Nuffnang

Pengikut

Ahad, 7 April 2013

Maafkan aku Ibu......

Pagi itu aku bersiap-siap untuk ke Teluk Intan bagi menghadiri mesyuarat penandaan kertas Bahasa Melayu 2 SPM. Untuk tiba awal di Teluk Intan aku bangun lebih awal daripada biasa. Sedang aku bersiap-siap ibu aku bangun untuk ke tandas sambil mengheret-heret kakinya....Aku bertanya kepada mengapa....Dia menjawab tak de apa..... Masih jelas terbayang di ruang minda ini bagaimana payahnya beliau mengheret kakinya ke bilik air.....
 
Setelah bersiap dan berpakaian lengkap aku menuju ke kereta. aku hidupkan enjin kereta dan terus memecut laju ke Teluk Intan. Sambil memandu fikiran masih tertanya-tanya apa yang berlaku sebenarnya kepada ibu aku...... Tak pernah dia mengheret kakinya seperti...Sebenarnya pada pagi itu aku tersepit antara hendak membawa ibu ke hospital atau ke tugas wajib dan tidak boleh di tolak iaitu mesyurat penandaan kertas....
 
Sedang aku menanda kertas tiba-tiba......Seorang PA di sekolah tempat aku menanda kertas mengetuk pintu dan memaklumkan kepada aku ada panggilan kecemasan... Aku dah mula tak sedap hati...Sepanjang perjalanan menuju ke pejabat untuk menyambut telefon bermacam-macam perkara bermain di kepala. "Abang balik le emak........ " Terdengar suara isteri aku dihujung talian sambil teresak-esak menangis.....
 
Tanpa berlengah aku memecut laju balik ke rumah......Setibanya di rumah aku mengambil isteri dan anak-anak dan terus menuju ke hospital....Tiba di hospital Slim River aku dapati ibu terlantar di katil wad emergency dalam keadaan tak sedarkan diri..... Aku betul-betul menyesal mengapa la pagi tadi aku tak terus bawak ibu aku ke hospital. Menurut Doktor yang merawat ibu aku kalau ibu aku dibawa lebih awal  ke hospital stroke ibu aku mungkin dapat dicegah......
 
Akhirnya beliau disahkan mengalami Stroke yang menyebabkan beliau tidak boleh bercakap, tidak boleh berjalan dan lumpuh sebelah kiri badan...... Ibarat halilintar membelah dada...aku termenung lama....Mengapa? mengapa ? dan mengapa aku tak bawa ibu aku ke hospital pagi tadi...Aku dah nampak keadaanya mengheret-heret kaki untuk ke bilik air.....Bodohnya aku....Aku betul-betul menyesal........
 
Sekiranya aku mengeluarkan air mata darah pun tak berguna lagi.....Aku dah tak dapat tengok ibu berjalan seperti biasa...aku dah dapat tengok ibu ketawa seperti biasa.....aku dah kehilangan sebahagian keupayaan fizikal emak........Dan yang lebih memilukan aku dah tak dapat bercakap dengan emak aku.....Hilang tempat aku meluahkan perasaan apabila aku ada masalah....Hilang juga tempat aku mencurahkan kasih-sayang aku......Segala-galanya hilang....
 
Pagi itu adalah pagi terakhir aku melihat ibu aku berjalan dalam dunia ini....Pagi itu juga kali terakhir aku bercakap dengan ibu aku....dan pagi itu juga aku melihat dengan penuh sayu ibu mengheretkan kakinya untuk ke bilik air...... Mengapa la aku tak bawa ibu aku ke Hospital....Sehingga hari ini pertanyaan itu terus menerpa dalam minda setiap kali aku terkenangkan arwah ibu.....
 
Setiap kali mengenangkan peritiwa itu aku dapat membayangkan dengan jelas Ibu mengheretkan kakinya ke bilik air.......Setiap kali itu juga berjurai-jurai air mata aku berguguran.......Setiap titisan adalah menifestasi betapa menyesalnya aku kerana tidak memahami penderitaan ibu yang mungkin dalam hatinya mengharapkan aku membawanya ke hospital....Mangapa aku tak paham atau tak cuba memahaminya......Entah lah.....Maafkan aku ibu.....Ibuuuuuuuuuuu.........
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...