Dalam Buletin utama tadi ada sebut tentang simpang. Aku ada kenangan yang mengusik jiwa di simpang ni. Hampir 2 dekad dulu dengar nama simpang pun dah macam ada karan seluruh badan. Begitulah kuatnya Simpang ni menarik jiwa dan raga aku. Sebenarnya aku pernah berkenalan ngan seorang gadis dari Simpang ni.
Aku memang suka kat dia. Rasnya dialah pilihan aku. Malangnya aku tak tau dia suka atau tidak kat aku. Entah-entah aku yang perasan sorang-sorang. Namun kami sering juga berutus surat. Topik perbincangan berkisar kepada perkara yang formal sahaja.
Nak jadi cerita kat Universiti pun kami masih sama. Cuma kali ini aku perlukan kepastian dan sedia menerima apa saja jawapan. Aku nak jumpa dia, dia tak nak. Jadi aku gunakan khidmat posmen tak bertauliah hantar satu surat hidup dan mati sama ada dia suka kat aku atau dah ada orang lain. Jawapan mengecewakan dia dah ada orang lain. Nak buat macam mana orang tak suka kat kita.
Namun sekurang-kurangnya aku puas hati sebab dah tahu jawapannya. Tak da asyik gila bayang teringat-ringat kan dia. Selepas itu aku berazam tak nak lagi terjebak di dalam jerat percintaan (perasan sorang-sorang). Namun takdir tak dapat ditolak berkenalan pula ngan anak manager bank dari Sarawak. Lepas tu putus. Berkenalan pulak ngan mek kelate.
Lama jugak aku ngan dia. Heboh juga isu ni di media gossip kamsis Aminuddin Baki dan Fakulti Ekonomi serta Permadari. Semua orang ingat aku dah confirm ngan dia ni. Namun putus di tengah jalan. Sebabnya dia ajak aku pergi rumah dia kat Kelantan Ketereh ke Pasir Mas aku dah lupa. Aku jadi takut. Dia memang suka kat aku cuma aku belum bersedia nak berkomitmen . Aku sebenornya kesian kat dia. Aku memang suka kat dia tapi pengalaman lalu dan rasa belum bersedia membuatkan aku serba salah. Kalau dia bagi masa sikit mungkin jadi. Kalau orang yang aku maksudkan ada membaca blog ni aku minta maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki.
Lepas tu ada sorang lagi Mek Kelantan ni aku minat betul kat dia. Tapi tak berani nak cakap takut. Orangnya memang lawa dan anak tokeh Emas di Guchil Kelantan. Aku hantar surat. Dia balas dia nak jumpa. ngelabah le aku. Aku bukan macam member aku syarif Lobo selamba je jumpa awek. Akhirnya habih gitu je.
Lepas tu aku bertekad tak mahu terlibat lagi dalam jerat percintaan. Tapi tak boleh tolak juga. Akhirnya semasa menjadi Timbalan Presiden Persatuan Anak Perak (PERMADARI) aku jatuh hati lagi ngan awek TESL ni. Lama juga aku berkawan dulu. Yang ni kekal lama sampai hari ni. Alhamdulillah. Semoga terus kekal sehingga ke akhir ayat.
Tentu korang tertanya mengapa tajuknya dari sungkai ke simpang. Sebenornya member aku ni dulu ada buat satu lakaran pada kertas peta perjalanan rombongan peminangan (saja dia nak usik aku). Atas peta tu tertulislah DARI SUNGKAI KE SIMPANG. Sampai sekarang aku ingat. Surat-surat lama pun rasanya masih tersimpan di rumah ayah aku. Semuanya dah jadi kenangan terindah.
Tengah syok tengok buletin utama keluor berita pilihanraya Bukit Gantang. Dalam klip tu nampak Dr. Zamry turun padang nak menyelesaikan masalah rakyat. Ternampaklah jua aku dibelakangnya YB tempat aku. Perasaan mula bercampur-baur.
YB aku nampak bersungguh-sungguh juga turun padang. Ni yang kadang aku tak berapa puas hati,Geram dan Confuse. Mengapa dia tak buat macam ni kat kawasan dia. Sejak lepas pilihanraya aku tak nampak lagi dia turun padang. Dia bukan EXCO dan tak de tempat pun dalam pentadbiran Zamry. Bukannya sibuk pun. Takkan nak melawat kawasan sendiri pun susah.
