Nuffnang

Pengikut

Rabu, 10 April 2013

Besar betul cicak ni

Melihat kanak-kanak bercakap amat menyeronokkan...Mengusik mereka juga amat menyeronokkan terutama apabila mereka membalas setiap usikan  kita. Aku cukup suka mengusik anak seorang rakan yang dibawa ke sekolah setiap kali dia habis sesi sekolah TASKA nya. Responnya tu yang kadang-kadang amat mencuit hati.
 
Hati kanak-kanak ni masih putih mulus...tak de apa dosa...apa yang dikatakan mereka memang dari hati mereka..... Teringat semasa kecil anak-anak aku juga begitu...Setiap yang dikatakan mereka kadang-kadang melucukan dan kadang-kadang menusuk ke hati juge...
 
Namun kita tak buleh le ambik hati apabila mereka berkata-kata...anggaplah ia sebagai hiburan.... Kalau diambil serius setiap kata kanak-kanak maka kita pun samalah macam kanak-kanak tersebut. Berbual dengan kanak-kanak amat mendamaikan jiwa.....
 
Ada satu cerita yang pernah dinukilkan oleh seorang sahabat aku di alam cyber...Katanya anak sedaranya amat pelat...antaranya beliau selalu menukarkan huruf J kepada huruf T. Umpanya perkataan Jahat jadi Tahat.... Perkataan Pejam jadi Petam... Pada satu hari.....Jeng-jeng..... dia melihat seekor cicak memanjat dinding. Lalu dia berkata "Ayah Cicak Pan*at dinding"...
 
Tersentak ayahnya mendengarkan apa yang dikatakan oleh anaknya....Anda cuba bayangkan apabila huruf J pada perkataan Panjat ditukar kepada huruf T....Tak sanggup aku nak menyebeutnya...Pandai-pandailah anda mentafsirkannya.......

Selasa, 9 April 2013

Timbang, Bulan dan Mata

Aku memang suka bergurau......Dengan anak-anak murid dan juga dengan rakan sekerja....Ada sahaja perkara yang aku cuba guraukan demi mewujudkan suasana yang ceria....Bak kata pepatah Inggeris Laughter is Medicine..... Namun aku tak pasti sama ada ada pihak yang suka atau tak suka....Yang pastinya aku akan terus begitu sebab aku tak suka duduk salam suasana yang stress...
 
Aku tak berapa suka suasana di waktu luar waktu mengajar....terutamanya dengan bahang kehangatan pilihanraya PRU Ke-13....Kadang-kadang aku jadi menyampah apabila terlampaau banyak cerita-cerita politik....Itu sebab kadang-kadang apabila orang buka bab politik aku akan menghindarkan diri dan cuba menukar topik....Walaupun sebenarnya akau ada hujah nak mematahkan hujah yang diutarakan...
 
Sebab membicarakan hal politik akan menyebabkan suhu perbincangan menjadi sangat panas....Menyebabkan stress dan kadangkala boleh menyebabkan kemarahan..... Aku tak de berkira sangat sapa yang akan memegang tampuk pemerintahan asalkan mereka itu Orang Islam dan Orang Melayu.... Apabila aku tidak membicarakan soal politik aku rasa lapang kepala otak....Semua orang aku boleh kawan...tak kira parti timbang, parti bulan atau parti mata....
 
Aku benci betul dengan orang-orang yang taksub politik.....semua info politik bagi aku susah aku nak percaya.Aku  lebih percaya apa yang ternampak depan mata atau apa yang sudah dilakukan...Tak kira sama ada dari parti pemerintah atau pembangkang.....Ambik le jalan tengah...duduk diam-diam...hari mengundi ikut la kata hati........ Beberapa hari lepas  tempat aku didatangi Treler Negara berkebajikan...Disebabkan speakernya kuat sampai ke romah aku boleh dengar apa yang dihujahkan...
 
Corak penyampaian masih sama seperti politik 80-an dan 90-an...Zaman itu memang aku selalu mengikuti ceramah parti-parti politik terutamanya ceramah Hj. Hadi dan Mat Sabu....Semuanya aku percaya dan telan bulat-bulat....Begitu juga dipihak parti pemerintah....coraknya masih sama juga......Tiada perubahan.....Sikap Wakil Rakyat masih sama macam dulu...Tiada anjakan Paradigma...... Jadi aku mengambil jalan tengah diam.... Keadaan ini menyebabkan aku boleh kawan dengan semua orang.....
 
