerja lapangan yang mencabar. Itu tak pa kalau mau belajar dan menerima pandangan. Ini berlagak pandai piirah.

Ini lah akan jadi bila sistem senioriti diguna pakai bukan meritokrasi. Yang tak tau apa-apa mengarah orang yang tau. Memang la ketam......ketam.....

Selasa, 5 Mei 2009

Ah Loke


Pada penghujung 2007 aku ada menempah beberapa seluar dengan kedai favourite aku. Dari aku kecik sampai la ke beso kat sini la aku tempah seluo dan baju. Ayah aku le yang selalu bawak aku ke kedai ni. Pendek kata tukang jahit ni, dia faham sangat citarasa dan kehendak aku.

Dah banyak kedai aku cuba tempah seluo tapi buatannya tak sesedap kedai yang satu ni. Berbalik cerite yang mula-mula tadi. Selepas tempah tu aku lupa nak ambik. Aku ingat penghujung 2008 baru aku teringat aku ada tempah seluo. Aku pun tak pasti apa sebab aku lupa.

Bila aku pergi semula ke kedai tu aku tengok bini dan anak dia yang jaga. Aku tanya tokeh mana. Bini dia diam tak jawab. Selepas ambik seluo tu aku tak puas hati. Aku pergi tanya kedai sebelah "Bos, itu sebelah punya tokeh mana pigi ha" Jawab taukeh perabot tu "Lu tak tau ka?" "Sulah lama mati woo?". Aku pun termenung. Aganya seluo aku ni lah sentuhan terakhir dan kecundang dia.

Mungkin agaknya selepas dia menyiapkan seluar aku dia pun padam. Yang merungsingkan aku kat mana aku nak tempah seluo lepas ni?. Adakah anak dan bini dia faham citarasa aku?. Ataupun adakah mutu buatannya sama macam taukeh tu?. Kalau dia orang Islam dah aku sedekahkan al-fatihah dan dia pun mesti banyak pahala sebab seluo buatan dia ni banyak juga pergi ke tempat-tempat yang baik.

Hilanglah taukeh jahit kesayangan aku Si Ah Loke dari alam fana ini. Semoga bertemu di alam yang lain. Kalau di alam lain tu Ah Loke bukak kedai jahit juga aku mesti tempah kat dia. Hai Ah Loke Di mana kan ku cari ganti..... Serupa dengan mu.......

STESEN BAS MENGUNDUR ,SUNGKAI



Walaupun sungkai hometown aku, dah lebih sebulan aku tak masuk pekan sungkai. Ada sedikit perubahan bila aku tengok sederet kedai berhampiran stesen bas sungkai ni hangus dijilat api. Hanya tinggal rangka. Tak sempat aku nak snap. mujur la kedai nasi lemak favoutite aku warung nasi lemak jamil tak terbakar. Kalau tidak kempunan le aku. Orang Kelantan sebut kempune. Kalau tukor slang perok lain pulak maknanya.

Untuk pengetahuan pembaca stesen bas sungkai agak unik kerana untuk parking bas, bas terpaksa mengundur. Setakat ini aku tak jumpa stesen yang bas mengundur bila nak parking. Stesen bas sungkai merupakan destinasi terakhir bas dari Tapah dan Tanjong Malim. Kalau dari Tapah Bas Hup Yik lah yang memonopoli. Dulu kalau dari Tanjong Malim Bas Mogah lah yang memonopoli.

Kini Mogah dah hilang gah. Kalau nak Ke Tanjong Malim, Slim River atau sekitar kawasan Gugusan Felda dah ada pulak bas Mara dan satu lagi bas kuning starcoach. Masa zaman kecik-kecik aku dulu kat belakang stesen bas ni ada surau. Dan ada telaga yang sejuk airnya. Dulu-dulu kalau agak terlampau panas boleh basuh muka dan mandi pun boleh. Sekarang telaga tu entah ada entah tidak.

Lagi satu kat belakang stesen bas tu ada kedai cina kepala beso. Aku dah lupa namanya. Kedai dia banyak jual jajan.(makanan ringan) kalau dulu kedai ni jadi tumpuan orang yang nak naik bas. Ditepi stesen bas pula ada oarang jual air cedok dan jambu potong. Favourite aku air jagung. Sekarang dah tak de semua tu. Favourite drebar bas aku nama Apok (aku rasa dah mati) konduktor dia nama giter (benggali, entah ada, entah tidak lagi)

Satu lagi zaman aku berumur 5-6 tahun kat tepi stesen bas tu ada kedai mamak royal. Kat situlah aku makan roti canai. Kalau bungkus kuah dia bubuh sekali macam roti banjir la, Bila sampai kat rumah kembang semuanya. Aku tak tau Zayyat sempat ke zaman restoren royal ni. Apa pun kenangan terindah zaman dulu-dulu tentang Sungkai masih segar diingatan.......

