Nuffnang

Pengikut

Selasa, 6 Julai 2010

Channel Siam vs Astro

Memang best apabila menonoton bola beramai-ramai di kedai mamak. Feel dia memang sukar hendak diungkap dengan kata-kata, tak sama macam menonton di rumah. Setiap kali bola miss ataupun tepat ke sasaran maka setiap kali itulah bergemuruh sorakan satu kedai mamak. Rasa macam kat stadium pulak rasanya....

Yang bestnya kedai mamak ni semua bangsa ada kat sini berbanding kedai tomyam yang rata-ratanya orang melayu sahaja yang menjadi penontonnya. Kat kedai mamak macam-macam jenis orang ada India, melayu cina dan orang asli. Memang betul-betul one malaysia. Semuanya boleh bersembang, bersorak dan bermesra tanpa ada rasa curiga.

Pelbagai peringkat umur yang menyaksikan perlawanan bolesepak ini daripada peringkat kanak-kanan hinggalah ke peringkat veteran. Cuma ada satu sahaja masalahnya dengan kedai mamak tempat aku menonton siaran bolasepak piala dunia ni.

Kedai ini ada 4 tv dan satu skrin besar. 2 TV dan 1 skrin besar menggunakan channel Astro. 2 TV lagi menggunakan channel siam ala-ala Astro. Yang tak bestnya tu channel siam ni lambat 10 saat. Kebetulan sebanyak 2 kali aku terpaksa duduk di tempat channel siam ni.


Anda cuba banyangkan setiap kali mereka yang duduk di channel Astro bersorak, channel siam masih belum bersorak. 10 saat lepas tu barulah channel siam akan bersorak meraikan gol. Alamak macam siaran tertunda la pulak. Memang boring lambat merasa kegembiraan dan keriangan.

Walaupun 10 saat tetapi terasa amat lama. Mula-mula rasa nak marah jugak, tetapi lama-kelamaan dah jadi biasa dan disebabkan lambat bersorak maka perkara tersebut terasa amat menggelikan hati. Setiap kali bersorak akan disusuli dengan gelak ketawa dan suka ria. Memang Happening.

Semasa perlawanan Brazil vs Belanda restoran memang sendat sesendatnya. Duduk pun rapat-rapat. Tak kira dah melayu, cina dan India. Sehinggakan malam tu restoran mamak tu tak cukup gelas untuk buat teh tarik. Cuba anda bayangkan betapa meriahnya suasana. Semuanya satu matlamat menyaksikan perlawanan bolasepak piala dunia dalam keadaan gembira dan harmoni... Kalaulah boleh diterjemahkan dalam kehidupan relaiti yang sebenar kan best...

Ahad, 4 Julai 2010

Sekolah Lembu Version 2.1

Seperti biasa sambil mengajar sambil bersembang dengan pelajar-pelajar adalah cara aku untuk membuat pelajar tidak boring. Kalau tidak bukan saja budak dengan cikgu-cikgunya pun boring. Tambahan pula pada waktu tengah hari rembang, mata pun asyik nak terpejam je. Sehingga kini cara ini sangat berkesan dan aku dapat mengenali secara lebih dekat latarbelakang mereka seorang demi seorang.

Kadang-kadang banyak cerita eksklusif yang aku perolehi daripada pelajar-pelajar ini. Mereka tidak segan atau malu bercerita dengan aku. Tidak kira pelajar lelaki atau pelajar perempuan semuanya sama sahaja.

Yang bestnya tu tidak mengira bangsa . Pelajar India, Cina melayu dan orang Asli semuanya boleh bersembang dengan aku tanpa rasa yang tidak selesa. Umpamanya pelajar asli ni selalu menceritakan kisah mereka yang pergi berjoget sampai mabuk-mabuk kepada aku. Tu yang setiap kali ada joget mereka akan memberitahu kepada aku.

Begitu juga pelajar India yang selalu main judi dan terlibat dengan gangsterisme di luar sekolah semuanya diceritakan kepada aku. Namun pada minggu ini topik yang banyak disembangkan ialah bolasepak piala dunia.

Macam-macam soalan aku tanyakan kepada sekumpulan pelajar campuran pelajar perempuan melayu dan India yang rancak menceritakan tentang pasukan bola pilihan mereka. Ada yang minat Brazil, Argentina, Belanda, England dan sebagainya. Memang hebat pengetahuan mereka tentang Bolasepak Piala ni. Kadang-kadang ada perkara yang aku sendiri pun tak tahu.

Seorang pelajar perempuan India ini sedari awal mendengar perbualan aku dengan pelajar lain dengan penuh khusyuk. Anda ingat lagi tak kisah sekolah lembu. Pelajar inilah yang aku maksudkan. Dia ni memang lemah selemah-lemahnya. Pengetahuan amnya memang kurang. Itu sebab apabila orang bersembang dia banyak mendiamkan diri walaupun adakalanya aku melihat seolah-olah dia nak sangat bercakap.