Entah le....Adakalanya risau jugek tentang nasib kita selepas PRU-13...Namun serah semuanya kepada tuhan kerana hanya dia mengetahui apa yang terbaik untuk hamba-hambanya....Peace Yo.....

Big Or Small

Sehingga hari ini aku tidak ada masalah dengan pelajar....Mana-mana kelas yang aku masuk mereka dapat menerima cara aku mengajar...alhamdulillah dan syukur pada tuhan yang memberikan pelbagai idea kepada aku untuk menarik perhatian mereka terus mendengar apa yang aku ajar. Rahsia tersebut mungkin akan kongsikan satu hari nanti dalam bentuk sebuah buku.
 
Tadi aku masuk dan mengajar di kelas hujung...Seperti biasa di kelas hujung ni banyak penemuan-penemuan yang melucukan berlaku.... Seperti biasa aku akan memulakan kelas dengan menulis nota yang paling ringkas sesuai dengan tahap pemikiran mereka...Yang penting mereka dapat sedikit apa yang aku ajar..... 
 
Seperti biasa juga teknik bacaan kuat dan ulangan aku gunakan untuk mengajar di kelas hujung ni....Suasananya akan jadi gamat apabila mereka cuba membaca kuat dan berulang-rulang.....Selesai aktiviti berkumpulan aku akan menjalankan sesi individu.... Di dalam aktiviti ni aku akan minta seoarng demi seorang mengulang dan menyebut sesuatu yang aku ajar sehingga betul.
 
Hari ini aku menyuruh mereka menyebut nama penasihat Jawatan kuasa Perpaduan Antara Kaum atau CLC iaitu Sir Malcolm Mc. Donald. Seorang demi seorang pelajar menyebut...apabila tiba giliran seorang pelajar ini tiba-tiba dia menyebut Sir MAGNUM Mc. Donald.... Alamak lain macam bunyinya...Aku menyuruhnya menyebut sekali lagi.... Tetap dia menyebut Sir MAGNUM Mc. Donald....Wa Parah ni....
 
Aku pun bertanya kepada pelajar tersebut apa itu MAGNUM.... Pelajar itu menjawab..."Tahu Cikgu....itu nombor cikgu...Saya punya bapak ada beli".... Belum sempat aku bertanya lebih lanjut seorang  pelajar perempuan menyampuk dan memberi penenrangan kepada aku dengan  bersungguh-sungguh  "Cikgu ayah saya beli  Magnum dan TOTO...Selalu dia menang Cikgu ...kadang-kadang RM 1,000 kadang-kadang sampai RM 3,000"Dalam hati aku...Parah ni.....
 
Seorang Pelajar yang duduk dibarisan belakang yang sedari tadi diam cuba mencelah "Ayah saya pun beli Cikgu......ada jugek kena..tapi dia beli Magnum je Cikgu....". Apabila aku tanya seorang demi seorang majoriti bapa mereka pernah membeli MAGNUM atau TOTO....Apa nak aku katakan lagi...
Tiba-tiba seorang pelajar lagi mencelah "Cikgu saya sendiri pun ada bili.....Itu Big ka Small?" dia tanya aku.... Mana  le aku tahu.....
 
Melihat keadaan ini maka tak hairanlah budak-budak tak menjadi dalam pelajaran sebab sumber rezekinya........Tak nak la aku menyebutnya........

Isnin, 8 April 2013

Kalau makbul.....parahhhhh Bro....

Apa yang aku nak ceritakan ini aku jumpa isunya dalam salah satu buku yang aku peronah baca...Aku dah tak ingat tajuknya dan jenuh aku mencari semula buku itu tak jumpa-jumapa....Namun ada satiu cerita yang amat mencuit hati aku dan aku masih ingat dengan jelas ceritanya ...Kisahnya berlaku di hadapan Kaabah....Apabila berada dihadapan kaabah sudah tentu orang akan berdoa bersungguh-sungguh sehingga boleh menitiskan air mata....
 
