Nuffnang

Pengikut

Sabtu, 23 Mei 2009

PESTA MENANGKAP IKAN DI NIGERIA






CAPTAIN FUTURE & YOB SALIHIN


Gambar 1 . Yob yang pakai baju cokelat/ baju hitam nizam csi
Gambar 2. Yob yang tengah duduk pakai baju cokelat
Gambar 3. Yob berdiri pakai baju cokelat

* Kadang-kadang aku tengok Yob ngan Nizam macam adik-beradik je. Berbanding dulu Yob memang dah handsome

Captain Future merupakan kisah sains fiksyen yang ditulis oleh Edmond Hamilton. Manakala watak Captain Future dicipta oleh Mort Weisinger pada tahun 1939 di Konvensyen science Fiksyen sedunia. Pada peringkat awalnya ia hanya menjadi cerita-cerita siri dalam majalah.

Cerita Captain Future mula menjadi fenomena diseluruh dunia apabila Toei Animation of Japan telah menerbitkannya dalam bentuk animasi. Lagu Captain Future yang yob dan aku suka tu dicipta olah komposer Jepun Yuji Ohno. Seterusnya siri ini telah dialih bahasa ke bahasa Inggeris, German, Arab, Spain dan termasuklah juga negara kita serta banyak lagi bahasa di seluruh dunia.

Siri ini disiarkan pada penghujung 70an sehingga tahun 80-an dan mendapat sambutan yang menggalakkan di seluruh dunia. Salah sorang yang minat ngan Captai Future ni sapa lagi aku le. Aku nak cerita macam mana aku boleh minat. Yob lah orang yang menyebabkan aku terjerumus untuk meminati Captain Future.

Bila dia bercerita tentang Captain Future ni detail lengkap dengan semua sound effect, lagu tema dan suara watak-watak dalam Captain Future dapat ditirunya dengan tepat dan real macam byunyi asal.

Kadang-kadang dia bercerita sambil bergendang. Mak oii sedap betui bunyi nye. Ternganga aku nengornya. Pendek kata tak payah tengok dah cerita tu. Aku rasa dengor cerita yob lagi best. Ini lah kelebihan Yob. Lepas tu aku mula meminati siri Captain Future ni.

Kata Lee member aku yob ni nyanyi pun sedap. Dia pernah karaoke masa perjumpaan xsis 84 di kl tapi aku tak dapat pergi. Apa pun bila ingat Yob aku ingat Captain Future. Kat bawah ni ada aku tempelkan klip video kartun Captain Future.




Jumaat, 22 Mei 2009

KEMBARA SENIMAN JALANAN








Kembara seniman jalanan merupakan filem tahun 80-an yang aku cukup minat. Filem ni pernah menjadi fenomena sehingga dianggap filem generasi baru. Ditayangkan diseluruh malaysia pada february 1986. Watak utamanya Bujang(M.Nasir) dibantu oleh Osman Tikus (Pyanhabib), kumpulan Sweet Charity dan Search.

Filem ini diarahkan oleh Nasir Jani dan skrip filem ini ditulis oleh M.nasir sendiri.Filem ni sarat dengan idea bagaimana berjuang untuk terus hidup. Memepertahankan prinsip. Lagu dan sajak Balada Osman Tikus cukup melekat dalam kepala aku. Ingat lagi gaya deklamasi sajak bersahaja Pyanhabib.

Kumpulan Search juga baru je menempa nama dalam arus perdana dunia muzik yang dipenuhi muzik-muzik meleleh dan kumal.. Search meletup-letup dengan album pertama Cinta Buatan Malaysia. Dicorong-corong radio kerap memutarkan lagu Kejora dan Balada Pemuzik Jalanan. Tentu kome masih ingat lagi lentikan badan Amy dalam filem tu ketika mengalunkan lagi Balada Pemuzik Jalanan.

Menurut rakan karib aku Cikgu Zainol (Sentiasa hidup dalam blues) Filem ni banyak mempengaruhi hidup dia sehinggalah berjaya menjadi artis seni serta menghasilkan karya-karya seni hebat yang pernah terpamer di Galeri Petronas dan Balai seni Lukis negara.

Daripada segi pakaian, falsafah hidup serta pandangan terhadap alam begitu kuat mempengaruhi kawan aku ni. Begitulah hebatnya pukulan filem ini. Disinilah aku juga mengenali semangat Bujang/Jebat (watak M.Nasir) dan mula meminati karya agung M.Nasir.

PANKAJA KASTURI (Penawar Batuk)

Sejak sepuluh tahun yang lalu batuk dan aku cukup sinonim. Bila mula batuk aku dah mula risau sebabnya kalau dah mula batuk 2 ke 3 bulan le jawabnya. Bila check di Hospital tak de pulak penyakit yang serius. Namun aku memang ada pengalaman hitam pernah termakan s#$%^&.

