Nuffnang

Pengikut

Jumaat, 20 Mac 2009

Restoran Mamak Berhantu



Ini restoran tempat aku selalu lepak ngan geng-geng aku. Pelbagai isu telah dikolokiumkan disini. Daripada isu negara sehingga isu-isu yang entah apa-apa. Pelbagai resolusi dan usul dibahaskan. Banyak juga hujah yang bernas dan yang tak berapa bernas di utarakan.

Geng-geng politik pun suka lepak disini terutama masa pemilihan cawangan hari itu. Mamak tu senyum je. Lantak isu apa pun yang kome cerita. Cukup tahun balik india.Yang penting ada masyuk.

Cuma macam biasa la mamak ni memang kuat kelentong. Kalau kira makanan tak pernah yang betul. Dari apa yang aku dengan berdasarkan risikan sumber-sumber dalaman setelah disahkan oleh ketua kampung Poh dan Ajk putri kampung gontong menjelaskan bahawa mereka akan upkan harga makanan yang kita makan.

Katakan harga semua yang kita makan RM 15.00. Dia akan up jadi RM 17.00. 15 tokeh punya 2 ringgit dia punya. Kadang-kadang dia kongsi sesama mereka. Rahsia hanya pecah di perut tidak dimulut.

Makanan tak lah sesedap mana. Kari pun masam. Aku selalu mintak "mamak roti canai satu tapi kuah mau semalam punya." Dia pun senyum je. Itu lah kelebihan mamak kutuk la macam mana dia senyum je. Kedai ni terletak di Bidor Perak. Namanya Murtabak Corner. taukehnya Salem kari kepala ikan yang famous tu.

Walaupun banyak yang negatif tentang kedai mamak dan semua orang tau namun masih ramai orang yang mengunjunginya. Memang berhantu betul.......

Gambar-gambar the Curve Damansara










Balik dari HP HQ aku singgah di the curve. Gambar-gambar yang sempat aku rakamkan

Rabu, 18 Mac 2009

Menunggu pengunjung ke 1000




Masuk bulan ketiga kelahiran blog ni. Alhamdulillah segalanya berjalan lancar. Idea masih belum kering dan sebenarnya banyak bahan yang aku nak muatkan. Namun keterbatasan masa dan hambatan kerja yang banyak mengongkong untuk menulis. Namun segala tulisan sendiri dan petikan dari lain-lain bloggers diharapkan dapat memberi manfaat dan menambah pengetahuan pengunjung blog.




Mana yang baik manfaatkan, mana yang tak baik lemparkan jauh-jauh dan jadikan pengajaran. Bak kata Ramli Sarip AKU MENULIS BUKAN KERNA NAMA. Aku tak sabar menunggu pengunjung ke- 1000 Blog ni. Mungkin minggu ni atau minggu depan atau bulan depan.

Isnin, 16 Mac 2009

Taman Rekreasi Air Panas Sg. Klah Perak Sg. Klah Hot Spring)












Kalau kome semua ada masa lapang berkunjunglah taman rekreasi air panas (TRAP) Sg. Klah. Bawak anak-anak. Memang seronok mandi-manda kat sini teutamanya kat sotong beso. Ralit tak sedo rasenye. Tiba-tiba dah 3,4 jam mandi. Betul-betul holiyau. Dulu aku ingat tak best. Maklum le sg. klah ni selalu sangat aku pegi. Bila sorang kawang ajak aku pegi aku pun pegi le neman kan dia.

Ropa-ropanya best betui. Lepas mandi kat sotong berendam kat kolam ayo paneh dia. Mula-mula rasa tak boleh masuk panas. lama-lama makin sedap udah tak nak keluor pulak.

Kalau nak merebus telor pun ada tempatnya. Ini telo betui bukan telo sendiri. Memang masak telo tu. Kalau rasa tak cukup paneh ada kolam yang lebih paneh kome buleh masuk. Aku dah cube.Langsung tak buleh masuk.

Kalau nak ngurut badan pun ade disediakan teknik ayuverdha. Kalau nak urut refeksologi pun ada juga. Memang disediakan. Tempat makan tak de masalah-macam-macam ada. Kalau cuti umum macam ni memang rame yang datang.Tak percaya kome cube le...
Kalau nak merebus telor pun ada tempatnya. Ini telo betui bukan telo sendiri. Memang masak telo tu. Kalau rasa tak cukup paneh ada kolam yang lebih paneh kome buleh masuk. Aku dah cube.Langsung tak buleh masuk.Kalau nak ngurut badan pun ade disediakan teknik ayuverdha. Kalau nak urut refeksologi pun ada juga. Memang disediakan.

