Nuffnang

Pengikut

Ahad, 7 Jun 2009

Made From India


Gerai mamak memang sentiasa penuh. Nak kata makanannya sedap bagi aku biasa je. Ada satu perkara yang aku suka perhati kat kedai mamak ni. Apabila aku nampak muka-muka yang tak biasa aku nampak hari-hari sebelumnya. Selalunya mereka ni pekerja baru yang baru datang dari India. Cakap melayu pun tak berapa tau.

Hanya ada beberapa menu yang dia hafal. Sebut yang lain sikit neglabah la dia. Satu hari member aku yang sorang ni nak mengenakankan mamak baru ni. Sebelum tu dia beli makanan siam pulut campur santan dan ada hirisan pelam diatasnya (mungkin macam gambar di atas). Apabila tinggal sikit lagi makanan tu dia pun panggil mamak baru datang dari india ni. "Mamak kasi macam ni satu lagi" Dia mengangguk dan menulis sesuatu di atas kertas (Confident je).

Selang dua minit dia bawak chief dia datang dan tunjukkan makanan yang member aku makan. Apalagi jenuh la kena kutuk dan marah dengan chief dia. Antara perkataan yang aku faham "Bodoh, mana ada makanan ni kat sini?". Terkulat-kulat mamak baru tu kena marah.

Aku ngan kawan aku yang memang dari tadi nak ketawa tapi tahan je. Mula je mamak tu menulis sesuatu kat atas kertas aku ngan kawan dah tahan dah. Bila dia bawak chief dia lagi kuat rasa nak ketawanya. Bila chief dia kasi khutbah kat dia terketawa juga akhirnya. Kena mamak tu. Selalu mamak kena kan orang (kira tak pernah betul). Kali ni dia pulak kena kwah, kwah,kwah

CURIOUSITY ANAK-ANAK




Sedang aku memandu kereta di Ipoh anak aku yang nombor tiga tu bertanya "Ayah , orang yang dalam gambo tu kat mana rumah dia?". Sempat juga aku tengok bunting yang tergantung kat tiang letrik tu.

Ropanya gambor Sultan Azlan. Maknanya lama dah dia perhati dan mungkin heran kenapa banyak gambo orang ni kat bunting dan billboard di merata-rata tempat. Apa yang aku boleh jawab tunggu sampai masanya aku tunjukkan romahnya.

Semalam apabila aku ke Kuala Kangsar maka aku pun bawaklah anak-anak aku yang nak tengok rumah Sultan Azlan. Sampai je kawasan istana anak aku cakap "besornya rumah dia" aku pun balas "Apabila romah tu terlampau besor kita sebut dia istana"

Kadang-kadang banyak sangat pertanyaan yang kita tak jangka daripada anak-anak atas sikap ingin tahunya. Tapi ok jugak kadang-kadang kita pun dapat mengimbas dan mengingat kembali informasi tentang sesuatu perkara itu. Umpamanya baru ni anak aku tanya apa ada dalam awan? Sapa duduk dalam awan? Mengapa awan tu macam-macam bentuk ada bentuk kapal,macam lukisan dan sebagainya.

Letih juga nak jawab. Tapi aku akan cuba cari jawapannya. Umpamnya fakta tentang awan aku terpaksa beli buku tentang awan. Secara tak langsung aku pun dapat belajar juga. Bila dah dapat tengok istana tu. Anak aku cakap "Boleh kita masuk ke dalam tu?" Aku cakap boleh tunggu aku jadi Sultan Perak nanti...........

Exhausted





Rasanya kalau kereta aku boleh bercakap dah lama dia menjerit "Hoi, Anjang tolong la bagi aku cuti rehat ke MC ke, dah seminggu lebih aku tak rehat, aku dah letih ni". Agaknya macam tu rintihan sang kereta. Tapi aku takkan bagi MC atau cuti rehat. Kalau nak bagi pun aku bagi time sleep je. Padan muka kau. Mula je cuti sekolah hari-hari aku keluar menyelesaikan urusan yang tertunggak.

Hari ni aku rasa teramat letih. Kereta pun agaknya macam nak mogok dah. Macam-macam bunyi pelik yang keluar walaupun baru je aku repair. Mungkin juga kereta ni panas hati kat aku bilamana hari ni saja tiga kali temperature naik. Nasib baik la kau kereta kalau tidak dah lama aku luku.

Pukul 10.30 pagi aku dah bergerak ke Walimatulurus Zambri (member lama, dah lama simpan barang baru nak guna, entah boleh guna lagi ke tidak) di Trolak Timur. Aku kat rumah Zambri sampai 11.30, kemudian aku bertolak ke Sauk Kuala Kangsar ambik bapa sedara yang nak numpang aku pergi kenduri. Lepas tu aku ke Padang Rengas ke Walimatulurus anak mak sedara aku, maknanya sepupu aku le tu Yusri dan Ainul.

