Nuffnang

Pengikut

Isnin, 20 April 2009

MEE JAWA TELUK INTAN




Kalau ke Teluk Intan jangan lupa singgah makan Mee jawa. Aku memang dah lama jadi peminat setia Mee Jawa ni. Kalau ke Teluk Intan ada 3 empat yang aku selalu pergi. Nasi Lambai,Mee Mastan Ghani dan Mee Jawa.




Dulu Mee jawa ni kat gerai lama berhampiran masjid Teluk Intan. Sekarang semua gerai tersebut disatukan di gerai majlis. Tempatnya berhampiran Pejabat Majlis Daerah dan Padang Majlis (kalau tak silap aku padang ni dulu namnya padang speedy.Kalau salah tolong betulkan)




Rasa dia memang sedap. Tapi ada satu lagi perkara yang menarik tentang Mee Jawa ni ialah gelagat taukeh yang menyediakan Mee Jawa ni. Cukup ligat macam kartun ligat. Kalau pergi makan Mee Jawa ni aku terkesima melihat gelagat taukeh ni. Cekap dan ligat. Gerai nya bernombor 25 dan buka pada waktu petang sahaja.

Teh Tarik Place












Hari jumaat minggu aku KL lagi ada sikit urusan peribadi. Tempat pertemuan masih di The Curve. Kalau kat sini kedai yang aku selalu lepak Teh Tarik Place. Suasana nya santai dan rileks. Memang best kat sini. Makanan yang disediakan semua jenis masakan mamak. Roti canai, mee goreng, teh tarik dan macam-macam lagi.

Masa nak balik dalam perjalanan ke Car Park tu aku terdengar satu bunyi live band sedang jamming lagi isi dan kulit. Mak oii bestnya. Terkenang zaman dulu-dulu. Aku berhenti sekejap sampai habis lagu tu. Memang best live band ni. Saksikan antara gambar yang sempat aku rakamkan.

PESTA BUKU ANTARABANGSA KUALA LUMPUR 2009


Agak lama aku tak pergi pesta buku antarabangsa ni. Walaupun agak gawat bulan ni, aku tetap akan cuba pergi hujung minggu ni. Insyaallah minta di sihatkan badan, di panjangkan umur dan di murahkan rezki sampai lah aku ke pesta buku tahun ni. Apa lagi kawan-kawan jom ke pesta buku antarabangsa. Walaupun ekonomi gawat. pengetahuan sentiasa dipertingkat. Knowledge is Power......

KUASA FOREX SEMINAR







Aku memang suka menghadiri sebarang seminar yang bertujuan menambah ilmu pengetahuan terutamanya yang berkaitan ilmu-ilmu baru yang aku tak tahu. Rasa ingin tahu ni yang kadang-kadang menolak aku untuk pergi. Pada 17 ogos 2008 nasir yacob sifu dalam dunia menganjurkan seminar FOREXKuasa Forex.

Yuran untuk kursus ni RM 600.00. Venue nya Hotel Equatorial Bukit Jambul Penang. aku bertolak dari sungkai lebih kurang pukul 5.00 pagi. Sampai di penang pukul 8.00 pagi. 8.30 pagi start la seminar tu. Oleh kerana terlampau khusyuk aku dengo nasir yakob ni bagi talk tak sedar dah dekat tengah hari.

Break tengahari untuk makan dan sembahyang zohor sambung balik pukul 2.30 petang hingga pukul 5.30 petang. Oleh kerana benda ni baru bagi aku. Seronok betul rasnya. Banyak info, maklumat dan pandangan baru yang aku dapat. Bertolak dari penang pukul 6.00 petang sampai rumah 10.00 malam. Walaupun letih tetapi puas rasanya.

Insyaallah aku akan cuba menghadirkan diri ke seminar Azizi Hj. Ali , Sifu Lan dan Irfan Khairi. Tengah kumpul modal ni.

ANTHONY ROBBINS


Antara penulis barat yang aku cukup minat ialah Anthony Robbins. Dua buah bukunya yang sempat aku baca Unlimited Power dan Awakening Giants Within. Memang best dan gaya penyampaian yang bersahaja tetapi praktikal.