Nak jumpa di pejabat pun payah tak pernah ada. Kalau golongan marhain dan algojo macam aku ni sudah tentu lagi susah le nak jumpa. Aku tak da projek dan tender nak di bawa pada dia. Pendek kata tak da economic value. Kalau taukeh cina yang pakai mercedes datang aku rasa tentu senang nak jumpa. Ini kita datang bawak masalah. Mungkin YB aku tak suka dengar masalah rakyat haprak ni. Ana Fening la. Mungkin itu kata-kata hatinya.
Dekat-dekat pilihanraya dulu senang pulak nak jumpa. Hampir setiap minggu ada. Apa sudah jadi ni. Wakil rakyat MIC pun sama je. Bila tanya ada kat mana. Jawab PA dia oversea. Datang minggu lagi satu pun oversea. Buat apa selalu sangat pergi Oversea. Cari mandrem ke.
YB aku ni pun satu hal juga. Nyemedang missing in action. Kalau diamalkan macam ni alamatnya sendiri mahu ingat la. Bak kata Bah Jusa (yang dah pencen dah) shushah, shushah.
Sekitar pertengahan bulan 12 2008 aku menhadiri satu kursus di wangsa maju. Kebetulan tempat kursus aku di tingkat 3 sebuah rumah kedai di belakang carefour wangsa maju. Jenuh juga naik tangga. Balik dari kursus tu aku terus sakit lutut. Lama juga baru ok.
Ditingkat 2 pula terletak pejabat Mawi World. Dibawah sekali terletak restoran Cheng Ho milik amy search. Bila habis je kursus aku pun bercadang nak test menu kat cheng ho ni. Sebelum tu kat pintu depan kebetulan ada Amy Search. Aku angkat tangan dia pun angkat.
Sempat juga aku sembang ngan dia. Aku memang minat kat Amy Search. Masa zaman rock kapak dulu banyak juga lagu dia yang aku nyanyikan masa jem ngan groupn Atan. Antaranya Pelesit Kota. Langit dan Bumi, Isi dan Kulit dan banyak lagi.
Sayangnya tak bawa kamera. Untuk pengetahuan kome aku ada kena-mengena persaudaraan ngan Amy ni. Tapi jauh sangat belah arwah emak aku. kalau nak cerita panjang sangat susur galurnya. Arwah mak dan ayah aku pernah pergi rumah ayah Amy masa ayah dia masih hidup sekitar tahun 80-an. Memang arwah bapa dia marah sangat ngan Amy jadi penyanyi Rock.
Aku nak story sikit tentang restoran cheng Ho.Rasa makanan memang best, sedap dan terangkat. Layanan Tip Top. Ni bukan nak bodek. Konsep masakan Chinese Islamic Seafood " impian untuk membuka restoran ini memang sudah lama saya pendam. Dari dulu lagi saya dah berbincang dengan beberapa rakan untuk merealisasikan impian saya ini. Tapi untuk mencari chef yang sesuai dari dulu tak jumpa. Saya tak mahu orang datang makan semata-mata nak tengok saya tapi saya mahu orang yang datang makan berpuas hati kerana masakan restoran saya," jelas Amy panjang lebar.
"Tak banyak restoran halal berkonsepkan chinese food" katanya lagi.Menampilkan 148 jenis menu, keunikan restoran Cheng Ho terletak kepada kepelbagaian dekorasinya.
Alamat Restoran:
Restoran Cheng Ho Chinese Islamic Seafood 15 & 17G, Blok 3B, Jalan Wangsa Delima 10, D'Wangsa (Belakang Pasaraya Carrefour) Seksyen 4, Wangsa Maju, Kuala Lumpur
Hari ni aku panas hati bila dengor kopi kesukaan aku sekeluarga diduplicate oleh pihak tak bertanggungjawab . Ini macam kes cetak rompak.Berhati-hati dengan kopi cengkudu tiruan. Sebuah kilang milik taukeh cina di penang telah meniru kopi keluaran sureco yang hot di pasaran. Pengalaman aku masa nak beli kopi ni kat kedai biasa mendapati ada kopi ni yang dijual ngan harga yang tersangat murah RM 10.00 sekotak. sedangkan harga pasaran RM22.00 dan harga ahli RM 16.60
Bagi aku kopi ini merupakan kopi yang paling berkesan diminum. Bukan bias, Dah cuba pelbagai jenis kopi namun tak sama macam kopi cengkudu. Bukan nak kata apa la. Bila orang islam yang buat susah nak tipu daripada segi kandungannya.