Habis kenduri bawak bapa sedara jumpa kawan dia Cina Ton Cen. Kemudian bertolak balik ke Sauk hantar bapak Sedara. Sampai di Sauk mata dah tak boleh tahan terus terlelap. Selepas Maghrib bertolak balik ke Rumah.

Sebelum tu singgah di Tesco beli keperluan rumah. Tepat pukul 11.00 malam aku bertolak balik ke rumah. Haighway pulak jam. Siuttt betul le. Sekali lagi Temperature nayyikk. Kali ni aku pun panas hati jugak. Mungkin kereta ni ingat dia je boleh panas hati. Sampai rumah pukul 1.00 pagi.

Memblog sekejap. Lepas ni apa lagi membuta la. Semoga malam ni mimpi ku indah-indah belaka seperti malam-malam sebelumnya. Dan malam sebelumnya. Amin Ya Rabbal A`lamin.

Sabtu, 6 Jun 2009

Kuala Lumpur rumah kedua



Hari ni aku ke Kuala Lumpur lagi. Sepatutnya semalam aku ke Kuala Lumpur. Oleh kerana kesakitan gigi yang tak tertanggung rasanya maka terpaksalah ditangguhkan ke hari ini. Sepatutnya semalam aku ke Perpustakaan UM dan Perpustakaan Tun Seri Lanang untuk mencari bahan untuk tesis master orang rumah.

Hari ni pula orang rumah aku ada program reunion TESL 2 UKM di Grand Blue Wave Shah Alam. Sementara menunggu reunion tu habis aku dan anak-anak ambil kesempatan merayau-rayau di Shah Alam.

Bersempena muktamar PAS ke-55 yang diadakan di Stadium Malawati Shah Alam, pelbagai gerai jualan barangan dan pameran diadakan. Aku pun apa lagi, berkunjunglah aku dari satu gerai ke satu gerai ngan anak-anak.

Tengah-tengah aku tertinjau-tinjau gerai mana aku nak masuk tiba ada orang panggil "Anjang, anjang". Agak ganjil juga lama dah orang tak panggil aku ngan nama tu. Rupa-rupanya sahabat lama di UKM. Hampir 15 minit bersembang aku meneruskan kembara menjelajah dari gerai ke gerai.

Aku tertarik ngan satu gerai yang menjual gambar dan CD rakaman video bahagian dalam Ka`abah. Mulanya aku ragu juga betul ke ni. Setelah aku tengok sendiri videonya maka aku yakin rakaman video tu ori. Dalam ka`abah ni ada tiga tiang. Hanya itu yang aku boleh gambarkan.

Malangnya tak tergerak hati aku untuk beli CD tu. Sampai di rumah aku tetanya -tanya mengapa agaknya Ya? Entah aku pun tak tahu.......Gambar di atas sebahagian gambar Reunion TESL 2 UKM orang rumah aku.

Mat Desa Sup Power Wo





Kalau sebut Mat Desa majoriti orang Tapah tahu. Apa yang istimewa tentang Mat Desa ni?. Memamg banyak kelebihannya. Mat Desa pemilik kedai makanan yang istimewa. Istimewanya terletak pada masakannya yang sedap. Kedainya juga dikenali dengan nama De`Sya

Antara makanannya yang paling sedap ialah sup. Memang kow. Setiap kali makan kat kedai Mat Desa Sup mesti menjadi pilihan aku. Pada mulanya Mat Desa mengusahakan kedai makan ala tomyam dengan menu istimewanya nasi ayam.

Memang kedainya sentiasa penuh. Kadang-kadang kesian juga tengok kedai sebelah. Bila pelanggan datang mesti masuk kedai Mat Desa. Sekarang kedai ala tomyam diserahkan pada anaknya.

Mat Desa menumpukan kepada nasi campur untuk makanan tengah hari. Apa yang aku perhati kedainya sentiasa penuh. Sekali lagi keistimewaannya terletak kepada rasa masakan yang sedap. Bagi aku semua menunya sedap. Ambilah apa pun semuanya sedap.

Gerai De’Sya @ Mat Desa Nasi Campur yang terletak selepas sekolah menengah kalau datang dari susur keluar lebuhraya. Lebihkurang 1 km dari rumah tol. Gerai ini terletak di sebelah kiri berseberang jalan dengan Gerai Intan Tom Yam. Penunjuk jalan yang lain ialah Papan Tanda JBA.

Gerai Mat Desa ini menyediakan lebih 50 hidangan lauk-pauk, gulai, kari dan rendang termasuk udang, sotong, kerang, ketam dan lala. Hidangan lain ialah Ikan Bakar dan Air Asam seperti Pari, Kembung, Cencaru dan Keli. Terdapat juga ulam-ulaman dengan pelbagai sambal dan set Pecal.Gambar nombor satu tu merupakan taukeh kedai ni Encik Mat Desa. Semasa aku mengajar di Tapah sempat juga aku mengajar anak Mat Desa.