Dalam Buku Unlimited Power ada satu bab yang sampai hari ini berulang-ulang kali aku membacanya Section 1 Bab ke 10 : Energy: The Feul of Excellence. Bab ini menceritakan tentang tujuh kunci yang kita perlu tahu untuk kita menjadi sihat dan kekal sihat selamanya.

Insyaallah kalau aku sempat menterjemahkannya akan aku tulis dalam blog ni. Memang bertentangan dengan pendapat pakar-pakar kesihatan lain di seluruh dunia. Kerana apa yang ditulis berdasarkan pengalaman beliau sendiri setelah mecari kaedah yang terbaik untuk sihat dan kekal sihat.

Beliau juga antara pengasas NLP (Neurolinguistics Program) yang merupakan suatu program pembangunan manusia. Banyak seminar-seminar pembangunan manusia yang telah dianjurkan dan selalunya fullhouse. Kalau rajin cari lah bukunya di kedai-kedai buku berhampiran anda.

Sekarang ni aku tengah baca buku-buku tulisan Robert T. Kiyosaki yang juga tak kurang bestnya. Percayalah....

1. SRJK (C) 2.SRJK (T) 3. SRK



Aku nak story sikit satu isu untuk renungan kawan-kawan, kisah ni berlaku di bumi tercinta, dibumi yang aman penuh kasih sayang dan bumi harapan bagi kebanyakan warga asing. Mana lagi kalau tidak Malaysia bumi bertuah.

Bila dengor lagu warisan anak kecil main api sayu pulak aku rasa. sebab bait-bait liriknya macam sudah nak dekat terjadi. Air mata darah bercampur keringat. Bumi dipijak milik orang........ .Nenek moyang kaya-raya.Tergadai seluruh harta benda. Akibat sengketa antara kita. Antara baitnya lagi. Indahnya bumi kita. Warisan berkurun lamanya. Hasil mengalir ke tangan yang lain. Kita kan merintih sendiri....

Jangan salah anggap. aku cuma menghayati apa maksud tersurat dan tersirat dalam lagu ni. Bukan bersifat perkauman jauh sekali bersifat kepartian. Cuma untuk renungan kita bersama dan ada relate dengan isu yang aku nak utarakan.

Orang rumah aku baru balik kursus antara isu yang diperkatakan ialah kedudukan sekolah SRK daripada segi pencapaian peperiksaan awam. Kalau dulu 1. SRJK (C) 2.SRK 3. SRJK (T) Kini keputusannya sudah terbalik 1. SRJK (C) 2. SRJK (T) 3, SRK. Mengapa jadi begini? ha......

Aku memikir mengapa ini terjadi. 1. bagi aku kembali kepada apa yang selalu aku tulis sikap guru sendiri yang tak mahu berubah (Baca artikel aku yang sebelum-sebelum ini tentang guru). 2. Bagi parti politik dan NGO india mereka amat mengambil berat tentang pendidikan. Mereka cukup ngan tuisyen, kem motivasi dan pelbagai program pendidikan yang betul-betul bukan melepas batuk di tangga. Kita buat juga tapi hanya sekadar buat ,janji buat pencapaian nombor dua.

Kadang-kadang yang buat program tu kerna ada tujuan politik. Akhirnya program kita cincai dan hasilya juga cincai. Pernah dengar Institiut Sri Murugan. Rasanya dari zaman aku sekolah mereka dah buat macam-macam program untuk orang india. Hasilnya sekarang ramai profesional india dilahirkan. Parti politik dan NGO orang kita hangat-hangat tahiu ayam kadang ada buat kadang tak de. Tak konsisten. Parti politik dan NGO cina lagi advance.

Malahan mereka tak harap bantuan kerajaan semua program mereka buat sendiri. cari cikgun yang terbaik dalam bidangnya sanggup bayar mahal sikit. Kita semua nak murah, cincai ,janji buat. hasilnya cincai juga.

