Pada tahun ini sekolah aku mendapat seorang Mat Saleh dari US menjadi penolong guru bagi subjek Bahasa Inggeris. Program ini adalah sebahagian daripada program yang diumumkan oleh Menteri pelajaran Tan Sri Muhyiddin Yassin bagi memperkasakan penggunaan Bahasa Inggeris di kalangan murid-murid.
Sekolah aku terpilih dalam progran tersebut. Seorang anak muda berkelulusan undang-undang ditempatkan di sekolah aku. Tapi agak unik Mat Saleh ni fizikalnya tak berapa tinggi. Rendah je orangnya.... Tugasnya bukan mengajar tetapi hanya membantu guru yang mengajar Bahasa Inggeris. Hanya sebahagian guru yang dapat bertutur bahasa Inggeris yang dapat bersembang dengannya.
Namun terdapat juga sebilangan besar yang tidak pernah bersembang denganya kerana kurang mahir berbahasa Inggeris. Ada seorang Cikgu ni cukup takut nak bersembang.....dan katanya dia hanya tahu perkataan-perkatan asas yes...no.. dan Allright.....Dalam benak fikiran aku ada lagi Cikgu yang macam ni....Dari riak wajah Cikgu tersebut dia memang benar-benar ketakutan bukannya ketakutan yang dibuat-buat....
Aku sempat juga bersembang dengan Mat Selah ni... Katanya dia berasal dari Kentucky....Apabila dia menyebut Kentucky Teringat aku tentang Kentucky Fried Chicken....Kata Mat Saleh ni Restoran KFC yang pertama terdapat di sebuah tempat yang bernama Coben...Disitulah asalnya KFC. Sehingga sekarang restoran tersebut masih beroperasi.. Dan antara event penting di Kentucky ialah Kentucky Derby iaitu perlumbaan kuda yang diadakan pada setiap tahun di situ...Ini antara produk pelancongan utama Kentucky.....
Apabila mengenangkan Cikgu yang takut sangat nak bercakap Bahasa Inggeris maka tiba-tiba aku terkenangkan akan cerita bapa mertua aku semasa berkhidmt dalam askar... Tuannya di dalam askar menggelar sesiapa yang tak tau cakap Inggeris dipanggil SEPATAH HARAM. Apabila ada event yang melibatkan penggunaan Bahasa inggeris tuannya akan mengeluarkan arahan "SEPATAH HARAM duduk diam-diam....."
Alahai SEPATAH HARAM.......