Yamcha di Sungei Palas













Selepas menyelesaikan urusan di pejabat tanah Tapah aku menjenguk bapa saudara aku dari Trengganu yang pulang bercuti di Kampung Jambai, Tapah. Kira-kira setengah jam di sana aku minta diri untuk bertolak ke Ipoh. Oleh kerana urusan di Ipoh selesai awal maka aku mula terbayang keenakan Teh Boh di Sungei Palas.

Setelah mendapat persetujuan orang rumah aku pun bergerak menuju ke puncak Cameron melalui Simpang Pulai. Memandangkan Ladang Teh Sungei Palas akan ditutup pada pukul 4.30 petang maka aku perlu bergerak pantas. Aku tiba di sana sebelum 4.30 petang. Kalau tidak melepas lah aku nak merasa kesedapan dan kesegaran teh Sungei Palas.

Kereta yang keluar dan masuk dari Sungei Palas agak banyak. Terpaksa berhati -hati sebab jalan sempit. Sampai di Sungei Palas aku terus order teh kegemaran aku bersama dengan makanan seperti sekon, aple pai, kek coklat dan coconut cookies. Pada petang itu kami sekeluarga menikmati minum petang dalam suasana kesejukan di Sungei Palas

Namun entah mengapa teh yang aku minum tak selazat semasa kali terakhir aku datang sini empat tahun yang lalu. Aku mencari sebabnya, namun tak bertemu jawapan. Namun satu perkara yang aku rasa menjadi penyebabnya ialah faktor pertambahan jumlah pengunjung yang berkunjung ke sini.

Apa yang aku perhatikan jumlah pengunjung semakin ramai berbanding dahulu. Mungkin disebabkan oleh pelbagai kemudahan yang disediakan oleh syarikat Teh Boh. menarik jumlah pengununjung yang ramai. Kalau dulu penyediaan teh lebih detail dan berhati-hati demi menjaga rasa dan kualitinya.

Kini apa yang aku lihat semua disediakan secara cepat dan lebih mementingkan kuantiti daripada kualiti. Mungkin Teh yang aku minum sekarang tidak sesegar dan sesedap 4 tahun dulu. Aku juga pernah minum teh disini 12 tahun lalu semasa honeymoon.

Masa tu pengunjung masih tak ramai. Teh disediakan secara tradisional dan aku ingat lagi minum teh di meja yang yang disediakan di bawah pokok besar mengadap kehijauan ladang teh yang luas terbentang. Suasana sejuk jelas terasa. Duduk berdua sambil menghirup teh panas .Romantiknya.... Terasa macam minum kat Europe la pulak.

Namun kini semuanya berubah diratah kemodenan, pembaharuan dan tuntutan komersial. Kalau anda berkunjung ke Cameron Highland tak sah kalau anda tak berkunjung ke Ladang Teh Sungei Palas. Bagi aku Cameron Highland itu ladang sayur, strawberi dan Ladang Teh Sungei Palas serta kenangan berHoneymoon. Sejuuuuukkkkkkkkk nya.......

Jumaat, 5 Jun 2009

SEGAR, HIJAU,MENAWAN DAN MANTOPPPP













KEA FARM DAN KECENDAWANANNYA








Kea Farm destinasi wajib yang perlu aku singgah kalau ke Cameron. Ada tiga tempat yang aku pasti singgah disini. Untuk pengetahuan kome kat sini ada satu gerai yang jual sayur organik. Aku cukup suka beli sayur di sini. Harganya mahal sikit daripada sayur biasa. Kali ni aku tak dapat jumpa taukeh dia. Yang ada hanya pekerja Nepal yang bernama pinky sahaja.

Tempat kedua yang aku suka singgah ialah lori yang menjual jagung mutiara. Jagung ni kat Cameron je ada. Makan mentah pun sedap. Rasanya memang manis. Semanis anak murid aku yang bernama Julia (mesti zayyat nak tengok gambo dia).

Tapi kena hati-hati kadang-kadang dapat yang lama dan tak fresh serta rasa manisnya hampir hilang. Satu lagi tempat yang aku suka singgah ialah gerai yang hampir sekali ngan jalan. Gerai tu ada jual cendawan goreng.

Cendawan goreng ni memang sedap terasa sungguh kecendawanannya. Taukehnya Melayu jadi tak perlu was-was. Kalau kedai jual cendawan goreng yang lain tu semua taukehnya Cina. Pekerjanya Indon diletakkan di bahagian hadapan. Sendiri mau ingat la.

ALPHARD V

Sedang menuju ke tempat letak kereta di Sungei Palas aku ternampak satu kenderaan yang memang merupakan MPV idaman aku. Namun hanya dalam mimpi le. Disebabkan anak-anak yang makin membesar dan aku juga yang makin besar dari sehari ke sehari. Rasanya aku memang memerlukan MPV. Alphard ni memang idaman aku. Tapi harganya mencecah sehingga 200,000 ribu lebih. Boleh berangan je yop.
Kalau tak dapat yang di atas tu yang bawah ni pun ok jugak ni. Boleh muat ramai. Nayyik bukit pun kuat ni. Amacam Chik din......

Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...