Kekuatan sureco ialah bahan mentah mereka hasilkan sendiri dan dikilangkan sendiri dan diedarkan sendiri oleh mereka. Maknanya bahannya Halalan toiyibah. Tak perlu ragu. Orang yang menformulasikan kopi ni pun warak orangnya. Kalau kita lihat dia sejuk mata memandang.
Aku sangat rapat ngan taukehnya. Jadi sepanjang yang aku tau memang kopi ini sangat tulen dan higenik penghasilannya. Cuma bangsa laknat ni suka menduplicate produk bumiputra islam yang top di pasaran . Dulu kopi Radix kini kopi Cengkudu. Apa nak jadi ni? Yang bestnya yang jadi barua mengedarkan kopi tiruan ni orang kita juga. Salah sorangnya aku kenal sangat.
Dapatkan kopi yang original di stokis berhampiran anda. Yang di kedai biasa dan restoran banyak yang tiruan. Rasa dan khasiatnya tak sama berbanding dengan yang asli. Sokongalah syarikat bumiputra islam yang memformulasi produk sendiri, yang mengilangkan sendiri dan mengedarnya sendiri. Antara syarikat itu Sureco Corporation Malaysia Sdn. BHD, HPA INDUSTRIES dan ERA EDAR.
Banyak juga syarikat melayu yang bertopeng. Sayrikat melayu tetapi produk disupply oleh syarikat @#$%%^&. Bahan kandungan tak pasti daripada mana sumbernya. Aku sakit hati syarikat macam ni. Seolah-olah kita kena tipu. Ke arah Halalan Toiyibah...
Nanti aku cerita lebih panjang tentang ketiga-tiga taukeh ni yang aku kenal. Cuma taukeh Era Edar dah kembali ke rahmatullah. Alfatihah untuk DR. Azizan.
Pada tahun 1895, orang pertama Yahudi, Yehezkiel Menassah telah berhijrah dari Baghdad dan terus menetap di Penang, Malaysia. Selama lebih dari 30 tahun, Menassah adalah satu-satunya orang Yahudi yang terdapat di negeri ini, di samping beliau terus mengamati dan memelihara hari-hari kebesaran Yahudi serta sistem peraturan pemakanan Yahudi yang dikenali sebagai Kosher (makanan halal versi Yahudi). Setelah tamat Perang Dunia 1, lebih ramai orang Yahudi mulai menetap di Malaysia. Kemudian semasa Perang Dunia II meletus, komuniti puak Yahudi tersebut telah berpindah ke Singapura. Hingga ke tahun 1963, hanya 20 keluarga Yahudi sahaja yang menetap di Malaysia. Hari ini, sekitar 100 orang Yahudi berada di Malaysia. Di Pulau Penang, masih lagi terdapat sekumpulan kecil kelompok Yahudi dan tanah perkuburan mereka di George Town di kawasan persimpangan Yahudi Street (Jalan Yahudi). Kawasan perkuburan orang Yahudi di Penang adalah dianggap paling tertua di pusara negara ini. Kedapatan ukiran pada batu nisan yang tertua di pusara tersebut bertarikh pada tahun 1805 dan yang terakhir pada tahun 1976. Terdapat juga di kawasan perkuburan tersebut kubur seorang pegawai Inggeris Yahudi yang dibunuh semasa Perang Dunia II. Sebahagian besar orang Yahudi yang menetap di Malaysia adalah pelarian dari Rusia. Bila kemuncak Perang Dunia 1, lebih ramai Yahudi berhijrah ke tanah Melayu sehinggalah Perang Dunia ke-2 di mana mereka telah berpindah ke Singapura kerana khuatir di penjara dan diseksa oleh Jepun. Hingga tahun 1963, hanya tinggal 20 orang Yahudi di tanah Melayu. Disebabkan hanya tinggal 20 orang Yahudi, upacara keagamaan mereka tidak dapat dilaksanakan. Ini adalah kerana, 10 orang Yahudi yang berusia lebih dari 12 tahun diperlukan untuk menjayakan mana-mana upacara keagamaan. Jadi, jumlah mereka tidak mencukupi. Tambahan pula, pendudukan Israel ke atas tanah Palestin serta konflik perang Arab-Israel (perang Yom Kippur @ perang 6 hari) menyebabkan masyarakat Islam Malaysia bersimpati dengan rakyat Palestin dan Yahudi di tanah Melayu merasakan ia sebagai suatu ancaman. Lantas, ramai yang berpindah keluar dari tanah Melayu dan berhijrah ke tempat lain (Singapura yang paling dekat) hinggakan ke New York (salah seorangnya ialah Richard Chang), Australia dan Israel. Yang tidak berpindah pula ialah seperti Gus Styne yang merupakan bekas konduktor orkestra RTM. Singapura merupakan penempatan terdekat dan tetap bagi mereka semenjak Perang Dunia ke-2 hingga ke hari ini. Mereka hanya datang ke Pulau Pinang sekadar menghadiri upacara pengebumian saudara mereka dan pelbagai