Ahad, 3 Mei 2009

GILA


Gila ialah penyakit yang menyerang akal yang mungkin berpunca daripada kecederaan saraf, akibat perlanggaran, kuman atau ditumpangi makhluk halus. Akibatnya akal tidak berfungsi secara normal. Penyakit ini juga boleh berlaku akibat tekanan jiwa atau serangan kuman yang disertai dengan gangguan makhluk halus.

Orang yang hilang akal biasanya bertindak diluar tabiat manusia normal. Kekuatan fizikal bagi mereka yang ditumpangi makhluk halus akan menjadi lebih kuat daripada biasa.

Gila Keturunan

Gila keturunan tidak semestinya diwarisi daripada ibu dan bapa. Mungkin warisan datuk, nenek ke atas. Serangan gila ini boleh berlaku tanpa sebab tertentu ataupun dengan sebab tertentu seperti tekanan jiwa,, masalah pergaduhan dalam rumahtangga, peperiksaan, tekanan tempat kerja. Waktu gilanya tak tentu masa.

Gila jenis ini juga boleh berlaku mengikut edaran masa tertentu seperti setahun sekali atau sempena peristiwa tertentu seperti gilanya naik masa bulan mengambang dan surut semasa bulan menurun. Ada juga menyebut ini sebagai gila isim.

Ada juga yang gila disebabkan menuntut ilmu dunia yang ada pengaruh jin dan syaitan. Aku pernah tengok orang yang gila jenis ni depan mata. Dia tak boleh terlampau marah maka dia akan meracau-racau dan memekik-mekik. Dan aku juga pernah mendengar cerita dari pada member baik aku tentang pengalaman beliau melihat member baiknya menerima rasukan makhluk halus sehingga membawa maut.

Memang hidupnya macam orang gila. Jenuh juga di rawat tak sembuh-sembuh. Akhirnya seorang ustaz yang merawat tu terpaksa berdialog dengan makhluk halus tu tentang apa yang makhluk tu nak. Kata makhluk halus tu dia nak orang tu menderita dan mati.

Akhirnya mati juga orang tu keadaan yang menyayat hati. Jadi jalan terbaik untuk membenteng diri dengan perkara-perkara tersebut ialah 5 kali solat sehari semala.m Banyak baca Al-quran dan amalkan doa nabi Sulaiman. Orang yang strok pun mudah dirasuk makhluk halus. Ini pengalaman aku sendiri semasa merawat arwah emak aku yang strok.

Dia tak boleh marah. Kalau marah muka akan jadi hitam macam bukan muka dia. Kesakitan dia akan berlari-lari di seluruh badan. Kejap kat kaki dan kejap kat tangan. Masa dia meninggal jenazahnya kekuning-kuningan. Kata orang yang pakar perubatan makhluk halus itu tandanya. ada sesuatu yang merasuk dalam badannya .Tak sanggup aku nak tulis. Wallah hu alam........


Kuasa Matlamat.



Sudah hampir 2 tahun Ali di tempatkan di Hostital Bahagia. Sepanjang tempoh itu pelbagai jenis rawatan dan cabaran yang dilalui oleh Ali. Semakin hari Ali menunjukkan tanda-tanda semakin sembuh. Doktor juga mengesahkan Ali sudah senbuh. Ali akan dibenarkan pulang sekiranya berjaya melepasi ujian terakhir.

Kata Doktor dengan lembut "Kamu sekarang sudah sembuh. Sebentar lagi kamu boleh keluar. Sebelum kamu keluar boleh saya tanya kamu satu soalan"? Jawab Ali "Boleh". "Bila kamu dah tak tinggal di sini apa yang kamu nak buat?".

Jawab Ali " Saya akan datang ke sini dan mengopak-ngopak dinding Hospital".Kata Ali dengan serius dan kemudian ketawa.

Jawab Doktor "Oh tak boleh, tak boleh keluar masuk balik". Ali menjalani rawatan setahun lagi. Genap setahun Doktor tersebut membuat ujian lagi dengan bertanya soalan.

"Apa kamu akan buat selepas keluar dari sini Ali?". Jawab Ali "Saya berminat bekerja di kuari" Jawab Ali. Kata Doktor "oh dah sembuh dah, Bagus Ali manusia ,mesti bekerja.

"Lepas tu kamu nak buat apa?". Tanya doktor "Lepas tu saya ambik batu besar dari kuari, saya datang sini dan baling ke dinding hospital biar terkopak" Jawab Ali.

"Oh tak boleh, tak boleh, makin teruk kamu ni, masuk balik" kata doktor.

