Nuffnang

Pengikut

Selasa, 17 Ogos 2010

Ais habuk kayu dalam peti kayu


Pernah dengor tentang ais ketui dalam habuk kayu?. Kalau yang tak peronah mendengornya aku akan ceritakan kecanggihan teknologi menyimpan ais dalam habuk kayu dalam kotak kayu. Teknologi ini telah digunakan semenjak tahun lima puluhan lagi. Bagi mereka yang melalui era ini pasti mengatahui kaedah penyimpanan ais ketui dalam habuk kayu.


Sehingga era 80-an teknologi ini masih digunakan secara meluas terutamanya mereka yang tinggal di kampung dan tidak mempunyai peti ais. Kebiasaannya ais ketui dari takung yang panjang dalam peti sejuk akan dikeluarkan dan ketulan aisnya akan dimasukkan ke dalam habuk kayu bagi melambatkan kadar kecairan ais.


Lagi tebal habuk kayu yang digunakan lagi lambat ais mencair. Apabila ada yang ingin membeli ais, ais akan dikeluarkan dari habuk kayu dan habuk kayu dibersihkan sedikit sebelum ais di potong menggunakan gergaji. Kadar potongan mengikut tempahan yang diminta oleh pelanggang.


Ada yang sekupang, dua kupang dan lima kupang. Setelah itu bahagian ais yang dipotong untuk pelanggan disalutkan semula dengan habuk kayu , dibalut dengan kertas suratkahbar dan dimasukkan ke dalam beg plastik bagi mengelakkan ais mencair dengan cepat apabila di bawa pulang oleh pelanggan.


Kadang-kadang jauh juga jaraknya diantara tempat membeli ais dengan rumah. Sekiranya tidak disalut dengan habuk kayu maka ais akan mencair dengan cepat. Setibanya di rumah air akan dialirkan ke atas ais yang bersalut habuk kayu untuk membersihkannya. Kemudian ais akan dimasukkan ke dalam minuman pilihan.


Sementara itu bahagian lebihan ais ketui yang tidak terjual akan dimasukkan kembali ke dalam kotak kayu yang berisi habik kayu yang banyak. Apabila ada yang ingin membeli ais maka ais akan dikeluarkan semula dari kotak kayu dan proses yang sama akan dilakukan. Begitulah yang akan dilakukan apabila setiap pelanggan ingin membeli ais tersebut.


Pada zaman teknologi habuk kayu ini memang ramai peniaga yang mengambil kesempatan di bulan Ramadhan untuk menjual ais menggunakan kaedah ini. Fenomena biasa apabila banyak peti kayu berisi ais habuk kayu diletakkan dihadapan rumah dengan tujuan untuk memberitahu bahawa mereka ada menjual Ais dalam habuk kayu. Seawal jam 2 petang ais habuk kayu telah mula dijual.


Melihatkan ais yang berketul-ketul banyaknya di dalam peti kayu sahaja sudah menyebabkan minda mula membayangkan betapa sedapnya resepi minuman yang bakal terhasil menggunakan ais dalam habuk kayu. Cendol, air bandung, air tebu, air selasih, lai chi kang pasti membuat meleleh air liur... Indahnya zaman Ais Habuk kayu....


*Jenuh juga mencari gambar ais dalam habuk kayu di google namun tidak ketemu... ada ke dikalangan pembaca blog yang ada gambar ais dalam habuk kayu. Kalau ada anda boleh send kepada saya untuk disiarkan dan dikongsikan pengalaman ini dengan generasi muda

4 ulasan:

  1. eh hilang pulak komen saya tadi huhuhu.

    Masa saya kecil dulu, selalu juga pergi beli ais dalam habuk ni bila tiba bulan puasa di rumah nenek. Dibungkus dgn kertas suratkhabar aje dan diikat dgn tali belati.

    Kena cepat balik rumah. Kalau tak ais tu cair hehehe

    BalasPadam
  2. ye betul tu kalau lambat alamatnya tingge ayor le... best betui kenangan dulu-dulu. sayangnya tak de gambor nak dijadikan sebagai bukti bahawa teknologi ini pernah wujud satu masa dahulu

    BalasPadam
  3. Sy mengajar fizik ni, tetiba dapat soalan nak lambatkan ais mencair. Google jumpa blog ni haha..t.lasiu atasa perkongsian :)

    BalasPadam
  4. Sungguh menakjubkan cara menyimpan ais zaman dahulu era 80-an sangat jauh berbeza. Saya tak jumpa idea simpan air batu dalam habuk kayu kecuali nampak ais dalam peti sejuk. Kecanggihan teknologi zaman sekarang dengan 80-an menunjukkan kepintaran penjual meraih rezeki menggunakan akal fikiran yang sungguh pelik tapi benar.

    BalasPadam

Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...