Nuffnang

Pengikut

Jumaat, 13 Ogos 2010

Coke : Penemuan resepi rahsia yang bakal menggegar dunia


Ini kisah seorang lagi sahabat yang ditempatkan nun jauh di pedalaman Sarawak. Sekolahnya SK. Tegaging yang terletak dalam Suai Niah di Miri Sarawak. Untuk sampai ke sekolahnya dia terpaksa kenderaan jabatan pendidikan, menaiki bas, 4x4 yang melalui jalan balak dan bot panjang.

Anda cuba bayangkan untuk sampai ke sini sahaja mengambil masa perjalanan hampir sehari suntuk dan menggunakan pelbagai kenderaan sambil meredah hutan tebal. Bagaimana untuk duduk dan tinggal di situ serta bagaimana pula untuk menghadapi kehidupan sehari-hari di sekolah yang jauh daripada perhubungan luar.

Menurut sahabat aku nak mandi pun susah disebabkan air sungai yang sentiasa berwarna merah disebabkan aktiviti pembalakan. Ke sekolah tak mandi sudah menjadi rutin bagi kebanyakan cikgu dan anak murid. Rasanya tak de masalah sebab anak murid dan guru akan mengeluarkan aroma yang sama dari badan. Apabila kedua-dua aroma itu menyatu deria bau akan menerima seadanya.

Makanan juga agak sukar diperolehi. Mahu tak mahu lauk dalam tin menjadi menu santapan setiap hari. Kebanyakan anak muridnya datang dari perkampungan yang lebih dalam dan mereka ditempatkan di sebuah asrama ala asrama desa. Hampir keseluruhan pelajar disini tidak pernah berhubung dengan dunia luar atau pun pergi ke pekan berhampiran.

Dunia mereka hanya hutan hijau. Setiap kali melihat sesuatu barangan yang di bawa oleh guru-guru yang sesekali keluar ke pekan berhampiran sangatlah menghairankan mereka. Tin minuman, botol air dan sebagainya menjadi objek yang sangat berharga untuk dimiliki apatah lagi sekiranya dapat merasa air di dalamnya.

Inilah peristiwa lucu bercampur menyayat hati yang berlaku kepada anak murid sahabat aku. Setiap kali berpeluang keluar ke pekan berhampiran sahabat aku akan membawa balik 2-3 tin coca cola. Setiap kali habis minum coca cola tin akan dicampak atau diletakkan di tempat tertentu seperti di tepi tingkat.

Setiap kali itu juga pelajar akan berebut mendapatkan tin coca cola. Pada suatu hari sahabat aku memang tak tertahan untuk membuang air kecil. Maka dicapainya tin coca cola yang masih berbaki air coke di dalamnya. Setelah melampiaskan hajatnya dia pun meletakkan tin tersebut di tempat biasa sebelum hendak membuangynya. Disebabkan sibuk dengan kerja lain dia terlupa akan tin coca cola tersebut.

Dari jauh dia ternampak anak murid-muridnya seakan berpesta mengerumuni tin coca cola sambil meneguk air coca cola. Lepas seorang-seorang. Semuanya dalam keadaan ceria dan ada juga yang mengangkat tangan tanda bagus dan sedap. Kepuasan yang tidak terhingga terpancar daripada riak wajah anak murid sahabat aku ini.

Mungkin sudah lama mereka ingin merasa air Coke tetapi tidak berkesempatan kerana selalunya hanya dapat tin kosong. Kali ini mereka dapat air coke yang hampir penuh di dalam tin. Apalagi memang seronok le. Sahabat aku berasa agak hairan sambil berkata dalam hatinya "Bila pulak budak-budak ni ke pekan beli coca cola". Tiba-tiba dia teringatkan tin Coca cola yang berisi campuran air coke dan air kumuhannya. Cepat-cepat dia berlari ke tempat tin tersebut diletakkan.

Dia dapati tin tersebut sudah tiada. Sah la yang diminum oleh pelajarnya itu adalah campuran air kumuhan dan coke.Termenung seketika sahabat aku mengenangkan gelagat anak-naka muridnya yang minum air coke perisa baru. Mungkin bagi anak-anak murid sahabat aku, inilah rasa sebenar air coke menurut pahaman mereka.
Mungkin juga apabila mereka dewasa dan sudah berkelanan ke bandar-bandar besar akan mula membandingkan rasa air coke yang pernah mereka minum pada zaman sekolah dengan air coke yang dibeli di kedai. Mungkin juga ada yang berkata "Mengapa air coke yang aku minum zaman persekolahan dulu lebih sedap berbanding air coke yang dibelinya sekarang". Cuba anda bayangkan situasi ini . Nak bayangkan pun aku tak sanggup...

2 ulasan:

  1. macam2 pengalaman seorang cikgu tuh....

    BalasPadam
  2. thanks atas komen, sahabat akun yang sorang ni memang banyak pengalamannya, insyallah ada banyak lagi cerita menarik yang aku cuba gali daripadanya

    BalasPadam

Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...