Nuffnang

Pengikut

Khamis, 10 Jun 2010

ESQ 165


Demi matahari dan sinarnya di pagi hari
Demi bulan apabila ia mengiringi
Demi siang hari bila menampakkan dirinya
Demi malam apabila ia menutupi

Demi langit beserta seluruh binaannya
Demi bumi serta yang ada di hamparannya
Demi jiwa dan seluruh penyempurnaannya

Allah, Subhanallah … Allah, Subhanallah
Allah, Subhanallah … Allah, Subahanallah

Allah mengilhamkan sukma kefasikan dan ketaqwaan
Beruntung bagi yang mensucikan-Nya
Merugi bagi yang mengotori-Nya ... Subhanallah


Sejak balik ESQ Triaining inilah lagu yang benar-benar mengesankan jiwa dan raga aku setiap kali mendengarnya. Lagu ini berdasarkah surah Asy-Syam yang menyingkap tentang rahsia alam yang menjadi petunjuk kepada kita semua bahawa betapa besarnya kekuasaan Allah dan Maha benarnya Allah itu sebagai pencipta sesuatu yang ada di langit dan suluruh kosmos. Lagu ini dialunkan oleh kumpulan Snada yang bertajuk Demi Matahri


Aku pun tak pasti macam mana aku boleh measuk training ni. Memang menjadi sifat semulajadi aku apabila sesuatu training itu mendapat sambutan aku akan mula bertanya dalam diri mengapa training tersebut mendapat sambutan dan pasti ada sesuatu yang istimewa kerana naluri manusia memang begitu sifatnya.


Pada mulanya aku menyangkakan training ini macam lain-lain training yang berkisar tentang leadership untuk merubah diri ke arah hidup yang lebih kaya dan bermaknan. Mula-mula aku mendaftarkan diri di Hotel Marriot Putrajaya aku mula kahairanan sebabnya ramai sangat orang yang berjubah dan berpakaian hitam. Namun aku tidak pula merasa ganjil memandangkan aku juga memakai baju hitam.


Semasa mencari parking kereta penjaga parking telah bagi hint kat aku. "Saya pun tak tau itu apa punya training, Dia taruk kain hitam banyak besar, staf hotel pun tak boleh masuk". Penjaga parking menambah lagi "Itu Menteri pun ada, dia punya nama mukriz."


Dalam hati mula berkata-kata "Hah apa pulak ada kain hitam?". Setelah selesai mendaftar aku di bawa oleh seseorang yang tag namanya bertulis ATS untuk mendapatkan tempat. Dewan Training Gelap (macam panggung wayang). Di depannya ada 4 skrin besar yang sedang menayangkan gambar Thur Sina diwaktu matahari naik. Amat indah pemandangannya sambil ada suara sedang membacakan ayat-ayat suci Al-Quran.


Dalam hati terus tertanya-tanya Trianing apa pulak macam ni ada ayat Al-quran, Dewan Gelap, Skrin besar dan effect suara yang sangat kuat. Rasa bergegar dada. Pada mulanya aku agak tidak berapa selesa dengan keadaan ini. Namun aku terus positif. Sedikit demi sedikit aku sudah boleh menangkap maksud dan halatuju Trianing ini.


Rupa-rupanya training mengajak kita untuk kembali kepada fitrah manusia dan mengenal asma tuhan. Sepanjang 3 hari ini entah berapa kali air mata ini mengalir dengan deras mengenangkan keterlanjuran masa lalu. Terasa amat kerdil diri ini berbanding dengan luasnya jajahan takluk Allah Swt...


Kebanyakan peserta yang hadir dihantar oleh syarikat, jabatan dan organisasi tertentu. Aku antara segelintir yang pergi dengan duit sendiri. Yang menghairankan aku mengapa dengan begitu mudah aku menyertai training ini tanpa mengetahui contentnya.


Selalunya setiap kali aku hendak menghadiri sesuatu training atau seminar aku akan menyelidiki dahulu tentang kandungan tarining. Mungkin kehendak ini digerakkan oleh Sang pencipta yang mengetahui jiwa hambanya yang kosong yang memerlukan inayahnya...