Kalau begini lah caranya apa yang tersurat dan tersirat dalam bait lagu warisan akan lebih cepat terjadinya. Selalu aku cakap kat pelajar melayu kalau begini caranya lima tahun lagi kita bukan duduk di no 3 tetapi duduk di nombor 4. Siapa nombor 3 ? Orang asli. Sebab orang asli pun amat kuat NGO nya macam-macam program mereka buat. Ramai orang asli yang dah pandai hari ni. Orang melayu masih lena,khayal dan alpa.

Aku cukup takut ngan hari-hari mendatang kerana takut bila kita bagun pada suatu pagi di suatu hari takut BUMI DIPIJAK MILIK ORANG.

Erti Hidup Pada Memberi... Hati!

Pohon Sumbangan Untuk Membaiki Rumah Allahyarham Amran Ahmad



Pohon Sumbangan Untuk Membaiki Rumah Allahyarham Amran Ahmad

Allahyarham Amran Ahmad adalah bekas Pengawal Keselamatan UUM yang telah meninggal dunia pada 15 Oktober 2008 (Rabu). Beliau meninggalkan seorang balu, Puan Siti Kholijah Ismail (35 tahun) dan empat orang anak seperti berikut:

1.Muhammad Hazim Amran (12 Tahun) Darjah Enam

2.Muhammad Irfan Amran(10 tahun) Darjah Empat

3.Muhammad Asraf Amran (6 tahun) Pra Sekolah

4.Nur Syazrina Amran (2 tahun)

Pencen terbitan yang diterima oleh Puan Siti Kholijah Ismail adalah sebanyak RM180.00 sebulan. Wang ganjaran pencen (sekali sahaja) yang diterima dari Kerajaan adalah lebih kurang RM3,000.00 dan disimpan oleh isteri Allahyarham untuk persekolahan anak-anaknya.

Isteri dan anak-anak Allahyarham tinggal di sebuah rumah kecil atas tanah rezab sungai di Kampung Pulau Pisang, Tunjang, Jitra, Kedah. Hasil dari lawatan yang dibuat, didapati rumah ini dalam keadaan yang tidak sempurna. Bumbungnya bocor terutama di ruang tidur keluarga ini di mana terpaksa ditampal dengan plastik-plastik banner UUM yang tidak digunakan lagi. Lantainya reput di sesetengah tempat, tingkap-tingkap dapur rumah anak-anak yatim ini hanya dipaku dengan beberapa keping papan, zink, papan lapis sementara dinding dalam rumah tersebut ada yang ditampal dengan cebisan kotak.

Rumah ini tiada kemudahan air paip dan air terpaksa diambil dari rumah jiran. Puan Siti Kholijah Ismail telah menggali telaga untuk mendapatkan sumber air namun lokasi telaga ini tidak sesuai iaitu dikelilingi tandas jiran-jiran. Tandas dan bilik mandi keluarga ini terletak di luar rumah.

Mengikut pihak kontraktor, untuk membaiki rumah ini memerlukan wang sebanyak RM3,000.00 (untuk hanya membaiki bumbung ibu rumah dan dapur) sehingga RM10,000.00 (untuk membaiki bumbung, tingkap dapur, mengganti ibu rumah yang dibuat dari papan serta menambah sebuah bilik air).

Melihat kepada keadaan rumah anak-anak Allahyarham Amran Ahmad sekeluarga, dan kekangan dari segi kewangan untuk balunya membaiki rumah, besarlah harapan kami agar tuan puan yang prihatin di luar sana menyalurkan sumbangan ikhlas bagi membantu keluarga ini. Semoga dengan sumbangan ini dapat memastikan anak-anak yatim ini mempunyai rumah yang sesuai untuk didiami dan merasai keselesaan seperti anak-anak lain.

NO. AKAUN BANK ISLAM : 02039024574660
NO. IC : 740914-02-5698

*Pembaca blog ni berilah sumbangan ikhlas.