Melihat lenggok badannya yang ingin memperkatakan sesuatu tetapi mungkin segan, aku cuba bertanya soalan untuk menariknya bercakap. Akupun bertanya "Ini piala dunia awak suka pasukan apa?". Agak lama dia mengambil masa untuk memberi jawapan. Kemudian terpacul satu jawapan yang membuatkan semua mulut ternganga "MU Cigu",. Aku tanya lagi untuk mendapat kepastian kali kedua "pasukan apa?". Jawabnya "MU cigu".

Seketika terhamburlah gelak ketawa yang sangat kuat dari kawan-kawanya. Dia masih tak paham dan turut ketawa bersama. Kesian juga aku tengok dia yang masih tak faham mengapa orang ketawa. Tiba-tiba sekali lagi dia bersuara "MU best Cigu" sambil mengangkat jari tanpa ada rasa yang sebenarnya jawapannya itu menyimpang jauh daripada soalan yang aku kemukakan kepadanya. Maka bertambah kuatlah kawan-kawannya ketawa...

Agak-agak kome perlu tak aku ketawa. Sebab dalam hati ini ada sedikt rasa kasihan bercampur rasa nak ketawa..... Kita lihat Apa kata Survey.........

RX- Water Bamboo Qun


Sedang membelek Surat khabar Metro tiba-tiba ternampak iklan Air Buluh. Wah menarik ni dan unik pulak bunyinya. Perasaan ingin tahu menyebabkan aku terus mengunjungi website yang tertera di bahagian bawah iklannya. Namun hanya penerangan asas yang menyebabkan aku menjadi lebih tertanya-tanya.

Aku terus sahaja mendaftar untuk menghadiri programnya bagi mengetahui apa yang dimaksudkan dengan air buluh. Sambil tu aku mencari juga maklumat tentang air buluh. Apa yang aku jumpai ialah arang buluh yang juga mempunyai manfaat kesihatan yang amat tinggi nilainya.

Memandangkan pada hari pelancaran produk air buluh aku memang tidak ada program lain, maka aku mengambil keputusan untuk ke Shah Alam (SACC) untuk mengetahui apa yang dimaksudkan air buluh. Dalam hati pelbagai persoalan yag timbul.

Setibanya di SACC aku terus ke lobi SACC. Setibanya aku disitu aku dapati ramai orang yang berbaju oren sedang mundar-mandir melihat pelbagai barangan yang di pamerkan. Kemudian aku terlihat logo Worldwellness dan RX- Water.

Dalam hati aku terkena la aku kali ini. Rupanya Direct Selling. Namun aku tetap mengikutinya kerana atas rasa ingin tahu apa yag dimaksudkan air buluh. Yang aku tak berapa puas hati apabila ada seorang brother begitu beria-ria nak menaja aku. Aku buat dek je sebab tujuan aku datang cuma nak tau tetang air buluh.

Mendengar penerangan Dr. Nordin Darus pengasas RX-Water amat mengesankan jiwa aku apabila kelahiran RX-water adalah atas penyakit yang dihidapinya iaitu kanser darah atau leukimia. Yang agak mengerikan aku apabila dia didiagnos menginap kanser darah antara ujiannya ialah memasukkan sejenis alat sepenjang setengah depa ke dalam rongga hidung sehingga berdarah-darah hidungnya. Memang mengerikan...

Sebelum pelancaran Produk dia menceritakan pula apa yang dimaksudkan Air Buluh. Air buluh ialah salah satu bahan dalam filternya menggunakan zat buluh atau di sebut Bamboo Qun. Khasiat tentang zat buluh di singkap semenjak zaman dinasti Ming. Antara khasiatnya mampu membasmi kuman,ada Aura, ada infra red ray dan rasa air menajdi lebih lembut serta sedap.

RX-Water version lama telah dipertingkatkan dengan satu unsur baru iaitu Bamboo Qun atau zat buluh. Teruja juga aku mendengarnya tambahan pula penapis air aku sudah tidak berfungsi dengan baik. Rasanya aku akan trade in kan dengan RX-Water bamboo qun.

Kelebihan penapisa air ini di datangkan 2 dalam 1. Di samping menapis air ia juga berfungsi sebagai ionizer yang berfungsi unutk menyah toksid dalam buah, ayam, daging dan sayur. Bestkan 2 fungsi dalam 1. Siapa yang berminat cubalah.....