upacara yang lain. Hingga kini, dianggarkan terdapat 100 orang Yahudi di Pulau Pinang dan kebanyakan dari mereka adalah pelarian dari Rusia. Mereka mengikuti rombongan perdagangan dari Armenia yang mana sebelum itu Armenia berada dalam kekuasaan USSR. Chief Master Singapura (mungkin semasa zaman sebelum merdeka) iaitu David Marshall, merupakan salah seorang Yahudi Pulau Pinang. Walaupun negara Malaysia tidak memberi kebenaran pasport bagi warganegara Israel memasuki Malaysia, namun kita harus teliti bahawa, Yahudi tinggal dan menjadi warganegara di banyak negara selain Israel seperti UK, France, German, US, India, China, Australia dan sebagainya. Melalui negara selain Israel itulah bangsa Yahudi dapat datang dan menziarahi saudara mereka Malaysia. Tambahan pula, ada negara lain yg mengamalkan dwi-kewarganegaraan iaitu boleh memiliki dua kewarganegaraan (contohnya, Israel-UK, Israel-France dan sebagainya) berbanding rakyat Malaysia yang hanya boleh memegang satu kewarganegaraan saja. Majoriti Yahudi di tanah Melayu berkomunikasi dalam bahasa Melayu dan Inggeris. Kubur terbaru Yahudi di Pulau Pinang bertarikh pada 1976. Pendudukan dan perkuburan Yahudi di Pulau Pinang ialah satu-satunya 'kawasan' pertama yang diduduki oleh Yahudi di Malaysia dan ada juga yang berpendapat bahawa pendudukan tersebut merupakan pendudukan yang pertama bagi South East Asia. Kubur Yahudi itu terletak di Yahudi Road (juga dikenali sebagai Jahudi Road dan Jew Road. Sekarang di gelar Jalan Zainal Abidin), Pulau Pinang dan masih lagi di bersih dan diselenggarakan hingga kini. Perkuburan tersebut bukan sahaja menempatkan Yahudi dari Rusia dan Baghdad, malah dari keturunan yahudi yang telah menetap di China (Yahudi Cina) dan berpindah ke Pulau Pinang disebabkan polisi komunisme yang diamalkan oleh pemerintah China pada tahun 1949. Mengikut Wikipedia, ada juga yang berpendapat bahawa, pendudukan Yahudi di tanah melayu bermula semenjak kurun ke 9 berdekatan dengan muara di Lembah Bujang dan seterusnya pada kurun ke 18 di Melaka. Semasa pendudukan British di tanah Melayu, ada juga Yahudi yang dilihat bekerja bersama dengan British seperti Eliaho Hayeem Victor Cohen, seorang Leftenan dari rejimen ke-9 askar British Hindia dan terbunuh pada 10 Oktober 1941: "The graves of the Cohens are located separately from the main group of graves on the north-eastern corner of the cemetery and it includes the grave of Eliaho Hayeem Victor Cohen, a Liutenant with the 9th Jat Regiment of the British Indian Army killed in an accident on October 10, 1941. It is the only grave in the cemetery that is maintained by the Commonwealth War Graves Commission [5]. The cemetery is itself managed by a board of trustees established and registered in 1885. With the descendants of the current trustees residing outside Malaysia, the maintenance of the trusteeship is uncertain." Cohen@Kohen pula ialah jawatan dalam Yahudi yang mirip paderi Kristian. Kohen ialah "a direct male descendant of the Biblical Aaron, brother of Moses.". Namun begitu, nama Aaron juga digelar Harun dalam Islam (adik beradik kepada Nabi Musa). Pangkat Kohen juga berkait rapat dengan Temple of Soloman (dikatakan, kuil ini akan dibina semula di atas tapak Masjidil Al-Aqsa yang sedia ada). Dan, pangkat Kohen bukan sebarangan. Soalnya, apa yang menarik minat Yahudi untuk menetap di Malaysia? Sedangkan, pada awal 1900an, 1940an, 1960an, Malaya@negara Malaysia bukanlah maju seperti negara-negara barat yang lain pada waktu itu. Dan, kubur salah seorang yang berpangkat Kohen terdapat di Pulau Pinang. Namun, saya berpendapat bahawa, Yahudi tersebut tidaklah bekerja dengan British, sebaliknya British yang bekerja untuk mereka. Mereka datang hanya memantau kerja-kerja yang akan dilaksanakan oleh British. Dan konsep ini serupa saja pada zaman moden ni di mana US dan UK saja yang sentiasa berada di barisan hadapan baik semasa peperangan mahupun Press Conference, manakala Yahudi pula 'mengawal dan mengarah' dari belakang."