Tempat makan tak de masalah-macam-macam ada. Kalau cuti umum macam ni memang rame yang datang.Tak percaya kome cube le... Kalau hari rabu kome buleh singgah kat mus tomyam tepi petronas sugkai boleh menikmati sup burung unta. lepas mandi singgah kat situ.


Cara nak pergi, keluar tol sungkai. ambik sebelah kiri. Lepas tu follow singboard banyak singboardnya memang tak sesat. Satu lagi kereta boleh parking kat bahagian parking dalam , jangan parking kat luor. jauh nak berjalan. Ok aku nak pergi makan kenuri dulu. bye.....

KEM PLKN SINARAN SUIRIA, SUNGKAI PERAK

Hari-hari berulang alik dari rumah ke sungkai aku tak perasan ada satu kawasan baru sedang dibangunkan berhampiran hendra lama. Cuma bangunannya nampak dari jauh. Aku tertanya-tanya bangunan apa tu. macam sekolah pun ada. mungkin sekolah tamil batu 3 yang selalu banjir tu dipindahkan ke situ. tapi tak logik terlampau besar kawasan dan banyak bangunannya.
Pandangan tempat ni lebih jelas kalu kita melalui lebuhraya utara selatar arah ipoh. Bila singboardnya naik baru aku tau rupa-rupanya kem PLKN. Mungkin oleh kerana kedudukannya yang sedikit tinggi dan terdedah kepada cahaya matahari yang banyak maka dinamakan lah kem sinaran suria.
Cerita yang aku dengar kem ini milik MIC dan akan memulakan intake pertama tahun ini. Segala-galanya dah get ready. Pembinaannya cepat da lancar. Agaknya projek kerajaan sekarang semua dah laju tak de yang tertangguh-tangguh lagi. ada satu lagi projek yang bakal dibangunkan di sungkai dengar cerita instiut latihan. Lokasinya depan smk sg. kruit berhampiran kuil india. Makin meriah le sungkai.
Cuti-cuti ni singgah le ke Sg. Klah Hot Spring. Nanti aku terbitkan semula tulisan lama aku tentang hot spring. Lepas berendam dalam kolam air panas sedap betui rase badan. Apa ke henya kak bab.

MRSM FELDA, TROLAK JAYA,SUNGKAI,PERAK

Pembinaan MRSM pertama felda memenuhi aspirasi dan kehendak hampir 300,000 keluarga peneroka di seluruh negara. Kalau sebelum ini semai bakti menjadi pilihan anak-anak cemerlang felda kini satu lagi alternatif pendidikan yang dikhaskan untuk anak-anak felda seluruh negara. Hanya 10% dibuka kepada orang luar.
Yang banyak mendapat manfaat ialah anak-anak generasi kedua felda termasuklah aku. Itupun kalau keputusan penilaian 5A. Ini bagi mengekalkan kecemerlangan dan tahap pendidikan yang berkualiti sesuai dengan fungsinya sebagai MRSM sulung untuk anak felda.
Lokasinya terletakdi trolak jaya. kalau dari tol slim anda belok ke kanan menuju ke sungkai.(kirakira 10 kilomeer) Kalau dari tol sungkai anak belok ke kiri menuju ke slim river (kira-kira 6 kilometer).Pecah tanah telah dirasmikan oleh Dato` Seri Najib Tun Razak. Pembinaannya berjalan dengan lancar . Dijangkaakan menempatkan 1200 pelajar. Pelajar sulungnya telah memulakan sessi pengajiannya pada tahun lepas dengan menumpang tapak kolej komuniti felda.
Aku juga mengimpikan sebuah sekolah khas untuk anak-anak guru. Kita mengajar anak orang tetapi kita tiada kemudahan daripada segi pendidikan anak-anak. Rasanya polis ada sekolahnya sendiri begitu juga tentera. Mungkin selepas ini boleh diwujudkan MRSM untuk anak-anak guru. Adios, Amigos
Lagi sekali gambar tak boleh upload

MPH dan POPULAR

Singgah di JJ semalam aku terus ke MPH nak tengok buku baru yang ada. Tak de yang berkenan. Belek punya belek tak da juga yang berkenan juga. Lepas tu sebelum keluar JJ aku singgah di POPULAR. Aku dapati banyak buku yang aku berkenan. Habis juga la kat RM 100.00.
Buku yang aku paling sika tentang HAMAS yang menceritakan tentang sejarah HAMAS yang berjaya menjatuhkan Fatah dalam pilihanraya. Baru aku faham sedikit mengapa kuasa barat tak suka ngan HAMAS ni. Dalam forum carigold banyak kisah aneh yang berlaku semasa peperangan israel ngan Hamas. Ada tentera Israel mendakwa nampak tentera berjubah putih. Senapang meletup sendiri dan macam-macam lagi. Bahan tu ada dalam komputer aku yang kena kilat tu. Kalau komputer dah ok aku keluarkan bahan tu kat boog ni