Agak lama juga aku menderita. Hilang kejap kemudian datang balik sehinggalah aku berubat cara tradisional baru lah kurang. Namun batuk tak terus hilang. kadang-kadang jadi jugak. Cukup merisaukan aku. Kena kipas angin langsung tak boleh. Sikit je kena angin terutama waktu malam batuk la aku. Kadang-kadang sampai pagi batuk. Tertidur sebab dah terlampau letih.

Sampai satu tahap aku dah give up. Sebab check di hospital ok tak de apa. Maka aku cuba mencari-cari maklumat di internet. Macam-macam aliran perubatan aku baca. Macam-macam produk aku cari asalkan yang ada kaitan ngan batuk.

Kemudian aku terbaca satu artikel tentang batuk. Menurut artikel tu antara punca batuk berterusan ialah paru-paru dah tak kuat disebabkan oleh perkara-perkara tertentu. Artikel di cadangkan produk Ayurvedha dan Habbatus Sauda untuk menguatkan semula paru-paru.

Aku pun terjumpalah satu produk Ayurvedha yang bernama Pankaja Kasthuri. Merata kedai aku cari akhirnya jumpa kat kedai yang menjual produk-produk India. Kalau tak silap aku harganya RM 25.00.

Setiap malam aku makan sesudu besar. Rasanya memang rasa rempah ratus. Jintan manis, kayu manis, lada hitam dan sebagainya. Agak pedas sedikit rasanya. Selama seminggu aku amalkan belum nampak kesan. Masuk minggu kedua batuk aku semakin kurang dan kurang dan kurang.

Akhirnya sehingga hari ini aku susah nak kena batuk. Alhamdulillah........ Kalau ada sapa-sapa yang ada masalah batuk cubalah Pankaja Kasthuri. Carilah di kedai-kedai yang ada menjual barangan India. Slogan aku "Paru-paru kuat, batuk sifar".....

PENSIL BOX

Rasanya baru dua hari aku tulis artikel tentang gejala meniru. Tadi aku dapat menagkap seorang pelajar yang membawa nota kecil-kecil di dalam pensil boxnya. Daripada awal lagi aku dah cakap pensil box boleh dijadikan alat untuk meniru. Tapi ramai yang tak mau dengar.

Itu baru sorang yang aku dapat detect. Mungkin pelajar-pelajar lain pun menggunakan kaedah yang sama. Oleh itu sekali lagi aku menyarankan pensil box diharamkan memasuki kelas atau dewan peperiksaan.

Hanya pensil, pen,pemadam dan pembaris sahaja dibenarkan dibawa masuk. Kalau tidak macam ni lah jadinya. Sempat juga aku baca nota kecil yang dia tulis. Lengkap beb. Memang banyak soalan dia boleh jawab.

Rabu, 20 Mei 2009

Remote Ajaib (Kejap ada kejap tak de)

Tadi aku menghadiri mesyuarat NGO yang melibatkan makcik-makcik. Biasa le bila mesyuarat ngan orang tua bukannya mesyuarat tapi menyembang. Penat bercakap pun kadang-kadang mereka tak paham dan kadang-kadang tak dengar (Sound Trouble). Mahu tak mahu terpaksa la ulang tiga empat kali.

Ada seorang makcik ni dia terseluk-seluk dalam beg dia. Aku perhati je apa yang dia cari. Agak lama aku tengok bila dia keluarkan barang tu maka keluarlah remote Astro. Dalam kepala aku makcik ni pun main sorok-sorok remote ke. Sampaikan datang mesyuarat pun bawak remote.

Bila tengok gelagat makcik tu teringat aku gelagat anak-anak aku yang berebutkan remote astro. Kadang-kadang nak pergi sekolah ada la yang akan menyorokkan remote. Kadang-kadang dalam almari, dalam bantal, bawah toto, celah almari baju dan sekali tu aku jumpa dalam peti ais.

Memang parah kes berebut remote ni. Kadang-kadang terpaksa guna kuasa VETO. Kadang nak marah jugak. Mana idaknya kalau anak-anak pergi sekolah agama rakyat waktu petang letih le nak tunggu deme balik. Jenuh le nak nukor satu channel ke satu channel secara manual.

Kelainan meragut nyawa



Manusia suka mencipta kelainan. Sukakan lain dari yang lain. Namun kadang-kadang kelainan mebawa padah sehingga meragut nyawa. Ini yang terjadi kepada pengantin baru di atas.

BALASUNGKAWA HJ. YUSUF B. DIN

Hari ini aku kehilangan seorang lagi jiran yang kembali telah ke rahmatullah. Aku panggil dia ni Pak cik usup. Dia bekas Driver Dato` Seri Junus Wahid mantan Adun Slim yang kontroversi satu ketika dulu.