Aku tak tau mengapa sesetengah orang tak suka kehadiran orang ketiga. Aku cukup suka dan memang aku nantikan. Orang rumah aku agak moody kadang-kadang sampai 2-3 hari tak bercakap ngan aku disebabkan orang ketiga.
Aku nak buat macam mana. Takdir Allah menemukan aku dengan orang ketiga. Tak ada apa nak aku kesalkan malahan hidup aku lebih ceria dan gembira berbanding biasa. Aku rasa ramai orang berubah hidup dengan kehadiran orang ketiga.
Arwah emak dan ayah aku pun suka dengan orang ketiga. Kenapa orang lain nak marah. Maknanya dia orang restu lah tu. Siang malam aku membayangkan orang ketiga ni. Aku memang sayang orang ketiga. Siang malam rasa nak dekat je.
Orang lain jangan jealous ha. Ini lah saat indah dalam hidup aku. Terasa perubahan yang besar dalam hidup. Tanggungjawab semakin berat. Namun inilah kekuasaan tuhan yang manusia tak boleh nak tolak kehendaknya. Dari orang ketiga aku dapat orang keempat, kemudian orang kelima dan kemudian orang keenam.
Bersyukur ngan anugerah tuhan mengurniakan aku 2 anak lelaki dan 2 anak perempuan. Cadangnya nak tambah lagi tapi nampaknya dah tak da rezeki. Tak macam member aku Benjo asyik menambah koleksi. Katanya dia masih kuat lagi ha ha ha
Aku masih lagi nak cerita tentang THE CURVE. Tentang sebuah restoran BUBBA GUMP SHRIMP CO. Kalau kome pernah tengok cerita Forest Gump lakonan Tom Hank ada watak seorang negro bernama BUBBA yang pergi berperang ke vietnam. Mereka berdua selalu bercerita tentang kisah peribadi masing-masing. BUBBA selalu cerita tentang kerjanya yang mencari udang di kampungnya. Tom Hank menjadi pendengar yang setia. Tak pernah jemu-jemu nengor ceritanya walaupun diulang banyak kali cerita yang sama.
Mereka berdua bercadang untuk membeli kapal untuk mencari udang dan menubuhkan syarikat yang berkaitan ngan udang. Pendek katanya udang, udang, udang. Siang malam pagi petang cerita tentang udang. Malangnya BUBBA mati dalam medan pertempuran di vietnam. Gump sangat kecewa. Namun balik dari vietnam dia pergi ke kampung BUBBA untuk mengusahakan perusahaan udang.
Mula-mula dia kecewa kerana usahanya memukat udang tak berjaya. Namun berkat kesabaran akhirnya tangkapan udang semakin banyak, semakin banyak dan semakin banyak. Sehingga syarikat udang tersebut menjadi syarikat Multibillionare.
Apa kaitannya dengan THE CURVE. Bila aku tengok restoran BUBBA GUMP SHRIMP CO. aku teringat cerita Forest GUMP. Adakah restoran ini hasil cetusan idea filem ini ataupun Restoran ini rangkaian restoran Franchise Tom Hank seperti Kenny Rodgers. Masih menjadi persoalan. Siapa boleh merungkaikannya email aku. trashlobit@gmail.com
Suatu hari yang bening balik dari sekolah anakku bagi tau dia nak masuk Taekwando. Semangatnya berkobar-kobar macam aku jugak suatu masa dulu. Semua seni pertahankan diri aku masuk tapi semua nya tak lama. Paling lama pun gayung dato` Meor.