Menurut penulis tersebut sebaik meghampiri Kaabah dia terdengar seseorang berdoa dengan kuat dalam Bahasa Arab sambil diaminkan oleh sekumpulan orang (mungkin mereka daripada kumpulan yang sama...Dengan doa yang mendayu..maka ramailah yang menitiskan air mata....
 
Tetapi yang tak bestnya apabila terdapat sedikit kesalahan sebutan yang membawa makna perubahan yang besar dalam doa tersebut... Sepatutnya  doanya ialah Minazzulumati ilannur... Yang membawa maksud daripada kegelapan kepada cahaya...Tetapi  doa yang dibaca berbunyi begini Minanazzulumati ialannar...yang membawa maksud daripada kegelapan kepada neraka....Kan jauh maknanya...
 
Menurut penulis dia terpaksa menegur pembaca doa tersebut...Dah lah di hadapan Kaabah...buatnya makbul doa tersebut tak ke haru.....Tu kadang-kadang elok le baca dengan bahasa sendiri kan senang...lebih feel terus sampai maksudnya.....anda bayangkan bagaimana doa tersebut merayu-marayu sambil menitiskan air mata semata-mata untuk ke Neraka....Tak ke lawak bunyinya...Dah le di hadapan Kaabah pulak tu.....he he  ..... Tak boleh nak dibayangkan.....

Ahad, 7 April 2013

Maafkan aku Ibu......

Pagi itu aku bersiap-siap untuk ke Teluk Intan bagi menghadiri mesyuarat penandaan kertas Bahasa Melayu 2 SPM. Untuk tiba awal di Teluk Intan aku bangun lebih awal daripada biasa. Sedang aku bersiap-siap ibu aku bangun untuk ke tandas sambil mengheret-heret kakinya....Aku bertanya kepada mengapa....Dia menjawab tak de apa..... Masih jelas terbayang di ruang minda ini bagaimana payahnya beliau mengheret kakinya ke bilik air.....
 
Setelah bersiap dan berpakaian lengkap aku menuju ke kereta. aku hidupkan enjin kereta dan terus memecut laju ke Teluk Intan. Sambil memandu fikiran masih tertanya-tanya apa yang berlaku sebenarnya kepada ibu aku...... Tak pernah dia mengheret kakinya seperti...Sebenarnya pada pagi itu aku tersepit antara hendak membawa ibu ke hospital atau ke tugas wajib dan tidak boleh di tolak iaitu mesyurat penandaan kertas....
 
Sedang aku menanda kertas tiba-tiba......Seorang PA di sekolah tempat aku menanda kertas mengetuk pintu dan memaklumkan kepada aku ada panggilan kecemasan... Aku dah mula tak sedap hati...Sepanjang perjalanan menuju ke pejabat untuk menyambut telefon bermacam-macam perkara bermain di kepala. "Abang balik le emak........ " Terdengar suara isteri aku dihujung talian sambil teresak-esak menangis.....
 
Tanpa berlengah aku memecut laju balik ke rumah......Setibanya di rumah aku mengambil isteri dan anak-anak dan terus menuju ke hospital....Tiba di hospital Slim River aku dapati ibu terlantar di katil wad emergency dalam keadaan tak sedarkan diri..... Aku betul-betul menyesal mengapa la pagi tadi aku tak terus bawak ibu aku ke hospital. Menurut Doktor yang merawat ibu aku kalau ibu aku dibawa lebih awal  ke hospital stroke ibu aku mungkin dapat dicegah......
 
Akhirnya beliau disahkan mengalami Stroke yang menyebabkan beliau tidak boleh bercakap, tidak boleh berjalan dan lumpuh sebelah kiri badan...... Ibarat halilintar membelah dada...aku termenung lama....Mengapa? mengapa ? dan mengapa aku tak bawa ibu aku ke hospital pagi tadi...Aku dah nampak keadaanya mengheret-heret kaki untuk ke bilik air.....Bodohnya aku....Aku betul-betul menyesal........
 
Sekiranya aku mengeluarkan air mata darah pun tak berguna lagi.....Aku dah tak dapat tengok ibu berjalan seperti biasa...aku dah dapat tengok ibu ketawa seperti biasa.....aku dah kehilangan sebahagian keupayaan fizikal emak........Dan yang lebih memilukan aku dah tak dapat bercakap dengan emak aku.....Hilang tempat aku meluahkan perasaan apabila aku ada masalah....Hilang juga tempat aku mencurahkan kasih-sayang aku......Segala-galanya hilang....
 