Orang yang mula-mula pakai kereta kat tempat aku pakcik usup. Merasa la juga masa kecik-kecik aku naik kereta dia. Kereta dia ni selalu meragam. Kadang-kadang kena tolak dulu baru hidup enjinnya. Aku and the gang lah yang selalu menolaknya. Sebagai balasan dia bawak kami naik kereta ronda-ronda. Kadang-kadang singgah kedai dia beli gula-gula.

Zaman dulu kalau dapat naik kereta kira hebat la. Tak tau nak digambarkan keseronokannya. Dapat pulak gula-gula seronoknya. Memang zaman tu semua orang hidup dalam kesusahan. Elektrik tak de, air tak de, jalan pun berlubang-lubang. Kalau ada kereta mewah le kiranya tu.

Satu lagi Pak Cik Usup ni jadi posmen kalau emak dan ayah aku nak hantar barang semasa aku sekolah di ipoh. Sebab masa tu dia kerja ngan Junus Wahid. Pernah sekali dia cari aku sampai jumpa sebab nak bagi buku sejarah takut nanti aku ketinggalan dalam pelajaran.

Masa aku kahwin pun pakcik Usup pergi satu kereta ngan famili dia ke kenduri kahwin aku di Jelai Batu Kurau. Pak Cik usup ngan Famili aku agak rapat jugak. Banyak juga dia meminta pandangan orang tua aku dalam satu-satu hal.

Masa menghantar ayah dan emak aku menunaikan ibadat Haji Pak Cik Usup lah yang jadi drivernya. Banyak sangat aku terhutang budi ngan Pak Cik Usup ni. Cuma aku terkilan masa sakitnya aku tak dapar nak ziarah kerana kesibukan tugas-tugas dunia.

Bila aku melihat kuburnya tadi aku rasa sayu dan sedih kerana hilang lagi seorang yang banyak aku terhutang budi. Kadang-kadang Pak cik Usup ni jadi muazzin kat masjid. Terdengar-dengar suara dia melaungkan azan. Semoga rohnya dicucuri rahmat. Al-Fatihah.........

MUSIM PEPERIKSAAN

Bila tiba musim peperiksaan macam-macam gelagat pelajar dapat dilihat. Salah satunya gejala meniru. Sebenarnya gejala ini masalah lama yang tidak pernah selesai. Aku tak tau sama ada kita pendidik sedar atau sengaja buat tak nampak.

Sebenarnya masalah ini boleh dikurangkan ke angka sifar. Langkah permulaan beg pelajar jangan di benarkan di bawa masuk ke dalam kelas. Pelajar-pelajar juga di larang membawa apa-apa kertas. Pencil box juga jangan dibenarkan di bawa masuk. Hanya beberapa batang pen,pensil dan pemadam sahaja di benarkan di bawa masuk. Sebabnya dalam pensil box kadang boleh diletakkan kertas yang akan digunakan untuk meniru.

Laci meja perlu dipusingkan ke depan. Aku perhati kadang-kadang meja tidak di pusing. Buku dan bermacam jenis kertas pun kadang-kadang ada dalam meja. Ini semuanya boleh di gunakan senjata untuk meniru. Nanti aku ceritakan lepas ni.

Seterusnya Cikgu yang mengawasi calon perlu duduk di belakang. Kerana dari belakang dia boleh nampak semua pergerakan pelajar. Jangan benarkan pelajar memusingkan kepala ke belakang. Kalau perlu bertanya angkat tangan. Pelajar yang banyak buat gerakan mencurigakan letakkan di hadapan sekali atau pun dekat cikgu yang mengawas.

Kertas jawapan dan soalan perlu di tulis nama pelajar. Tulisan gunakan pen. Kerana biasa terjadi pelajar akan bertukar-tukar kertas soalan dan jawapan. Kalau awal-awal ditulis nama pada kertas soalan dan jawapan senang kita nak tangkap dan buktikan kertas siapa.

Apa juga jenis kertas tak boleh di bawa masuk kerana kertas ni akan di carik kecil. Atas kertas tu di tulis jawapan objektif. Kertas tu akan digentel di baling ke bawah meja pelajar lain. Pelajar lain akan ambil dan buka semula kerta itu, maka dapat lah dia jawapannya. Pelajar perempuan juga kadang menyorokkan kertas di bawah tudung.

Kalau kertas tidak dibenarkan di bawa masuk. Peluang dan ruang untuk mereka meniru terus tertutup. Apa sahaja kertas yang kita jumpa ambil dan koyakkan serta di buang.

Satu lagi alasan meminjam pengasah, pensil dan pemadam. Sambil ambil pemadam atau pengasah kertas tu pun dah bergerak. Itu sebab perlu adakan peraturan tak boleh pinjam pensil, pemadam atau pengasah. Mesti bawak sendiri.Apa macam cikgu boleh ke.......

Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...