Sua Rasa Ipoh 2010

Selepas menghadiri majlis hari bertemu waris di sekolah anak aku, aku mengambil kesempatan untuk ke Sua Rasa 2010 di Ipoh. Ini kali pertama kali aku menghadiri program Sua Rasa yang diadakan di perkarangan Stadium Perak.
Menghampiri Tapak Sua Rasa aku dapati deretan kereta yang di Parking sejauh 2 kilometer dari tapak Sua Rasa. Dalam hati hati aku mula berkata-kata "Jauhnya nak Parking, mungkin terpaksa menapak jauh untuk tiba ke tapak Sua Rasa".
Tambahan pula dengan jalan yang di kawal oleh ramai polis Trafik. Hampir setengah jam terperangkap dalam kesesakan lalulintas menuju ke tapak Sua Rasa aku berdoa kepada tuhan sambil melakukan Alpha untuk mendapat Parking yang dekat dengan tapak pemeran, kalau boleh biarlah betul-betul di hadapan pintu masuk atau pintu belakang Tapak pesta Sua Rasa. Menghampiri bahagian belakang entry Tapak Sua Rasa tiba-tiba ada sebuah kereta yang ingin keluar. Memang nasib aku baik apabila tidak perlu menapak jauh disebabkan tempat tersebut memang hampir dengan pintu masuk bahagian belakang ke Sua Rasa. Terima kasih tuhan....Sempat juga aku mengambil gambar-gambar di Sua Rasa. Namun nasib agak malang apabila sedang leka mengambil gambar Tapak pesta Sua Rasa tiba-tiba bateri kamera habis. Alamak tak dapat le nak ambik gambar Upin dan Ipin.Suasana memang meriah dengan pelbagai produk yang dipamerkan dengan semua syarikat menjalankan promosi secara agresif. Ada seorang pakcik yang menjual kerepek menyuakan kepada aku kerepek yang dijualnya dengan berkata "Pak Cik Sua, Kamu rasa le, Baru le Sua Rasa". Dalam hati aku kreatif juga pakcik ni....
Kalau ikutkan hati memang aku hendak lama disini, kalau boleh sampai malam. Tetapi apa kan daya tuntuan untuk menyaksikan perlawanan Piala Dunia antara Jerman dan Argentina lebih kuat. Maka selepas meronda hampir satu jam 30 minit aku bergerak semula ke kereta dan menuju ke rumahku syurgaku.
Selepas solat maghrib aku bersama 2 orang hero aku bergerak ke kedai mamak untuk mendapat tempat yang strategik. Kalau boleh depan skrin besor. Tetapi malangnya hujan gerimis pulak maka terpaksa le duduk di depan tv di bahagian dalam kedai mamak. Kecewa juga melihat Argentina di Ratah pasukan Hitler.....

HARI BERTEMU WARIS DAN HARI KANTIN SEKOLAH RAJA PEREMPUAN TA`YAH IPOH








PESTA BUKU NEGERI SELANGOR 2010

Pada hari ahad lepas selepas menghadiri pelancaran Produk terbaru Worldwellness Air Buluh di Shah Alam Convention Centre aku terus ke Komplek PKNS yang terletak di seberang jalan SACC untuk melihat pesta buku negeri Selangor 2010.

Suasananya meriah dengan penyertaan pelbagai syarikat buku gergasi di negara kita. Antara genre buku yang mendapat sambutan hangat ialah novel remaja. Antara booth yang dikunjungi ramai pengunjung ialah Booth PTS yang menampilkan banyak buku besr seller.

Antara buku bestseller ialah Buku Travelog Haji karangan Muhd Kamil Ibrahim yang terus mencatat jualan yang memberangsangkan. Peminat buku atau ulat buku sememangnya amat teruja dengan suasana ini yang amat menyeronok dan melekakan. Aku sendiri tak sedar hampir 2 jam masa yang aku habiskan membelek pelbagai jenis buku baru dan lama.

Sedang berjalan dari satu booth ke satu booth aku ternampak booth Media Al-Syabab. Terimbau kenangan lama ketika zaman aku menjadi penganjur Pesta Buku UKM. Syarikat ni sering menyertai pesta buku yang aku anjurkan. Paling kurang pun dia akan menempah enam lot tapak unutk pesta buku. Jualan syarikat ini memang selalunya bagus.

Setiap kali aku menganjurkan pesta buku Taukeh syarikat ni (namanya aku dah lupa) akan menghadiahkan aku 3 naskhah buku. Namun ada juga syarikat yang tidak membayar sewa tapak dengan pelbagai alasan yang diberikan sedangkan jualannya rancak dan memberangsangkan.


Antara tujuan aku ke Pesta Buku Negeri Selangor 2010 ialah untuk mencari buku Teknik Memori Smart Study karangan Osman Affan. Setelah tiba di booth PTS aku meninjau-ninjau dari rak ke rak untuk mencari buku tersebut. Tiba-tiba terpandang buku berwarna kuning dan gambar seorang lelaki sedang mengangkat tangan. Ya Sah ini lah buku yang aku cari. Puas betul rasanya.

Selepas itu aku mula meninjau ke lain-lain booth untuk mencari lain-lain buku yang mungkin menarik minat aku. akhirnya aku singgah di sebuah booth dan tertarik dengan sebuah buku yang bertajuk Dajjal sudah muncul dari khurasan. agak menarik kerana ada gambar Sai Baba di dalamnya. Persoalan mula timbul apa kaitan Sai Baba dengan Dajjal.Tepat pukul 6.30 aku beredar dari Kompleks PKNS untuk bergerak semula ke SACC untuk mengambil kereta. Kemudian Singgah di hentian rehat jejantas Sg. Buloh untuk solat maghrib dan makan-makan. Selepas itu terus bergerak ke Rumah ku Syurga ku dengan badan yang keletihan amat sangat.

Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...