Pagi itu adalah pagi terakhir aku melihat ibu aku berjalan dalam dunia ini....Pagi itu juga kali terakhir aku bercakap dengan ibu aku....dan pagi itu juga aku melihat dengan penuh sayu ibu mengheretkan kakinya untuk ke bilik air...... Mengapa la aku tak bawa ibu aku ke Hospital....Sehingga hari ini pertanyaan itu terus menerpa dalam minda setiap kali aku terkenangkan arwah ibu.....
 
Setiap kali mengenangkan peritiwa itu aku dapat membayangkan dengan jelas Ibu mengheretkan kakinya ke bilik air.......Setiap kali itu juga berjurai-jurai air mata aku berguguran.......Setiap titisan adalah menifestasi betapa menyesalnya aku kerana tidak memahami penderitaan ibu yang mungkin dalam hatinya mengharapkan aku membawanya ke hospital....Mangapa aku tak paham atau tak cuba memahaminya......Entah lah.....Maafkan aku ibu.....Ibuuuuuuuuuuu.........
 

Woiiii aku takut....

Masa aku kecik-kecik dahulu aku cukup takut dengan orang yang memakai ski mask seperti gambar di atas. Ketakutan yang amat sangat sehingga ke tahap aku akan memekik dan menangis setiap kali bertembung dengan orang yang memakai Ski Mask. Aku tak tau mengapa aku berasa sangat takut dengan orang yang memakai ski mask.
 
Pada zaman itu orang yang memakai ski mask ialah mereka yang menaiki motor. Aku pun tak tau apa sebabnya....Apabila mereka menanggalkan topi keledar maka akan teserlah ski mask yang mereka pakai...Yang aku paling takut apabila pemakai ski mask hanya nampak mata. Aku selalu membayangkan mereka yang memakai ski mask adalah sejahat-jahat manusia.
 
Pernah sekali semasa aku nak menaiki Bas dari stesen bas Express Medan kidd Ipoh tiba-tiba  aku ternampak seorang yang memakai ski mask berwarna hitam menuju ke arah kaunter tiket bas Express.. Kebetulan aku berada disitu...Apalagi aku menjerit sambil menangis sekuat-kuatnya....Melihat keadaan itu arwah emak aku memeluk aku sekuat-kuatnya.....
 
Emak aku juga mengetahui yang aku amat takutkan orang yang memakai ski mask.....Kadang-kadang apabila melihat orang memakai ski mask naik motor atau melihat orang tersebut dari jarak jauh...muka aku bertukar pucat sepucat-pucatnya..... Hari ini ski mask amat popular dikalangan pemotong rumput.......Kebanyakan pemotong rumpit akan memakai ski mask.....Eiiii takutnya aku....

Sabtu, 6 April 2013

Mat Rock dan Panggung Cathay

Sedang menanti di bahagian  hadapan Panggung Cathay di Ipoh tiba-tiba aku ternampak kelibat seorang Mat Rock dari jauh....Fizikalnya tidaklah berapa tinggi.....Dari jauh dia tersenyum dan melambai tangan kepada rakannya yang berada berhampiran kaunter tiket panggung Cathay... Aku masih ingat lagi dia memakai seluar ketat jalur putih merah dengan rambut yang mengerbang panjang....
 
Sekitar 1987 merupakan zaman Rock yang sangat happening....Mereka yang memakai seluar ketat dan berambut panjang adalah fenomenan biasa. Aku yang masih bersekolah tak dapatlah berambut panjang dan memakai seluar ketat. Namun jiwa tetap rock. Disebabkan aku tinggal di asrama maka setiap kali nak berouting hujung minggu terpaksalah memakai baju sekolah. Memang leceh bro...
 
Selepas Nasir Jani meletup dengan filem Kembara Seniman Jalanan beliau telah menghasilkan sebuah filem lagi yang bertajuk Rozana Cinta 87. Antara faktor yang menarik orang ke panggung menonton filem tersebut ialah kerana imej rock nasir jani dan juga dalam filem tersebut terdapat satu scene Kumpulan Lefthanded mendendangkan lagu Keadilan.... Tiba je di scene ni mat rock  mula menjerit. Memang terasa Aura Lefthanded....Best Bro...Wa cakap lu...
 
