Nuffnang

Pengikut

Rabu, 25 Ogos 2010

Ada kuasa dalam Matlamat hidup


Dari zaman sekolah hinggalah ke zaman aku bekerja acapakali aku mendengar tentang peri pentingnya matlamat hidup. Aku mendengarnya dalam ceramah agama, sesi motivasi dan juga dalam program direct selling. Namun perkara itu terus berlalu tanpa akau memahami maksud sebenar di sebalik perlunya ada matlamat hidup.


Apa yang aku faham mereka yang ada matlamat hidup akan berjaya dalam apa jua bidang yang diceburi. Aku juga selalu menasihatkan kepada pelajar-pelajar aku tentang pentingnya mempunyai matlamat hidup tanpa aku mengetahui falsafah di sebalik pentingnya mempunyai matlamat hidup.


Ibarat makan tanpa rasa atau mandi tanpa rasa basah. Begitulah kefahaman aku tentang matlamat hidup. Namun apabila aku banyak terlibat dengan program pembangunan minda,ESQ, NLP dan memahami maksud Law of attraction serta falsafah Reiki barulah segala-galanya terseingkap dengan jelas dan terang.


Umpamnaya mengapa kita perlu ada matlamat hidup?. Apa perlunya ada matlamat hidup?. Mengapa orang-orang berjaya mempunyai matlamat hidup yang jelas?. Tidak lain lain tidak bukan matlamat hidup akan menggerakkan seluruh rasa, pemikiran, tindakan dan gerak kerja ke arah satu matlamat dengan semangat satu hati yang sangat jitu dan tidak mampu di ganggu-gugat.


Apabila bayangan matlamat hidup ini sentiasa bermain diminda ia akan menggerakkan semua gelombang yang baik-baik atau gelombang positif ke dalam tubuh kita. Semakin hari semakin kuat gelombang tersebut. Semakin hari semakin dekat kita dengan kejayan. Semakin jelas dan kuat bayangan matlamat hidup maka semakin mudah untuk kita mencapai kejayaan dan kita akan mencapai kejayaan demi kejayaan secara berulang-rulang.


Maka tidak hairanlah orang yang berjaya selalunya akan terus berjaya, Kalu pun ia jatuh mereka akan mampu bangkit dan sterusnya mengulangi kejayaan yang sama. Kadang-kadang mungkin lebih hebat daripada kejayaan yang pertama.


Aku selalu mengambil contoh kejayaan taukeh HPA tuan Haji Ismail. Selepas iklan kopi Radixnya berjaya melekat dalam minda rakyat Malayisa HPA terus memacu kecemerlangan. Kejayaan demi kejayaan yang diraih oleh HPA. Antaranya HPA berjaya membangunkan rangkaian restoran makanan segera berasaskan ayam organik dan beberapa rangkaian restoran lain. Selepas itu juga jualan HPA meletup di Indonesia, HPA juga berjaya mengeluarkan hampir 500 ratus barangan halalan Toyyiba.


HPA juga berjaya memiliki bangunan sendiri di Shah Alam yang bernilai puluhan juta. Anda lihatlah selpas ini pelbagai kejayaan yang bakal di raih oleh HPA. Semunaya kerana matlamat membangunkan pasaran yang bereteraskan Halalan Toiyyibah yang menjadi perjuangan pengasasnya sejak dulu kini dan selamanya...


HPA pernah mengalami zaman gelapnya. Namun berkat matlamat yang tidak pernah goyah HPA bangun semula sebagai sebuah gergasi MLM Bumiputra Islam yang sangat berjaya. Aku percaya HPA bakal menggegar dunia dengan konsep organik, halal dan bersih yang sentiasa diperjuangkannya.. Dengan Motonya produk halal tanggungjawab bersama menjadikan matlamatnya lebih jelas..


Sebenarnya banyak lagi yang aku nak tulis tentang matlamat hidup. Namun untuk kali ini cukuplah setakat ini dahulu.....

4 ulasan:

  1. Salam sahabatku Anjang,
    Akhir-akhir ini orang Islam mempunyai kesedaran tinggi terhadap produk halal, dan HPA berada di landasan yang betul. Kita doakan ia berjaya.

    Melayu selalu fikir nak cepat kaya, tu sebab ramai terlungkup dan tersembam dalam skim cepat kayap..

    BalasPadam
  2. ya tepat sekali komen sahabat apabila berniaga orang melayu nak modal kecil untung nak besar lepas tu nak cepat. Akhirnya tersangkut dalam pelbagai skim

    BalasPadam
  3. yg penting jgn takut utk bangun semula bila jatuh

    ..
    .

    BalasPadam
  4. yes yes seperti burung phoenix bangkit dari abu

    BalasPadam

Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...