Nuffnang

Pengikut

Khamis, 11 Ogos 2011

Bestnya Moreh Zaman Kanak-kanak

Zaman kanak-kanak zaman yang sangat indah. Terutamanya dalam bulan puasa. Masih segar diingatan setiap kali Ramadhan Masjid menjadi tempat berkumpulnya kanak-kanak di kampung aku. Ada yang menunaikan sembahyang terawikh. Ada yang datang sekadar nak makan moreh selepas sembahyang Terawikh. Ada juga yang datang nak menguji kekuatan (Yang ini aku akan ceritakan kemudian).



Memang menjadi Tradisi di tempat aku setiap kali selepas sembahyang Terawikh akan dihidangkan moreh atau makan selepas sembahyang Terawikh. Ada pelbagai jenis juadah yang dihidangkan. Kadang-kadang sedap kadang-kadang on par je. Tetapi kini tradisi tu dah tak der. Satu lagi yang best apabila setiap hari diadakan majlis berbuka puasa di masjid di tempat aku. Kini Majlis berbuka puasa diadakan pada hari tertentu sahaja.


Satu lagi yang best ditempat aku apabila semua jemaah dah balik, maka aku dan geng akan bermain dengan kerantung dan tabuh masjid. Huh memang best dapat menabuh tabuh masjid. Macam-macam bunyi yang keluor. Kalau sekarang ni buat macam tu alamatnya kena kejor dengan orang tua-tua le.


Dulu sembahyang terawikh berlarutan sehingga pukul 11.00 malam kerana dilaksanakan sehingga 23 rakaat. Kalau imam lambat bacanya alamatnya akan melangkau melebih pukul 11.30 malam. Mana-mana imam yang baca laju akan menjadi pilihan. Penuh la Saf sampe belakang. Kalau imam baca lambat jawabnya beransur-ansur lah jumlah jemaah semakin lama semakin kurang. Bagi kanak-kanak macam aku bermain adalah aktiviti utama. Sembahyang kejap lepas tu main. Selesai je orang sembahyang kami pun mula le makan moreh.


Apabila semua orang tua dah balik apa lagi bermain kerantung dan tabuh menjadi aktiviti yang sangat menyeronokkan. Kenangan tak bisa dilenyapkan bak kata lagu Jamal Abdillah... Bestnya moreh zaman dulu.....

2 ulasan:

  1. Ada orang tua zaman zaya kecik2 dulu, suka 'seluk' anu waktu bebudak sujud... Kelakor sangat. Moreh zaman dulu sama macam yang Anjang alami. Tapi di tempat saya masa tu, moreh tak dibuat tiap malam.. Bergantung kepada sedekah dan rezeki. Kalau ada, makan.. Kalau takde, balik peh habis tarawih..

    BalasPadam
  2. Betul tuan Brahim Nyior... orang tua zaman dulu kuat bergurau.. ada jugek yang kuat nyakat...Moreh tempat saya macam tu le ropenya...Majlis berbuka puasa memang tiap-tiap malam ada....termasuk moreh lepas sembahyang terawikh...

    BalasPadam

Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...