Walaupun filem tu filem Cinta tetapi tetap menarik ramai Mat-mat rock menontonnya..... aku juga tak ketinggalan untuk menonton filem tersebut..... Berbalik kepada cerita aku tentang Mat Rock yang memakai seluar jalur merah putih tadi....Sebenarnya dia juga datang ke panggung kerana ingin menonton filem tersebut bersama rakannya Mus May..... Mat Rock yang aku maksudkan ialah vokalis kumpulan Bloodshed iaitu Rosdan Baharom.
 
Sewaktu aku sampai di panggung Cathay aku dah nampak Mus May....tak berapa lama selepas itu aku nampak pula kelibat Rosdan Bloodshed...Mat-mat Rock yang lain memang dah ramai di hadapan panggung Cathay.. sempat memerhatikan gelagat mat rock yang menggunakan bahasa lu dan gua.... Macam-macam bentuk accessories yang mereka pakai...... Rock Tetap di Hati.....
 

Pretty Women 1

Teringat aku zaman cinta sekolah........Segala-galanya indah dan manis....Semua yang dilakukan hanyalah satu matlamat untuk menarik perhatian si Dia....Aku memang tak pernah merasa perasaan itu sebelum ini....Suka kat seseorang memang ada...tetapi dalam diam je la....Tapi kali ini  entah mengapa hatiku bergetaran.... Walaupun sebenarnya kadang-kadang aku rasa macam aku syok sorang-sorang je...Perasan tersebut sukar aku nak mengambarkannya....
 
Surat adalah medium penghubung antara kami berdua....dapat surat macam dapat emas...bahagia.... perasan rindu terubat seketika....Sehari tak melihatnya rasa tidak keruan..... Masa tu tak tengok orang lain dah...Dia la buah hati pengarang jantung... Dialah segala-galanya dan segala-galanya adalah dia... Setiap kali cuti sekolah adalah masa penderitaan....
 
Berat betul derita kerinduan hati dan perasaan...Nak telefon takut..tak berani.....Namun setiap kali sekolah dibuka semula perasaan untuk masuk kelas membuak-buak ibarat letusan gunung berapi St. Halen. Memandang kelibatnya sahaja sudah menggetarkan hati dan perasaan......Apabila menatap wajahnya hilang segala kerinduan seketika.....Habis waktu sekolah kerinduan bertamu semula....
 
Suatu hari....terdengar Cinta telah beralih arah.....Cinta hati ada dating ngan orang lain....Ibarat halir lintar membelah bumi...ibarat kaca terhempas ke batu.....Rasa diri ini kerdil sekerdil-kerdilnya....ibarat terperosok ke lembah asing yang amat sunyi.... Hanya air mata mata yang tidak menitis.....Memang betul-betul terjadi makan tak lalu, tidur tak lena dan mandi tak basah....Apa salah aku ?.... Atau hina sangatkah aku ini? atau rendah sangatkah martabat aku ini? atau tak layakkah aku ini?.... Semua pertanyaan menerpa satu demi satu dalam kotak fikiran....
 
Oh tuhan apa hikmah si sebalik kejadian yang berlaku......... Selama hampir seminggu perasaan sedih ini menyelubungi diri.....Pada hari minggu aku membawa hati yang lara ini menonton wayang. Ceritanya Pretty Women lakonan Richard Gere dan Julia Robert.....Cerita tersebut sedikit sebanyak mereleasekan perasaan hampa yang bersarang dalam jiwa....Selesai cerita tersebut aku hayunkan kaki ke arah yang aku sendiri tak pasti ke mana arah tujuannya....... Sambung lagi...

SEPATAH HARAM

Pada tahun ini sekolah aku mendapat seorang Mat Saleh dari US menjadi penolong guru bagi subjek Bahasa Inggeris. Program ini adalah sebahagian daripada program yang diumumkan oleh Menteri pelajaran Tan Sri Muhyiddin Yassin bagi memperkasakan penggunaan Bahasa Inggeris di kalangan murid-murid.
 