Ahad, 19 April 2009

Kome baca ni kelakor betui

Dipetik dari blog The Antics of Husin Lempoyang

Wow! Jual orang lebih baik dari jual unta

Komunikasi dengan baik

... juga dengan pekerja-pekerja bawahan

Kalau berurusan dengan orang ramai atau rakyat, kena cakap dengan jelas. Dengar dengan baik supaya faham apa yang dimaksudkan. Kalau tidak, masing-masing cakap dan faham lain-lain.

Ini ada satu cerita.

Kisahnya melibatkan sepasang pengantin yang baru berkahwin empat bulan. Pada suatu malam siisteri memeluk leher suami dengan nada manja seraya berkata, "Ayang, period I dah lewat sebulan, tapi I tak boleh nak pastikan lagi sebab kita kena pegi check kat doktor."

Sisuami terasa amat gembira lalu. Dia akan meluang masa untuk pergi bersama berjumpa gynaecologist. Sementara itu, dia meminta isterinya tidak memberitahu sesiapa pun sehingga benar-benar pasti.

Pada suatu hari, pasangan ini dilawati oleh seorang pegawai dari TNB yang datang menuntut bayaran tunggakan letrik. Pegawai TNB tu ketuk rumah bertanya, "Ini rumah Encik Ahmad ker?"

"Ya, saya ni isterinya. Ada apa Encik?"

Pegawai TNB memberitahu, "Puan, saya nak beritahu puan sudah sebulan lewat. Saya kena jalankan tugas. Puan tak boleh tunggu, nanti boss saya marah."

Si isteri hairan pegawai itu boleh tahu dia lewat sebulan. Dengan nada terkejut, si isteri itu membalas balik, "Apa? Macam mana pulak Encik tahu yang saya ni sebulan lewat?!"

Pegawai TNB menjawab dengan selamba, "Ala Puan, ni kan zaman IT, semua tu ada dalam komputer dan kita boleh check Online"

Ini yang membuat siisteri lagi terkejut. "Apa!!! Saya lewat sebulan pun awak semua boleh tahu!"

Dengan tenteram pegawai TNB tu menerangkan, "Relek Puan. Puan baru lewat sebulan. Ada yang lagi teruk sampai 5-6 bulan"

Siisteri yang terperanjat beruk dengan kenyataan pegawai itu memberitahu dia akan bincang dengan suami saya. Pegawai TNB itu pun beredar.

Keesokan harinya, selepas Ahmad dia beritahu oleh isterinya, dia pun naik berang dan terus ambik cuti dan pergi ke kedai TNB yang berdekatan.

Tanpa menghiraukan pegawai-pegawai TNB yang ramai di situ, dia menjerit, "Apa korang ni, isteri saya sebulan lewat pun nak heboh-hebohkan ke dalam Internet. Awak ni semua yang berkeluarga tak pernah lewat sebulan ke?! Bisness apa korang buat niii? Nak kena saman ke?"

Pegawai yang datang ke rumah Ahmad keluar dan mententeramkan keadaan.

"Sabar Encik. Sabar Encik. Apa susah, kalau Cik nak settle perkara ni, bayar je ...," kata pegawai TNB.

Ini membuat si Ahmad naik lagi berang. "Apa? Nak bayar korang? Belahlah ..."

Pegawai tersebut pun memberi peringatan, "Kalau macam tu, kami terpaksa 'potong' Encik punya ..."

"Apa? Potong?! Abih isteri saya di rumah nak pakai apa?"

"Nampak gayanya isteri Encik kena pakai lilin aja laa ..."
Ini jadinya bila lemah dalam komunikasi.

Yang jadi bos pula, berkomunikasi bermakna mendengar keluh resah pekerja-pekerja. Jangan asyik sedap bersyarah. Ambillah kisah kebajikan pekerja.

Kalau besar sangat ego tak mahu dengar, berhentikan saja Dato Najib. Susah orang Melayu yang tak ingat asal usul ... Baik juga kasi hantar masuk SPRM sekali.