Ali meneruskan kehidupan sebagai pesakit mental setahun lagi. Genap setahun Doktor bertanya dengan Ali. " Apa kamu nak buat selepas kamu keluar nanti?". "Tuan doktor saya mengucapkan ribuan terima kasih kerana membantu saya selama hari ini" Kata Ali.

"Oh tak mengapa". Dah sembuh ni bisik hati doktor. "Lepas tu kamu nak buat apa?'". Tanya doktor. "Saya nak bekerja nak kumpul wang"kata Ali. "Dah ok ni, kita mesti bekerja untuk mencari wang" Kata Doktor dan bertanya "Lepas tu kamu nak buat apa?".

"Lepas tu saya nak beli kereta"Celah Ali. "Bagus Ali kamu dah makin sembuh"ujar doktor. "Seterusnya kamu nak buat apa?" Tanya doktor.

"Lepas tu saya akan buka tayar kereta, saya ambil tiubnya, kemudian saya buat lastik dan cari batu besar dan lastik dinding hospital biar kopak-kopak dinding hospital". Kata Ali sambil ketawa. Doktor pun sama-sama ketawa sehingga terguling-guling.

Moralnya ialah tentang Matlamat. Dalam apa pekerjaan kita mesti ada matlamat dan akan berusaha mencapai matlamat tersebut walau dengan apa saja cara sehingga berjaya. Masa aku rajin ceramah motivasi dulu cerita ni aku selalu ceritakan. Bila sampai endingnya apa lagi pecah satu dewan.

WILL ADA POWER TAK DA


Tahun 2006 dan 2008 aku pernah dengar ceramah tentang menangani gejala stress dari orang yang sama Encik Gulam Muzammil. Memang best ceramah dia puas, mantap dan mengesankan. Sepanjang 2 jam kejap je masa berlalu rasanya. Cikgu-cikgu pun bagi tumpuan dan khusyuk mendengo. Kalau cikgu mau dengo ceramah tu kira ok la tu. Selalunya Cikgu dengan penceramah sama naik je suara.

Antara cara menangani stress menangis. Kalau tak boleh menangis cakap ngan haiwan contohnya kucing. Cakap dengan penuh perasaan dan tengok mata kucing terbedik-bedik maknanya dia faham le tu. Jangan cakap ngan beruk susah beruk ni tak paham. Beruk le katakan. Tidak takkan orang cakap bodoh macam beruk. Aku pernah dengor seorang cikgu tu cakap kat budak stupid like monkey

Salah satu tanda stress bagi orang perempuan apabila dia banyak bercakap. Dan orang lelaki pulak menjadi pendengarnya. Kesan sampingannya orang perempuan lebih panjang umur sebab stress dia dah release bila dia bercakap. Lelaki yang dengo semua masalah tu dia simpan dalam akhirnya kena sakit jantung. Kalau dah hari-hari dengor kuliah si isteri boleh meletup jantung. Katanya lagi di wad gila ramai orang lelaki.

Wanita ada 2 hormon yang menjaga dia sakit jantung. Selagi ada haid dia akan ada hormon tu. Orang lelaki jangan mintak hormon tu pulak. Kalau lelaki ada hormon tu, nanti kalau jalan alignment lari, suara garau jadi halus, elok-elok keras macam besi terus lembut jadi sotong.

Antara tanda stress bagi guru boleh tengok pada cara jalan nak masuk kelas. Kalau laju jalannya maknanya kurang stress dan tandanya dia nak masuk kelas pandai. Kalau slow je maknanya dia stress sebab nak masuk kelas hujung atau kelas bemasalah. Ada juga yang kelas hujung dia akan masuk lambat kadang-kadang langsung tak masuk pun ada. Antara reaksi lain ialah hasil kerja yang tidak produktif dan berkualiti, mudah bosan terhadap kerja dan berlakunya masalah hubungan individu serta banyak MC (Swasta atau kerajaan)-macam perli aku je.

Satu lagi yang menarik aku ialah peronaliti orang stress yang kita boleh tengok apabila anak bawak kad kemajuan untuk sain. Kalau keputusan teruk dan menyainnya emak selalunya mak akan cakap" Tak pa la man belajo lagi" Kalau bapak yang sain dia kan cakap macam ni "Berguni beras dah kamu makan ini keputusan kamu dapat. Ini keturunan mak kamu le ni".

Sebenarnya banyak lagi point-point penting. Aku cuma ambik yang menarik dan mencuit jiwa. Sebenarnya duit bukan ukuran untuk jiwa menjadi tenang. Hanya dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang. Itu sebab orang kaya-kaya dan banyak duit terutamanya Dato`-dato` yang kahwin ngan artis pun bercerai salah satu sebabnya Will ada Power tak da pun. Ini pun merupakan punca boleh stress. Isterinya cantik tapi tak boleh buat apa power dah tak da. Bukan cakap aku tu cakap penceramah tu.