Orang menuntut silat hak aku pun masuk. Lepas tu orang kata ada satu silat hebat di Taiping. Nama silatnya silat Pancaindera aku pun pergi menuntut di Assam Kumbang. Kemudian orang kata Silat Noruzzaman Kg Lubuk Merbau Hebat, Aku pun masuk jugak.
Kemudian masuk silat cekak. Aku rasa tak mencabar dan lasak silatnya aku keluar. Masuk pulak Tung Hup Moh Do Kwan macam Taekwando. Yang ni lama sikit. Tapi tak lama juga. Akhirnya aku mengoreksi diri bahawa sebenarnya bukan silat tu yang masalah aku yang bermasalah.
Bila anak aku nak masuk Takwando aku tak halang. Cuma aku takut sejarah lama berulang tak tahan lama. Macam betul je telahan aku. Anak aku langsung tak cerita tentang Taekawando setelah mengahadiri beberapa sessi latihan.
Agaknya mengapa aku tak tahan lama. Masa zaman remaja aku membayangkan bila belajo silat boleh terbang, boleh hilang dan kebal. Bila belajo yang tuk guru ajo tumbuk je bertahun-tahun. kunci sana kunci sini. Mana yang terobang-terobangnya.
Rupanya pemikiran kita ni banyak dipengaruhi oleh filem-filem aksi. Bila dah belajo tak de sampe macam tu kan. Filem aksi tempatan aku paling minat loceng maut. Betul-betul Holiyau..
Jankaan aku 8 atau 9 orang menteri baru akan dilantik dalam kabinet Najib. Hardcore Pak lah sepert Kahlid Nordin, Amir Sham, Tan Sri Noh, Hamid Albar, Rais Yatim rasanya dah tentu tak dilantik dalam kabinet. Azalina juga gelap masa depan. Line-up baru najib dah tentu lah penyokong setia najib.
Zahid Hamidi tentunya menteri penuh dan memainkan pernan yang lebih besar . Namun kita tertanya adakah khairi akan mendapat tempat ataupun Mukriz pula yang dilantik. Apa-apa boleh berlaku. Namun kedudukan menteri MCA dan MIC serta Gerakan rasanya tak tergugat.
Namun apa perubahan yang dibawa perlulah ke arah lebih baik. Rakyat menuntut perubahan yang lebih baik kalau pun tidak yang terbaik. Aku percaya najib ada daya kepimpinan dan dia boleh memimpin dan bakal meredakan sedikit kemelut UMNO dan kerajaan keluar dari perangkap tanggapan dan prasangka buruk. Cuma satu yag aku takutkan faktor orang disebelahnya bakal wanita pertama Malaysia. Itu sahaja yang aku risaukan.
Daripada telekan dan tenungan makrifat aku kalau tak dibendung najib akan ada masalah disini. seperti Pak Lah dimasalahkan oleh khairi. Cara najib melantik orangnya perlu betul seperti melantik hardcorenya yang tidak berbelah bagi. Kabinet Pak lah campur aduk. Musuhnya pun diletakkan di dalam line-up kabinetnya.
Cara Najib mugkin akan sama ngan cara che det . Lapis pertama orang dia. lapis kedua orang dia. lapis ketiga pun orang dia. Kalau bukan orang dia bye bye. Ini yang akan menguatkan dia. Buktinya semasa zaman che det memecat ramai menterinya. Sapa yang tinggal dengannya Kalau tak silap aku Rafidah, Anwar, Megat Junid dan Daim. Namun dia terus bertahan. Kalau Pak Lah dah lama ghuyub.
Ini sekadar pemerhatian aku. kalau betul-betullah. Kalau salah pun tak de apa-apa. Kita lihat siapa yang kena... ha ha ha. Apa pun aku terhutang budi ngan najib. Masa dia menteri pelajaran dia lah yang tolong aku posting balik ke kampung halaman setelah setahun digantung tak bertali gara-gara tak lapor diri first posting. Terima kasih Najib. Orang lain jangan marah ha.....