Jumaat, 17 April 2009

One Malaysia


One Malaysia atau satu Malaysia gagasan besar kerajaan setelah Tsunami politik selepas kemorostan teruk kepercayaan rakyat kepada BN, Kerajaan serta UMNO. Beberapa siri pilihanraya kecil memberi petanda jelas bahawa krisis ini belum berjaya dipulihkan oleh kerajaan. Malahan sesetengah langkah yang dibuat terus menjadi kebencian dan faktor rakyat lebih jauh ngan kerajaan pada hari ini.

Diburukkan lagi dengan isu pasca perhimpunan agung UMNO dan isu selepas pembentukan kabinet baru. Perlis menyatakan ketidakpuasan hatinya kerana tiada wakil dalam kabinet. Trengganu ibarat gunung berapi yang masih terpendam menunggu masa memuntahkan laharnya.

Tidak kurang hebatnya di Johor UMNO terpecah kepada beberapa beberapa puak. Sambil isu pembentukan kerajaan negeri Perak yang belum reda. Soalnya mengapa ini semua terjadi?. Pak lah yang selalu dijadikan kambing hitam sudah tiada berjaya dilucutkan jawatannya. Kita sudah ada kepimpinan baru dan kabinet yang dikatakan kabinet yang kuat bekerja. Apakah ini semua tidak cukup untuk meyakinkan rakyat.

Jawapannya mudah kerana hari ni BN, Kerajaan dan UMNO hanya merawat simtom bukan merawat punca. Dulu pada tahun 1998 orang kata kerajaan dibenci kerana faktor Mahathir dan pemecatan Anwar Ibrahim . Mahathir pergi Pak lah naik. Nampak juga rakyat kembali sokong BN, Kerajaan dan UMNO melalui kemenangan besar PRU ke sebelas.

Rakyat menuntut lagi menteri yang Expired meletak jawatan atau jangan dilantik sebagai menteri. PRU 12 ramai menteri-menteri gugur diperbatasan. Tetapi masalah tak selesai juga. Apa masalahnya ni?. Lagi sekali kerana Punca nya tidak di rawat. Yang dirawat hanya Simtom.

Rakyat mendambakan pemimpin yang bersih dan tidak korup dan juga mengharapkan kerajaan yang betul-betul bekerja untuk kesejahteraan rakyat keseluhannya. Kalau dikatakan Malaysia negara yang kaya. Maka kekayaan itu dirasai sampai lah ke akar umbi. Orang Kuala Lumpur rasa orang di pedalaman Sabah dan Sarawak pun rasa.

Kalau kita tengok dalam UMNO lebih parah lagi. Pemimpin yang korup itu jugalah yang bercakap soal tranformasi, perubahan dan semua benda yang baik-baik. Sedangkan orang tahu kerja buatnya dan cakap yang tak serupa bikin. Di Bahagian UMNO lebih teruk lagi. Tanah umpamanya kalau dulu contoh ada tanah baru dibuka di Malim Nawar maka orang orang Malim Nawar lah yang akan dapat.

Sekarang apa berlaku buka tanah baru sapa yang dapat. Ketua Bahagian dan kroninyalah yang dapat. Orang tempatan nganga. Buka lah tanah di mana pun yang dapat Ketua Bahagian dan kroninya,proxy, sedara-mara dan AJK Bahagian. Tak percaya pergi cek. Hari ini ahli cawangan UMNO pun tak dapat nikmat apa-apa. Kalau ahli UMNO Cawangan pun tak dapat apa-apa. rakyat biasa sudah tentulah @#$%$%^*

Habis mereka sapu semua. Apatah lagi rakyat marhain yang tidak ada apa-apa kepentingan dalam Parti. Apatah lagi orang miskin yang tiada tanah sebelah mata pun tak di pandang. Negara kaya rakyat miskin.

Orang inilah yang bercakap tentang pembaharuan, transformasi, anjakan paradigma. Pooorah! Ini yang aku cakap tadi UMNO tidak merawat punca tetapi hanya merawat simtom. Samalah juga dengan BN dan Kerajaan. Namun masa untuk najib membuktikan kemampuannya masih awal maka kita tunggu dan lihat.

Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...