Semoga kita masih dikurniakan will dan power yang kuat dan mantap. Sapa dah tak de power jumpa kawan aku Benjo dia ada macam-macam produk. Katanya batang keladi pun boleh jadi batang besi. Ha Ha Ha

TAMAT SUDAH TM GEGAR FELDA


Sekitar pukul 5.30 petang TM Gegar Felda melabuhkan tirainya. Semua acara penyampaian hadiah disempurnakan dengan jayanya. Aku sempat berjumpa jawatankuasa penganjur Normah Kadir . Baru aku faham rupanya acara ni acara tahunan. Diadakan setiap tahun. Pernah diadakan Di Felda Besout. Pada tahun ni diadakan pula di Felda Trolak Utara.Sambutan memang sangat menggalakkan.

Kiranya acara sambutan peringkat negeri le ni. Masyarakat setempat yang berniaga makanan dan minuman pasti tersenyum lebar meraih untung yang besar kerana ramainya pengunjung yang datang pagi, petang dan malam. Malam tadi sempat juga aku ke Forum Perdana. Antara intipati yang aku dapat dalam ceramah tu ialah ada 2 perkara yang orang tua tak da tapi ada pada orang muda. Ingatan dan tenaga.

Semakin tua semakin mudah lupa dan semakin hilang tenaga. Kesimpulannya masa mudalah masa paling baik nak menuntut ilmu dan menyumbang tenaga untuk negara. Kalau dah tua boleh tengok aja la.

Jumaat, 1 Mei 2009

TM GEGAR FELDA.








Bertempat di padang awam Felda Trolak Utara berlangsung satu event yang agak besar juga iaitu Program TM Gegar Felda selama 2 hari 2-3 may 2009. Pelbagai acara diadakan seperti sukaneka,pertandingan melukis teka silangkata, forum perdana dan pertandingan karaoke. Petang ni ada Izwan Pilus dan Bienda buat persembahan. Dua-dua ni aku pun tak kenal sebenornya. Kalau Lefthanded ke Search aku kene le.pi wiiiiiiiit.

Dalam keterbatasan masa dan kesibukan hal-hal dunia sempat juga aku singgah dan snap gambar-gambar sempena program tersebut. Pagi agak kurang orang semakin tengah hari semakin ramai. Booth-booth TM menawarkan pelbagai pakej. Aku pun ambik le satu pakej tambah RM9.00 sebulan Family pakej untuk stremyx.

Yang bestnya dalam pakej ni dapat siaran berita bloomberg dan beberapa chanel lain, ada E-browse surat khabar percuma, E-learning untuk pembelajaran anak dan 100 jenis games. Wow tak payah aku beli surat khabar dah. Petang ni games bolasepak diadakan antara Felda Trolak Utara lawan Felda Sg. Klah.

Untuk pengetahuan pembaca blog Felda Trolak Utara banyak melahirkan jaguh hoki Malaysia seperti Roslan Jamaluddin dan ramai yang aku tak ingat nama. Sebut nama bapak deme aku ingat le. Saksikan gambar-gambar yang aku baru snap.

WELCOME MIHAS 2009 6-10 MAY 2009


6TH INTERNATIONAL HALAL SHOWCASE

6-10 MAY 2009

MATRADE EXHIBITION CONVENTION CENTRE (MECC)
KUALA LUMPUR MALAYSIA

MIHAS 2008















Mihas 2009 datang lagi dari 6 mei hingga 10 Mei. Tahun lepas aku sempat juga ke pameran MIHAS ni. Namun tak sempat nak round semua sebab aku sampai dah lewat. Agak berbangga juga aku sebab banyak barangan halal yang dihasilkan oleh negara kita Malaysia.

Maka tidak hairan kita mampu menjadi negara hub halal yang diakui oleh banyak negara timur tengah. Pendek kata bila sebut tentang barangan halal Malaysialah jawapannya. Namun ada satu perkara yang aku tak berapa seronok nak tengok. Banyak syarikat yang menghasilkan barang halal terutamanya barangan berasas makanan yang menghasilkannya bukan orang Islam.

Adalah lebih molek kalau barangan halal terutamanya barangan makanan dihasilkan oleh pengusaha bumiputera Islam. Kita akan rasa lebih yakin. Tiada lagi was-was. Tapi apa boleh buat pengusaha bumiputera Islam kekurangan modal untuk berniaga pada skala yang lebih besar. Untuk bersaing di pasaran antarabangsa perlu dibuat pada skala yang lebih besar.

Saksikan gambar yang sempat aku rakamkan di MIHAS 2008.

Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...