Sekolah aku terpilih dalam progran tersebut. Seorang anak muda berkelulusan undang-undang ditempatkan di sekolah aku. Tapi agak unik  Mat Saleh ni fizikalnya  tak berapa tinggi. Rendah je orangnya.... Tugasnya bukan mengajar tetapi hanya membantu guru yang mengajar Bahasa Inggeris. Hanya sebahagian guru yang dapat bertutur bahasa Inggeris yang dapat bersembang dengannya.
 
Namun terdapat juga sebilangan besar yang tidak pernah bersembang denganya kerana kurang mahir berbahasa Inggeris. Ada seorang Cikgu ni cukup takut nak bersembang.....dan katanya dia hanya tahu perkataan-perkatan asas yes...no.. dan Allright.....Dalam benak fikiran aku ada lagi Cikgu yang macam ni....Dari riak wajah Cikgu tersebut dia memang benar-benar  ketakutan  bukannya ketakutan yang dibuat-buat....
 
Aku sempat juga bersembang dengan Mat Selah ni... Katanya dia berasal dari Kentucky....Apabila dia menyebut Kentucky Teringat aku tentang Kentucky Fried Chicken....Kata Mat Saleh ni Restoran KFC yang pertama terdapat di sebuah tempat yang bernama Coben...Disitulah asalnya KFC. Sehingga sekarang restoran tersebut masih beroperasi.. Dan antara event penting di Kentucky ialah  Kentucky Derby iaitu perlumbaan kuda yang diadakan pada setiap tahun di situ...Ini antara produk pelancongan utama Kentucky.....
 
Apabila mengenangkan Cikgu yang takut sangat nak bercakap Bahasa Inggeris maka tiba-tiba aku terkenangkan  akan cerita bapa mertua aku semasa berkhidmt dalam askar... Tuannya di dalam askar menggelar sesiapa yang tak tau cakap Inggeris dipanggil SEPATAH HARAM. Apabila ada event yang melibatkan penggunaan Bahasa inggeris tuannya akan mengeluarkan arahan "SEPATAH HARAM duduk diam-diam....."
 
Alahai SEPATAH HARAM.......

Jumaat, 5 April 2013

Monolog Celaru

Adakala rindu datang bertamu....Rasa rindu itu semakin kuat menerjah perasaan..... Memang itulah perasaanya....Aku amat pasti....Akhir-akhir ini perasaan itu semakin kuat....Semakin di fikirkan semakin kuat perasaan rindu itu... Tak terdaya rasanya nak menepis perasaan itu...Semakin dalam difikirkan semakin dekat rasanya dengan rindu itu....
 
Lautan kasih dan zat cinta mula meresap ke urat nadi.....Mengakari sehingga mencengkam kuat umpama akar tunjang yang menghujam jauh ke dasar bumi....semakin hari semakin kuat...semakin hari semakin kuat....Bukan rasa yang dibuat-buat ...tetapi rasa-rasa yang memang aku rasa setiap hari...Namun adakah aku menemui cahaya dihujung terowong.....
 
Berat rasanya beban yang aku galas......Sesekali perasaan itu hanyut jauh ke laut lepas....Namun perasaan itu datang kembali dengan lebih kuat......Tak tau aku apa petandanya...Adakah musibah atau nikmat....Kalau ia musibah minta dijauhkan...Tetapi kalau ia nikmat Kau teruskanlah... Aku Redho dengan ketentuan itu.....
 
 Aku amat pasti yang aku amat sayang dengan rasa rindu itu.....setiap detik aku menantikan....Rasa rindu yang amat menghibur dan mendamaikan hati.......Umpama kolam-kolam kering yang merindui kehadiran air memenuhi sehingga ke dasarnya....Kadang-kadang rasa rindu itu menerobos jauh ke dasar hati yang terdalam....Kadang-kadang timbul dipermukaan....Namun janganlah di padam rasa rindu itu.....
 
Kerinduan....rindu....merindu.....semuanya menyatu dalam kesatuan. Kesatuan yang amat pejal sepejal bongkah-bongkah batu di pergunungan.....Namun kadang-kadang rasa  rindu itu pergi jauh meninggalkan aku...... Namun kadang-kadang ia kembali dekat sedekat Nyawa dan Badan. Yang saling memerlukan antara satu sama lain...Saling melengkapi antara keduanya....Berilah aku rasa rindu yang kekal abadi......Abadi dalam kesatuan dua jiwa.......

Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...