Sauk, Kuala Kangsar, Perokkkkk kak bab

Semalam aku sekeluarga ke sauk untuk melihat bapa saudara yang tak berapa sihat. Bapa sedara aku ni abang kepada arwah mak aku yang tua sekali. Aku masih ada 2 bapa saudara sebelah arwah mak aku. Seorang lagi di Teluk Pasu Manir Kuala Trengganu.
Dalam perjalanan ke Sauk tiba-tiba abang ipar telefon dan katanya dia ada kat Hot Spring Sg. Klah. Dia menginap di Felda Residence.Serba salah nak terus ke Sauk atau nak patah balik. Namun aku ambik keputusan untuk teruskan perjalanan. Kira-kira 2 jam di rumah bapa saudara aku sekeluarga meminta diri untuk beransur dulu. Memandangkan aku dah janji ngan anak-anak untuk singgah di Ipoh.
Kami ke JJ di Ipoh untuk membeli keperluan rumah lepas tu makan time. Kali ni aku sekeluarga menikmati makan malam di Dataran Ipoh di warung sup. Wow memang kow dan terangkat sup dia. Anak aku order Cha Kuew Teow katanya sedap jugak. Selepas itu aku sekeluarga bergerak pulang ke rumah. Tiba di rumah pukul 1.30 pagi. Amat meletihkan.
Kemudian hari ini abang ipar singgah dirumah. Esok mungkin ke KL nak hantar komputer aku yang kena kilat ke HQ HP. Malam ni banyak kerja nak diselesaikan. Gambar masih tak boleh masuk blog sebab aku pakai brodband celcom yang terlampau slow..... Komputer aku tak boleh connect ngan modem di rumah. Cobaannn........

Sekolah Menengah Sains Tapah Perak





Bagi memperkasa sektor pendidikan terutamanya di daerah Batang Padang sebuah sekolah menengah sains telah didirikan di sebidang tanah milik kementerian pelajaran. Bagi memenuhi aspirasi dan kehendak penduduk setempat maka pembinaan terus rancak dijalankan.



Kontraktor utama pembinaan Panzana telah menjalankan tugas mengikut jadual. Serentak dengan itu juga pejabat pendidikan daerah Batang Padang akan didirikan disebelahnya. Dan dibelakang Pejabat Pendidikan daerah tersergam indah kuarters pendidikan yang menempatkan pendidik yang berkhidmat di sekitar Tapah.



Bersetentang dengan sekolah sains terdapat kem 25 askar melayu Diraja. Kesemua prasarana ini terletak di jalan pahang. Jalan yang menuju ke Cameron Hingland. Selepas anda keluar dari Tol Tapah anda belok ke kiri. Kira-kira 2 kilometer daripada simpang tol Tapah anda akan berjumpa lokasi Sekolah Menengah Sains Tapah yang menjadi mercu kemajuan pendidikan di Daerah Batang Padang

Sabtu, 14 Mac 2009

Selamat pengantin baru













Tadi aku mengahadiri majlis perkahwinan sepupu di kg. jambai tapah perak . Suasana meriah dan diadakan secara gotong-royong dalam suasana kampung yang tenang dan mendamaikan. DJ bertugas pun memilih lagu-lagu yang sesuai dengan majlis. Cuma lagu hindustan tu hancur habis.

Yang aku kesali pengantin datang lambat tak dapat nak ambik gambar. Apapun tahniah kepada ketua kampung dan semua penduduk kampung yang bertungkus lumus menjayakan majlis tersebut. Apapun sempat juga aku ambil gambar jambatan baru dan sungai batang padang yang tak pernah lesu mengalir.

Lupa pulak aku nak cerita yang kahwin ni anak bapak sedara aku dan abang kepada arwah mak aku. Dia pun dah arwah jugak. Apa yang aku tak boleh lupa dengan arwah bapa sedara ni dimana pun dia jumpa aku masa aku belajar pasti dia akan menghulurkan duit. Selalu juga dia mengingatkan pada arwah mak aku hantar duit pada aku masa aku belajar. Kepada pembaca blog bacakanlah al-fatihah kepada kedua-dua arwah ni. Al-Fatihah..........

Bila mengenangkan arwah emak dan bapa saudara aku rasa nak mengalir air mata. Betapa caring dan loving nya mereka kat aku. tak terbalas jasanya. Lately aku amat tersentuh dengan perkara-perkara macam ni. Perasaan bercampur-campur. Bila melihat air sungai batang padang mengalir jauh macam tu lah rasanya hanyut jauh perasaan tu.

Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...