Nuffnang

Pengikut

Ahad, 22 Ogos 2010

2 Asang


Setiap kali menyebut nama Asang pasti aku teringat memori indah zaman kanak-kanak. Nama ini seolah-olah menjadi hot button untuk membawa aku menerobos jauh semasa zaman aku kecik-kecik. Ingatan kepada musim deroyan, ingatan stesen bas mengundur di Sungkai dan pelbagai kenangan akan datang dengan sendirinya menerjah ruang fikiran apabila nama Ah Sang di sebut.


Zaman kecilku memang tidak boleh dipisahkan dengan musim deroyan, pokok deroyan dan dusun deroyan. Pendek kata banyak memori indah aku berkaitan dengan Raja Buah ini. Setiap kali musim deroyaan ayah aku akan membawa aku pulang ke kampungnya di Kampung Jambai Tapah Perak.

Semasa musim deroyan inilah akan muncul seorang cina penjual ikan yang bernama Asang. Dari jauh Asang akan tersenyum kerana mengetahui bahawa ikannya pasti laku kerana semua orang kampung tengah berduit. Nama Asang akan dipanggil dari jauh dengan panggilan "Asanggggg....". Tak kira orang tua, orang muda, kanak-kanak cukup suka menyebut nama Asang....

Asang kedua yang kerap mencuit memori zaman kecilku ialah Asang kepala besar yang berniaga kedai menjual jajan di belakang stesen bas mengundur Sungkai. Pada zaman dahulu stesen bas ini sangat meriah kerana kurangnya orang menggunakan kenderaan sendiri seperti bas dan van. Baslah menjadi penghubung untuk ke mana-mana destinasi.

Mahu tak mahu kedai Asang adalah destinasi wajib untuk membeli jajan atau barang permainan untuk di bawa balik. Bas bergerak mengikut jadual contohnya bas ke tempat aku hanya akan bergerak dari stesen pada pukul 8.00 pagi, 11.00pagi, 1.00 t/hari, 3 petang dan 5 petang. Agak lama juga untuk menunggu masa bas bergerak. Sambil menunggu bas bergerak maka kedai Asanglah menjadi sasaran untuk membeli jajan, air minuman atau barang mainan.

Di kedai itulah seorang lagi Asang berniaga bersama-sama emaknya. Kini kedai tersebut tidak lagi meriah dan kini hanya tinggal nyawa-nyawa ikan. Asang pun terpaksa membuat bermacam-macam pekerjaan seperti menjadi konduktor bas, mengutip besi buruk dan sebagainya.

Itu sebab setiap kali menyebut nama Asaang kenangan lama akan silih berganti menerjah ruangan minda. Asang oh Asang.

* Gambar di atas adalah Asang kepala besar yang kini berumur 54 tahun

5 ulasan:

  1. Anjang...durian kampung Jambai memang!
    Bila abang ipar balik Tapah, dan bawa balik...memang kami balun habis...

    BalasPadam
  2. ye ke alamak terharunya den....the best durian kat sini durian batu... sebiji boleh cecah 20-30 ringgit...

    BalasPadam
  3. skrg tgh musim deroyan ni


    .
    .

    tak balik kg??
    bole jumpa asang lg :D

    BalasPadam
  4. sekarang di kampung saya di tapah belum musim durian lagi. Di sungkai memang banyak deroyan

    BalasPadam
  5. Kalau tak silap..famili asang ni ade syer dgn bas hup yik tu..teringat dgn mulut bising asang...siapa yang pernah lepak bus stand sungkai mesti tahu perangai dia

    BalasPadam

Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...