Sebenarnya tarining ini mengajak kita mencari sesuatu yang telah lama hilang dari dalam diri. Mengajak kita berubah dan memikirkan betapa bongkak dan sombongnya kita kepada sang pencipta. Sedangkan nikmat, rahmat dan kurniannya kita gunakan setiap hari tanpa berterima kasih kepadnya malahan kita terus melupakannya...... minta maaf aku tak boleh menulis air mata terus menitik.............

9 ulasan:

  1. Terima kasih berkongsi intipati training ni. Kalau ada kesempatan sambunglah lagi.

    BalasPadam
  2. insyaallah apabila ilham menjelma nanti

    BalasPadam
  3. sambung sambung..
    sebagai sharing...

    BalasPadam
  4. anjang sama batch dgn husband tiny la yer..
    tiny pon pegi as alumni..
    lepas ni boleh pegi MCB plaks..

    BalasPadam
  5. Kak Tiny: Saya batch 48, Memang ada rancangan nak gi MCB pulak, cuma kalau boleh nak bagi orang rumah pergi dulu mungkin batch ke 50 Shah Alam

    BalasPadam
  6. Alhamdulillah. Memang begitulah selalunya respons dari peserta esq. Yang sangat menariknya Anjang dengan begitu mudah sekali hadir ke kursus ni sedangkan akak nak yakinkan sorang2 terpaksa melalui berbagai penolakan. Tahniah sesangat kerana punyai hati yang 'zero'. Selalu2lah recharge. Semoga Allah terus menambah kebaikan untuk Anjang.

    BalasPadam
  7. Terima kasih kak lin. Saya berusaha ke arah ZMP walaupun belum mencapainya lagi. Memang niat tu ada untuk selalu recharge. Saya bersyukur kerana tuhan masih sayangkan saya dan masih diberi kesempatan untuk lebih dekat dengan rahmatNya.

    BalasPadam
  8. Assalamu'alaikum...

    Buat julung kalinya dibawakan ke Malaysia !

    ESQ Parenting Seminar
    "Better Parenting for a Better World"

    Pada 10/10/10 (Ahad)
    di SACC, Shah Alam
    akan dibawakan khas oleh Pengasas Model ESQ, Dr.(H.C.) Ary Ginanjar Agustian..
    (Penerima pelbagai anugerah dalam bidang pembangunan dan pembentukan karakter)

    Harga : RM740
    Promosi : RM1180 utk suami&isteri (2 org) - terhad hanya untuk pasangan sahaja
    Untuk : Ibu, bapa, bakal ibu, bakal bapa, pendidik dan mereka yang berumur 18 tahun keatas dan yang ingin mengenali dan mengeluarkan potensi fitrah manusia yang luar biasa.

    Apa yang akan anda dapati dari seminar ini ialah :

    (i.) Fahami peranan & tanggungjawab sebenar sebagai ibubapa yang menjadi faktor utama pembentukan dan perkembangan personaliti anak.
    (ii.) Ketahui bagaimana cara untuk mendorong kecemerlangan karakter & potensi diri anak yang mungkin selama ini tanpa disedari kita telah menghalang anugerah Yang Maha Esa ini pada mereka.
    (iii.) Pendidikan anak tidak cukup hanya sekadar intelektual, maka singkaplah bagaimana cara untuk mencemerlangkan sumber emosi dan spiritual anak
    (iv.) Penyatuan perbezaan pasangan dalam mendidik anak.

    ''Berikan yang terbaik buat permata hati.. Ibubapa cemerlang dambaan setiap insan''

    Untuk pendaftaran dan informasi lebih lanjut tentang training ESQ, sila hubungi ESQ di talian: (03) 7728 1650 / 7725 1651,

    Terima kasih.

    Wassalam..

    BalasPadam
  9. teri kasih... dah daftar dah.... tak sabor nak tunggu hari ahad ni

    BalasPadam

Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...