Nuffnang

Pengikut

Khamis, 27 Januari 2011

Akhir Hayat.....

Anak nombor 3 aku sehingga ke hari ini masih confuse dengan banyak istilah yang digunakannya. Walaupun dah masuk darjah tiga namun perkataan-perkataan yang keluar darpada mulutnya cukup untuk menggamatkan seisi rumah.

Seperti biasa jika aku tidak kemana-mana aku akan sembahyang secara berjemaah maghrib dan isyak dengan anak-anak aku. Seronok rasanya dapat berjemaah dengan anak-anak. Sukar nak digambarkan keseronokannya.

Pada satu hari apabila selesai aku dan anak-anak berjemaah tiba-tiba anak nombor 3 aku bersuara. "Ayah cuba tengok akhir hayat ni...betui ke.". Aku masih terus membaca wirid-wirid lazim. Tak puas hati kerana aku tidak menyahut panggilannya, sekali lagi dia memanggil aku.

"Ayah tengok le Una akhir hayat ni betul ke?". Lain macam pulak bunyinya. Setelah aku menoleh ke belakang barulah aku faham apa yang dimaksudkan oleh anak aku yang nombor 3. Rupanya dia hendak menunjukkan kepada aku cara duduk tahyat akhir sama ada betul atau salah.

Pada satu malam pula selepas aku menggantikan lampu-lampu yang terbakar di rumah.. anak nombor 3 bersuara. "Ayah pasang le lampu lagi kat bilik emak (bilik aku le tu), Una nampak lampu bilik tu dah malam". Tambahnya lagi "Kalau ayah tak percaya mari tengok dah malam lampu ni". Malap dah bertukar menjadi malam. Apa-apa je lah....

Istilah yang ketiga ni yang aku paling tak tahan. Rasa nak berguling aku ketawa... he he he ... aku ketawa dulu yek. Pada tahun ini kuarters guru tempat aku tinggal telah mempunya tukang sapu. Antara tugasnya menyapu dibahagian depan rumah dan kawasan sekitarnya. Ada beberapa pekerja perempuan yang telah digaji oleh pejabat pelajaran daerah untuk tugas tersebut. Biasanya mereka akan menyapu pada hari isnin.

Pada suatu hari semasa hendak menghantar kesemua anak untuk bersekolah agama rakyat pada waktu petang di dalam kereta tiba-tiba anak nombor tiga aku ternampak pekerja-pekerja wanita sedang berehat. Tiba-tiba dia bersuara "Ayah kalau ayah nak tau itu le penyapu". "Penyapu tanya aku?". "Ha tu le penyapu kat blok kita tu". Mula-mula tahan juga ketawa. Lama kelamaan tak boleh tahan terpaksa le terketawa jugek. Tukang sapu boleh bertukar jadi penyapu da......

1 ulasan:

Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...